virtual friends

Thursday 25 February 2016

trip sempoi ke singapore : day 1 : ION orchard dan chinatown

sebelum ke destinasi seterusnya, kami pakat nak singgah hostel sekejap untuk letak backpack. mana tau ade rezeki boleh check in awal. kalo tak dapat check in pon takpe. at least boleh tumpang letak backpack dulu.

untuk accomodation, kami pilih the hive hostel singapore. stesen MRT yang berdekatan ialah stesen boon keng.

dari stesen bugis, kami naik MRT sampai ke stesen chinatown menggunakan laluan downtown line (blue line). selepas tu, kami transfer ke north east line (purple line) untuk ke stesen boon keng.

apa yang aku nak bagitau kat sini, tak kisah la kita dari mana sekalipon, janji untuk ke the hive singapore hostel, jatuh hukum wajib turun di stesen boon keng yang berada dalam north east line (purple line) and please board the train going towards punggol.

sedikit info tambahan, konsep pertukaran MRT di singapore tidak memerlukan kita keluar/masuk untuk touch tiket bagai. sama je macam konsep yang digunapakai di masjid jamek yang melibatkan pertukaran antara LRT PUTRA dan STAR LRT. 
sila tukar perkataan towards boon lay menjadi towards joo koon. la ni last station ialah joo koon station
dah settle letak backpack, kami bergerak ke ION orchard.

dari stesen boon keng, kami turun di stesen dhoby ghaut seterusnya transfer ke north south line (red line) sampai di stesen orchard. untuk makluman, stesen orchard terletak dalam bangunan ION orchard.

kenape kitaorang datang sini? nak shopping ke?

aku jawab soalan kedua dulu.

tunggu aku kawen dengan orang kaya baru aku datang shopping sini!

haha, gelak setan.

jawapan untuk soalan pertama, mula-mula tujuan utama kami ke sini sebab yoo ri.

ingat lagi tak sape yoo ri? ape tak ingat? isshh nak kena lepuk dengan cikgu ni.

dah lupa eh!

si yoo ri yang beria-ia suruh aku masukkan tempat ni dalam itinerary. ingatkan dia nak shopping, rupanya nak jalan-jalan cuci mata je!

ha tengok, tu niat dia sebenarnya.

aku macam biasa la, layankan je. alang-alang ade kat singapore, just go on. boleh aku tengok design ION orchard live depan mata.

kalau di malaysia kita ade pavillion, dekat singapore depa ade ION orchard. sebuah shopping complex yang menjual barang-barang berjenama, terkenal dan bertaraf antarabangsa!

dikatakan jugak barang-barang branded dekat sini paling up to date, paling latest daripada JPO (johor premium outlet). sejauh mana kebenarannya, aku sendiri tak pasti. malas aku amek port, benda tak penting mana.

berbalik pada cerita tadi.

sampai di stesen orchard, kami terus cari pintu untuk keluar dari ION orchard. mula-mula kami follow signboard concourse. sekali tu kami hilang arah. then kami jalan ntah ke mana-mana sampai jumpa eskalator yang boleh nampak cahaya matahari dari luar. yes, dah jumpa. syabas untuk diri sendiri!
bumbung macam membulat tu la pintu keluar ION orchard
kat luar ni kitaorang just melepak melepek sampai lebam. sambil amek angin, buang angin, tengok gelagat orang dan tengok kawasan persekitaran.

nak tanya, kenape ramai minat dengan handbag LV dan barang-barang branded yang lain ye?

itu la persoalan yang bermain dalam fikiran aku masa tengah duduk melepak. aku betul-betul bersyukur sebab minat aku tak ke arah ni. kalau tidak hari-hari aku makan maggi jawabnya dan automatik aku boleh kurus!

haha.

sebab tu la  manusia ni rambut sama hitam, tapi citarasa lain-lain :)
reka bentuk ION orchard
kalau tak mampu shopping, duduk je kat kerusi merah tu sambil pandang logo LV puas-puas!
kawasan persekitaran bersebelahan ION orchard
boring melepak, kitaorang jalan kaki ke depan sket. tiba-tiba nampak apek jual roti aiskrim!

eh ke aiskrim roti?

ah, mana-mana la. janji sebutan makhraj tu betul.

apalagi, serbu!!!
shopping complex berhadapan ION orchard. nampak tak hiasan kaca tu? hati-hati jangan sampai pecah!
LV dan Dior
pepatung yang tengah melepek depan butik PRADA. setakat nak baca surat khabar, baik baca kat rumah daa
COACH
apek jual aiskrim depan ION orchard. aku cakap omputih dia jawab dalam bahasa melayu. kena lagi!
aiskrim roti $1.20. jangan convert!!
kami plan lepas makan aiskrim nak masuk dalam ION orchard dulu untuk cari free wi-fi. sehari suntuk tak tau cerita dan gosip dekat tanah air boleh merengsakan aku. plus aku masih belum dapat lagi tiket USS untuk esok hari. 

mujur dalam ION orchard ade free wi-fi and can used for one hour. jadi la dari takde langsung ye dok?
dalam ION orchard
bunga-bungaan
berapa gamaknya harga secawan teh kat kedai ni ye
aku seorang puteri yang berkepala botak
seterusnya kami ke chinatown.

dari stesen orchard, kami patah balik ke stesen dhoby ghaut untuk transfer train. untuk ke chinatown, kena amek laluan north east line (purple line) yang menghala ke harbourfront.

sampai di stesen chinatown, kami tersalah ambil exit. tengok-tengok kawasan persekitaran lain dari gambar yang aku nampak dalam blog. satu kerja kami patah balik masuk stesen MRT untuk cari exit yang betul.

masa tengah baca signboard, dan-dan tu aku teringat dekat kawasan chinatown ade masjid yang terletak di pagoda street.

para reader sekalian, untuk ke chinatown, sila cari exit pagoda street. masuk info ni dalam itinerary korang okeh!
hiasan dinding dalam MRT
ramainya orang!
oleh kerana next week merupakan perayaan tahun baru cina, banyak la barang-barang untuk musim perayaan turut dijual. even cuaca di chinatown makin panas terik, orang tetap ramai. foreigners plus singaporean busy dengan urusan masing-masing.

kan dah tau dekat sini ade masjid kan, kitaorang terus singgah solat. 

untuk ke masjid, dari exit chinatown (seperti gambar di atas), jalan je terus sampai ke penghujung dan akan jumpa persimpangan dilema. kemudian cari signboard pagoda street. jalan depan sket akan nampak masjid di sebelah kiri.

seperti masjid sultan, masjid dekat kawasan chinatown ni pon ade waktu tertentu boleh masuk atau melawat. tak silap aku 9.30 malam masjid ni dah tutup.

pada pemerhatian aku, souvenier di chinatown lagi banyak pilihan compared dengan souvenier di masjid sultan. harga aku tengok lebih kurang sama je. so, pilihan di tangan anda untuk memilih!
dekorasi tahun baru cina di persimpangan dilema
pagoda street
barang-barang yang dijual untuk perayaan tahun baru cina
deretan kedai lama yang masih lagi terpelihara
menuju ke MRT
kombinasi warna yang bersesuaian
selepas buat ape yang patut di chinatown, kitaorang balik semula ke hostel untuk check in. kali ni tak payah tukar line. dari stesen chinatown, amek north east line (purple line) yang menghala ke punggol. ade lima stesen lagi nak sampai. jom kita membuta dulu. itu pon kalau dapat tempat duduk, hehe.

to be continue............

No comments:

Post a Comment