virtual friends

Monday, 8 December 2014

backpackers medan : summary

summary @ rumusan

aku tak tau ape nak dirumuskan pasal #tripredahmedan ni.

tapi aku nak share serba sedikit tentang bajet, perbelanjaan dan lain-lain tips untuk tatapan korang.

benda ni sebenarnya berguna jugak pada aku satu hari nanti. mana tau nak repeat trip ke medan lagi sekali, kat sini la salah satu sumber yang aku cari.

untuk makluman, hasil rumusan ni based on my experience dan takde kena ngena dengan sesape. kalo aku bagi info salah, mohon betulkan. bese la, pemahaman seseorang mengenai sesuatu tu berbeza-beza, chill. 

#1 - pada aku, bandar medan dan pekan berastagi ni biasa saje. takde ape yang menarik. kalo korang datang sini, hot spot nya adalah tasik danau toba, pulau samosir, air terjun sipiso piso, hiking di gunung sibayak & gunung sinabung. ade jugak a few waterfall yang cantik dan ohsem. cuma yang menjadi masalah adalah masa dan jarak perjalanan yang agak jauh.

p/s : aku tak sure boleh atau tidak hiking di gunung sinabung
google : air terjun dua warna di sibolangit
google : air terjun pelangi indah di deliserdang sumut
danau toba lake. credit pic : FB BBM
#2 - pak supir aku ni jenis tak banyak cakap, tapi keje nya sangat-sangat ok. yang tak berkira tu part paling aku suka. bukan setakat di sun plaza mall medan, kat mana-mana asal nak keluar je dari tempat parking, dia akan guna duit sendiri dan takde plak dia mintak balik.

dari segi pemanduan, dia memang bawak laju tapi tidak la selaju F1, hehe. bab potong memotong pon dia expert & masih lagi berhemah. kiranya pemanduan dia tu smooth la.

kalo berminat nak hire dia, aku rekemen kan. lagipon pak supir ni berdaftar under company. tapi jangan expect yang lebih sangat. maybe rezeki kitaorang, masa tu dia ok. dan boleh jadi masa korang hire dia, dia tak ok. prinsip aku, give & take each other. dari segi harga berkemungkinan berbeza jugak. try mintak tawar selagi boleh asalkan munasabah. 
kami panggil dia bapak ram. gitu. no tel : 0813 9661 9268
#3 - perbelanjaan & bajet. setakat ni aku survey money changer yang paling murah, RM274 = rp1juta. aku ade lagi balance duit pegi jogjakarta hari tu, aku sekalikan. so, total aku bawak dalam rp1.6juta. cukup kalo kita tak berbelanja sangat. alhamdulillah, ade balance lagi. boleh simpan untuk next trip plak.

serba sedikit perbelanjaan aku :
  • sewa kereta ke parapat pada hari pertama = rp110k seorang
  • melissa palace guesthouse = rp105k seorang (rp210k untuk harga sebuah bilik)
  • feri ke tomok - return = rp16k seorang
  • 5 buah FM di tomok = rp25k
  • sewa kereta hari kedua = rp140k seorang
  • entrance fee di air terjun sipiso piso = 24k untuk 5 orang
  • entrance fee di hot spring gunung sibayak = 65k untuk 5 orang
  • hotel grand lubuk raya = rp110k (rp220k untuk harga sebuah bilik)
  • sewa kereta hari ketiga = rp 45k seorang
  • airport tax = rp200k (dah standby di malaysia lagi sebab takut terguna)
wet tissue - lotion - tissue. kejadahnya beli barang ni wei, murah beb 

#4 - pengangkutan. if korang tak dapat harga rp600k untuk sebuah kereta dari airport ke parapat, boleh try shared taxi. cukup 7 orang baru dia jalan. anggaran harga dalam rp70k - rp80k untuk satu seat. yang aku tau, company raja taxi atau PT bagus holiday yang ade service macam ni. tapi keselesaan bukan la keutamaan sebab duduk berhimpit. info lanjut, klik SINI

update : info yang aku baca, shared taxi dari parapat nak ke bandar medan tidak melalui jalan ke air terjun sipiso piso & berastagi. so, better korang amek sebuah kereta terus. harga dalam lingkungan rp600k. make sure deal betul-betul dengan pak supir tempat yang nak dituju. kalo tak, ade yang mintak extra charge.

dekat bandar medan,  korang boleh naik betor (beca + motor). kitaorang tak merasa naik benda alah ni, takde rezeki. 

update : sila berhati-hati kalo nak berjalan kaki dari satu tempat ke tempat yang lain di bandar medan ni. seperti kata pak supir kitaorang, sebenarnya bandar medan lagi bahaya dari pekan parapat. cerita penyeluk saku tu satu hal la kan. lagi satu, jalan-jalan utamanya memang banyak kenderaan especially motor. bawak pon laju. makanya, nak melintas jalan pon memang kena betul-betul tengok kiri kanan. cadangan aku, better hire supir je.

info :- 
  • betor antara bandar medan = anggaran rp15k - rp20k
  • betor (masjid raya - istana maimun - sun plaza mall) = anggaran rp50k
dan, kalo dari bandar medan nak ke airport, korang boleh naik keretapi. ade yang kata, keretapi ni lebih kurang macam ERL kita. try la, boleh tengok scenery dari sudut lain plak kan. info lanjut : DI SINI

#5 - itinenary. semua perjalanan kitaorang mengikut itinenary. tempat yang tak plan nak pegi adalah hot spring di gunung sibayak. ni pak supir yang suggest kan. yang tak dapat cover seperti dalam itinenary cuma kursi batu (huta siallagan) & merdeka walk je la. masing-masing dah kepenatan sebab satu hari suntuk dok berjalan jauh.

#6 - makanan. dari segi tempat makan plak, aku bagitau pak supir awal-awal lagi, tak perlu la bawa kitaorang makan di tempat yg eksklusif. makan kat kedai biasa-biasa sudah asalkan bersih. pak supir ok aje. bila dah sampai kat kedai makan, dia akan tanya dulu ok ke tak makan di sini. senang kan?

aku buat macam ni bersebab. sebabnya aku perasan bila kita serah bulat-bulat pak supir yang decide, depa akan bawak kita ke tempat yang mahal. bila dah sampai takkan kita cakap tak nak makan kat sini plak kan? pulak tu makan dia kita bayarkan. bukan la berkira tapi kita pon kena ikut kemampuan kita. nanti kalo terlebih bajet merempat plak di negara orang. setengah tempat makan ade juga pak supir dapat makan free.
*************************************************************************************************************************************
setakat ni saje yang aku dapat rumuskan. nanti kalo ade benda penting yang aku ingat, aku akan update di sini.

serius, bercuti style 'bekpek' sungguh menyeronokkan. next destination? tunggu....

aku kau & dia

6 comments:

  1. Salam. Hee info yang menarik backpack medan ya. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2. semoga bermanfaat pada suma :)

      Delete
  2. Replies
    1. tq MKL. saya masih baru lg dalam dunia backpack ni

      ape2 pon semoga cerita sy bermanfaat pada suma :)

      Delete
  3. Thanks for the budget tips..looking fwd my trip 15th Jan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 ciku. wah, enjoy ur trip k :)

      Delete