virtual friends

Thursday 24 March 2016

trip sempoi ke singapore : day 1 : supertree grove & OCBC skyway

dari stesen raffles place, ade dua cara untuk ke gardens by the bay.

cara pertama : ambil train east west line (green line - EW14) sampai stesen bugis kemudian transfer line ke downtown line (blue line) dan berhenti di stesen bayfront. 

cara kedua ambil train north south line (red line - NS26) sampai stesen marina bay kemudian transfer line ke circle line (yellow line) dan berhenti di stesen bayfront.

nampak cara kedua tak melibatkan banyak stesen. lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa.

sampai di stesen bayfront, tengok signboard yang menghala ke gardens by the bay.
pedestrian walkway to gardens by the bay/bay south garden
sebelum kita ke supertree grove dan OCBC skyway, aku nak cerita pasal gardens by the bay dulu. dari situ baru nampak ape yang menarik dan tak menarik dekat sana.

gardens by the bay adalah kawasan yang telah ditambak seluas 101 hektar dan merupakan taman dalam bandar.

dalam gardens by the bay ade tiga waterfront gardens iaitu bay south garden, bay east garden dan bay central garden. the largest of the gardens is bay south garden at 54 hectars.

antara tempat menarik yang ada dalam bay south garden ialah conservatory flower dome, conservatory cloud forest, supertree grove dan OCBC skyway.

official website for more info : gardens by the bay

jadi petang ni kitaorang berada di bay south garden. fokus utama untuk tengok pokok-pokok macam dalam filem avatar di supertree grove dan naik jambatan gantung yang dikenali sebagai OCBC skyway.
singapore flyer - supertree grove - conservatory flower dome - conservatory cloud forest
lagi sket nak sampai dah
lupa nak bagitau, direction nak ke supertree grove ni tak susah mana. lepas dah follow signboard dari MRT tadi, korang akan terus berjalan hingga ke gardens by the bay. automatically dari jauh nampak supertree grove.

dah sampai!
 
betul-betul time maghrib kitaorang dekat sini. kebetulan hari tu hari sabtu, ramai orang toksah cakap la. masing-masing nak tunggu light and music show pukul 7.45malam.

kalau ikut itinerary, kitaorang plan nak naik OCBC skyway lepas tu layan light and music show. sayangnya takde rezeki sebab terlampau ramai nau yang tengah queue. aku tak yakin kitaorang sempat naik atas sebab last admission pukul 8.30malam. 

info tambahan mengenai OCBC skyway 
*daily open : 9am - 9pm 
*entrance fee : FOC
*last sale of OCBC Skyway tickets : 8pm (please note that the timing of the last ticket sale may be brought forward earlier in the event of long queues)
*last admission : 8.30pm 
*prices of ticket : (adults & senior citizens > 60 years old : $5) (children 3-12 years old : $3) 

now misi mencari tempat duduk plak.

meraban jugak la kitaorang cari seat kosong tapi nan hadonya. ade gak yang duduk atas lantai. macam biasa bila sorang buat ramai yang ikut. sebolehnya aku tak nak sebab seluar ni aku pakai buat solat. luckily ade sorang minah ni bangun, alhamdulillah berjaya jugak kitaorang duduk.

sementara nak tunggu light and music show, dan-dan tu la aku rase nak tido. hari ni memang penat sangat plus tak cukup tidur dekat airport semalam. siap berborak dengan yoo ri dalam keadaan mata terpejam tau. 

wahai mata, bertabah la kamu. lepas ni kita balik ye.

hehe, behngong je cakap dengan mata sendiri.
supertree grove - OCBC skyway
supertree grove - OCBC skyway - marina bay sands singapore
light and music show
night at singapore
based on my opinion, waktu yang terbaik nak lepak kat sini adalah pada waktu petang. alang-alang tu boleh lepak terus sampai ke malam sambil layan light and music show. ikut schedule show ni setiap hari dan ade dua masa. first pukul 7.45 petang dan seterusnya pukul 8.45 malam.

abih jer light and music show, kitaorang plan nak balik hostel terus. penat tahap gaban sangat ni wei. maknanya plan nak ke marina bay sands singapore dan bugis untuk solat automatik cancel. dalam MRT pon aku sempat terlelap sekejap. serius penat giler!

sampai bilik, benda pertama kitaorang buat solat dulu. mujur yoo ri punya sejadah besar. boleh cover ruang yang ade even depa bawak kasut sampai dalam. ape yang penting bersih.

lepas tu kitaorang buat ape?

aku rase semua tau kot. kitaorang mandi dan selamat masuk tidur dengan jayanya. memang tak sedar langsung bila budak-budak lain masuk bilik.

finally tamat sudah kisah pengembaraan kami pada hari pertama di singapore :)

No comments:

Post a Comment