virtual friends

Thursday 14 January 2016

trip bajet ciput ke tanah jawa : day 1 : kota tua @ old batavia

selepas merenggangkan urat-urat yang tersimpul, kitaorang terus bergerak ke kota tua atau nama lainnya ialah old batavia.

menurut kata staff hostel, kalo nak jalan kaki memang tak jauh mana. dalam 20 minit but depends pada ketahanan body masing-masing. terpulang, ape yang penting kita selamat sampai ke destinasi yang dituju.

paling comel sekali, depa siap kasi peta yang dilukis sendiri. alahai cute nau!
berdasarkan pengalaman yang kitaorang lalui, walking distance ke old batavia sangat tidak sesuai. asalnya permulaan perjalanan kitaorang berjalan lancar. namun langit tak selalu cerah. time tu adalah peak hour dimana orang tengah balik kerja. so, jalan agak macet ditambah dengan bunyi hon sana sini.

for your info, dekat jakarta ni korang harus mempunyai high level confidence untuk melintas. diorang pesen takde bagi signal bila nak masuk simpang, bawak laju dan suka mencelah especially motor. seboleh-boleh depa tak bagi chance langsung. yup memang bahaya, silap haribulan kita stress tengok.

dipendekkan cerita masa separuh perjalanan, ji hyo nampak angkutan dan dia ajak naik. alhamdulillah, baru lega sket dan tambang dalam rp3k jer.

now kita masuk subjek sejarah kejap. meh rapat-rapat cikgu nak explain sket.

secara ringkasnya, kota tua adalah sebuah wilayah kecil yang berkeluasan dalam 1.3 km persegi. pernah menjadi bandar pertama jakarta pada era penjajahan belanda. ada jugak sumber lain yang mengatakan kota tua adalah pusat perdagangan benua asia suatu ketika dulu kerana kedudukan lokasi yang strategik. that' s why some people call this area as a jakarta lama.

kalo anda bukan peminat sejarah, maybe anda rasa kota tua takde ape yang menarik. dekat sini yang ade hanya bangunan-bangunan lama yang telah dibaikpulih menjadi muzium, bank, library, cafe dan hak milik persendirian. reka bentuk pula asli dari architecture belanda dan masih dikekalkan sehingga kini.

jom layan gambar-gambar yang mana aku sempat snap. picca! 
jakarta history museum
tak tau nama ape building ni. aku rase cantik pastu aku snap, hehe
mereka yang sedang melepak dekat building yang ade bank. gambar gelap sebab sunset
jakarta history museum dari jarak dekat. tempat melepak paling ramai orang
from other view - building yang ade library dan puppet museum
banyak aktiviti yang korang boleh buat di kota tua. get ready ongkos je. peniaga jalanan sentiasa ada di mana-mana. kalo tak minat melepak, korang boleh berbasikal atau bergambar dengan macam-macam jenis manusia. ada jadi macam kesatria baja hitam la, bayangkan depa pakai satu suit complete. nak lebih ekstrem ade yang siap buat magic. sekali lagi diingatkan, even nak bergambar dengan depa, tetap kena bayar.

aktiviti kitaorang cuma berjalan-jalan dan bergambar sesuka hati. sambil tue kitaorang ralit melayan ragam dan gelagat local people. sometimes kitaorang terpikir ape diorang buat kat sini sebenarnya. kalo tengok, majoriti duduk melepak je. ohhh tidak dilupakan mereka juga kuat berselpie okeh, hehe.
jakarta museum history. manusia dengan pelbagai ragam dan gelagat
nama dataran ni ialah taman fahiliah. landmark ada batang pokok dan waterfall. nampak tak kat batang pokok tu ade orang-orang pelik? nak amek gambar kena bayar ye
aku berjaya snap secara haram. sampai la ni aku curious dengan magic ni. ji hyo lagi best, siap kuar formula saintifik dia
next kitaorang round plak dekat belah lain sampai ke hujung. tup-tup nampak uptown. cuma tak pasti samada dibuka setiap hari atau sebaliknya. ntah ape angin kus-kus aku hari ni, aku terbeli monopod tanpa sengaja. maybe sebab design yang simple then ade dua function yang berguna, tak memasal aku berkenan. tapi sayang handphone aku takleh detect dengan monopod tu. handphone ji hyo pon sama. at the end aku beli gak. dengan ji hyo sekali terpengaruh, hiks. 

apart from this, kota tua jugak terkenal dengan street food. pandai-pandai la korang pilih mana yang terbaik untuk dicuba. kitaorang just makan bakso. first time aku try, not bad. lepas makan kitaorang kembali semula ke dataran. amek ko, makin malam makin ramai orang.
bangi kopitiam spotted. tetibe rindu tanah air tercinta
ada dua option nak sewa basikal. pertama - bawak sendiri tapi sape spesis tak cukup ketinggian, jangan cari pasal nak cuba. sila pergi ke second option iaitu hire sekali pak supir. harga aku tak tau berapa
sambung round kat belah lain
round sampai hujung, tup-tup nampak uptown. jom singgah sebentar
inilah monopod yang aku beli. kat holder tu ade button. once handphone detected, just press the button and selca!
dari uptown tadi, boleh terus tembus kat area street food. jom kita makan plak
jemput. semua sekali kitaorang makan dalam rp23k (RM6.90)
kembali semula ke dataran. orang makin ramai lepak depan jakarta museum history
bangunan klasik tu adalah cafe batavia - one of the most popular cafe in kota tua
waterfall
kantor pos indonesia. tak ramai yang lepak dekat sini
rase dah takde ape nak buat kat sini. moh la berangkat pulang ke tempat persinggahan. plan memang nak naik angkutan. malam-malam ni lagi bahaya jalan kaki.

see, bila travel ade jugak perkara-perkara yang perlu lebih kurang. even bajet agak limited, keselamatan diri kena dititikberat. let say kat area tu ade pengangkutan awam then harga tambang reasonable, please use it. takpe kena bayar lebih sket.

sebelum sampai hostel, sempat lagi kitaorang singgah indomaret. aku kan peminat tegar kedai serbaneka ni, haha.

syukur alhamdulillah, hari pertama di jakarta dipermudahkan. kat bawah ni aku nak kongsikan beberapa tips sebagai panduan sejagat :p

#1. masa aku tengah siapkan entry ni, baru aku noticed ade beberapa tempat di kota tua yang kitaorang tak terjah. inilah bahana kalo tak research betul-betul sebelum pergi. rupanya tempat-tempat ni terletak kat belah belakang. antara yang ade di situ ialah bangunan toko merah dan historic dutch bridge. kalo sewa basikal sekali pakej dengan pak supir, tempat ni depa akan bawak.

#2. my personal opinion, kota tua ni worth it to visit. at the same time kita dapat tengok real life orang tempatan. jangan datang sini time tengahari ye, panas terik.

#3. dari the packer lodge better amek terus angkutan ke kota tua. takyah nak jalan kaki sangat la! harga tambang pon tak mahal - rp6k return. 

that's it. selamat malam jakarta :)

No comments:

Post a Comment