virtual friends

Monday 22 February 2016

trip sempoi ke singapore : day 1 : singapore changi airport

29 januari 2016 (jumaat)
malam ni merupakan pertemuan pertama aku dengan yoo ri. kami janji nak jumpa di terminal bersepadu selatan (TBS) then terus gerak ke KLIA2 dengan bas. esok flight kitaorang ke singapore pukul 6.05 pagi. suka atau tidak, kena tidoq kat airport jawabnya.

since aku sampai awal, aku pergi beli tiket dulu. this is my first experience naik bas kat TBS

seperti biasa aku akan blurr kalo baru first time nak buat sesuatu. jadi malam ni aku blurr sebab tak tau kat mana nak beli tiket bas. aku tengok ade yang beratur dekat kaunter bas persiaran dan ade jugak yang beratur dekat kaunter Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH).

at last aku tanya sorang indian yang baru lepas beli tiket kat kaunter BPH. dia cakap tiket boleh beli dekat mana-mana kaunter. ha, senang keje aku. aku berjaya grab tiket ke KLIA2 pukul 11 pm.
night view at TBS
jam menunjukkan pukul 10 malam. orang dah tak ramai mana
nama bas : jetbus
jadual bas
sampai KLIA2, aku hilang punca nak cari port tidur. dulu masa pegi medan, aku selamba bantai tidur dekat mall but now dah tak boleh. siap ade pak guard yang jaga area situ. kebetulan hari tu ade orang pernah post dalam MBC pasal kes ni. aku baca ramai cakap area departure hall dan surau boleh tidur. okey, jom kita ke surau. lagipon yoo ri tak solat lagi.

lepas solat, kitaorang keluar cari ATM sebab nak bank in duit dekat agent tiket USS. alang-alang aku tanya sekali kat kaunter informasi boleh atau tidak kitaorang masuk dalam terus. jawapan yang diberi, depends pada security officer iaitu abam-abam dan ahkak-ahkak polis. apalagi, kitaorang pon cuba nasib. mana tau ade rezeki.

alhamdulillah depa bagi masuk. sambil berjalan tu, mata melilau cari surau yang berdekatan dengan bahagian L sebab waiting area kitaorang dekat situ. hasil pencarian, surau yang berdekatan terletak di bahagian J dan K. jauh gak nak menapak balik ke bahagian L tu. redha je la, at least ade tempat nak beradu kan?

masuk dalam surau, ingatkan ramai orang, rupanya takde langsung. nananana bukan main happy kitaorang. surau ni kami yang punya. line clear, hehe!

sekali tu dalam pukul 1 pagi ade sorang makcik masuk nak solat. tiba-tiba dia sound kitaorang sebab guna sejadah surau buat lapik tidur. kitaorang protes dalam hati je la berani. 

makcik, makcik tau dak, kat surau luar tadi, semua orang yang tumpang tidur buat macam kami. tak salahkan? 

haha, matilanak kalo makcik tu boleh baca isi hati aku.

jangan la ikut perangai buruk kitaorang ni. aku mengaku, memang best tidur kat tempat yang tak ramai orang. yang tak bestnya, kitaorang kesejukan dow. pusing badan kiri kanan pon tak jalan. makin sejuk ade la. ini bahananya sebab derhaka dekat makcik tadi dalam diam. padan dengan muka sendiri.

sejuk punya pasal, plus mata dah tak boleh katup balik, pukul 4.30 pagi yoo ri bangun bersiap. aku ikut sama. aiseyman, risau gak tak cukup tidur ni. indirectly boleh spoil mood.

30 januari 2016 (sabtu)
flight take off ikut masa yang ditetapkan. lepas take off, aku terus membuta. sedar-sedar dah nak sampai singapore changi airport.
kami turun di terminal 1
baru pukul 7.30 pagi
ketibaan
actually benda alah ni bergerak sampai jadi bentuk ape ntah. ralit kitaorang tengok
boleh tahan airport depa. ade 'sense of welcome' gitu. no wonder disenaraikan dalam the world's top 10 airports of 2015.

dari terminal 1 kitaorang bergerak ke terminal 3 untuk amek MRT. just follow signboard yang ade. percaya la cakap aku, tak susah mana direction yang depa bagi.
untuk ke terminal 3, kena naik skytrain
dalam skytrain
kami pergi singapore seminggu sebelum tahun baru cina. jangan pelik bila jumpa monkey statue di mana-mana
sampai di MRT, kitaorang terus ke kaunter untuk beli singapore tourist pass. rupenya salah tempat. at the same time aku terkena. aku perasan nama dekat nametag staff tu melayu. tapi aku bantai cakap orang putih. ye la, depa kan fully speaking in english. last-last dia jawab dalam bahasa melayu. amekaw, penat aku susun ayat.

balik pada cite nak beli tourist pass tadi.

sila amek maklum kalo nak beli tourist pass di singapore changi airport, korang kena pergi ke terminal 2. nanti cari je kaunter ticket office.

kebetulan masa ke terminal 3 tadi kitaorang dah nampak signboard ke terminal 2. so, just patah balik. jarak perjalanan pon tak jauh mana, sebelah menyebelah.
masa beli singapore tourist pass akan dapat pamphlet sekali
discover more for less
apa kelebihan singapore tourist pass?

jawapan paling senang, kita dapat save budget.

dengan singapore tourist pass, korang boleh naik bas, MRT atau LRT tanpa had (unlimited). nak naik MRT beratus kali dalam sehari pon tak masalah as long as long kad tourist pass yang digunakan masih valid.

the singapore tourist pass didatangkan dengan tiga option. 

ade penggunaan untuk sehari, dua hari dan tiga hari. harga berbeza-beza. jangan lupa stand by $10 for rental deposit which is refundable pada masa kita pulangkan tourist pass. 

for more info, boleh click official website - singapore tourist pass 

selesai urusan tourist pass, kami terus naik MRT di terminal 2. tak perlu patah balik ke terminal 3 sebab last station dari MRT changi airport (samada dari terminal 2 atau 3) ialah stesen tanah merah.

hokey la, aku stop sini dulu. next entry - eunos & bugis.

No comments:

Post a Comment