virtual friends

Wednesday 3 December 2014

backpackers medan : day 3

10 november 2014 (isnin)

malam tadi memang tido nyenyak. katil yang empuksss menjadi punca aku malas bangun.
namun ku gagahi jugak demi sebuah misi yang perlu diselesaikan pada hari terakhir berada di medan ni.

misi menjelajah bandar medan! tu pon nak kecoh *tekup muka*
 
pakej penginapan kitaorang dekat hotel grand lubuk raya ni termasuk sekali dengan sarapan pagi.

lupa aku nak amek gambo, sarapan dia simple je tapi cukup untuk tangki perut sampai lunch nanti.
cuma ada nasi goreng, telur mata kerbau, keropok, roti, mentega, kaya dan air teh o atau kopi. not bad.

macam bese, pak supir kitaorang dah standby menunggu. mintak dia tunggu jap sebab ade ahli jemaah yang nak buang ape yang patut dulu.

aku dah takde ape2 nak buat, terus tunggu kat kaunter reception. sempat la jugak amek gambo hotel ni.
kalo nak makan kat kedai ayam penyet jakarta, keluar pintu hotel, amek kanan. kena lintas jalan utama
lepas check out, dalam pukul 8am WI, kitaorang meneruskan misi free & easy di bandar medan.

sebenarnya, kitaorang kuar ni agak awal la jugak. maybe sebab takut tak sempat nak cover semua tempat.

dah la ari isnin, tak pasal-pasal kitaorang terperangkap dalam traffic jam dengan penduduk medan yang nak pegi keje. bandar medan merupakan antara salah satu bandar yang sibuk dan jem di indonesia. bunyi hon sana sini tu standard. katanya tu tanda depa nak memotong.

so, kalo korang nak jalan-jalan kat bandar medan ni, kuar dalam pukul 9.30am @ 10am pon ok. just nice dah tu.
abang polis trafik yang aku rase takde function duduk kat situ
perhimpunan di kementerian kewangan
kedai pon banyak tak buka lagi
kali ni, aku bagi pak supir decide sendiri mana tempat yang nak pegi dulu. dia lagi expert selok belok bandar medan ni. 

so, tempat pertama yang kitaorang tuju adalah kedai bika ambon zulaikha. orang malaysia kalo pegi medan memang wajib singgah sini. 

kedai ni jual kek lapis, brownies, jus buah-buahan dan macam-macam lagi. aku pon tak ingat dah. dilarang sama sekali untuk bergambo kat kedai ni. so, aku cilok gambo pakcik google je. 
aku tanya gak pak supir nape orang tak pegi kedai kek lapis yang lain sebab tengok kat area situ banyak je kedai yang sama. pak supir bagitau kedai kek lapis yang lain tu ownernya cina. tak diyakini halal dan ade campuran cik bab juga dalam pemprosesan kek lapis tu. oooo gitu.

tak lama pon kitaorang kat kedai ni. aku excited nak beli brownies coklat sekali takde stok! 
frust menonggeng okeh. last-last aku makan yang tester punya banyak-banyak supaya tak kempunan. keji kan?

selesai di kedai bika ambon zulaikha, kitaorang terus ke pasar ikan @ pajak ikan.

pasar ikan ni bukan la sebuah pasar yang menjual ikan-ikan tapi jual baju, telekung, tudung dan bla bla bla.orang perempuan suka la tempat ni, hiks

bangunan dia bukan la macam pasar siti khadijah atau pasar payang. hanya kedai-kedai biasa sahaja di tepi jalan. lebih kurang macam kedai-kedai baju borong dekat area kenangan wholesale city tu. 

ni pon antara tempat yang orang malaysia akan pergi untuk shopping. 

aku takde la eksaited nak beli pon sebenarnya. kalo baca dalam blog, pasar ikan ni baju bajan dia mahal jugak. tapi aku dah plan, kalo jumpa kain yang berkenan beli je. sebagai hadiah untuk diri sendiri.

pasar ikan ni betul-betul berdepan dengan stesen keretapi medan.
lebih kurang 2jam setengah jugak kitaorang dekat sini. masing-masing ade agenda yang tersendiri. orang kirim la, girlfriend kirim la. aku kawan opis kirim awal-awal dah cakap taknak sebab aku tak beli luggage pon masa balik nanti. lagi satu, aku malas nak menyesakkan kepala otak nak cari kain yang diorang kirim ni. diorang cakap je tak kesah nak macam mana pon tapi aku taknak amek risiko. dibuatnya tak kena dengan selera diorang tak ke naya.

cantik-cantik juga kain yang diorang jual tapi tak up to date macam kat bandung rasenya.
aku beli kain batik kat sini 2 helai dapat rp80k (RM22). mak aku cakap kainnya sedap pakai
aku rembat gak sepasang kain lebih kurang camni. share dengan ahli jemaah. 3 helai dapat rp375k (RM105)
ade je tingkap keretapi ni? hehe
cantik ke idok kainnya?

agak terkejut jugak la masa kat pasar ikan ni, tiba-tiba pak supir follow ke mana kitaorang pegi. padahal sebelum ni, dia lepaskan je. feeling-feeling macam ade bodyguard u olls.

dalam masa yang sama,  kitaorang pon kena follow dengan peniaga-peniaga jalanan yang jual key chain, FM dan t shirt. ramai jugak tapi bila kitaorang masuk dalam kedai, diorang tunggu luar je. ahli jemaah suma buat muka ketat. nak kata diorang mendesak suruh beli tu tak la. tapi kalo kita lintas jalan, diorang pon lintas jugak. 

masa abang abu tengah tunggu kitaorang membeli, dia dengar peniaga jalanan ni berborak. 
katanya kitaorang ni ade orang jaga dan orang tu adalah pak supir. patut la diorang pon tak berani lebih-lebih sangat. baru lah aku faham ape tujuan pak supir follow kami. maybe sebelum ni ade kes pencopet dan sebagainya kot.

selepas menyoping di pasar ikan, kitaorang teruskan perjalanan ke sun plaza mall - mall yang terbesar di medan. tujuannya satu je. nak merasa es teller! blogger dok gembar gembur kata sedap, aku pon masukkan la dalam itinenary.
sedap jugak. rase lebih kurang macam coconut shake. es teller ni campuran buah-buahan macam avocado dan ape ntah lagi. aku lupe.

dalam sun plaza mall ni, ade sogo. sempat jugak kitaorang usha-usha. aminah siap beli jaket lagi. kalo tengok harga, jaket tu lebih kurang RM120. aku rase harga tu ok sebab maybe kat malaysia harganya RM150++.
sale memanjang je sogo ni
ruang tengah - sun plaza mall

datang medan ni, tekak terasa nak makan KFC. haha, memang tak boleh blah. tapi kat sun plaza mall takde KFC. so, keputusan dicapai, lunch hari ni kita pekena kenny rogers. harganya sama je dekat malaysia. cuma macaroni cheese tu dia bagi sket je. aku tak puas hati, hiks.

kalo ikutkan, parking kereta pak supir kitaorang yang kena bayarkan. 
tapi masa nak bayar tu, pak supir guna duit dia. sebab tu aku suke style dia. takde la mendesak bagai.

kuar je dari sun plaza mall, tengok-tengok cuaca gelap. risau jugak cuaca tak menentu ni sebab flite balik petang. next, pak supir bawak kitaorang ke istana maimun.
nampak gelap tapi tak hujan lagi
istana maimun - view dari tengah bulatan tadi
tak tau rumah ape ni. dalam kawasan istana maimun
kitaorang tak masuk dalam pon. cuma tinggalkan jejak sampai luar je. amik gambo pastu blah.

ade jugak peniaga jalanan yang dok follow. pulak tu boleh kecek klate. aminah dengan ahmad beli FM dari dia, rasenya 10 dalam rp60 - rp70k tak silap.

yang aku dengan abang abu saje je tengok-tengok kedai jualan. nampak pulak FM yang sebijik macam aminah dengan ahmad beli kat peniaga jalanan tadi. abang abu saje tanya. makcik tu bagi rp40k okeh! terkejut kitaorang. cepat-cepat panggil ahmad. tergelak-gelak dia dapat tahu kat makcik tu lagi murah, haha, kena tipu. jauh gak beza tu.

ok, dah setel misi menjelajah bandar medan ni. overall, aku rase bandar medan biasa sajorkkk. 

dalam perjalanan tu, nampak la masjid raya medan. ingat nak singgah solat tapi suma risau tak sempat. lagipon dari bandar medan nak ke airport satu jam jugak. so, pandang dari jauh je.
cantik masjid ni, nampak besar. credit pic : pakcik google
hotel madani medan. hotel ni dengan masjid raya & istana maimun dekat. boleh jalan kaki.
sampai airport, selepas sesi hai hai bye bye dengan pak supir, kitaorang terus check in luggage atas nama abang abu & ahmad. memang saje amek, standby kalo terlebih muatan.

dengan beg backpack aku sekali masuk luggage. padahal 6.7kg je. hiks

jangan lupa, asingkan siap-siap airport tax sebanyak rp200k. dulu kawan aku pegi masa awal tahun 2014, dia cuma kena rp75k sahaja. berkemungkinan besar harga naik sebab sekarang ni dah airport baru kan. 

aku rase masa pegi jogjakarta tahun 2013, aku kena airport tax dalam rp100k je.
area atas ni departure. yang dekat bawah sekali arrival
jadual keretapi
harga
ade banyak masa lagi, sempat la aku dengan aminah beli kopi dekat alpha mart. terjumpa plak dengan pak supir. bukan main senyum lebar. dia terkejut kot sebab hari ni dia dapat bayaran lebih. sepatutnya rp225k kan tapi abang abu selitkan sekali duit RM10 sebagai jasa baik dia approach dan tak berkira dengan kami.

kat airport ade free wifi plak tu. apalagi, suma mata nengok handphone je.
ok, last day dibenarkan sebagai ganti rugi. ye la, selama kat sini takde internet langsung sebab masing-masing kedekut, haha. tapi aku suka kalo berjalan camni. ni la masa kita nak lepaking, borak, gelak ketawa sama-sama. cuba kalo ade internet, suma nengok handphone je kan?

alhamdulillah cuaca dah ok balik. flite pon tak delay. berlepas ikut jadual pukul 5.50pm.

tamat lah sudah ceritera 3hari 2malam di medan. senyum puas.

bersambung....SUMMARY

8 comments:

  1. Replies
    1. salam, alhamdulillah abih sudah entry ni. menulis kat blog ni ibarat mcm buat assignment plak :)

      Delete
  2. Best la cite u..nk try g solo, ade cdgn x nk naik apa, gna supir cm rugi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq cik fizz

      cer try naik chartered van macam raja taxi. rasenya ade bgtau dlm cite medan ni.

      if u want more info, try buka blog supermeng malaya. dia mmg selalu travel solo termasuk ke medan :)

      Delete
  3. salam boleh tanya tak kalau airport tax tu memang kene bayar tiap kali masuk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu dulu sis. sekarang airport tax indonesia dah masuk dlm harga tiket. so, masa balik dah takyah byr

      Delete
  4. total abis berape ke medan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, tak hengat la.

      saya bawak sejuta rupiah, balik malaysia siap ade balance lagi :)

      Delete