- assalamualaikum wbt & salam 8 ramadhan -
hari ni aku nak sambung cerita trip sempoi ke singapore yang masuk hari kedua. amek kaw, dah empat bulan pergi baru sekarang dapat hapdate. wahai kerajinan, masuk la kau dalam diriku dan dok diam-diam kat situ. aku sendiri tak larat nak simpan cerita sampai berkurun.
31 januari 2016 (ahad)
plan kami hari ni nak ke Universal Studios Singapore (USS). nak pergi Universal Studios yang lain tak mampu, dapat jejak kaki ke USS dah kira okey la kan. itu pon tertelan ailio bila aku survey harga tiket masa memula plan dulu.
untuk pengetahuan semua, ade banyak cara nak ke USS. korang boleh naik bas, bawak kereta sendiri atau naik MRT dan monorel. cara yang kami pilih untuk ke USS adalah dengan menggunakan MRT dan monorel.
step pertama, tak kira korang naik MRT dari stesen mana sekalipon, jatuh hukum wajib ye turun di stesen harbourfront. lepas tu kena naik monorel di stesen sentosa. lepas tu plak jatuh hukum wajib turun di stesen waterfront. lepas tu sampai!

ha nampak macam berbelit kan?
sebenarnya sangat-sangat senang. aku saje buat cite lelebih. kasi gempak sket :p
kami bernasib baik sebab stesen boon keng dan stesen harbourfront berada di line yang sama iaitu purple line. jadi dekat situ kitaorang dah jimat masa tak payah nak tukar line bagai.
baiklah,
aku kena sekeh kepala sendiri sebab dah lupa macam mana aku boleh
sampai ke stesen sentosa. inilah bahananya kalau dah lama
sangat peram entry.
debush!
senang cerita keluar dari stesen harbourfront, sila cari signboard ke vivo city atau sentosa
express atau stesen sentosa. apa yang aku ingat stesen harbourfront kat belah bawah
manakala stesen sentosa kat belah atas. level berapa
aku tak ingat.
lain-lain info tambahan :-
#1. sentosa express ada empat stesen bermula dengan sentosa station - waterfront station - imbiah station - beach station. sekali lagi diingatkan untuk ke USS, sila turun di stesen waterfront.
#2. stesen sentosa terletak dalam vivo city yang merupakan shopping mall yang terbesar di singapore.
#3. harga tiket hanya $4 sahaja merangkumi perjalanan pergi balik untuk kemana-mana stesen dalam sentosa express. tiket dah kena caj bagi kanak-kanak yang berumur tiga tahun ke atas.
#4. tourist pass tidak sah untuk pembelian tiket sentosa express. gamaknya mereka ni adik beradik lain mak lain bapak kot :p
#5. anggaran perjalanan dari the hive singapore hostel ke USS lebih kurang 30 minit.
#6. USS dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 7 petang.
kami sampai awal di USS hari tue. ada masa lagi sempat la kitaorang bergambar kat globe dan juga kawasan sekitar. kebiasaannya kat area globe ni memang susah nak dapat port takde orang. bila line dah clear tiba-tiba ade yang menyelit. so pepandai la korang cari angel yang menarik :)
lebih kurang 9.45 pagi kitaorang dah start beratur. now we are ready to play!

![]() |
stesen sentosa berhadapan dengan food court dalam vivo city shopping mall |
![]() |
kaunter tiket |
![]() |
kawasan sekitar USS |
![]() |
kalau la boleh dimakan sudah lama ku rembat |
![]() |
candylicious shop |
![]() |
happy together |
![]() |
small merlion |
![]() |
see? bukan senang nak bergambar kat sini. korang tengok la dengan mata kepala sendiri |
![]() |
masih ade lagi yang tidak berganjak |
![]() |
nak tunggu plak word UNIVERSAL tu clear satu hal |
![]() |
pintu gerbang USS |
![]() |
my ticket |
Hai..nice info..gambar yg ada byk candy n chocolate tu dkt mna?
ReplyDeletecandy & chocolate tu kat area luar USS. berdekatan dengan globe. ade banyak kedai area situ :)
Delete