virtual friends

Wednesday, 30 March 2016

kisah trip solo yang tak kesampaian

- assalamualaikum wbt -

entry kali ni saje nak buat sesi luahan hati. terima kasih kepada yang sudi membaca. bukan kisah putus cinta yer. ini kisah trip solo yang tak kesampaian :(

sepatutnya 2 hingga 4 mac hari tu aku ke langkawi. 

plan asal nak buat trip solo dan masuk koh lipe teruih kalau takde ape-ape.

sepatutnya la kan.

finally hari yang dinanti aku tak pergi pon.

huwa!

sedih dow.
tiket ke langkawi ni aku berjaya rembat masa last year punya 0 fares. aku dapat RM23.32 return. aku decided nak beli dulu. pergi atau tidak belakang kira.

hari berganti hari. pejam celik date yang aku nak pergi makin lama makin dekat. aku takde buat ape-ape preparation sebab langkawi ni aku dah biasa.

preparation ke koh lipe aku just take note jadual feri. kunun-kunun sampai langkawi 8.30pagi, sedang elok aku amek feri jam 9.30pagi. esoknya pukul 10.30pagi atau 4petang aku balik ke langkawi semula.

la ni masalah utama aku tak tau camna nak bagitau mak ayah aku pasal trip solo ni. puas dok mikior ayat paling menikam kelbu dengan harapan mereka sebagai pemegang lesen terbesar izinkan aku poie.

pada satu hari yang tengah panaih membahang, aku bagitau mak aku dulu hajat dihati. bukan main lembut suara aku cakap masa tu, hiks.

sekali ni jawapan mak aku.

nak pergi sorang? tak payah. pergi berdua boleh.

simple tapi tegas. terus aku speechless. tu belum lagi aku cakap nak pergi koh lipe. silap haribulan jawapannya no!!! 

aku tak boleh nak ikut kata hati sangat. aku kena bersyukur parent aku izinkan aku travel sebagai backpacker. dulu aku start travel dengan follow travel agent tau. lagi haru biru dan tak kena dengan jiwa aku.

berbalik pada cerita tadi, dari situ aku sendiri berbelah bagi samada nak teruskan atau tidak. 50-50. nasib aku takde booking accomodation dan sebagainya. trip kali ni memang aku nak gamble walk in ape semua sebab aku pergi time low season.

betul kata orang, perancangan Allah swt adalah sebaik-baik perancangan.

minggu aku nak ke langkawi tu tiba-tiba aku banyak kerja. style kerja aku jenis tak boleh tangguh sebab kejar deadline. kalo aku teruskan trip ni confirm aku banyak pikir walaupon hakikatnya kerja sampai bila-bila memang takkan habis.

hari yang sepatutnya aku bertolak aku hanya mampu pandang kapalterbang dari bawah je. kan pepatah melayu ade mengatakan tak dapat pergi dapat tengok kapalterbang dari jauh pon jadi la, puiii nau nau.

nak sedapkan hati aku anggap ni bukan rezeki. key point kalo aku nak travel - pastikan berteman. jom sape nak ikut aku pergi jepun tahun depan!   

trip sempoi ke singapore : marina bay sands singapore & sands skypark observation deck

kalo baca balik entry yang lepas, aku ade mention kitaorang terpaksa cancel ke marina bay sands singapore disebabkan kepenatan tahap gaban. 

walau bagaimana pon, aku tetap nak buat special entry. bagi aku tempat ni ade keistimewaan yang tersendiri even aku tak explore abih.

some people kalo tanya marina bay sands singapore mesti ada yang blur dan tak tahu tu bangunan ape. tapi kalo tunjuk gambar seperti di bawah majoriti semua tahu.
infinity pool
ooohhh tempat ni. dekat singapore kan?
yang ni la swimming pool dia dekat atas sekali tu kan?

amek ko, dramatik sangat :p

selain hotel dan mempunyai 2,561 bilik, terdapat juga mall dan muzium di marina bay sands singapore. pada aku point ni tak penting mana. aku sedar diri wei tak mampu stay sini melainkan aku kawen dengan anak raja, baru layak dengan jayanya. hehe.

apa yang aku nak story ialah mengenai sands skypark observation deck.

for those yang tak gayat dan suka tengok stunning view dari tempat tinggi, meh la datang ke sands skypark observation deck yang terletak di tingkat 57. 

sebelum ke singapore hari tu, kami memang plan untuk ke sini. alang-alang dah sampai, terjah sajork walaupon aku tahu aku gayat. at least den torai hokey.

then kami discuss balik dan tetibe rase tak berbaloi nak naik. setakat nak lepaking dan just tengok view kitaorang rase tu bukan satu keputusan yang tepat. lain la kalo boleh mandi manda kat infinity pool best jugak. kata putus dicapai, at the end kami skip tempat ni.  

jimat $23 u olls! 

opening hours
*monday to thursday : 9.30am to 10pm
*friday to sunday : 9.30am and 11pm


prices
*$23 for adults
*$17 for children (aged between 2-12 years)
*$20 for senior citizens (aged 65 years and above)
*children under 2 years may enter for free

others info
*pintu masuk ke sands skypark observation deck terletak di hotel tower 3 exterior (porte cochere area)

*tiket sah hanya untuk sands skypark observation deck. jangan verangan nak masuk ke infinity pool yang eksklusif untuk guest hotel sahaja.

*for the comfort and safety of all guests, we limit the number of people who can enter at any time. tickets are valid for a single admittance and there is no limit to the time guests may stay.

*please note that the observation deck maybe closed on certain days or times due to private events.
illustration of marina bay sands singapore
dekat area melengkung tu letaknya sands skypark observation deck
jangan lupa double check dulu dengan staff MRT stesen mana lagi praktikal untuk ke marina bay sands singapore. berdasarkan peta MRT dan ikut logik akal, aku rase lagi praktikal turun di stesen marina bay. untuk makluman semua, dekat stesen bayfront memang tersedia pedestrian walkway untuk ke marina bay sands singapore. cuma aku tak pasti jarak perjalanan sejauh mana. 

selain tu, dekat area sini jugak ade wonder full - light & water show. show ni setiap hari, open for public, masuk percuma dan berdurasi selama 15 minit. info lanjut boleh click official website : marina bay sands singapore. segala mak nenek info semua ade kat sini.
ok lah, itu saje untuk hari nie. mana tau satu hari nanti aku sesat barat datang singapore, of cos tempat ni aku akan repeat balik. insyaallah :)

Thursday, 24 March 2016

trip sempoi ke singapore : day 1 : supertree grove & OCBC skyway

dari stesen raffles place, ade dua cara untuk ke gardens by the bay.

cara pertama : ambil train east west line (green line - EW14) sampai stesen bugis kemudian transfer line ke downtown line (blue line) dan berhenti di stesen bayfront. 

cara kedua ambil train north south line (red line - NS26) sampai stesen marina bay kemudian transfer line ke circle line (yellow line) dan berhenti di stesen bayfront.

nampak cara kedua tak melibatkan banyak stesen. lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa.

sampai di stesen bayfront, tengok signboard yang menghala ke gardens by the bay.
pedestrian walkway to gardens by the bay/bay south garden
sebelum kita ke supertree grove dan OCBC skyway, aku nak cerita pasal gardens by the bay dulu. dari situ baru nampak ape yang menarik dan tak menarik dekat sana.

gardens by the bay adalah kawasan yang telah ditambak seluas 101 hektar dan merupakan taman dalam bandar.

dalam gardens by the bay ade tiga waterfront gardens iaitu bay south garden, bay east garden dan bay central garden. the largest of the gardens is bay south garden at 54 hectars.

antara tempat menarik yang ada dalam bay south garden ialah conservatory flower dome, conservatory cloud forest, supertree grove dan OCBC skyway.

official website for more info : gardens by the bay

jadi petang ni kitaorang berada di bay south garden. fokus utama untuk tengok pokok-pokok macam dalam filem avatar di supertree grove dan naik jambatan gantung yang dikenali sebagai OCBC skyway.
singapore flyer - supertree grove - conservatory flower dome - conservatory cloud forest
lagi sket nak sampai dah
lupa nak bagitau, direction nak ke supertree grove ni tak susah mana. lepas dah follow signboard dari MRT tadi, korang akan terus berjalan hingga ke gardens by the bay. automatically dari jauh nampak supertree grove.

dah sampai!
 
betul-betul time maghrib kitaorang dekat sini. kebetulan hari tu hari sabtu, ramai orang toksah cakap la. masing-masing nak tunggu light and music show pukul 7.45malam.

kalau ikut itinerary, kitaorang plan nak naik OCBC skyway lepas tu layan light and music show. sayangnya takde rezeki sebab terlampau ramai nau yang tengah queue. aku tak yakin kitaorang sempat naik atas sebab last admission pukul 8.30malam. 

info tambahan mengenai OCBC skyway 
*daily open : 9am - 9pm 
*entrance fee : FOC
*last sale of OCBC Skyway tickets : 8pm (please note that the timing of the last ticket sale may be brought forward earlier in the event of long queues)
*last admission : 8.30pm 
*prices of ticket : (adults & senior citizens > 60 years old : $5) (children 3-12 years old : $3) 

now misi mencari tempat duduk plak.

meraban jugak la kitaorang cari seat kosong tapi nan hadonya. ade gak yang duduk atas lantai. macam biasa bila sorang buat ramai yang ikut. sebolehnya aku tak nak sebab seluar ni aku pakai buat solat. luckily ade sorang minah ni bangun, alhamdulillah berjaya jugak kitaorang duduk.

sementara nak tunggu light and music show, dan-dan tu la aku rase nak tido. hari ni memang penat sangat plus tak cukup tidur dekat airport semalam. siap berborak dengan yoo ri dalam keadaan mata terpejam tau. 

wahai mata, bertabah la kamu. lepas ni kita balik ye.

hehe, behngong je cakap dengan mata sendiri.
supertree grove - OCBC skyway
supertree grove - OCBC skyway - marina bay sands singapore
light and music show
night at singapore
based on my opinion, waktu yang terbaik nak lepak kat sini adalah pada waktu petang. alang-alang tu boleh lepak terus sampai ke malam sambil layan light and music show. ikut schedule show ni setiap hari dan ade dua masa. first pukul 7.45 petang dan seterusnya pukul 8.45 malam.

abih jer light and music show, kitaorang plan nak balik hostel terus. penat tahap gaban sangat ni wei. maknanya plan nak ke marina bay sands singapore dan bugis untuk solat automatik cancel. dalam MRT pon aku sempat terlelap sekejap. serius penat giler!

sampai bilik, benda pertama kitaorang buat solat dulu. mujur yoo ri punya sejadah besar. boleh cover ruang yang ade even depa bawak kasut sampai dalam. ape yang penting bersih.

lepas tu kitaorang buat ape?

aku rase semua tau kot. kitaorang mandi dan selamat masuk tidur dengan jayanya. memang tak sedar langsung bila budak-budak lain masuk bilik.

finally tamat sudah kisah pengembaraan kami pada hari pertama di singapore :)

Thursday, 17 March 2016

trip sempoi ke singapore : day 1 : merlion park

ade la lebih kurang 15 minit kitaorang duduk berehat dalam bilik sambil merenggangkan urat-urat yang tersimpul.

untuk ke merlion park, jatuh hukum wajib turun di stesen raffles place.

macam kami, dari stesen boon keng - turun di stesen outram park - kemudian transfer line to east west line (green line) sampai ke stesen raffles place. seterusnya cari exit ke battery road (H). dah jumpa pintu keluar ke battery road, ambil ke kanan dan akan nampak singapore river

good job betteh!

anda berada di laluan yang betul.

tapi jangan ingat dah sampai ye.

belum.

perjalanan masih jauh lagi.

biasanya sebelum nak ke merlion park, mana-mana blog yang aku baca akan jale-jale dulu di kawasan sekitar. antara tempat menarik yang boleh diterjah ialah cavenagh bridge, statue, skycrapper building dan the fullerton hotel singapore. memang sesuai benor area sini dikenali sebagai pusat bandar singapore.

aku tak tau nak explain macam mana melalui ayat penyata. jadi nak senang cerita, aku bawak korang ke sana melalui gambar. lets go!
on the way nak ke stesen boon keng. landmark yang wajib dilalui if stay dekat the hive singapore hostel
exit ke merlion park atau battery road ialah exit H
singapore river
automatically akan nampak bangunan maybank
statue yang menceritakan kehidupan zaman dolu-dolu
the fullerton hotel singapore - salah satu hotel termahal disini. untuk ke merlion park, ikut saje laluan depan hotel tue.
macam aku & yoo ri, kami saje tak lalu depan the fullerton hotel singapore untuk ke merlion park. kami cross ke cavenagh bridge dulu. nak tengok ape yang menarik kat seberang sana
view dari cavenagh bridge. belah kanan bangunan maybank - belah kiri
the fullerton hotel singapore
view selepas cross cavenagh bridge, ade skycrapper building dan taman-taman
jalan ke depan lagi nampak terowong
keluar dari terowong akan nampak view macam ni. cantik. esplanade dari kejauhan
then kami cross anderson bridge untuk ke merlion park
berjalan dan terus berjalan sampai di sini. sementara traffic light tengah merah, sempat lagi aku amek gambar. view dari belah kanan anda
view dari belah kiri
lepas melintas, terus nampak merlion park
anak merlion
view dari merlion park
merlion park dan skycrapper building. tengok tu, punya la ramai orang!
di satu sudut - marina bay dan artscience museum
boleh jugak nak jalan-jalan kat area sini dengan boat
dah puas melepek dan amek gambar kat merlion park, kami patah balik ke sini
jalan lagi sampai hujung. nampak view ni, layanzzz
sedikit info mengenai merlion park yang aku copy dari wikipedia. aku translate teruih dalam BM. kalau dalam BI confirm orang malas baca termasuk aku, hehe.

merlion park merupakan salah satu mercu tanda singapore dan kedudukannya berhampiran dengan central business district (CBD). terdapat dua statue merlion dekat sini. pertama, the original merlion yang berukuran 8.6 meter. kedua, merlion cub yang terletak berdekatan dengan original merlion dan mempunyai ketinggian sepanjang 2 meter.

orang biasa panggil the original merlion tu mak merlion manakala merlion cub tu of course anaknya.

bapak dia kat mana?

bapak dia hado tapi terpisah jauh sket. bapak dia terdampar di sentosa island. nak tahu lebih lanjut, sila google.

merlion statue mencipta sejarah tersendiri apabila pernah dipanah petir pada 28 february 2009. sesungguhnya kekuasaan Allah swt boleh mengatasi segala-galanya kan?

kawasan merlion park ni sentiasa ramai orang. nak amek gambar time takde orang langsung memang payah. pandai-pandai la korang cari angel yang terbaik. pada pemerhatian aku, waktu yang sesuai datang sini adalah waktu pagi dan petang. time tengahari nak datang pon takde masalah. sila tahan panas je.

selain bergambar, korang juga boleh berjogging dan berbasikal dekat sini. sekali sekala seronok jugak buat aktiviti lain dari lain di tempat orang. ape pon, pilihan di tangan anda :)

Monday, 14 March 2016

trip sempoi ke singapore : the hive singapore hostel

- assalamualaikum wbt -

blog CakapSempoi ni sebijik macam chipsmore. kejap on air pastu tiba-tiba senyap tupa. nak buat camno, tuan dia lembab sangat. lagi lembab dari kura-kura u ollss.

for your info, la ni vitamin M dah merasuk dalam badan aku. tak memasal side effect tu lebih teruk dari vitamin T.

tau dak vitamin T tu ape?

vitamin tido da.

baiklah, aku dah melalut tang mukadimah ni. lepas korang baca sila ignore je.

hari nie aku nak sambung cerita trip sempoi kitaorang ke singapore. lama bebenor siaran dah tergendala. suka atau tidak, aku kena setelkan cepat-cepat. eden torai ok?

entry sebelum ni aku ade bagitau kitaorang singgah balik semula di hostel untuk selesaikan urusan check in kan?

tepat sekali.

aku tanya soalan aku bagi jawapan, hehe.

sebenarnya aku malas nak check in lambat-lambat. kang tak dapat katil bawah naya wei. al maklum la, aku kan spesis istimewa.

okey, ini tips kepada mereka yang nak pilih katil bawah dekat hostel.

aku rase mana-mana hostel memang mengamalkan konsep first come first serve. kaedahnya kita tak boleh main cop katil. so, sebelum memulakan ape-ape aktiviti, better pergi check in dulu. bila aku fikir balik, benda macam ni dikira rezeki pon ye jugak. kalau dah takde rezeki, kita tetap kena pilih katil atas. senang cerita, ikut nasib masing-masing.

sampai di stesen boon keng, just follow direction seperti gambar di bawah.
eh, macam pernah ku lihat direction dalam gambar tu tapi dimana ye.

drama sangat statement tu, haha.

kan aku pernah share dalam entry sebelum ni. takpe, aku share sekali lagi.

aku kan rajin!

*sila jangan muntah bila baca :p

the hive singapore hostel secara rasmi telah beroperasi pada disember 2004.

masa aku tengah cari info pasal hostel ni untuk ditulis dalam blog, baru aku tahu the hive singapore hostel merupakan hostel pertama yang dibuka di singapore. kira depa sebagai pencetus menyediakan tempat penginapan mampu milik untuk backpackers dari seantero dunia.

wah menarik.

kak jemah tumpang bangga sekejap u olls sebab kak jemah stay dekat hostel yang ada sejarah yang tersendiri!

idea asal nak stay dekat sini datang dari yoo ri. sebolehnya dia nak cari hostel yang ade toilet asing lelaki dan perempuan. kalau ikutkan susah nak jumpa. mostly hostel sekarang memang jenis shared bathroom dan toilet.

bila aku try tengok gambar dekat booking.com, the hive singapore hostel ade special toilet untuk ladies even depa tak mention dalam ruangan facilities. then aku take note dulu the hive singapore hostel dalam list sebab waktu ni aku tak check price dalam hostelworld lagi.

dalam banyak hostel yang aku survey, ini antara hostel yang paling murah aku jumpa. aku dapat RM54++ per night for one person including free breakfast. at the end aku rasa satu keputusan yang tepat memilih the hive singapore hostel sebagai tempat beradu. the main reason of course kerana lokasi yang strategik. walking distance dari stesen boon keng aku estimate lebih kurang 10 - 15 minit.

last day stay situ, baru aku noticed bukan sekadar special toilet untuk ladies je yang ade. depa juga ade provide special bathroom cuma aku tengok macam takde orang guna. lain plak dengan situasi shared bathroom dekat area bilik kami. bukan main berpusu-pusu orang keluar masuk.

pasal aku malas nak amek gambar, meh layan gambar yang 100% aku cilok dalam google images. 
view the hive singapore hostel dari seberang jalan. walking distance dari stesen boon keng memang wajib cross this road
kaunter pertanyaan dan ruang makan
bilik-bilik di tingkat 2
inilah bilik yang kitaorang stay untuk dua malam. aircond hanya dipasang pada waktu malam saje. waktu siang sila guna kipas angin
shared bathroom
common area di tingkat 2 yang takde sorang pon nak melepak
jangan terkezut godzilla bila tengok hostel ni macam tak siap atau separuh siap. aku sekali imbas tengok memang konpius ape ke hai frame tak bergantung ni?

alkisahnya itulah konsep yang depa nak ketengahkan. nak kata ni konsep ala-ala hispter aku rase jauh sekali kot. konon-konon nak nampak stylo. macam aku jenis tak amek port mana pasal konsep deko mendeko, automatically aku buat tak kisah. as long as sepanjang stay sini tak mendatangkan kemudaratan, dah cukup baik.

now masuk bab yang tak best plak.

standard la macam mana bagus sesebuah hostel tu tetap ade kekurangan jugak kan?

pertama, hostel ni betul-betul terletak berhadapan jalan utama. jadi memang konpem, nyata dan pasti bunyi bising kenderaan yang tengah lalu lalang. part ni pon aku tak kesah mana. kebiasaannya bila penat merayap aku nyenyak tido. roomate masuk bilik langsung aku tak sedar.

selain tu, part paling tak best bila penghuni lain bawak masuk kasut then parking dekat katil masing-masing. hai gi mana mau solat ni coz aku imagine takde la depa bawak sampai ke situ. kebetulan ni first time aku dan yoo ri tidur kat hostel. memang tak boleh nak expect sama ada hostel lain guna cara yang sama atau sebaliknya. sampaikan satu tahap kitaorang decide nak singgah mana-mana masjid sebelum balik hostel malam ni. 

overall aku bagi empat dari lima bintang. benda basic di hostel ni semua ade termasuk iron (self service). oh ya jangan lupa bawak towel sendiri ye. nak guna towel hostel takde masalah. get ready dengan ongkos saje.

kalo baca review dalam hostelworld, majoriti berpuas hati dengan service depa. yup, aku sendiri akui. kalau korang masih tercari-cari tempat penginapan murah di singapore, the hive singapore hostel adalah pilihan yang tepat.

next destination kita ke merlion park.