virtual friends

Wednesday, 30 December 2015

selamat tinggal 2015 yang awesome!

assalamualaikum wbt,

masa aku tengah taip entry ni, tahun 2015 akan melabuhkan tirainya dalam masa beberapa hari lagi. banyak kisah suka duka yang kita tempuh. ada yang manis untuk dikenang, dan sudah tentu ada jugak yang pahit untuk diingati. pendek kata, macam-macam perasa hado.

hari nie aku nak kongsi dua kenangan manis yang terjadi pada tahun ni. kedua-dua kenangan ni indirectly memberi impak yang positif dalam life aku. pertama, aku yakin dengan rezeki Allah swt ada untuk setiap hambaNya. kedua, tiada yang mustahil untuk lakukan ape saje bila mengembara.
lenovo - A5000
ini cerita awal tahun hari tue. opis aku ade buat annual general meeting (AGM) dan menyediakan 30 hadiah cabutan bertuah. memang dah tertulis grand prize tu rezeki aku padahal selama ni tak pernah bertuah pon.

yang kelakarnya, sebelum tu emcee dah announce empat nombor tapi orangnya dah takde. bila emcee announce nombor kelima, terus aku bangun, haha. dapatlah tepukan gemuruh dari audience, terasa macam ct nurhaliza sekejap u ollss :p

walaupon free handphone ni hanya cap lenovo, tapi lagi baik dari handphone aku yang sedia ada. secara automatik, target nak beli new handphone serta merta removed dari my bucket list. terima kasih Allah :)
kenangan manis yang kedua plak ade kaitannya dengan kisah travel aku. alhamdulillah, nampaknya angan-angan mat jenin aku nak melancong ke luar negara jadi kenyataan.

dulu aku pernah story pasal pengalaman pergi travel bersama travel agent. ada kelebihan dan keburukannya. so, kita yang tentukan mana yang terbaik untuk kita. macam aku sendiri, travel secara backpacking lagi memberi kepuasan dan nampaknya konsep ni kena dengan jiwa aku.

nak tau ape sebabnya? boleh baca jawapan di bawah. aku malas nak explain lelebih. mostly sebab musabab yang penulis ni kongsikan 150% aku setuju. betul dan tepat - bacalah!


untuk tahun 2016, idok la aku nak tulis satu persatu azam yang mana akhirnya nanti satu pon tak tercapai. kali nie kita tukar kaedah sket. sape nak follow, dipersilakan. aku gantikan azam tu dengan 'senarai baldi' then tepek dekat wallpaper handphone siap-siap. jadi, asal on handphone jer, pandangan mata teruih terpacu pada 'senarai baldi' tue. hiks, mampu buat tak?
bucket list kaum wanita yang susah nak dilaksanakan saban tahun termasuk la aku, hehe
selain tue, next year jugak aku plan nak travel secara solo. lama dah hasrat ni terpendam. bukan ape, banyak faktor yang perlu aku ambil kira. contohnya macam kena dapatkan restu dari pemegang lesen terbesar, my parent. at least kita akan rase selamat nak travel dengan keizinan depa. hopefully impian yang satu ni jadi kenyataan.

antara azam yang paling aku suka. copyright backpackerbusuk
aku bersyukur dengan rezeki yang ada hari ni. bohong la kalau aku cakap sebelum ni aku tak pernah mengeluh. rezeki manusia ni Allah swt datangkan dalam pelbagai cara. setengah orang belum ade rezeki dekat jodoh tapi ade rezeki dalam kerjaya. sebagai manusia, hakikatnya kita perlu kembali kepada fitrah. 

satu tips yang aku amalkan masa travel, aku suka perhatikan keadaan sekeliling samada kawasan persekitaran atau ragam manusia. dari situ, kita akan belajar bersyukur dengan kehidupan sekarang. inilah university of life yang sebenar.

insyaallah, sesuai dengan peningkatan usia, cewah :p

aku akan perbaiki diri pelan-pelan. kalo sebelum ni aku cepat marah lepas ni kena banyak bersabar. sape tak nak jadi baik kan? semoga kehadiran 2016 aku lebih matang dalam semua aspek kehidupan dan apa jua keadaan sekalipon.

selamat datang 2016!!!

Friday, 18 December 2015

aktiviti-aktiviti menarik di langkawi untuk 3hari 2malam

assalamualaikum dan salam disember 2015 :)

hari ni aku nak sambung cerita pasal trip langkawi lagi. berkurun nau aku peram sampai boleh buat pekasam. cuma pekasam yang ni sifatnya tak boleh makan. kalo tak awal-awal dah jadi lauk tengahari aku tadi.

baiklah, aku dah melalut jauh. next!

selain dari booking accomodation dan kereta sewa, perkara lain yang perlu dititik berat bila travel ke langkawi ialah melakukan aktiviti-aktiviti menarik.

kalo ikutkan banyak je aktiviti menarik yang boleh dibuat sepanjang tiga hari dua malam kat sana. ade aktiviti santai, aktiviti mencabar dan ade juga aktiviti yang bermain dengan emosi. cewah.

jadi kat bawah ni aku listkan satu persatu based on my experience. mostly aktiviti ni aku dah buat masa ke sana hujung bulan lima ari tue.

oriental village langkawi
dulu tempat nie dipanggil sebagai langkawi cable car. la nie nama barunya skycab. tak memasal aku blurr. ingatkan tarikan baru di langkawi, rupenya tempat yang sama jer.

dulu setiap kali datang sini, pelancong hanya fokus untuk naik cable car saje. aktiviti lain depa tak pandang mana. now pihak pengurusan telah menambah beberapa aktiviti yang turut menjadi tarikan di oriental village ni. jangan konpius eh, oriental village langkawi adalah gateway to skycab.

antara aktiviti yang terdapat di oriental village ialah ATV fun ride, revo adventure, flying fox dan macam-macam lagi. memang banyak sampai aku pon malas nak taip semua.

di sini jugak letaknya 3D art museum yang baru dibuka awal tahun hari tu. muzium ni merupakan yang terbesar di malaysia dan dikatakan yang terbesar di dunia! wow, menarik.

harga entrance fees setiap tempat di oriental village berbeza.

macam kitaorang just nak naik cable car dan masuk 3D art museum, maka pakej yang bersesuaian ialah combo fare (skycab + skydome + 3D art museum). untuk pemegang mykad, harganya RM47. telan ailioo aku dengar. bukan ape, kesian dengan family besar kena keluar duit banyak semata-mata untuk tiket. that's why orang selalu pikir dua tiga kali kalo nak pegi bercuti.

diingatkan ye, sila sanggup spend time sekiranya masuk 3D art museum. gambar memang banyak, tu belom masuk lagi bab kena queue untuk bergambar. macam-macam gaya ade. 

overall, kitaorang mengabihkan masa lebih kurang 5 jam di oriental village langkawi. paling lama sekali di 3D art museum. semua gambar ade muka kami, haha, memang keje giler.

official website & info mengenai harga tiket panorama langkawi  
kawasan sekitar oriental village langkawi
skycab @ cable car
skybridge. dulu FOC masuk sini, sekarang sedia aje ongkosnya. tak silap aku harga tiket RM5 seorang
view dari second peak
island hoping
average price untuk aktiviti island hoping ialah RM30. maybe boleh dapat lagi murah rasenya. aku ade terbaca dekat ab motel harganya RM25. bila kitaorang tanya, harga sama dengan amzar motel - RM30. lastly kitaorang decide amek pakej dengan amzar motel. senang nak deal in case ade ape-ape hal.

normally island hoping akan start pukul 9.30 sampai 2 petang. tempat yang diaorang cover adalah pulau beras basah, tengok helang makan dan ke tasik dayang bunting.

rata-rata agent akan pick up customer dari tempat penginapan. senang, jimat duit minyak kereta kita. tips yang aku boleh share, sila breakfast dulu sebelum buat aktiviti nie tapi jangan makan banyak sangat, silap-silap mabuk laut.

selain tue, suka aku nak pesan kalo boleh jangan bawa makanan sepanjang ber'island hoping' sebab monyet banyak yang berkeliaran. jadikanlah kisah sepupu aku ni sebagai pengajaran. dia pernah bawa big apple, sampai pulau beras basah monyet berkerumun datang dekat dia. kesudahan, big apple dia selamat dicuri oleh monyet-monyet tersebut. dah tertulis rezeki monyet tu.
destinasi pertama aktiviti island hoping - pulau beras basah. boatman bagi masa satu jam untuk bersuka riang
awas, monyet sedang mencari mangsa!
boleh jugak sewa jet ski untuk aktiviti island hoping
harga paling murah RM250-RM300 untuk tempoh tiga jam. boleh negotiate lagi, biasa malaysian dapat murah sket
area tasik dayang bunting. bot-bot tengah parking
food hunter
aku sebenarnya bukan seorang food hunter. alang-alang ke langkawi, ade juga aku take note beberapa tempat makan yang boleh try. antaranya laksa, ikan bakar, rojak & cendol. 

ade dua lokasi yang popular untuk makan laksa. lokasi pertama, betul-betul terletak bersebelahan/tepi airport. trademark dekat situ laksa power atau laksa kaw ikan sekoq. paling best, sambil makan boleh tengok kapal terbang depart dan landing. ade banyak penjual laksa, pandai-pandai la pilih mana yang best.

lokasi kedua di pantai kok. landmark lokasi - jalan nak ke oriental village langkawi dan berdekatan the danna langkawi hotel. kalo nampak sebuah van lotun bernama hafiz rojak, anda berada di zon yang betul. time ni aku layan cendol dan rojak. sedap, kena dengan selera dan harga lagi murah dari lokasi pertama.

kalo nak makan nasi campur, boleh try ke kedai 'jom ikan bakar' yang terletak di area padang matsirat. aku tak pasti hari ahad memang tutup ke atau timing kitaorang yang tak kena. hari isnin sebelum ke airport, kitaorang cuba nasib sekali lagi. buka! apalagi serbu! semestinya sedap dan banyak pilihan lauk. harga makanan standard macam di Key Ell.

cara nak ke sana : blogger sato - jom ikan bakar
dekat the danna langkawi hotel ade selekoh. selepas selekoh, turn left dan nampak kawasan lapang. dekat situ van lotus hafiz rojak berniaga
pantai kok
hafiz rojak - mendapat pengiktirafan dari program jalan-jalan cari makan. buka setiap hari kecuali hari isnin je yang tutup kot. sorry aku lupa dah
layan sunset
aktiviti ni depends pada minat. macam aku, menyaksikan keindahan sunset tu satu kepuasan, ececeh. maka dengan itu, kitaorang pilih pantai chenang dan pekan kuah untuk menjalankan misi. korang jugak boleh layan sunset di pantai tengah.

aktiviti-aktiviti lain yang boleh dibuat dekat pantai chenang ialah parasailing, main speed boat, main banana boat, berjogging dan mandi manda. kalo just nak lepak sambil layan perasaan pon boleh. sekali sekala tengok gelagat orang seronok derr.
pantai chenang yang sentiasa penuh dengan ragam manusia
mandi manda sambil layan perubahan sunset
finally, sunset yang sebenar muncul
sunset di pekan kuah
skyglide
ini adalah tarikan terbaru di langkawi. tak silap aku baru je dibuka awal bulan hari tue.

kalo nak merasa naik skyglide, jatuh hukum wajib korang kena naik cable car sampai second peak. sebabnya skyglide ni adalah penghubung laluan dari second peak station ke skybridge dan hanya mengambil masa dalam dua minit sahaja. 

sebelum ni kalo nak ke skybridge, kita kena turun naik tangga mengikut jungle trail yang disediakan. masa yang diperlukan lebih kurang 10 minit. kesian dekat pakcik makcik dan budak-budak. jangan kata depa, aku pon semput. itulah tujuan skyglide ni dibina.

harga tiket RM10 (dewasa) dan RM7 (kanak-kanak). tiket dijual secara berasingan dengan tiket skycab. 
skyglide
shopping time!
benda wajib yang perlu dilaksanakan dengan jaya kalo mai langkawi. kalo tak buat, automatik kita jadi parkinson, hehe. part ni aku tak payah ceghita lebih. semua orang expert!
perbelanjaan
seperti biasa, aku pesen bajet ciput bila travel. kali nie, aku bajet RM500 all in kecuali flight ticket. moh tengok over budget atau tidak. 
  
1. flight ticket dari KLIA2 ke langkawi (return) : RM80 seorang
2. accomodation di amzar motel : RM37.50 seorang
3. accomodation di island time motel : RM35 seorang
4. kereta sewa : RM50 seorang
5. minyak kereta sewa : RM10 seorang
6. aktiviti island hoping : RM30 seorang
7. pakej skycab (cable car) - dome - 3D art museum : RM47 seorang
8. lain-lain perbelanjaan : RM131.80

so, jumlah perbelanjaan keseluruhan termasuk flight ticket : RM421.30. 

erm, kira hokey la ni aku spent, kurang dari bajet. syabbas beteh!!

*matik la perasan sendiri

part lain-lain perbelanjaan tue aku guna untuk beli coklat, hadiah untuk diri sendiri dan juga untuk makan minum. nasib masa tu aku tak tergoda nak beli pemanggang ajaib. insyaallah coming soon kalo ke sana aku rase macam nak beli nanti. eh, nak pegi lagi ke????

hehe, biarlah rahsia dulu. konon!

pada pendapat aku, tak perlu pakai pakej kalo first time nak pergi even datang in grouping. the most important things korang tahu macam mana nak urus apa yang patut. perbanyakkan cari info, boleh rujuk dengan pakcik google dan mana-mana blog, insyaallah semuanya akan berjalan lancar.

hokey la, sekian saje kisah travel versi aku selama tiga hari dua malam di langkawi. selamat bercuti kepada yang ade plan nak ke sana.

tq for reading!

Tuesday, 1 December 2015

alahai taman lagenda langkawi dan taman CHOGM

hari ketiga di bumi langkawi.

bukan main semangat kitaorang bangun awal pagi ni. ade misi yang perlu diselesaikan iaitu pegi jogging!

eh, korang ingat masa travel tak yah jogging ke?

kenaaaaaa. 

demi kelangsingan tubuh badan walaupon tak berapa nak langsing sangat, haha.

sebenarnya kitaorang memang suka pergi jogging. cuma biasa la, on off. jadi bila dapat tau ade taman cantik kat langkawi, itu yang nak buat aktiviti lain dari lain. semangat nau-nau kitaorang bawa kasut sukan sampai langkawi ni hokey. let's go!

sampai jer dekat lobi motel, tengok-tengok main door kena rantai dan dimangga dari dalam. kitaorang perasan ade orang tengah tido dekat sofa lobby, tapi malas nak kejutkan. so, kitaorang try cari kunci kat atas meja dan jumpa. dah moh gerak. 

taman yang kitaorang nak pegi jogging ni namanya taman lagenda langkawi. of cos aku teruja, maklum la baru first time nak jejak kaki ke sana. taman ni terletak di antara dataran lang dan taman CHOGM. perjalanan dari motel pon tak jauh mana, dalam lima minit sajorrkk.

sebelum tu, kitaorang ke dataran lang dulu. tempat ni jatuh hukum wajib diterjah kalo datang ke langkawi.
pandangan tepi
pandangan belakang
ala-ala kapal pedagang china zaman dulu
dataran lang
dekat dataran lang ni la letaknya patung helang gergasi yang menjadi mercu tanda pulau langkawi dan tumpuan pelancong. rupa bentuk seperti sayap sedang mengepak dan bersedia untuk terbang ke udara menjadikan pemandangan kat situ cantik menarik tertarik ko memang deboom!

amek, macam tu sekali perumpamaannya :p

lebih kurang 15 minit lepak-lepak dan bergambar sakan, kitaorang terus gerak ke taman lagenda langkawi. 

lupa nak bagitau, kalo ke sini, korang boleh parking kereta dalam kawasan dataran lang. dari situ nak ke taman lagenda langkawi dan taman CHOGM just walking distance. 

parking kereta percuma, masuk ke taman-taman yang aku bagitau tadi pon percuma.   

taman lagenda langkawi
kewujudan taman lagenda langkawi adalah idea dari tun mahathir dan mula dibuka secara rasmi pada tahun 1996. dulu taman ni adalah pantai dan lautan lepas tue ditambak seluas 50 ekar. 

tujuan taman lagenda langkawi dibina adalah untuk 'menghidupkan semula' cerita-cerita lagenda dan mitos pulau langkawi. sesuai bebenor dengan gelarannya sebagai pulau lagenda.

taman ni mempunyai empat buah tasik buatan, sebuah lagun dan pantai. selain tue, taman ni memang popular di kalangan mereka yang suka beriadah. ade pathway untuk korang berbasikal atau berjogging. kalo terasa nak bersantai-santai sambil makan coklat pon boleh, sebab ade disediakan tempat rehat.

di sini juga ade bukit tinjau setinggi 20 kaki. menariknya, korang boleh nampak keindahan selat kuah dan seluruh lagenda langkawi. tak silap aku taman ni buka dari 7 pagi sampai 7 petang. jom layan gambar-gambar yang sempat aku snap. 
kawasan persekitaran sebelum masuk ke taman lagenda langkawi. malam mesti cantik, ade lampu warna warni
pintu masuk
sambut mesra ke lagenda langkawi
pathway untuk berbasikal, berjogging dan berjale-jale
tengah sedap kitaorang berjogging, tiba-tiba nampak biawak ntah dari mana datang. apalagi, terus buka langkah seribu. belum tentu lagi kat depan sana selamat.
tak pasal-pasal mood berjogging teruih merundum.

tengok keadaan taman yang tak terurus dan sunyi, kitaorang takde keberanian nak explore bukit tinjau, lagun dan tasik-tasik lain. ade juga barang-barang lagenda dan mitos pulau langkawi yang dah pecah. 

cakap pasal cerita lagenda dan mitos, taman ni ade 17 monumen. wah, banyak tu. dalam banyak-banyak cerita, aku tertarik dengan kisah buaya putih. 

telani dan telanai mengisahkan mengenai percintaan di antara seorang dayang istana bernama telani dengan kekasihnya, telanai - seorang pahlawan. selepas mengalami malapetaka berturut-turut, sultan yang mendapat tahu mengenai hubungan tersebut telah menyalahkan telani sebagai punca. sultan kemudian telah memerintahkan telani dibuang daerah ke sebuah pulau yang sunyi iaitu pulau dayang bunting. di situ telani telah melahirkan seorang anak lelaki. tidak lama kemudian, telanai pon belayar ke pulau tersebut bagi mengubati rindunya

semasa belayar, tiba-tiba kilat sambar menyambar berserta guruh gemuruh. anak telani yang tengah nyenyak tidur di pinggir tasik terjaga ketakutan lalu terjatuh ke dalam tasik. setelah kabus hilang, telanai telah bertukar rupa menjadi sebuah pulau yang kini dikenali sebagai pulau tajai, sementara telani pula menjelma sebagai batu besar di tempat dia menangis. menurut cerita, seekor buaya putih kerap cerita muncul berenang di antara pulau tajai dan batu besar itu dan dikatakan buaya itu adalah jelmaan anak pasangan kekasih tersebut.

sedih betol ending kisah hidup depa. sorang jadi pulau, sorang jadi batu dan sorang lagi jadi buaya. nasib tak jadi hantu.
tasik yang tidak terjaga
buaya putih. kalo tengok betul-betul macam real crocodile pon ye jugak
dek kerana dah takde hala tuju, kitaorang teruskan berjalan ikut pathway. instinct aku kuat bagitau dari sini macam boleh tembus ke taman CHOGM.

yes, tepat seperti yang dijangkakan. memang betol boleh tembus, jom teruskan ekspedisi.

taman CHOGM
CHOGM ni stand for Commonwealth Heads Of Government Meeting. dalam BM plak maksudnya Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel.

CHOGM adalah sidang kemuncak dwi tahunan yang diadakan dua tahun sekali dan akan disertai oleh ketua kerajaan samada PM atau presiden dari negara-negara komanwel. kebiasaannya, mesyuarat ini dikendalikan dari negara yang berbeza based on giliran.

pada Oktober 1989, malaysia telah menjadi tuan rumah dan mesyuarat ni telah diadakan di langkawi. sebagai kenangan, delegasi dari negara yang terlibat telah menanam pelbagai jenis pokok kat taman ni. mostly pokok tanjung yang depa tanam masa tue dan setiap pokok ditandakan nama dan negara asal penanamnya. itulah tujuan utama taman ni dibina.

sekarang, dah lebih dua dekad berlalu, pokok-pokok yang ditanam ada yang membesar dengan sihat dan ada juga yang dah mati.

bila tengok area sini macam haru biru, kitaorang tak berani jugak nak explore lebih-lebih. takut jumpa lagi makhluk yang tak sepatutnya. maka dengan itu, musnah harapanku nak tengok pokok-pokok yang ditanam oleh ketua-ketua kerajaan negara komanwel.

seterusnya, kitaorang meneruskan perjalanan ke kawasan pantai dalam taman lagenda langkawi.
view taman CHOGM dari kejauhan
laluan pejalan kaki dari taman lagenda langkawi ke taman CHOGM
sekali pandang macam kawasan kubur
bunga-bungaan yang layu di hujung mekar
pintu gerbang ke kawasan pantai dalam taman lagenda langkawi
bersih dan terjaga
view dari belah kiri - pulau dayang bunting. bentuk pulau macam wanita mengandung yang tengah baring sambil merehatkan diri
view dari belah kanan
tabik spring aku dengan brader yang tengah menyapu tu. memang bersih kawasan sekitar pantai ni. dia sorang je pekerja yang aku jumpa sepanjang kitaorang berjogging hari nie.

pastu kitaorang jalan lagi kat belah lain tapi takde ape yang menarik. aku tak nafikan bila datang tempat macam hidup segan mati tak mau ni indirectly akan bagi kesan yang tak gempak mana.

dah la banyak nyamuk. heiiii mentang-mentang darah aku sedap dimakan begitu saje kannnn.

jalan punya jalan ikut rentak kaki, akhirnya kitaorang sampai balik dekat pintu masuk taman lagenda langkawi. tamat sudah ekpedisi kami menjelajah tiga tempat sekaligus.
jalan punya jalan, nampak view ni - kombinasi patung helang gergasi dan pulau dayang bunting
kembali ke sini semula
sekali lagi snap gambar yang sama
apa yang aku boleh katakan, taman-taman dekat sini dah takde seri dan takde ummmppph. sorry kalo komen aku kasar, tapi inilah hakikat yang perlu diterima. 

kalo tengok dalam peta langkawi, taman-taman yang kami terjah nie disenaraikan sebagai tempat menarik. cuma sayang tak terjaga mana. tak tau ape sebab dan puncanya. maybe pihak pengurusan takde peruntukan untuk buat keje-keje baik pulih kot. 

kalo kena cara, tak mustahil satu hari nanti taman ni boleh glamer balik. then perbanyakkan buat aktiviti sihat seperti berkelah, aerobik, fun run, berbasikal dan treasure hunt. insyaallah, nanti aku cuba usulkan perkara nie kat majlis perbandaran langkawi.

ok la, itu saje nak story pasal taman-taman di langkawi ni. sehingga berjumpa lagi di lain entry, tq for reading :)

notakaki : sumber rujukan info dari blog dedaun alam, terima kasih.