virtual friends

Tuesday 20 October 2015

tempat penginapan murah di langkawi - amzar motel

sebenarnya dekat langkawi ni banyak giler pilihan untuk mencari tempat penginapan.

standard la ade hotel, ade guesthouse, ade motel dan juga homestay. 

selain dari tue, syarikat-syarikat korporat pon turut menyediakan special accomodation untuk staff depa. bagi government servant pon hado jugak iaitu rumah peranginan persekutuan yang terletak di pantai tengah.
 
bezanya di sini adalah citarasa dan poket masing-masing. ade orang jenis tak kesah penginapan semalaman berharga RM500 janji selesa nak beradu. ade orang plak jenis kesah sebab asal bercuti jer bajet mesti ciput. sape lagi orang tu kalo bukan aku, hehe.

sejak dah berjinak-jinak travel dengan title backpacker, duit poket yang aku bawa selalunya tak banyak. kadang-kadang terase gak sengkek di tempat orang tapi frankly speaking, aku suka style camni. at least aku beringat tak perlu beli benda-benda mengarut. cukup la dengan apa yang ade sekarang ni. orang lain belom tentu dapat travel sana sini. so, temanya kita kena syukur selalu.

aku ke langkawi 3hari 2malam. seperti biasa jugak, semua benda aku handle sorang dari A sampai Z. kawan yang follow trip ni baru first time nak pergi bercuti. that's why aku tekankan tema syukur selalu sebab rezeki manusia ni berbeza-beza.

takde ape sangat pon yang aku prepare pasal langkawi ni sebab dah banyak kali datang atas urusan kerja. this trip lebih kepada trip santai menyantai. paling penting, aku just cari kereta sewa & tempat penginapan yang murah dan berpatutan.  

hokey, ni baru nak masuk main point. kat atas tu mukadimah jer u olls, haha.
 
malam pertama aku pilih tempat penginapan di pantai chenang manakala untuk malam kedua, kitaorang tidur di pekan kuah. saje aku nak merasai suasana yang berbeza. alhamdulillah, setakat ni kawan-kawan travel aku bangsa tak kesah dan ikut je ape yang aku plan. mana la aku tak sayang korang kan? huggggg ciked - muntah!
amzar motel di pantai chenang
#1. amzar motel terletak betui-betui di jalan utama. dari jauh boleh nampak signboard AMZAR MOTEL yang sebesar-besar tulisan. motel ni juga berhadapan dengan sandy beach resort. maka kaedahnya, nampak jer sandy beach resort secara tak langsung akan nampak amzar motel.   

#2. amzar motel tidak terletak di kawasan pantai. walau bagaimana pon, korang boleh walking distance nak ke sana lebih kurang dalam 2-3 minit saje. tapi kalo bilik korang di bahagian belakang, maybe amek masa dalam 5-10 minit. nanti aku ceritakan perihal bilik di point lain.

#3. amzar motel tidak mengamalkan sistem booking kecuali waktu peak season. konsep depa first come first serve. aku dapat tau ni pon sebab mulanya aku nak book jugak. encik anuar, person incharge yang aku deal kata tak perlu. just datang then setel di sana. katanya lagi kalo nak book hanya sah untuk amzar family room sahaja.

#4. merujuk point no.3, aku nak kongsi satu tips. oleh kerana style amzar motel cenggitu, aku suggestkan sebelom korang nak enjoy sakan di seluruh langkawi, adalah lebih apdal korang pergi check in dulu.

#5. kedudukan amzar motel ni lebih kurang macam huruf U. hari tu aku amek hotel 1 berharga RM75 per nite dan deposit RM50. rupe-rupenya bilik tu di bahagian belakang sekali. macam aku cakap tadi, kalo nak jalan kaki ke pantai chenang amek masa 5-10 minit. bilik-bilik jenis lain terletak di bahagian hadapan.

#6. parking di amzar motel sangat-sangat senang. silap haribulan korang boleh parking depan bilik sendiri okeh!

#7. perkhidmatan lain seperti wifi, iron dan coway ade disediakan.

#8. dari segi safety, aku rase ok je kawasan persekitaran kat situ. ada rumah-rumah orang di bahagian belakang amzar motel. dalam bilik pon ade sliding lock, tu penting.

#9. aku bagi markah 8 per 10 dekat bilik kitaorang. channel tv ade satu saje. nasib baik tv3, dapat jugak kitaorang tengok drama. bilik air, almari semua standard macam dalam gambar yang diorang sent. sorry aku lupe nak snap gambar bilik.

#10. kenape aku pilih amzar motel?
- main reason murah dan kena dengan bajet aku. kalo datang sorang baik aku amek chalet RM45. ni datang berdua boleh amek yang mahai sket.
- dekat dengan kedai makan, convenience store, pantai chenang, cenang mall, underwater world langkawi dan lain-lain tempat disekitarnya. pendek kata suma ade dan boleh access dengan jalan kaki sajorrkk. kira acah-acah travel sambil exercise :p

nama syarikat : Amzar Motel
no. tel/fax : 04-9551354/2354
no. tel bimbit : 012-4706500 (anuar) @ 012-5139208 (amzar) @ 012-4331354 (haji ismail)

aku pernah terbaca dalam FB biasanya depa susah nak angkat call. gamaknya ari tu aku baca bismillah dulu mujur la encik anuar angkat, hehe. ape-ape pon untuk menginap dekat sini depends pada rezeki jugak. selalunya penuh.

korang, tak payah risau la. refer perenggan pertama yang aku taep tadi - banyak pilihan untuk mencari tempat penginapan di langkawi termasuk area pantai chenang. kita jer yang kena pandai cari sesuai dengan bajet kita :)

2 comments:

  1. Nak tanya, klu di Amzar Motel, bilik yang paling dekat ngn jalan, bilik yang harga berapa yek. Plan nak book yg harga RM 45 tu tp bila call En. Anuar dia cakap yg tu kena walk in sj, ada kosong, ada la bilik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg dekat jalan hanya bilik family room je. bilik RM95, RM45 dan RM35 dekat belah belakang sket dr bilik family room.

      kira ok la tu, bilik RM75 betul-betul belakang sekali. jangan riso, keta boleh park depan bilik. slmt bercuti!

      Delete