virtual friends

Wednesday 30 March 2016

trip sempoi ke singapore : marina bay sands singapore & sands skypark observation deck

kalo baca balik entry yang lepas, aku ade mention kitaorang terpaksa cancel ke marina bay sands singapore disebabkan kepenatan tahap gaban. 

walau bagaimana pon, aku tetap nak buat special entry. bagi aku tempat ni ade keistimewaan yang tersendiri even aku tak explore abih.

some people kalo tanya marina bay sands singapore mesti ada yang blur dan tak tahu tu bangunan ape. tapi kalo tunjuk gambar seperti di bawah majoriti semua tahu.
infinity pool
ooohhh tempat ni. dekat singapore kan?
yang ni la swimming pool dia dekat atas sekali tu kan?

amek ko, dramatik sangat :p

selain hotel dan mempunyai 2,561 bilik, terdapat juga mall dan muzium di marina bay sands singapore. pada aku point ni tak penting mana. aku sedar diri wei tak mampu stay sini melainkan aku kawen dengan anak raja, baru layak dengan jayanya. hehe.

apa yang aku nak story ialah mengenai sands skypark observation deck.

for those yang tak gayat dan suka tengok stunning view dari tempat tinggi, meh la datang ke sands skypark observation deck yang terletak di tingkat 57. 

sebelum ke singapore hari tu, kami memang plan untuk ke sini. alang-alang dah sampai, terjah sajork walaupon aku tahu aku gayat. at least den torai hokey.

then kami discuss balik dan tetibe rase tak berbaloi nak naik. setakat nak lepaking dan just tengok view kitaorang rase tu bukan satu keputusan yang tepat. lain la kalo boleh mandi manda kat infinity pool best jugak. kata putus dicapai, at the end kami skip tempat ni.  

jimat $23 u olls! 

opening hours
*monday to thursday : 9.30am to 10pm
*friday to sunday : 9.30am and 11pm


prices
*$23 for adults
*$17 for children (aged between 2-12 years)
*$20 for senior citizens (aged 65 years and above)
*children under 2 years may enter for free

others info
*pintu masuk ke sands skypark observation deck terletak di hotel tower 3 exterior (porte cochere area)

*tiket sah hanya untuk sands skypark observation deck. jangan verangan nak masuk ke infinity pool yang eksklusif untuk guest hotel sahaja.

*for the comfort and safety of all guests, we limit the number of people who can enter at any time. tickets are valid for a single admittance and there is no limit to the time guests may stay.

*please note that the observation deck maybe closed on certain days or times due to private events.
illustration of marina bay sands singapore
dekat area melengkung tu letaknya sands skypark observation deck
jangan lupa double check dulu dengan staff MRT stesen mana lagi praktikal untuk ke marina bay sands singapore. berdasarkan peta MRT dan ikut logik akal, aku rase lagi praktikal turun di stesen marina bay. untuk makluman semua, dekat stesen bayfront memang tersedia pedestrian walkway untuk ke marina bay sands singapore. cuma aku tak pasti jarak perjalanan sejauh mana. 

selain tu, dekat area sini jugak ade wonder full - light & water show. show ni setiap hari, open for public, masuk percuma dan berdurasi selama 15 minit. info lanjut boleh click official website : marina bay sands singapore. segala mak nenek info semua ade kat sini.
ok lah, itu saje untuk hari nie. mana tau satu hari nanti aku sesat barat datang singapore, of cos tempat ni aku akan repeat balik. insyaallah :)

No comments:

Post a Comment