virtual friends

Thursday 22 October 2015

promosi tiket RM5 KL hop-on hop-off & penang hop-on hop-off

aku ni nama jer tinggal di key ell tapi bukan semua tempat dah pernah jejak. terutamanya dekat tengah kota metropolitan tue.

paling-paling koman pon aku pergi jalan TAR dan SOGO sahaja. adalah setahun hanya sekali dan semuanya bersebab kalo ke sana. samada jumpa kawan atau kebetulan ade kerja di kawasan sekitar.

justeru, tedia justeru ko, hehe.

justeru, bila bas hop-on hop-off wujud di kuala lumpur, memang aku ade plan nak naik. boleh la melihat keindahan key ell secara keseluruhan. nama pon plan kan, belum tentu jadinya. asyik tertangguh memanjang sampai satu masa aku noticed pihak pengurusan bas buat promosi.
aku kan pantang tengok harga promosi macam nie. mata tu cepat nau nampak. ye la, harga RM5 tu jauh beza dengan harga tiket asal iaitu RM19. 

apa lagi, aku ajak sorang kawan juin dan dia setuju. maka, pada ahad lepas bersamaan dengan 18 oktober 2015, kami memulakan misi. 

sebelum tu, ade beberapa perkara yang korang perlu amek maklum untuk naik bas ni. jom baca point-point di bawah. 

syarat-syarat promosi tiket RM5
#1. sah untuk bas KL hop-on hop-off (KLHOHO) dan penang hop-on hop-off (PENHOHO)

#2. promosi start 1 september hari tu dan akan berakhir pada 30 november 2015. ade masa lagi. sekarang ni register online tengah buka untuk kumpulan tiga perjalanan dari 19 oktober - 1 november 2015

#3. terbuka kepada semua pemegang mykad sahaja.

#4. tiket free of charge untuk kanak-kanak lima tahun ke bawah. 

#5. korang wajibun register online. selepas register, depa akan send email dan sila print out. pada hari korang nak naik bas - bagi copy, tunjuk ic dan buat bayaran RM5 kepada staff/tourist guide. at last akan dapat tiket dan pamplet.


lain-lain info mengenai KLHOHO
#1. tiket valid dalam tempoh 24jam. contoh hari ni korang naik bas jam 11.30pagi, esoknya boleh naik sekali lagi sehingga jam 11.30pagi. menarik kan?

#2. perkhidmatan bas adalah setiap hari start 9 pagi hingga 8 malam. jarak masa antara setiap bas adalah 30 minit. walau bagaimana pon, masa maybe 'lari sket' sekiranya berlaku kesesakan lalu lintas.

#3. secara ringkasnya, KLHOHO akan berhenti di 23 hentian. dari 23 hentian tu, korang boleh cover lebih kurang 40 tempat menarik. so, kita boleh naik/turun dimana-mana hentian yang disukai. click here for all major attractions in kuala lumpur

#4. sila spend time for one day kalo korang dah alang-alang naik bas then nak lepak atau jale-jale di semua tempat menarik. mana tau nak beli handbag LV dekat pavi ke :p

#5. macam kitaorang just sightseeing dengan bas. staff dah pesan kalo nak cover semua hentian, masa yang perlu diperuntukkan ialah 2 jam setengah. ha merasa jugak aku mereput dalam bas. 

#6. ni point best untuk kaki selpie - free wifi onboard okeh. terdapat jugak laluan khas untuk pengguna wheel chair semasa menaiki bas.

#7. sepanjang perjalanan, staff akan explain tentang sejarah dan tarikan di setiap tempat. paling tak boleh blah, depa siap mention clubbing area. ko ghase?
kitaorang naik di hentian 9 : pasar seni. semua bus stop yang KLHOHO berhenti ade signage except istana negara
route map KLHOHO
my ticket - valid 24 hours
on the way nak ke hentian 11 : KL sentral
KL sentral
istana negara : bas akan berhenti dalam 7 - 10 minit untuk acara bebas atau sesi bergambar. ikut suka korang nak buat ape pon
bas yang kitaorang naik selama dua jam setengah
hentian 15 : bird park
hentian 16 : masjid negara dan kawasan di sekitarnya
jalan raja laut. dekat sini boleh ke jalan TAR, SOGO dan chow kit. lama giler tak jumpa bas len seng. ingatkan dah gulung tikar
view dari jalan tun razak. oh jerebu!
menara tabung haji
nampak mamat tu kan? kami sama-sama naik tocang bila pegang telefon. aku amek gambar dia pon amek juga dan begitu sebaliknya
hentian 23 : KLCC dalam jerebu. sekali tengok cuaca macam sejuk tapi sebenarnya tidak
first time aku sampai sini. hentian 2 : menara kuala lumpur
inilah clubbing area. hentian 3 : jalan p. ramlee atau nama lain KL city walk
kondo mewah dan hotel
pedestrian walkway dari KLCC ke pavilion
area pavilion. boleh turun di hentian 6 : bintang walk
pembinaan semakin rancak dilakukan
area bukit bintang
menara maybank
pudu sentral @ UTC kuala lumpur
guest house spotted. ni dekat area petaling street @ china town
menara dayabumi
sungai kelang & wisma tun sambathan
menara shell & kondo mewah di KL sentral. cantik dan unik design menara shell
last but not least, kitaorang turun di hentian 11 : KL sentral
kematu punggung aku duduk lama-lama dalam bas but overall, aku puas hati dapat explore key ell. banyak betol perubahan sekarang ni. 

satu perkara buat aku terpikir sejenak, ape akan jadi dengan negara kita 5 tahun akan datang? rata-rata tempat aku pergi bersepah orang indon, bangla, nepal dan seangkatannya. itu belom masuk bab kebersihan dan gelandangan lagi.

aku bukan pandai nak sembang kencang pasal politik. masing-masing ade pendapat tersendiri. cuma aku berharap pemimpin negara kita masa kini dapat buat something yang bukan hanya cakap di mulut sahaja. biar sama-sama bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan negara.

oh ya, lawatan sehari kitaorang naik bas KLHOHO ni konsepnya acah-acah pelancong di negara sendiri. bayangkan hanya kami sahaja orang local. rasenya sebab tu depa buat promo untuk malaysian.

masa kitaorang nak turun pon staff siap pesan lain kali naik lagi bila pree. pandai dia buat muka kesian. jom korang, kita kena travel jugak dalam negara sendiri. baru kita nampak keunikan malaysia.

cuma itu la, part paling tak best, jerebu kembali menular. tak memasal pedih mata aku sebab lama sangat melepek di area open deck. kawan aku tak tahan last-last dia serender masuk dalam. 

tq for reading :)

4 comments: