virtual friends

Friday 19 February 2016

trip sempoi ke singapore - persediaan

- assalamualaikum wbt -

alahai, cerita pasal trip bajet ciput ke tanah jawa pon tak abih lagi. alih-alih entry hari nie masuk cerita lain plak. bukan ape, sementara kenangan masih segar dalam ingatan dan mood menulis tengah hado, better aku share dulu. maka dengan ini, cerita trip bajet ciput ke tanah jawa automatik dihentikan buat sementara waktu.

trip kali ni dikira sebagai starting point aku dalam dunia travel for 2016. tak jauh mana aku merayap. aku pergi singapore jerrr.

tapi!

tetap jugak nak naik kapal terbang ko.

tetap jugak nak menyibukkan diri di KLIA2 ko.

huh, dasar tak boleh berpisah dengan airasia. setia hingga hujung dunia kononnya!

sebut pasal singapore, orang akan terbayang USS. definitely yes, memang aku ade plan untuk ke sana. main dan jerit la ko puas-puas. nanti aku share secara terperinci games yang menarik dan kat mana nak beli tiket murah.

kenape singapore?

entah la, aku sendiri tertanya-tanya kenape singapore.

nak kata bajet ke sana murah tak jugak. elok pegi indon lagi. senang cite sebab aku teringin nak pergi travel. kebetulan awal tahun ni aku langsung takde ape-ape aktiviti, baik aku buat something yang boleh menjana minda. so, disinilah terciptanya trip sempoi ke singapore.

ikut plan asal aku rase macam nak buat trip solo. masalahnya aku tak berapa confident parent aku akan izinkan. diorang lagi suka aku pergi berteman. kan berdua itu lebih baik.

sampai la pada suatu hari, tak silap aku bulan 10 tahun lepas kot, aku terjumpa someone dalam group FB - malaysian backpackers club (MBC). kali ni aku bagi nama yoo ri plak, haha.

aku komen dekat sape punya post ntah pasal dia planning nak ke korea tahun ni. aku bagitau plan aku nak ke sana dalam bulan 10. dalam masa yang sama yoo ri pon ade komen. siap mention lagi date yang dia akan pergi dan kebetulan jatuh bulan 10 jugak. bezanya dia dah beli tiket manakala aku baru plan.

bermula dari situ kitaorang start ber'PM'. rupanya dia tengah cari geng. aku plak sejak ji hyo jadi bini orang, memang nak cari travelmate baru. aik macam berjanji da.
 
dipendekkan cerita, aku ajak yoo ri pergi singapore. kita berkenalan dulu. kata orang, masa travel ni la kita boleh nampak true color seseorang. orang yang kata bukan aku. akhirnya yoo ri setuju.

ok jom kita masuk first step.

first step kami cari date dan riki tiket dulu. bab ni yoo ri terlebih rajin compared dengan aku. then kitaorang berjaya grab tiket AA dengan harga RM49 one way.

kenape beli one way je? nak dok sana teruih ka?

sebelum korang tanya, baik aku keluar soalan dan bagi jawapan terus :p

untuk pengetahuan korang, harga tiket kapal terbang dari singapore ke KL biasanya mahal dan tidak mampu milik bagi mereka yang travel secara backpacker. sape lagi, kami la tue.

nak tak nak, aku kena gunapakai cara lain untuk balik malaysia. aku plan nak amek direct bas AA dari singapore ke senai airport lepas tu amek flight ke KL. aku dapat idea ni dari ji hyo sebab dia pernah buat last year. dengan syarat korang wajib naik AA dan tambang bas adalah percuma!

tapi sayang.....

nampaknya perkhidmatan shuttle bus AA dah diberhentikan. 

dah takde. ilek!
mujur aku jumpa cara lain. sila take note ye perkhidmatan shuttle bus dari senai airport ke singapore masih ada cuma banyak step kita kena follow. jangan risau, nanti aku akan up story dekat entry lain.

lepas dah nampak jalan penyelesaian pasal shuttle bus ni, aku suggest dekat yoo ri if nak balik naik flight takde masalah. lagipon esok tu kitaorang kerja dan hopefully ade masa untuk rest. godek punya godek, kitaorang berjaya grab tiket fireflyz dari JB ke subang dengan harga RM41.34. 

boleh dah tu, harga tetap mampu milik. 

baik aku atau yoo ri, kitaorang tak pernah merasa naik fireflyz. pada aku ini satu pengalaman baru yang harus dicuba.

dari segi persediaan, as usual aku akan bookmark dulu mana-mana blog yang boleh dijadikan rujukan. dekat nak pergi baru baca. the most important things ialah mencari tempat penginapan dan trusted agent untuk beli tiket USS.

nak cari tempat penginapan di singapore bukan sesuatu yang mudah. aku sendiri hampir surrender memula tu. rata-rata hotel di singapore kalo convert dalam RM memang menangis. lastly aku decide nak duduk hostel. yang tak bestnya bila aku godek list hostel dekat agoda dan booking.com, semuanya mixed dorm!

ah sudah, bala ni. 

ade gak aku jumpa dua tiga hostel yang provide female dorm, harga plak cekik darah!

tarik napas, breath in breath out. fuh, rileks-rileks.

nampak gayanya website agoda dan booking.com takleh pakai untuk trip sempoi ke singapore ni. tak banyak choice.

satu hari tu aku tergerak hati nak buka website hostelworld. 

walawei, gumbira tak terkata aku. baru nampak jalan yang benar dan lurus.

mana tak gumbira, kat website hostelworld banyak sangat pilihan sampai aku jadi rambang mata. harga of course lagi murah dari agoda dan booking.com.

dari situ aku realize sesuatu. mostly hostel di singapore ade je provide female dorm, but i'm not sure why dekat agoda dan booking.com depa tak jual. lantak la, malas aku nak pikir jauh. janji masalah aku settle.

beberapa hari sebelum bertolak, baru aku buat simple itinerary. sempat la aku study map MRT dan cari info penting pasal causeway link bus dari singapore ke JB sentral. pasal makan dan minum, aku stand by bawak botol air kosong, roti, kurma dan sambal ikan bilis.

since negara kita dah sign TPPA, baru nampak RM naik sket. alhamdulillah rezeki last minute. bajet aku boleh kurang lagi. rate yang aku dapat masa tu ialah $1 = RM3.01. masa aku balik malaysia, tengok-tengok SGD makin jatuh. confirm, memang TPPA punya pasal semua ni.

baiklah, cukup sampai sini dulu. nantikan sambungan trip sempoi kami ke singapore selama tiga hari dua malam. ape-ape pon, terima kasih pada yang sudi baca aku membebel.
singapore 30 januari 2016

No comments:

Post a Comment