virtual friends

Thursday 15 October 2015

kereta sewa murah di langkawi

ade yang tengah mencari kereta sewa murah di langkawi?

mungkin entry kali ni ade jawapannya.

alkisahnya aku ke langkawi hujung bulan mei hari tue. sekarang barulah mood dah sampai untuk hapdate apa yang patut :p
selain kereta, MPV dan van juga boleh sewa kat sini
syarat-syarat yang perlu dipatuhi
my review
#1. ni company paling murah yang aku jumpa sehari sebelum nak ke sana. rata-rata company lain, standard price kereta viva RM150 untuk 3 hari 2 malam. ingat lagi perbualan dengan brader tu - takpe la, sebab awak amek manual, saya bagi seratus je. alhamdulillah rezeki :)

#2. bukan saje kita sebagai customer tak nak kena tipu, company pon sama. makanya, brader tu mintak bank in deposit RM50 tanda korang confirm booking. don't worry, duit tu nanti dapat balik. nama pon deposit kan.

#3. aku bukan jenis suka letak high expectation bila booking secara online. biasa la, ade yang bagi good service dan sebaliknya. kadang-kadang depa sent gambar nampak cantik tapi bila tengok dalam dunia realiti, hampeh. berbalik pada cerita kereta sewa tadi, aku boleh bagi markah 8 out of 10. kondisi kereta sama macam kereta viva yang lain. cuma cermin depan pecah dan automatik retak. itu saje sebab kereta yang aku sewa ni hilang 2 markah, hehe.

tips : sebelum korang nak guna kereta, periksa dulu perkara-perkara basic. at least ade benda yang tak kena boleh direct bagitau staff.

#4. percaya tak kitaorang taruk minyak RM20 jer? yaaaa, itulah hakikatnya. masa dapat kereta, minyak di paras nyawa-nyawa godzilla. saje jer kitaorang tak nak isi banyak sangat. pertama : penginapan kitaorang dekat dengan pantai, walking distance sahaja. kedua : nanti buat island hoping van akan pick up dari tempat penginapan. part tu dah jimat kan? syukur sepanjang kitaorang guna memang mencukupi. lagipon langkawi bukan besar mana maaaa. 

#5. ni point paling aku suka. staff yang berurusan dengan aku baik brader yang just borak dalam phone dan staff dekat airport, depa jenis boleh lebih kurang. masa menunggu nak amek kereta pon tak lama mana. so, highly recommended.

aku ke langkawi time low season. berkemungkinan besar, harga akan berubah kalo time peak season. korang pon sedia maklum kan, cuti sekolah atau public holiday, langkawi memanjang jer penuh dengan orang sana sini.

tips paling senang : elakkan pergi langkawi time peak season. harga untuk penginapan, kereta sewa, makanan dan yang seangkatan dengannya boleh jadi dua kali ganda dari harga asal.

secara keseluruhan, aku puas hati dengan service dari company ni. for those yang sedang sesak cari kereta sewa, boleh contact nombor telepon seperti dalam gambar. kat bawah ni pon sesaje aku taip sekali lagi. tq for reading!

nama syarikat : RST Holidays Sdn Bhd
no telefon (office) : 04-9681668
no telefon (bimbit) :
 012-5348278/012-4144408/014-7409141/012-5649422/017-4174073

No comments:

Post a Comment