virtual friends

Tuesday 14 June 2016

trip sempoi ke singapore : day 2 : tips & tricks di USS : part 1

USS merupakan taman tema Universal Studios kedua yang dibuka di Asia pada Januari 2010 selepas Universal Studios Japan (USJ). kalau di wilayah Asia Tenggara, USS adalah taman tema Universal Studios yang pertama dan terletak di pulau sentosa.

sebut je USS kita akan terbayang filem-filem hollywood yang terkenal seperti transformers, madagascar, the mummy returns dan jurassic park. itulah antara games yang korang bakal main di USS. nanti boleh la rasa feel yang luar biasa dan lain dari yang lain.

hari ni aku nak share tips & tricks yang perlu korang tahu sebelum nak ke USS. for your info aku ke sana berdua. banyak games yang kami tak perlu queue panjang sebab ade kelebihan sebagai single rider. indirectly dapat menjimatkan masa dan hampir 90% games fofular kami dapat main. 

okey don't waste the time. let's check it out!

#1 - don't run. just walk!
normally pembukaan USS akan dimulakan dengan persembahan menarik oleh kartun-kartun yang terkenal. masa kami tengah queue nak scan tiket, belum ape-ape aku dah nampak perkara pelik. dah kenapa semua orang berlari lepas masuk USS? memang kena lari ke? haha.

tips pertama yang aku nak share tak payah berlari pon takpe. korang mesti dapat main jugak. memang betul ramai orang nak masuk USS tapi bukan semua tuju kat sebuah tempat jer. 

melainkan...........!!

kau pergi USS time singapore, malaysia atau seantero dunia tengah cuti umum. masa tu memang pasti dan nyata orang ramai giler. korang nak lari larilah. kebetulan date yang kitaorang pergi hari tu dalam situasi biasa biasa sajork. nak kata ramai sangat orang pon tak.

#2 - map USS
jangan lupa amek map USS. biasanya diorang letak dekat pintu masuk tempat kita scan tiket. paling penting free of charge!

#3 - main game puas-puas dulu baru selpie!
first lepas masuk USS yoo ri suggest kami main dulu - bergambar kemudian. satu cadangan yang bagus sebab kita akan menghayati game tu betul-betul. lepas dah main semua game ikut suka hang pa la nak bergambar gaya kuak lentang dan sebagainya. ha gitu :p

#4 - prayer room
prayer room terletak antara roller coaster battlestar galactica dan ancient egypt. sayangnya masa kami datang hari tu prayer room under renovation. walau bagaimana pon, pihak pengurusan USS ade sediakan ruang solat betul-betul bersebelahan dengan prayer room. cuma kurang selesa sket sebab open space. boleh la dari takde kan?

just in case kalo tak jumpa prayer room based on my direction, korang boleh refer map :)

#5 - makan & minum di USS
aku pernah baca makanan dalam USS ade status halal dari Majlis Ugama Islam Singapura. sejauh mana kebenarannya aku tak pasti. sebenarnya kitaorang tak aim pon nak makan kat dalam atau luar USS. kata jimat u olls!

kitaorang ikut nasihat sheray. dia suruh kami bawak bekal sendiri. just bawak roti, choki-choki, kurma dan biskut dah cukup. staff biasanya tak check beg pon masa scan tiket. aha nampak tak penjimatan kat situ? 

ade satu rahsia nak bagitau ni. kalau korang memang dah lapo tahap gaban dan takde bawak stok makanan langsung, sheray ade cadangkan kita makan kat luar USS. ari tu aku perasan ade malaysian food street kat situ tapi aku tak pergi pon survey harga makanan. ape yang penting jangan lupa bagitau staff USS korang nak masuk balik okey!

ala masa kita dok sibuk main games tu takde rase lapo pon. itu badan aku la, hehe.

#6 - botol air 
water cooler ade disediakan dalam USS masa kita tengah queue nak main game. jangan lupa bawak botol air ye. senang nak refill dan semestinya free of charge!

kalo kat belah luar aku tak jumpa plak water cooler. kalo ade pon staff USS yang menjual dan konpem kena keluar duit sendiri :p 

#7 - baju hujan
ade dua alasan kenapa kena bawak baju hujan masa datang USS.

pertama sebab cuaca tak menentu di singapore. kita semua sedia maklum yang kita berkongsi iklim yang sama dengan depa kan.

alasan kedua for those yang nak main game jurassic park rapids adventure. game ni akan menyebabkan pakaian dan beg kita basah lencun. kalau bajet lebih takde masalah. korang boleh beli rain coat kat mesin yang disediakan masa tengah queue tunggu turn nak main. harga jangan tanya. sila menangis tepi tiang. hiks.

pada aku penyelesaian terbaik apa kata bawak je rain coat dari sini. berlambak-lambak ade jual dekat 7E, guardian dan watson. harga maybe berbeza tapi lagi murah dari beli dekat sana. beli yang disposable saje sudah.

#8 - datang awal pagi
betul, datang la awal pagi. kalau datang lambat maybe tak semua game kita dapat main kan? 

mana tau bila tengok queue panjang automatik kita stress. lepas tu mood teruih merundum 250%

oh no! 

#9 - souvenier 
bab ni ikut kemampuan masing-masing. aku malas cite panjang sebab aku memang takde beli ape-ape souvenier kat USS. save bajet ma.

#10 - official website
as usual, for more info about USS, just go through this website.


okey cukup dulu part one. nantikan episod seterusnya :)
hey minions, how are you today?
masa ni lagi seminggu depa nak sambut tahun baru cina
aku tak tahu nama bangunan ni, opss!
marilyn monroe spotted!

No comments:

Post a Comment