virtual friends

Friday, 15 May 2015

panggilan pulau perhentian : snorkelling time : day 2

kebanyakan yang datang pulau ni, biasanya diorang akan lepak 3hari 2malam. kami pon buat camtu gak. duduk lama-lama kang, nanti terjatuh cinta dengan orang pulau plak. eh??? ok next!

hari kedua aku bangun awal. pagi-pagi dah stress sebab tak cukup tido. ye la, malam tadi nyamuk sibuk cari makan dan aku yang jadi mangsa. ji hyo tak kena gigit plak. mungkin sebab darah aku sedap kot, bersangka baik je la sesama makhluk ciptaanNya.




untuk menghilangkan stress dan mata tak nak katup balik dah, aku pon terus bangun - gosok gigi, cuci muka & siap ala kadar, terus keluar. baik aku jalan-jalan kat coral bay ni. dari dok atas katil pastu terkebil-kebil. lagi la tak mendatangkan faedah. jom layan gambar.
mama's kitchen. free wifi
salin cepat nombor ni!
maya chalet
boleh pasang khemah di maya chalet ni
sebuah lagi kedai makan di area coral bay
antara pakej yang disediakan
senja bay resort. RM130 per nite kalo tak silap. tu pon fan room dekat atas bukit. yang dekat bawah ni lagi mahai.
pagi-pagi camni tak ramai lagi orang dekat coral bay. semua masih membute. aku suka suasana tenang ni. biasa la, hidup di bandar metropolitan kan.

dah puas berjalan, amek gambar dan main air, aku balik chalet lepak plak kat luar sambil bersarapan. oh ya, korang kalo nak berjogging kat coral bay ni pon ok.
ni je yang aku mampu untuk sarapan. kata jimat kan
dalam 9.30pagi, baru aku masuk bilik siap sedia nak mandi dan kejutkan ji hyo yang tengah tido lagi. haiiish jeles aku tengok dia. hari ni kitaorang plan nak pegi snorkelling. tu memang aktiviti standard kalo datang perhentian. kalo tak buat, trip korang kira dalam kategori tak lulus dengan jayanya.

bezanya, pakej snorkelling. ade yang mahai ade yang murah. ade jugak yang short trip & long trip. ade lagi, special trip ke pulau-pulau yang berdekatan seperti pulau rawa, pulau lang tengah & pulau serengeh.

jadi, pilihan di tangan korang. semalam kami dah survey, keputusannya, kami amek pakej long trip yang cover 5 kawasan snorkelling di perhentian kecil & perhentian besar. harga RM30 + singgah lunch di kampung nelayan. tapi lunch bayar sendiri okeh.

sebab ape kami tak amek short trip? sebab rugi. short trip cover 3 kawasan je. harga RM25. baik amek long trip kan? orang pulau pon pandai business ma. suma pakej ni termasuk sekali dengan peralatan - google & ape benda menatang ntah lagi satu tu, aku lupe namanya.

snorkelling time biasanya akan start pukul 10.30 pagi sampai 3.30 petang. kami berdua ni satu boat dengan 5 orang budak UPM. gigih depa drive dari serdang. diorang tido dekat area long beach. itu pon lain-lain chalet sebab just walk in. aku tanya la kenape tak amek pakej snorkelling dekat sana. diorang cakap mahal. ya betul, suma harga barang di area long beach lagi mahal dari area coral bay. take note eh!
sebelom snorkelling, singgah kawasan kampung isi minyak boat dulu. pagi tu cuaca mendung
asalnya, aku memang nak snorkelling. pengalaman snorkelling kat pulau redang tahun 2009 dulu menyakinkan aku even tak pandai berenang dan takut air.

ntah macam mana, masa dekat 1st check point, baru je turun dari boat, aku dah nak naik balik. serius takut. sudahnya, budak-budak UPM je yang snorkelling dengan ji hyo. aku lepak atas bot dengan boatman. tengok kat boat lain, ramai je tak turun. so, ade geng gak yang 2X5 macam aku :p
1st check point : coral garden
2nd check point : shark point
ramai je yang melepak. spesis penakut macam aku ni, hehe
check point paling aku tunggu masa snorkelling ni - turtle point. kalo nasib baik, dapat tengok turtle timbul.

selepas turunkan diorang snorkelling, boatman tolong aku plak cari mana port turtle tengah berenang. tengah-tengah cari tu, aku nampak turtle timbul, excited aku jerit. alhamdulillah ade rezeki. tapi nak snap gambar memang tak sempat.

ade gak boatman lain offer aku turun, nanti dia bawakan aku tengok turtle. sebab takut punya pasal, aku cakap tak nak. pastu menyesal tak sudah, huwa. ralat jugak la sebab aku memang teringin nak tengok turtle dalam laut. adakah itu tanda-tanda aku kena repeat datang perhentian?
3rd check point : turtle point
petua nak tengok turtle ni senang rupanya. mana yang pandai berenang tu, korang follow je mat salleh. diorang nampak je turtle, lagi diorang kejar. lagi satu, mata jangan fokus kat satu tempat je. pandang kiri kanan. kalo nak tengok shark pon camtu gak. ni boatman aku ajar. kalo dia salah, maknanya aku bagi ajaran sesat jugak la, hiks.
light house
selepas lunch, kitaorang bertolak ke check point yang keempat, light house. coral & ikan-ikan dekat sini yang paling cantik sekali. tapi awas, arus sangat kuat. berapa kali boatman dok panggil budak-budak UPM dengan ji hyo bila diorang jauh sket dari boat. selain tu, kat light house ni pon korang boleh buat aksi terjun. aku? memang tak kan buat la. next, jom ke romantic beach.
cantik!
boat kami
pasir yang memutih. cantik amek gambar pre wedding kat sini
pulau rawa, pulau lang tengah & pulau serengeh dari romantic beach
lama jugak kami mandi manda kat sini. air lautnya cetek, takde takut sangat. boatman siap boleh tido lagi masa kitaorang tengah berendam. sepatutnya snorkelling time abis pukul 3.30 petang kan. agak-agak dalam pukul 4 tu boatman tengok kami macam tak nak balik lagi, dia pon panggil. aduh sedih plak aku.

sebenarnya, romantic beach ni sangat-sangat cantik. korang tak payah nak pegi maldives dah. tangkap la gambar puas-puas, view sangat ohsem! so, adakah berkemungkinan aku kena repeat datang perhentian? dua kali dah aku tanya soalan ni.

sampai kat coral bay, ji hyo ajak pegi jalan-jalan kat long beach. alang-alang banyak masa lagi ni, ok jugak. boleh survey sekali check point untuk naik ke kincir angin esok pagi. lagi pon, kalo dah masuk bilik mesti malas nak kuar balik.

walking distance dari coral bay nak ke long beach lebih kurang dalam 15 minit. tapi ade jugak yang amek masa sampai setengah jam. ni bergantung pada ketahanan body masing-masing. laluan treknya membukit pastu turun bukit balik & elok la standby torch light kalo berjalan waktu malam.

tengah on the way jalan kaki tu, aku noticed ade jugak la beberapa chalet & kedai makan. antaranya perhentian tropicana inn, perhentian tivoli hostel & ewan's cafe. ewan's cafe ni nampak macam menarik. boleh try kejap lagi.
trek pejalan kaki ke long beach. ewan's cafe
welcome to long beach
cantik ombaknya, bersusun-susun
pantai dekat area long beach ni memang lawa, cantik & superb. nampak beza sangat dengan coral bay yang tenang. berhati-hatilah kalo nak mandi - ombak memang kuat.
antara harga pakej yang disediakan. mahal ke murah?
nampak tak 2 orang manusia tengah mandi tu?
dekat long beach ni boleh tengok macam-macam ragam manusia. Ade yang tengah santai melepak, jogging, mandi, berjemur sambil baca buku dan selpie selpot. agak crowded. betul la kata orang, long beach memang happening. tu baru siang. kalo malam katanya ade show orang api dan macam-macam aktiviti lagi.

depends pada kita suka yang mana. contoh macam aku dengan ji hyo, kami suka pantai tapi lebih pada ketenangan. kalo dekat long beach ni, kitaorang serabut. 2 hari lepak kat pulau, tak koser la nak jalan kaki ke long beach semata-mata nak tengok show orang api. memang tak koser. tu la, taste manusia ni lain-lain.

lebih kurang setengah jam lepak dekat long beach, kami angkat kaki. plan memang nak singgah ewan's cafe masa balik. padahal dah kenyang pon tapi saje nak minum petang. kami order mee goreng mamak kongsi kau separuh aku separuh. alolo cute sangat. aku order nescafe susu RM3 tapi kalo nescafe tarik RM5. beza 2 hengget tau untuk tarik nescafe tu dan, aku recommend dekat korang ewan's cafe ni. mee goreng sedap & nescafe susu pon pior.

jam 6.45 petang, kitaorang keluar balik. misi kali ni nak memburu sunset. port paling cantik nak tengok sunset dekat shari-la chalet dalam kawasan coral bay.
sunset pertama
brader ni gigih. sanggup turun bawah semata-mata nak snap pic sunset
sunset kedua
sunset ketiga
dia masih ade lagi
last sunset for today
shari-la chalet ade jugak sediakan dinner secara buffet. harga RM25 seorang. malam tu ade nasi goreng, mee goreng, sayur, daging masak blackpepper, pencuci mulut, coffee, tea, air perisa oren dan anggur. plus boleh pilih lagi samada nak chicken, squid, baracuda, udang & macam-macam jenis ikan. nanti diorang akan bakar. ok ape harganya. so, decide nak makan situ.

lama kami lepak. berapa kali repeat amek makanan. orang lain dah balik kami ade lagi. haha, serius memang kenyang sangat malam tu. aku nak buat promosi ni sape-sape nak datang perhentian, dinner la dekat shari-la chalet. memang highly recommended untuk harga RM25 tu dan banyak pilihan.

lebih kurang 10.30 malam, barulah kami balik bilik.

selamat malam perhentian. esok nak pegi kincir angin plak.

10 comments:

  1. Assalam. Dari Aur Bay ke Sharila jauh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, tak jauh la. pantai di coral bay tu panjangnya lebih kurang 700meter je :)

      Delete
  2. salam...if dari coral bay nak ke long beach malam2 safe x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,

      safe sangat-sangat. ramai je org walking distance nanti :)

      cuma dinasihatkan bawak torch light sebab gelap. sekarang maybe ade lampu kot. lg satu, be careful. saya pernah baca ade yang jumpa ular.

      semoga tips ni membantu & happy holiday!

      Delete
    2. jauh tak coral bay ke long beach? dalam bape minit?

      Delete
  3. dia masih ada lagi.!! hahahha.. nice entry.!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau la sampai skrg ade lg ke tak dia kat situ, hehe

      btw, tq :)

      Delete
  4. Salam, nak tanya dari ombak resort ke aur bay dekat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, seingat saya ombak resort ni memang dalam kawasan aur bay :)

      Delete
  5. Salam sis ade tak pakej atau no yg uruskan dari jeti ke snorkelling dn smpai ke jetty balik tpi hotel book sendiri sbb nk p ngn family

    ReplyDelete