virtual friends

Thursday, 22 October 2015

promosi tiket RM5 KL hop-on hop-off & penang hop-on hop-off

aku ni nama jer tinggal di key ell tapi bukan semua tempat dah pernah jejak. terutamanya dekat tengah kota metropolitan tue.

paling-paling koman pon aku pergi jalan TAR dan SOGO sahaja. adalah setahun hanya sekali dan semuanya bersebab kalo ke sana. samada jumpa kawan atau kebetulan ade kerja di kawasan sekitar.

justeru, tedia justeru ko, hehe.

justeru, bila bas hop-on hop-off wujud di kuala lumpur, memang aku ade plan nak naik. boleh la melihat keindahan key ell secara keseluruhan. nama pon plan kan, belum tentu jadinya. asyik tertangguh memanjang sampai satu masa aku noticed pihak pengurusan bas buat promosi.
aku kan pantang tengok harga promosi macam nie. mata tu cepat nau nampak. ye la, harga RM5 tu jauh beza dengan harga tiket asal iaitu RM19. 

apa lagi, aku ajak sorang kawan juin dan dia setuju. maka, pada ahad lepas bersamaan dengan 18 oktober 2015, kami memulakan misi. 

sebelum tu, ade beberapa perkara yang korang perlu amek maklum untuk naik bas ni. jom baca point-point di bawah. 

syarat-syarat promosi tiket RM5
#1. sah untuk bas KL hop-on hop-off (KLHOHO) dan penang hop-on hop-off (PENHOHO)

#2. promosi start 1 september hari tu dan akan berakhir pada 30 november 2015. ade masa lagi. sekarang ni register online tengah buka untuk kumpulan tiga perjalanan dari 19 oktober - 1 november 2015

#3. terbuka kepada semua pemegang mykad sahaja.

#4. tiket free of charge untuk kanak-kanak lima tahun ke bawah. 

#5. korang wajibun register online. selepas register, depa akan send email dan sila print out. pada hari korang nak naik bas - bagi copy, tunjuk ic dan buat bayaran RM5 kepada staff/tourist guide. at last akan dapat tiket dan pamplet.


lain-lain info mengenai KLHOHO
#1. tiket valid dalam tempoh 24jam. contoh hari ni korang naik bas jam 11.30pagi, esoknya boleh naik sekali lagi sehingga jam 11.30pagi. menarik kan?

#2. perkhidmatan bas adalah setiap hari start 9 pagi hingga 8 malam. jarak masa antara setiap bas adalah 30 minit. walau bagaimana pon, masa maybe 'lari sket' sekiranya berlaku kesesakan lalu lintas.

#3. secara ringkasnya, KLHOHO akan berhenti di 23 hentian. dari 23 hentian tu, korang boleh cover lebih kurang 40 tempat menarik. so, kita boleh naik/turun dimana-mana hentian yang disukai. click here for all major attractions in kuala lumpur

#4. sila spend time for one day kalo korang dah alang-alang naik bas then nak lepak atau jale-jale di semua tempat menarik. mana tau nak beli handbag LV dekat pavi ke :p

#5. macam kitaorang just sightseeing dengan bas. staff dah pesan kalo nak cover semua hentian, masa yang perlu diperuntukkan ialah 2 jam setengah. ha merasa jugak aku mereput dalam bas. 

#6. ni point best untuk kaki selpie - free wifi onboard okeh. terdapat jugak laluan khas untuk pengguna wheel chair semasa menaiki bas.

#7. sepanjang perjalanan, staff akan explain tentang sejarah dan tarikan di setiap tempat. paling tak boleh blah, depa siap mention clubbing area. ko ghase?
kitaorang naik di hentian 9 : pasar seni. semua bus stop yang KLHOHO berhenti ade signage except istana negara
route map KLHOHO
my ticket - valid 24 hours
on the way nak ke hentian 11 : KL sentral
KL sentral
istana negara : bas akan berhenti dalam 7 - 10 minit untuk acara bebas atau sesi bergambar. ikut suka korang nak buat ape pon
bas yang kitaorang naik selama dua jam setengah
hentian 15 : bird park
hentian 16 : masjid negara dan kawasan di sekitarnya
jalan raja laut. dekat sini boleh ke jalan TAR, SOGO dan chow kit. lama giler tak jumpa bas len seng. ingatkan dah gulung tikar
view dari jalan tun razak. oh jerebu!
menara tabung haji
nampak mamat tu kan? kami sama-sama naik tocang bila pegang telefon. aku amek gambar dia pon amek juga dan begitu sebaliknya
hentian 23 : KLCC dalam jerebu. sekali tengok cuaca macam sejuk tapi sebenarnya tidak
first time aku sampai sini. hentian 2 : menara kuala lumpur
inilah clubbing area. hentian 3 : jalan p. ramlee atau nama lain KL city walk
kondo mewah dan hotel
pedestrian walkway dari KLCC ke pavilion
area pavilion. boleh turun di hentian 6 : bintang walk
pembinaan semakin rancak dilakukan
area bukit bintang
menara maybank
pudu sentral @ UTC kuala lumpur
guest house spotted. ni dekat area petaling street @ china town
menara dayabumi
sungai kelang & wisma tun sambathan
menara shell & kondo mewah di KL sentral. cantik dan unik design menara shell
last but not least, kitaorang turun di hentian 11 : KL sentral
kematu punggung aku duduk lama-lama dalam bas but overall, aku puas hati dapat explore key ell. banyak betol perubahan sekarang ni. 

satu perkara buat aku terpikir sejenak, ape akan jadi dengan negara kita 5 tahun akan datang? rata-rata tempat aku pergi bersepah orang indon, bangla, nepal dan seangkatannya. itu belom masuk bab kebersihan dan gelandangan lagi.

aku bukan pandai nak sembang kencang pasal politik. masing-masing ade pendapat tersendiri. cuma aku berharap pemimpin negara kita masa kini dapat buat something yang bukan hanya cakap di mulut sahaja. biar sama-sama bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan negara.

oh ya, lawatan sehari kitaorang naik bas KLHOHO ni konsepnya acah-acah pelancong di negara sendiri. bayangkan hanya kami sahaja orang local. rasenya sebab tu depa buat promo untuk malaysian.

masa kitaorang nak turun pon staff siap pesan lain kali naik lagi bila pree. pandai dia buat muka kesian. jom korang, kita kena travel jugak dalam negara sendiri. baru kita nampak keunikan malaysia.

cuma itu la, part paling tak best, jerebu kembali menular. tak memasal pedih mata aku sebab lama sangat melepek di area open deck. kawan aku tak tahan last-last dia serender masuk dalam. 

tq for reading :)

Tuesday, 20 October 2015

tempat penginapan murah di langkawi - amzar motel

sebenarnya dekat langkawi ni banyak giler pilihan untuk mencari tempat penginapan.

standard la ade hotel, ade guesthouse, ade motel dan juga homestay. 

selain dari tue, syarikat-syarikat korporat pon turut menyediakan special accomodation untuk staff depa. bagi government servant pon hado jugak iaitu rumah peranginan persekutuan yang terletak di pantai tengah.
 
bezanya di sini adalah citarasa dan poket masing-masing. ade orang jenis tak kesah penginapan semalaman berharga RM500 janji selesa nak beradu. ade orang plak jenis kesah sebab asal bercuti jer bajet mesti ciput. sape lagi orang tu kalo bukan aku, hehe.

sejak dah berjinak-jinak travel dengan title backpacker, duit poket yang aku bawa selalunya tak banyak. kadang-kadang terase gak sengkek di tempat orang tapi frankly speaking, aku suka style camni. at least aku beringat tak perlu beli benda-benda mengarut. cukup la dengan apa yang ade sekarang ni. orang lain belom tentu dapat travel sana sini. so, temanya kita kena syukur selalu.

aku ke langkawi 3hari 2malam. seperti biasa jugak, semua benda aku handle sorang dari A sampai Z. kawan yang follow trip ni baru first time nak pergi bercuti. that's why aku tekankan tema syukur selalu sebab rezeki manusia ni berbeza-beza.

takde ape sangat pon yang aku prepare pasal langkawi ni sebab dah banyak kali datang atas urusan kerja. this trip lebih kepada trip santai menyantai. paling penting, aku just cari kereta sewa & tempat penginapan yang murah dan berpatutan.  

hokey, ni baru nak masuk main point. kat atas tu mukadimah jer u olls, haha.
 
malam pertama aku pilih tempat penginapan di pantai chenang manakala untuk malam kedua, kitaorang tidur di pekan kuah. saje aku nak merasai suasana yang berbeza. alhamdulillah, setakat ni kawan-kawan travel aku bangsa tak kesah dan ikut je ape yang aku plan. mana la aku tak sayang korang kan? huggggg ciked - muntah!
amzar motel di pantai chenang
#1. amzar motel terletak betui-betui di jalan utama. dari jauh boleh nampak signboard AMZAR MOTEL yang sebesar-besar tulisan. motel ni juga berhadapan dengan sandy beach resort. maka kaedahnya, nampak jer sandy beach resort secara tak langsung akan nampak amzar motel.   

#2. amzar motel tidak terletak di kawasan pantai. walau bagaimana pon, korang boleh walking distance nak ke sana lebih kurang dalam 2-3 minit saje. tapi kalo bilik korang di bahagian belakang, maybe amek masa dalam 5-10 minit. nanti aku ceritakan perihal bilik di point lain.

#3. amzar motel tidak mengamalkan sistem booking kecuali waktu peak season. konsep depa first come first serve. aku dapat tau ni pon sebab mulanya aku nak book jugak. encik anuar, person incharge yang aku deal kata tak perlu. just datang then setel di sana. katanya lagi kalo nak book hanya sah untuk amzar family room sahaja.

#4. merujuk point no.3, aku nak kongsi satu tips. oleh kerana style amzar motel cenggitu, aku suggestkan sebelom korang nak enjoy sakan di seluruh langkawi, adalah lebih apdal korang pergi check in dulu.

#5. kedudukan amzar motel ni lebih kurang macam huruf U. hari tu aku amek hotel 1 berharga RM75 per nite dan deposit RM50. rupe-rupenya bilik tu di bahagian belakang sekali. macam aku cakap tadi, kalo nak jalan kaki ke pantai chenang amek masa 5-10 minit. bilik-bilik jenis lain terletak di bahagian hadapan.

#6. parking di amzar motel sangat-sangat senang. silap haribulan korang boleh parking depan bilik sendiri okeh!

#7. perkhidmatan lain seperti wifi, iron dan coway ade disediakan.

#8. dari segi safety, aku rase ok je kawasan persekitaran kat situ. ada rumah-rumah orang di bahagian belakang amzar motel. dalam bilik pon ade sliding lock, tu penting.

#9. aku bagi markah 8 per 10 dekat bilik kitaorang. channel tv ade satu saje. nasib baik tv3, dapat jugak kitaorang tengok drama. bilik air, almari semua standard macam dalam gambar yang diorang sent. sorry aku lupe nak snap gambar bilik.

#10. kenape aku pilih amzar motel?
- main reason murah dan kena dengan bajet aku. kalo datang sorang baik aku amek chalet RM45. ni datang berdua boleh amek yang mahai sket.
- dekat dengan kedai makan, convenience store, pantai chenang, cenang mall, underwater world langkawi dan lain-lain tempat disekitarnya. pendek kata suma ade dan boleh access dengan jalan kaki sajorrkk. kira acah-acah travel sambil exercise :p

nama syarikat : Amzar Motel
no. tel/fax : 04-9551354/2354
no. tel bimbit : 012-4706500 (anuar) @ 012-5139208 (amzar) @ 012-4331354 (haji ismail)

aku pernah terbaca dalam FB biasanya depa susah nak angkat call. gamaknya ari tu aku baca bismillah dulu mujur la encik anuar angkat, hehe. ape-ape pon untuk menginap dekat sini depends pada rezeki jugak. selalunya penuh.

korang, tak payah risau la. refer perenggan pertama yang aku taep tadi - banyak pilihan untuk mencari tempat penginapan di langkawi termasuk area pantai chenang. kita jer yang kena pandai cari sesuai dengan bajet kita :)

Thursday, 15 October 2015

kereta sewa murah di langkawi

ade yang tengah mencari kereta sewa murah di langkawi?

mungkin entry kali ni ade jawapannya.

alkisahnya aku ke langkawi hujung bulan mei hari tue. sekarang barulah mood dah sampai untuk hapdate apa yang patut :p
selain kereta, MPV dan van juga boleh sewa kat sini
syarat-syarat yang perlu dipatuhi
my review
#1. ni company paling murah yang aku jumpa sehari sebelum nak ke sana. rata-rata company lain, standard price kereta viva RM150 untuk 3 hari 2 malam. ingat lagi perbualan dengan brader tu - takpe la, sebab awak amek manual, saya bagi seratus je. alhamdulillah rezeki :)

#2. bukan saje kita sebagai customer tak nak kena tipu, company pon sama. makanya, brader tu mintak bank in deposit RM50 tanda korang confirm booking. don't worry, duit tu nanti dapat balik. nama pon deposit kan.

#3. aku bukan jenis suka letak high expectation bila booking secara online. biasa la, ade yang bagi good service dan sebaliknya. kadang-kadang depa sent gambar nampak cantik tapi bila tengok dalam dunia realiti, hampeh. berbalik pada cerita kereta sewa tadi, aku boleh bagi markah 8 out of 10. kondisi kereta sama macam kereta viva yang lain. cuma cermin depan pecah dan automatik retak. itu saje sebab kereta yang aku sewa ni hilang 2 markah, hehe.

tips : sebelum korang nak guna kereta, periksa dulu perkara-perkara basic. at least ade benda yang tak kena boleh direct bagitau staff.

#4. percaya tak kitaorang taruk minyak RM20 jer? yaaaa, itulah hakikatnya. masa dapat kereta, minyak di paras nyawa-nyawa godzilla. saje jer kitaorang tak nak isi banyak sangat. pertama : penginapan kitaorang dekat dengan pantai, walking distance sahaja. kedua : nanti buat island hoping van akan pick up dari tempat penginapan. part tu dah jimat kan? syukur sepanjang kitaorang guna memang mencukupi. lagipon langkawi bukan besar mana maaaa. 

#5. ni point paling aku suka. staff yang berurusan dengan aku baik brader yang just borak dalam phone dan staff dekat airport, depa jenis boleh lebih kurang. masa menunggu nak amek kereta pon tak lama mana. so, highly recommended.

aku ke langkawi time low season. berkemungkinan besar, harga akan berubah kalo time peak season. korang pon sedia maklum kan, cuti sekolah atau public holiday, langkawi memanjang jer penuh dengan orang sana sini.

tips paling senang : elakkan pergi langkawi time peak season. harga untuk penginapan, kereta sewa, makanan dan yang seangkatan dengannya boleh jadi dua kali ganda dari harga asal.

secara keseluruhan, aku puas hati dengan service dari company ni. for those yang sedang sesak cari kereta sewa, boleh contact nombor telepon seperti dalam gambar. kat bawah ni pon sesaje aku taip sekali lagi. tq for reading!

nama syarikat : RST Holidays Sdn Bhd
no telefon (office) : 04-9681668
no telefon (bimbit) :
 012-5348278/012-4144408/014-7409141/012-5649422/017-4174073

Tuesday, 13 October 2015

saya jual vitamin rambut

jangan terkejut tetibe writer tukar topik :)

lama dah nak ceghita pasal bisnes ni tapi kemalasan melanda. aku just share dekat instagram jer. hari ni, entah angin kus-kus mana datang, terasa macam dah bersedia nak share dalam blog plak.

aku buat bisnes kecil-kecilan iaitu jual vitamin rambut. rupa vitamin ni seperti ellips hair vitamin yang dijual dekat watson. cuma bezanya, aku jual dalam kuantiti yang banyak. meh sini dengar cerita selanjut mengenainya.
kandungan vitamin rambut
aloe vera oil - jojoba oil - UV protector - vitamin A - pro vitamin B5 - Vitamin C - vitamin E

fungsi vitamin rambut
#1. dapat melembap dan melembutkan rambut
#2. indirectly, rambut akan mudah terurus dan bersinar
#3. vitamin ni dapat mengelakkan rambut jadi bercabang
#4. ianya juga dapat merawat rambut rosak daripada bahan kimia
#5. bertindak sebagai pelindung rambut dari sinaran UV

siapa yang sesuai menggunakan vitamin rambut
#1. semua orang di atas muka bumi ni tak kira lelaki dan perempuan
#2. adik-adik yang masih lagi sekolah pon takde masalah boleh guna
#3. ibu mengandung dan ibu menyusu - heeiii mereka pon nak vogeh jugak okeh :p 

cara nak guna vitamin rambut
#1. tarik sahaja penghujung vitamin rambut sampai putus
#2. kemudian, picit dan letakkan di atas telapak tangan
#3. seterusnya sapu ke seluruh rambut dan biarkan saje rambut kering dengan sendirinya. secara automatik, rambut akan berbau wangi dan lembut.

lain-lain info mengenai vitamin rambut
#1. hanya guna sekali sehari samada pagi, tengahari atau malam
#2. selepas bersyampoo, biarkan rambut kering terlebih dahulu baru boleh letak vitamin rambut
#3. satu paket ade 100biji dan penggunaan tahan untuk tempoh tiga bulan.
#4. walau bagaimana pon, bergantung kepada cara anda menggunakannya. ada setengah customer jenis rambut lebat dan tidak cukup sebiji untuk sapu di seluruh rambut. 
#5. selain dari tue, contoh lain adalah aku sendiri. biasanya selepas bersyampoo, rambut akan kasar sedikit. so, aku suka guna dua biji. kalo daily use, memadai sebiji sahaja. 
#6. vitamin rambut ni mudah untuk dibawa ke mana-mana. see, kan dah senang nak pergi travel.
#7. terdapat lima pilihan warna dan mempunyai fungsi yang sama. 

harga vitamin rambut
RM35 (semenanjung malaysia)
RM40 (sabah & sarawak)

kos penghantaran adalah percuma. takpe, sekali sekala belanja customer. penghantaran barang pula akan menggunakan perkhidmatan pos laju.

untuk permulaan bisnes, aku nak kasi free gift. bukan la hadiah besar mana pon, hanya wet tissue yang aku beli dekat convenience store indomaret. kira ni sebagai souvenier la yang aku bawa balik dari travel, hehe. 

oh ya, konsep yang digunakan untuk dapat free gift ni ialah konsep sape cepat dia dapat.

sebarang pertanyaan lanjut boleh drop comment kat bawah ni atau email atau WhatsApp. jangan tanya soalan mengarut sudah la. memang pasti dan nyata aku bolayan kan je. 

korang jugak boleh follow IG aku blogger_cakapsempoi. mostly dekat situ semuanya latest info.

hokey la, sehingga bertemu lagi di lain entry, selamat menyambut awal muharram 1437 hijrah. semoga kehidupan kita sebagai hambaNya menuju ke arah yang lagi baik dari sebelum ni. assalamualaikum.
antara gambar-gambar yang customer snap

Monday, 12 October 2015

trip bajet ciput ke tanah jawa : tips booking tiket keretapi indonesia

assalamualaikum :)

hari ni aku nak berkongsi pengalaman beli tiket keretapi secara online dekat tiket.com 

this website lebih kurang sama dengan expedia. bukan saje train ticket - waima flight ticket, kereta sewa & hotel di seluruh jajahan dalam indonesia boleh beli dekat sini.

sometimes ade jugak depa buat promo. rajin-rajin la survey selalu, mana tau korang bernasib baik dapat booking dengan harga murah.
laman web tiket.com - nak senang beli, dekat column atas sebelah kanan boleh tukar dari USD ke MYR
services & info
tak payah fenin-fenin, steps nak beli train ticket ni lebih kurang sama macam kita beli tiket kapai terbang. kacang je u olls!

cuma ade beberapa perkara tips yang aku take note semasa beli tiket hari tue. semoga dapat membantu sesape yang tengah plan nak ke sana dalam masa terdekat ni. let's cekedaut!

#1. first of all, register dulu sebagai member. coming soon senang bila nak beli lagi, automatik rekod dah ade. menariknya, rekod ji hyo pon depa save jugak.

#2. kalo engkau adalah ketua rombongan yang kena beli tiket untuk penumpang lain, sila dapatkan nama penuh, identity number i.e passport number & phone number mereka untuk dimasukkan dalam butiran. that's it.  

#3. u have option to choose your seat and it's free of charge. masa beli hari tu, aku dah takde pilihan. yang available pon hanya seat 13C dan 13D. seat ni memang tak best pasal dekat belakang kerusi ada sedikit ruang then local people suka letak beg/kotak depa. sampaikan kitaorang tak boleh nak tarik kerusi ke belakang. aisey boleh saket leher camni kalo 8 jam tidur dalam posisi menegak :(

#4. sila ambil maklum keretapi indonesia takde sleeper bed

#5. hari tu kitaorang amek executive class - itu jer yang ada. nasihat aku if korang amek business class pon dah okey. so, ape beza antara economy, business & executive class?

economy class - harga tiket paling murah & boleh duduk dimana-mana. temanya first come first serve.

business class - harga tiket sederhana iaitu tak murah & tak mahal mana. tempat duduk ade no seat.

executive class - harga mahal, tempat duduk ade no seat, ade plug untuk caj handphone, tv dan semestinya selesa. ari tu dekat koc kitaorang ade penjaga. maybe orang luar tak boleh masuk sesuka hati. selain tu, setiap penumpang juga akan dibekalkan selimut dan sebuah bantal kecil. awas, jangan rembat ye :p

#6. suka aku nak nasihatkan korang supaya beli tiket awal-awal, just nice dua tiga bulan before depart. kebiasaannya, tiket keretapi indonesia selalu cepat habis. tambahan plak website camni mesti ade kouta tertentu. 

#7. merujuk kepada point #6, antara kelebihannya : korang mempunyai banyak pilihan untuk memilih seat/class mengikut citarasa masing-masing.

#8. maaf, aku takde info pasal pembelian tiket on the spot. macam di indonesia sendiri, mereka juga digalakkan membeli tiket secara online. sebagai contoh, ade mesin khas disediakan dekat convenience store indomaret - hari tu sempat jugak aku godek. apa-apa pon, takde masalah kalo korang nak cuba beli on the spot, just get ready with risk and back up plan.

#9. tricky juga masa nak beli tiket hari tu. aku confuse mana main station. penyelesaiannya aku post kat BBM, baik tanya pada yang pakar. so, untuk jajahan jakarta, boleh naik/turun di stasiun gambir. jajahan jogjakarta boleh naik/turun di stasiun tugu yogyakarta manakala jajahan bandung boleh naik/turun di stasiun bandung. boleh baca blog ni juga sebagai rujukan : 10 stasiun paling besar di indonesia

#10. pembayaran hanya boleh dibuat dengan kad kredit sahaja. aku rase boleh juga bayar dengan kad debit (rase je la). asalkan kad tu adalah mastercard. ji hyo kalo booking accomodation dekat agoda memang pakai debit card je. cer korang cube :) 

#11. selepas pembayaran, nanti depa akan email voucher. jangan lupa datang awal ke stesen kereta api, seeloknya dua jam sebelum. nanti cari sajork ticket printing machine untuk redeem ticket. hanya masukkan booking code selepas tu tiket korang berjaya dicetak. 
maklumat penumpang yang perlu diisi
kelas eksekutif
kelas bisnes

contoh tiket 30 oktober 2015. hanya tinggal untuk kelas eksekutif
contoh tiket 31 disember 2015. kelas bisnes dan eksekutif masih available
pembayaran hanya melalui kad kredit. jangan tertipu dengan logo cimb clicks tue - valid for cimb clicks indonesia

contoh voucher dari jakarta ke jogjakarta. booking code : 48FLHR
lagi contoh voucher kami dari jogjakarta ke bandung. booking code : RXR133
terms & conditions yang perlu tahu selepas beli tiket
nota 1 : tempat duduk di setiap koc bermula dari 1 hingga 13 - kedudukannya seperti dalam bas. EKS wagon maksudnya koc @ gerabak

nota 2 : window seat adalah huruf A & D manakala aisle ialah B & C.

nota 3 : setiap gerabak ade dua single seat iaitu seat paling depan (1C) & seat paling belakang (13B - no little space untuk letak barang di bahagian belakang).
amacam? senang je kan nak beli tiket keretapi indonesia secara online.


terpulang pada korang samada nak naik train siang atau malam. bergantung pada itinerary masing-masing. pada aku, apa yang penting, merancang perjalanan dengan berhemah. ha, gitewww. kita yang travel, kita berhak menentukan yang terbaik untuk trip sendiri. barulah mencabar!

sekian sahaja cerita untuk entry kali ni. tq for reading!

Monday, 5 October 2015

trip bajet ciput ke tanah jawa : persediaan

hai awak-awak semua.

hari tu - 4 september 2015 bersamaan 20 zulkaedah 1436 - hari jumaat & penghulu segala hari - sekali lagi aku menyandang backpack seberat 50liter untuk trip yang seterusnya. 

ke mana plak ko kali ni? 

ke mana lagi, ke indonesia la kita!

makanya, hashtag (#keindonesiakekita) serta merta activated.

ada orang tanya aku - ko ni memang suka pergi indon ye, ade buah hati kat sana eh!

alololo comeinya soalan, i like.

sebenarnya, punca orang suka tanya macam tu sebab every year aku asyik pegi sana jer.

ini semua salah pak tony la, sape suruh dia offer free seats? ji hyo pon salah, sape suruh dia ajak aku? haha, matilanak tak mengaku salah sendiri. 

hokey, ini jawapan ikhlas dari aku.

bila masuk dunia travel, aku tak kesah pergi ke mana sekalipon. ape yang penting, hasil pengisian selepas balik travel. kalo positif aku praktikkan dalam kehidupan seharian dan begitulah sebaliknya. selain dari tu, mencari kelainan pon ye jugak. kadang-kadang ada something yang kita takde tapi di negara lain ade.

kalo diikutkan, ade banyak lagi jawapan-jawapan lain yang aku nak share. tapi bila pikir balik, tak payah la. lagi pon tu bukan topik hangat untuk this entry kan?

seperti biasa, my travelmate masih lagi ji hyo. 

this is last trip with her. inshaallah hujung bulan november nanti ji hyo akan kawen. dia sendiri pon tak percaya.

memula aku happy bila dapat tahu tapi sedih pon ade. nampak gayanya aku hilang sorang lagi kawan yang sama-sama suka travel. lepas ni kena la buat iklan misi mencari travelmate baru. nak lagi mencabar, maybe aku akan try buat trip solo.

erm, nampak menarik dan boleh dipertimbangkan. tengok macam mana nanti sebab ape-ape pon, point utamanya kena mintak izin dengan parent aku dulu. tu kuasa veto yang tak dak sape boleh lawan :-) 
jakarta - jogjakarta - bandung
trip kali ni kitaorang akan ke tiga provinsi dalam kepulauan tanah jawa (transjava). start dari jakarta dan berakhir di bandung selama 5hari 4malam. kitaorang ni jenis travel lite-lite jadi takde nak cover semua tempat serentak. ingat, realitinya ko tu manusia bukannya robot, ahaks!

sebelum tu, kenape trip ni namanya trip bajet ciput?

sebab aku punya bajet memang ciput yang amat.

asalnya aku dah buat saving - kira lepas sangat kalo nak shopping sakan dekat bandung. unfortunately, hujung bulan 8 ari tu tetibe kena get ready duit untuk lawyer. korek punya korek, still not enough. nak tak nak, terpaksa aku pecahkan tabung travel. sedih wei.

cerita kedua plak terjadi dalam pertengahan bulan 7. masa ke giant, aku dah tengok currency sejuta rupiah lebih kurang RM286++. consider murah tu. aku sendiri pon tak tau kenape masa tu malas nak tukar. konon nak tunggu lagi murah. sekali amek ko bila RM jatuh, mencanak naiknya ke RM307. mak aih, rase macam nak cancel trip je.

lepas dah cool, baru aku pikir betui-betui. mengenangkan betapa sayangnya nak burn tiket murah semata-mata tak cukup duit, aku decide tetap nak teruskan. aku pujuk hati sendiri - duit boleh dicari, flite tiket murah belum tentu coming soon boleh dapat :p

persediaan
dua minggu sebelum pergi barulah aku terhegeh-hegeh tengok jadual keretapi. masing-masing sibuk dengan kerja. ji hyo dalam masa yang sama tengah buat preparation majlis tunangnya. langkah selamat, aku offer diri untuk setelkan. aku siap balik keje lewat tau sampaikan boss aku pon pelik tengok. siap perli lagi. aku pon tak nak kalah menjawab pulak tu, haha, kuang ajo punya anak buah.

untuk train ticket, nanti aku buat special entry.

part accomodation takde masalah sangat. begitu juga dengan travel insurance. semua tu boleh buat pelan-pelan beberapa hari sebelum bertolak. kebiasaannya bila nak travel, aku akan study lebih kurang beberapa blog untuk dapatkan info. at least kat sana nanti tak kena scam dan terkontang-kanting tak tau mana hala tuju nak pegi.

secara kasarnya, ini itinerary ringkas yang kitaorang plan :
day 1 : sampai di jakarta & sightseeing
day 2 : continue sightseeing around jakarta. malam naik train ke jogjakarta
day 3 : day trip at jogjakarta. malam naik train ke bandung
day 4 : arrive at bandung. sightseeing & shopping time!
day 5 : sambung shopping. petang balik malaysia

nampak padat kan. takpe belasah je, sekali sekala travel macam gini la rupenya.

masing-masing jugak dah setuju untuk trip ni just hire supir di bandung memandangkan kitaorang nak ke tangkuban perahu & kawah putih. manakala bagi tempat lain, kitaorang akan guna public transport seperti bas, angkutan, bajaj (hanya di jakarta) atau jalan kaki.

ade berita sedih seminggu sebelum kami nak pergi - ayah ji hyo meninggal, dah la weekend tu dia nak bertunang. Allah, aku tak tau nak kata apa. masuk je bab mak ayah ni aku sendiri pon sensitip. jalan penyelesaian yang terbaik, aku cakap dengan ji hyo jangan pikir sangat pasal trip ni. ade rezeki kita pergi. takde sudah even kitaorang dah banyak keluar duit.

the final decision kitaorang setuju nak pergi. itu pon ji hyo tanya aku dulu.

kalo aku tak pergi, ko pergi tak?

aku : tak la wei. mak ayah aku awai-awai dah cakap tak boleh. depa lagi sanggup burn semua.

aku sebenarnya nak sangat pergi. family aku pon ok. cuma tunang aku ni ha, kejap bagi kejap tak.

pulak.

nak aje aku lesing tunang dia, haha. belom kawen dah jadi king control. 

ji hyo pernah cakap tunang dia tak suka tengok dia travel. susah kan kalo orang tak faham minat kita.

aku : ko bincang la elok-elok dengan dia. kalo aku jadi ko aku pergi je. balik nanti baru sambung gaduh. 

keh keh keh, gelak setan. nampak tak hasutan secara halus aku cuba bagi. 

sebenarnya kalo melibatkan bab tunang ni memang susah sket kaedahnya. ye la kita ni akan kawen dan hidup dengan dia - jadi hati dia kena jaga jugak - kiranya sebelum kawen dah gaduh isu remeh temeh, indirectly boleh bagi kesan buruk dalam perhubungan.

betul. aku sendiri pon tak nafikan. cuma aku rase annoying dengan cara tunang dia. hari tu masa kitaorang travel ke aceh pon dia bising jugak tak bagi pergi, alahai.

dipendekkan cerita, entah ape janji manis yang ji hyo ayat dekat tunang dia, berjayalah dia dilepaskan. itu pon dekat sana bergaduh okeh! 

si pria merajuk. modus operandi sebab ji hyo tak call jerrrr. aiseyman, camna ji hyo nak call - simcard pon tak beli lagi. cuba bawak bersabar sket. dah satu keje ji hyo kena pujuk bagai. if aku dalam situasi cenggini, lantak ko la, balik mesia nanti baru pujuk. malas aku nak serabutkan kepala hotak.

dek kerana aku bawak sejuta rupiah je untuk trip ni, aku aktifkan kad bank. kena stand by, takut kat sana over bajet nanti.

for those pemegang kad CIMB, ini satu kelebihan. dekat indonesia ade CIMB - lebih dikenali sebagai CIMB niaga. tak perlu risau, berlambak aku nampak kat mana-mana. menariknya tiada caj yang tersembunyi untuk pengeluaran duit. 

ade dua cara untuk aktifkan kad samada melalui cimb clicks atau ATM. sebarang maklumat lanjut, sila dapatkan info di CIMB yang berdekatan anda.
pergi dua beg balik beranak jadi tiga
last but not least, jangan ke mana-mana. nantikan sambungan kisah pengembaraan kitaorang yang tak seberapa ni. kemungkinan besar amek masa lama sket nak up new entry. aku ingat nak draft siap-siap dulu. harapnya juga mood menaip pon ok. kalo tidak, itu yang sampai berbulan nak siap, aiigggoooo~~

Tuesday, 29 September 2015

makanan di aceh & pulau weh ade ganja?

tu dia.......

tajuk memang gempak - saje nak kasi saspen sket :p

al kisahnya minggu lepas aku terbaca statement seperti di bawah dalam group fb yang fofular di abad ini iaitu BBM.
1st statement
2nd statement
terkejut? seram sejuk?

of cos la, rupenya selama ni aku pernah hisap ganja derrr.

aku pon terus whatsapp syah untuk kepastian & ini jawapannya.
1st screenshot
2nd screenshot
okey, lega sket dengau.

kepada yang nak atau akan ke sana, sila take note. aku summarize sekali lagi ape yang syah taip.

ganja dibenarkan dalam masakan & dikira macam rempah ratus. 

jangan risau, depa taruk pon tak banyak. dan-dan tu jugak la aku imagine macam depa letak pak aji je, hehe.

maka, dengan itu, selamat makan ganja di aceh & pulau weh, hiks, ok bai.