virtual friends

Tuesday 23 February 2016

trip sempoi ke singapore : day 1 : eunos dan bugis

sebelum kita pergi next story, aku nak share dulu system map MRT dan LRT di singapore.

macam kami 100% menggunakan MRT sebagai pengangkutan awam. jadi kena hadam pelan-pelan untuk senang faham.
sekali imbas tengok peta tu macam berselirat kan?
don't worry, peta MRT di singapore tak seselirat macam peta subway di china, jepun dan korea. bak kata bebudak zaman 90-an, kacang je! 

cuma yang kita kena tahu, kalau nak ke singapore changi airport, jatuh hukum wajib turun di stesen tanah merah kemudian tukar train. sekiranya anda dari airport, cara yang sama juga perlu dilakukan.

now let's begin with next story.

next destination kami ke eunos.

mesti korang tertanya ape yang menarik dekat eunos kan?

sebenarnya eunos bukan area tumpuan pelancong. tujuan kami ke sini sebab nak pergi makan jer. dalam erti kata lain, kami nak pergi breakfast a.k.a isi perut. so, di kesempatan yang ade ni aku nak ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada blogger lady bermimpi. entry dalam blog dia menyebabkan kami berada di eunos.

apa yang pasti, food court di eunos ade jual makanan halal dan banyak pilihan!

apalagi, ber'chicken dance' la aku bila dapat tahu. senyum sampai ke telinga :p
 
cara nak ke eunos dari airport : 
selepas turun di stesen tanah merah, kami terus buat pertukaran train yang menghala ke joo koon. boleh tengok gambar di bawah untuk rujukan. 
MRT dari changi airport akan berhenti dekat tengah di stesen tanah merah. keluar dari MRT, pergi ke platform B yang terletak bersebelahan. tak perlu turun bawah atau tukar tiket bagai
platform B - to joo koon
selepas keluar dari MRT eunos, belok ke kiri dan jalan sampai hujung. nanti akan nampak food court di sebelah kiri. at the same time boleh nampak terus barisan kedai makan yang mengadap padang. di sinilah salah satu kawasan orang melayu singapore berniaga. kedai makan dekat belah belakang adalah area non halal.

dah la banyak pilihan, sedap pulak tu. harga pon berpatutan. tolong jangan convert dalam RM ye. nanti kempunan nak makan :)
kedai makan halal hanya dekat barisan ni je
kedai makan alham
nasi lemak $3. aku tambah tempe $0.50
alhamdulillah, perut dah kenyang baru senang hati nak meneruskan misi, cewah.

selepas ni ke mana kita?

kitaorang plan nak ke bugis. lagipon sedang elok MRT dari eunos ke bugis berada dalam line yang sama iaitu green line.

bugis merupakan salah satu kawasan tumpuan pelancong di singapore. ade beberapa tempat yang kita boleh cover sekaligus dalam satu masa. antaranya masjid sultan dan malay heritage centre. disini jugak terdapat banyak kedai makan halal. aku nak kata ni area orang melayu berniaga, nampak macam tak. tapi kalau nak kata ni area orang muslim berniaga, ha yang tu betul.

selain tu, kalau nak pergi/balik malaysia by overland, kita kena naik bas dekat arab street yang terletak di bugis. kesimpulan yang aku cuba nak simpulkan, aku rase kawasan bugis ni besar.

dah jangan buang masa. jom explore bersama kitaorang!

opss lupa. sebelum tu aku nak bagitau satu benda.

takde benda gempak mana. just nak bagitau yang kitaorang sesat masa nak cari masjid sultan.

mujur sebelum pergi hari tu aku ade take note pasal laluan exit di MRT untuk ke tempat sekian sekian. secara tak langsung simple itinerary ni membantu. kalo tidak, lagi teruk kami sesat barat.

ok, sambung cerita balik.

direction ke masjid sultan : dari MRT bugis, cari exit ke raffles hospital. lepas dah jumpa, make sure raffles hospital di sebelah kanan anda. then ikut laluan pejalan kaki sampai nampak traffic light pertama.

kali ni biarlah gambar-gambar kat bawah ni bercerita dan berbicara plak. amboi amboi, ayat tak nak kalah :p
area bugis street
inilah traffic light pertama yang dimaksudkan. sebelah kanan ialah bangunan raffles hospital dan dekat bawah ade kedai fast food - subway. bangunan kat depan tu ialah golden landmark shopping centre. lepas melintas, jalan sehingga nampak traffic light yang kedua. dari belah kanan, anda akan nampak masjid sultan
view dari belah kiri masa tengah berjalan ke traffic light kedua. bersebelahan bangunan putih tu tempat naik/turun bas ke malaysia. kami pergi riki jap, nak tengok jadual bas
lepas riki, patah balik jalan tadi untuk ke masjid sultan. bangunan putih tu golden landmark shopping centre. sebelahnya raffles hospital
finally I was here!
lukisan-lukisan menarik di sepanjang pintu masuk ke masjid sultan
pintu masuk
tiba-tiba nampak ramai orang masuk masjid termasuk foreigners. rupanya ade majlis akad nikah. kami pon sama-sama menyibuk, hehe. sayangnya depa tak boleh buat majlis dalam kawasan ruang solat
lepas tengok majlis akad nikah, kami naik ke tingkat dua. inilah rupa bentuk masjid sultan dari belah dalam
view dari tingkat dua
view dari tingkap
view dari belah lain
pengantin dan rombongan pengantin. lafaz sah depa bukan main panjang. adalah dalam 10 harkat
ruang solat di tingkat bawah
view dari tingkap lagi. foreigners yang pakai baju putih tu budak-budak korea
view masjid dari luar. mendongak ke langit
view keseluruhan masjid sultan
kedai-kedai souvenier berhadapan masjid sultan. boleh tahan murah dan banyak pilihan. aku beli poskad $0.50 sekeping
then kitaorang berjalan plak di sepanjang deretan kedai. nampak kedai makan kampong glam cafe. nak makan kenyang lagi
kedai-kedai lain
lagi dan lagi
jom main conteng-conteng
kalau tak suka conteng belah sana, mai conteng belah sini!
area rumah kedai kat belah belakang nunn
next, kami nak ke malay heritage centre. jom patah balik jalan ke masjid sultan. sempat snap lagi!
cantik!
deretan kedai di laluan yang menghala ke masjid. mesti kat sini waktu malam happening giler sebab banyak kedai makan dari timur tengah
malay heritage centre atau taman warisan melayu
bangunan di malay heritage centre. aku rase ni muzium. boleh masuk dan ade bayaran yang dikenakan. kalau datang sini time hari raya konpem meriah sebab ade open house
view masjid sultan dari malay heritage centre
view kedai dan bangunan dari malay heritage centre
fuh!

penat jugak la kitaorang berjalan sampai basah baju. cuaca panas berdeting tu satu hal. pulak tu kami angkut sekali backpack.

overall dekat bugis ni aku kagum dengan architecture masjid sultan dan kedai-kedai lama yang diberi nafas baru dan masih dikekalkan sehingga kini.

untuk makluman, masjid sultan ade waktu tertentu boleh masuk atau melawat. sorry aku lupa nak snap gambar. kalau muslim, biasanya staff akan bagi masuk.

bagi kawasan bugis street, kebetulan kami sampai sana sebab sesat je. aku sendiri tak tau ape yang best kat situ. instinct aku bagitau maybe bugis street lebih kurang sama macam tempat shopping yang lain.

entry seterusnya kami akan ke ION orchard dan chinatown. stay tune!

No comments:

Post a Comment