virtual friends

Monday 14 March 2016

trip sempoi ke singapore : the hive singapore hostel

- assalamualaikum wbt -

blog CakapSempoi ni sebijik macam chipsmore. kejap on air pastu tiba-tiba senyap tupa. nak buat camno, tuan dia lembab sangat. lagi lembab dari kura-kura u ollss.

for your info, la ni vitamin M dah merasuk dalam badan aku. tak memasal side effect tu lebih teruk dari vitamin T.

tau dak vitamin T tu ape?

vitamin tido da.

baiklah, aku dah melalut tang mukadimah ni. lepas korang baca sila ignore je.

hari nie aku nak sambung cerita trip sempoi kitaorang ke singapore. lama bebenor siaran dah tergendala. suka atau tidak, aku kena setelkan cepat-cepat. eden torai ok?

entry sebelum ni aku ade bagitau kitaorang singgah balik semula di hostel untuk selesaikan urusan check in kan?

tepat sekali.

aku tanya soalan aku bagi jawapan, hehe.

sebenarnya aku malas nak check in lambat-lambat. kang tak dapat katil bawah naya wei. al maklum la, aku kan spesis istimewa.

okey, ini tips kepada mereka yang nak pilih katil bawah dekat hostel.

aku rase mana-mana hostel memang mengamalkan konsep first come first serve. kaedahnya kita tak boleh main cop katil. so, sebelum memulakan ape-ape aktiviti, better pergi check in dulu. bila aku fikir balik, benda macam ni dikira rezeki pon ye jugak. kalau dah takde rezeki, kita tetap kena pilih katil atas. senang cerita, ikut nasib masing-masing.

sampai di stesen boon keng, just follow direction seperti gambar di bawah.
eh, macam pernah ku lihat direction dalam gambar tu tapi dimana ye.

drama sangat statement tu, haha.

kan aku pernah share dalam entry sebelum ni. takpe, aku share sekali lagi.

aku kan rajin!

*sila jangan muntah bila baca :p

the hive singapore hostel secara rasmi telah beroperasi pada disember 2004.

masa aku tengah cari info pasal hostel ni untuk ditulis dalam blog, baru aku tahu the hive singapore hostel merupakan hostel pertama yang dibuka di singapore. kira depa sebagai pencetus menyediakan tempat penginapan mampu milik untuk backpackers dari seantero dunia.

wah menarik.

kak jemah tumpang bangga sekejap u olls sebab kak jemah stay dekat hostel yang ada sejarah yang tersendiri!

idea asal nak stay dekat sini datang dari yoo ri. sebolehnya dia nak cari hostel yang ade toilet asing lelaki dan perempuan. kalau ikutkan susah nak jumpa. mostly hostel sekarang memang jenis shared bathroom dan toilet.

bila aku try tengok gambar dekat booking.com, the hive singapore hostel ade special toilet untuk ladies even depa tak mention dalam ruangan facilities. then aku take note dulu the hive singapore hostel dalam list sebab waktu ni aku tak check price dalam hostelworld lagi.

dalam banyak hostel yang aku survey, ini antara hostel yang paling murah aku jumpa. aku dapat RM54++ per night for one person including free breakfast. at the end aku rasa satu keputusan yang tepat memilih the hive singapore hostel sebagai tempat beradu. the main reason of course kerana lokasi yang strategik. walking distance dari stesen boon keng aku estimate lebih kurang 10 - 15 minit.

last day stay situ, baru aku noticed bukan sekadar special toilet untuk ladies je yang ade. depa juga ade provide special bathroom cuma aku tengok macam takde orang guna. lain plak dengan situasi shared bathroom dekat area bilik kami. bukan main berpusu-pusu orang keluar masuk.

pasal aku malas nak amek gambar, meh layan gambar yang 100% aku cilok dalam google images. 
view the hive singapore hostel dari seberang jalan. walking distance dari stesen boon keng memang wajib cross this road
kaunter pertanyaan dan ruang makan
bilik-bilik di tingkat 2
inilah bilik yang kitaorang stay untuk dua malam. aircond hanya dipasang pada waktu malam saje. waktu siang sila guna kipas angin
shared bathroom
common area di tingkat 2 yang takde sorang pon nak melepak
jangan terkezut godzilla bila tengok hostel ni macam tak siap atau separuh siap. aku sekali imbas tengok memang konpius ape ke hai frame tak bergantung ni?

alkisahnya itulah konsep yang depa nak ketengahkan. nak kata ni konsep ala-ala hispter aku rase jauh sekali kot. konon-konon nak nampak stylo. macam aku jenis tak amek port mana pasal konsep deko mendeko, automatically aku buat tak kisah. as long as sepanjang stay sini tak mendatangkan kemudaratan, dah cukup baik.

now masuk bab yang tak best plak.

standard la macam mana bagus sesebuah hostel tu tetap ade kekurangan jugak kan?

pertama, hostel ni betul-betul terletak berhadapan jalan utama. jadi memang konpem, nyata dan pasti bunyi bising kenderaan yang tengah lalu lalang. part ni pon aku tak kesah mana. kebiasaannya bila penat merayap aku nyenyak tido. roomate masuk bilik langsung aku tak sedar.

selain tu, part paling tak best bila penghuni lain bawak masuk kasut then parking dekat katil masing-masing. hai gi mana mau solat ni coz aku imagine takde la depa bawak sampai ke situ. kebetulan ni first time aku dan yoo ri tidur kat hostel. memang tak boleh nak expect sama ada hostel lain guna cara yang sama atau sebaliknya. sampaikan satu tahap kitaorang decide nak singgah mana-mana masjid sebelum balik hostel malam ni. 

overall aku bagi empat dari lima bintang. benda basic di hostel ni semua ade termasuk iron (self service). oh ya jangan lupa bawak towel sendiri ye. nak guna towel hostel takde masalah. get ready dengan ongkos saje.

kalo baca review dalam hostelworld, majoriti berpuas hati dengan service depa. yup, aku sendiri akui. kalau korang masih tercari-cari tempat penginapan murah di singapore, the hive singapore hostel adalah pilihan yang tepat.

next destination kita ke merlion park.

No comments:

Post a Comment