virtual friends

Monday 1 December 2014

backpackers medan : day 2

9 november 2014 (ahad)

bangun-bangun pagi terus snap gambo
masa ni baru 6.20am. kalo kat malaysia dah 7.20am. 
kitaorang dah decide nak bertolak ke destinasi seterusnya 8.30am waktu indonesia (WI).

sebab banyak masa lagi, aku dengan aminah siap boleh bersantai-santai. 
dan yang bestnya, aku punya barang pon tak kemas lagi. 
aku sebenarnya plan nak tido balik. 
pesanan orang tua dulu-dulu perlu kita praktikkan, tak cukup tido ni bahaya untuk kulit tau, hehe

dalam 7.10am WI, tiba-tiba abang abu ketuk pintu bilik. rupe-rupenya diorang dah siap!
ah sudah, diorang cakap dari buang masa baik kita gerak awal. pak supir pon dah standby.
ohoiiii.....lintang pukang aku kemas barang sementara tunggu turn nak mandi. nasib korang la menunggu sape suruh tak bagitau awal-awal kan? 
sekali sekala tunggu la team perempuan bersiap. pulak tu tetibe pakai shawl tak berapa jadi plak, haiisshhh, macam-macam hal

sebelum meneruskan perjalanan jauh, kita isi tangki perut dulu.
lontong sayur
pintu gerbang ke jeti tigaraja & melissa palace guesthouse
ikut plan, dari parapat kitaorang akan ke air terjun sipiso piso - berastagi - kebun strawberry - mandi air panas di gunung sibayak - medan. tak tau la sempat ke tak nak cover semua ni dalam masa beberapa jam.

jom, misi #tripredahmedan hari kedua bermula.

untuk ke air terjun, pak supir akan ikut jalan lain dan jalannya lagi kecil dan agak teruk.
sepanjang perjalanan, akan nampak tasik danau toba secara keseluruhannya.
masa ni memang kagum sangat la. asal nampak je view cantik, kitaorang suruh pak supir berhenti.

pak supir & kereta

kawasan kampung berdepan tasik danau toba
rumah ikan. plan dibina untuk tujuan wisata tapi terbengkalai
aku ingat lagi kata-kata sorang blogger ni : amek la berapa banyak pon gambar, tak sama dengan keindahan yang ada kat depan mata ni. ya betul, aku setuju. memang speechless abih tengok tasik danau toba ni. susah nak digambarkan dengan kata-kata.

pak supir aku ni pesen tak pasang aircond. so, tingkap memang sentiasa terbuka. tak tau la nak jimat minyak ke hape.
makanya, kita akan rasa angin luar yang sejuk. fuh nyaman.
cuma kadang-kadang....ade bau yang kurang menyenangkan kalo lalu kawasan kampung iaitu bau tahi babi! memang tak nyaman langsung la.

satu lagi, penduduk sini pesen buat kubur sebelah rumah. jangan pelik la nampak rumah nampak kubur.

hari ahad juga penduduk sini akan ke church untuk upacara keagamaan. masa tu depa dress up memang cantik-cantik. baju pon standard kain lace je.
#OOTD
lupa la ape nama yang dia jemur ni. kacang kot
kalo nampak gunung ni, korang dah dekat nak sampai kat air terjun
dalam pukul 12pm, kitaorang sampai dekat air terjun sipiso piso.

kat sini, kalo korang memang suka naik tangga, boleh la turun sampai bawah.

kitaorang turun separuh je. masa nak naik balik tu, memang hazabedah la. abih keluar semua sumpah seranah tengok tangga, hehe. 

petua : untuk pengetahuan korang, nak datang sini, jangan gatai-gatai pakai kasut high heel & yang seangkatan dengannya. kerana, tangga yang aku dok sumpah seranah tu agak menakutkan. sebenarnya permukaan tangga tu tak rata. so, kena hati-hati lebih sket bila nak turun naik tangga.

moral of the story, sila bersukan untuk mengekalkan stamina & fit sebelum pegi air terjun ni. 

baru la jumpa orang malaysia kat sini. sempat jugak la kitaorang bertegur sapa dan selpie selpot untuk kenangan bersama.

oh, jangan lupa try goreng pisang kat sini ye, manis!
pintu masuk ke air terjun
kedai makan & kedai jualan. kitaorang lunch kat sini terus
masih lagi boleh nampak tasik danau toba, sungguh ohsem
nampak tak tangga dengan pondok kat bawah tu?
dah setel dekat air terjun sipiso piso, kitaorang bertolak ke berastagi plak. 
perjalanan lebih kurang dalam 2 jam. berastagi ni popular dengan pasar buah & jagung bakar.

pendapat aku, kat berastagi ni takyah tido pon takpe. juz singgah sahaja kalo dari parapat nak balik semula ke medan. tapi, kalo korang nak hiking kat gunung sibayak, memang kena tido dekat berastagi. dengar cerita sunrise cantik kat sana.
pasar buah
peniaga dekat berastagi ni bukan la jenis memaksa. cuma ade insiden melibatkan abang abu. dia try mintak kurang masa nak beli buah pisang kaki.
tiba-tiba kakak ni jawab dalam keadaan marah. aku pon terkejut tengok.
senang je sebenarnya, kalo tak bagi kurang, cakap je la tak boleh kan? 

disebabkan aminah dah beli strawberry di pasar buah, kitaorang plan nak skip lawatan ke kebun strawberry.

perjalanan diteruskan ke kolam air panas di gunung sibayak. tak jauh mana dari pekan berastagi ni, dalam 15 - 20 minit.

yang tak seronoknya, kitaorang kena 2 kali entrance fee. sekali tu masa masuk ke kawasan kampung, jalan menghala ke kolam air panas dan satu lagi di pintu masuk kolam air panas.

yang dekat kolam air panas tu aku tak kisah mana pon. tapi yang dekat kawasan kampung tu yang aku tak boleh terima. mula la macam-macam andaian jahat dalam fikiran. aku rase entrance fee di kawasan kampung tu dikira sebagai donation kita sebab masuk ke kawasan diorang untuk ke area gunung sibayak. 

satu lagi aku perasan, diorang ni pakai letak harga entrance fee sesuka hati. masa dekat kolam air panas, kitaorang kena caj rp65k untuk 5 orang. padahal tak silap aku pak supir ade bagitau harganya rp10k untuk sorang. 

masa dekat air terjun sipiso piso pon camtu gak. macam bese, aku fikir negatif je, haha. agaknya sebab diorang nampak kami orang luar tu dia caj lebih. kalo caj kurang aku suke.

seronok mandi dekat sini. kebetulan kami datang hari ahad, orang memang ramai.

sumber air panas ni original dari gunung sibayak, antara gunung berapi yang masih lagi aktif. kat sini, ade jual serbuk yang lebih kurang macam scrub. katanya sulfur dari gunung sibayak ni. elok untuk buang segala kotoran daki kat muka dan badan.

caranya : sapu je scrub tu kat mana-mana yang korang suka.  biarkan dalam 10 - 15 minit pastu bilas. korang akan nampak hasil sebelum & selepas. elakkan dari kena mata. pedih wei. budak-budak laki diorang test kat muka. lepas bilas suma nampak putih! 

aminah & abang abu siap beli lagi untuk bawak balik malaysia.
scrub
pintu masuk ke kolam air panas
kitaorang abih masa kat sini lebih kurang 1 jam. 
hujan renyai-renyai mengiringi keberangkatan pulang ahli jemaah ke bandar medan semula, cewah. bye bye gunung sibayak. ade rezeki akan ku tinggalkan jejak kaki di sini lagi. 

horas!!
suka pokok ni, unik
tanaman yang subur di kaki gunung sibayak
kawasan kampung
selesai je sesi mandi manda, kitaorang terus bertolak balik ke medan. kalo ikutkan, dari berastagi nak ke medan dah tak jauh, 2 jam kalo tak silap aku. tapi disebabkan jalan yang agak macet, dalam 3 jam jugak baru kami sampai hotel.

punca terjadi jem? macam penah aku bagitau dalam entry sebelum ni.

hari ahad orang medan akan berlibur di berastagi. jadi kebetulan masa kitaorang nak balik ke medan pukul 5pm WI, time tu jugak diorang nak balik ke sana. 
perjalanan balik adalah menurun bukit dan jalan raya pon tak berapa elok.

sampai di medan, kitaorang terus check in di hotel grand lubuk raya. kat area hotel ni, ade convenient store indomart dan tempat makan pon senang. lintas je jalan raya besar terus nampak kedai ayam penyet jakarta.

kalo ikutkan, malam ni kitaorang nak jalan-jalan dan makan di merdeka walk. dalam blog, ramai bagitau tempat ni meriah. cuma harga makanan mahal sket la.  tapi sebab masing-masing suma dah lapo, nampak plak kedai ayam penyet jakarta ni, so, plan serta merta berubah. aku suggestkan kedai makan ni, banyak pilihan.
 
staff di hotel grand lubuk raya ni sangat helpful. ade free wifi di area kaunter reception sahaja. kalo nak wifi dalam bilik, berbayo. harga tak mahal dan penggunaan dikira untuk tempoh 24jam. cuma aku rase rugi nak amek sebab kitaorang sampai malam, esok pagi nak terus check out.
biliknya kecik je, tetap puas hati berbaloi dengan harga
ya ampun, bersepah
ade siaran HBO lagi
cerita pak supir di hari kedua : semalam, aku dah deal dengan pak supir mintak singgah di stesen keretapi medan sebelum check in hotel. tujuannya sebab nak beli tiket keretapi dari medan ke airport untuk esoknya. kunun-kunun nak try naik. pak supir ok je tapi dia bagitau keretapi ni takde tingkap. aku tengok dalam blog ade je tingkap. aku pon konpius mana satu yang betul ni.

dalam kereta tadi ade pak supir tanya program esok nak ke mana. kalo ikut itinenary, esok aktiviti free & easy di bandar medan. dari segi transportation, kitaorang kan memang dah plan nak jalan kaki area yang dekat-dekat tu, naik betor ataupon teksi. 

time ni la pak supir menakutkan kami. dia cakap boleh je jalan kaki mana yang dekat-dekat tu. tapi agak bahaya la sebab ramai pencopet. kitaorang semua diam je dengar pak supir cerita. dalam hati dah tau, nak suruh hire dia la tu. hehe

last-last aku taip mesej kat handphone then pass kat abang abu, ketua kumpulan. aku suruh dia tanya pak supir berapa harga untuk perjalanan esok sampai ke airport. 

mula-mula pak supir mintak rp250k untuk sebuah kereta. abang abu mintak kurang rp225k. pak supir setuju dan kitaorang tengok harga pon munasabah. so, masing-masing setuju nak hire pak supir ni untuk program esok dan plan beli tiket keretapi terus kansel.

2 comments:

  1. Salam. Hee banyak gmbr menarik. Tapi mana gmbr korang itu? 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam tiga lalat,

      kami ni kan spesis pemalu sket. tu tak letak gambo, hiks

      Delete