virtual friends

Thursday 17 March 2016

trip sempoi ke singapore : day 1 : merlion park

ade la lebih kurang 15 minit kitaorang duduk berehat dalam bilik sambil merenggangkan urat-urat yang tersimpul.

untuk ke merlion park, jatuh hukum wajib turun di stesen raffles place.

macam kami, dari stesen boon keng - turun di stesen outram park - kemudian transfer line to east west line (green line) sampai ke stesen raffles place. seterusnya cari exit ke battery road (H). dah jumpa pintu keluar ke battery road, ambil ke kanan dan akan nampak singapore river

good job betteh!

anda berada di laluan yang betul.

tapi jangan ingat dah sampai ye.

belum.

perjalanan masih jauh lagi.

biasanya sebelum nak ke merlion park, mana-mana blog yang aku baca akan jale-jale dulu di kawasan sekitar. antara tempat menarik yang boleh diterjah ialah cavenagh bridge, statue, skycrapper building dan the fullerton hotel singapore. memang sesuai benor area sini dikenali sebagai pusat bandar singapore.

aku tak tau nak explain macam mana melalui ayat penyata. jadi nak senang cerita, aku bawak korang ke sana melalui gambar. lets go!
on the way nak ke stesen boon keng. landmark yang wajib dilalui if stay dekat the hive singapore hostel
exit ke merlion park atau battery road ialah exit H
singapore river
automatically akan nampak bangunan maybank
statue yang menceritakan kehidupan zaman dolu-dolu
the fullerton hotel singapore - salah satu hotel termahal disini. untuk ke merlion park, ikut saje laluan depan hotel tue.
macam aku & yoo ri, kami saje tak lalu depan the fullerton hotel singapore untuk ke merlion park. kami cross ke cavenagh bridge dulu. nak tengok ape yang menarik kat seberang sana
view dari cavenagh bridge. belah kanan bangunan maybank - belah kiri
the fullerton hotel singapore
view selepas cross cavenagh bridge, ade skycrapper building dan taman-taman
jalan ke depan lagi nampak terowong
keluar dari terowong akan nampak view macam ni. cantik. esplanade dari kejauhan
then kami cross anderson bridge untuk ke merlion park
berjalan dan terus berjalan sampai di sini. sementara traffic light tengah merah, sempat lagi aku amek gambar. view dari belah kanan anda
view dari belah kiri
lepas melintas, terus nampak merlion park
anak merlion
view dari merlion park
merlion park dan skycrapper building. tengok tu, punya la ramai orang!
di satu sudut - marina bay dan artscience museum
boleh jugak nak jalan-jalan kat area sini dengan boat
dah puas melepek dan amek gambar kat merlion park, kami patah balik ke sini
jalan lagi sampai hujung. nampak view ni, layanzzz
sedikit info mengenai merlion park yang aku copy dari wikipedia. aku translate teruih dalam BM. kalau dalam BI confirm orang malas baca termasuk aku, hehe.

merlion park merupakan salah satu mercu tanda singapore dan kedudukannya berhampiran dengan central business district (CBD). terdapat dua statue merlion dekat sini. pertama, the original merlion yang berukuran 8.6 meter. kedua, merlion cub yang terletak berdekatan dengan original merlion dan mempunyai ketinggian sepanjang 2 meter.

orang biasa panggil the original merlion tu mak merlion manakala merlion cub tu of course anaknya.

bapak dia kat mana?

bapak dia hado tapi terpisah jauh sket. bapak dia terdampar di sentosa island. nak tahu lebih lanjut, sila google.

merlion statue mencipta sejarah tersendiri apabila pernah dipanah petir pada 28 february 2009. sesungguhnya kekuasaan Allah swt boleh mengatasi segala-galanya kan?

kawasan merlion park ni sentiasa ramai orang. nak amek gambar time takde orang langsung memang payah. pandai-pandai la korang cari angel yang terbaik. pada pemerhatian aku, waktu yang sesuai datang sini adalah waktu pagi dan petang. time tengahari nak datang pon takde masalah. sila tahan panas je.

selain bergambar, korang juga boleh berjogging dan berbasikal dekat sini. sekali sekala seronok jugak buat aktiviti lain dari lain di tempat orang. ape pon, pilihan di tangan anda :)

2 comments:

  1. mak aii....mcm susah jer nak ke merlion tu. Agak2 berjalan berapa km ek?dan berapa lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya senang je. cuma jalan nak ke sana berbelit. kejap kanan pastu kiri pastu melintas bagai. saya rase lebih kurang 1km jugak la

      don't worry, ramai orang kat area fullerton hotel tu. ikut je depa :)

      Delete