virtual friends

Friday 18 December 2015

aktiviti-aktiviti menarik di langkawi untuk 3hari 2malam

assalamualaikum dan salam disember 2015 :)

hari ni aku nak sambung cerita pasal trip langkawi lagi. berkurun nau aku peram sampai boleh buat pekasam. cuma pekasam yang ni sifatnya tak boleh makan. kalo tak awal-awal dah jadi lauk tengahari aku tadi.

baiklah, aku dah melalut jauh. next!

selain dari booking accomodation dan kereta sewa, perkara lain yang perlu dititik berat bila travel ke langkawi ialah melakukan aktiviti-aktiviti menarik.

kalo ikutkan banyak je aktiviti menarik yang boleh dibuat sepanjang tiga hari dua malam kat sana. ade aktiviti santai, aktiviti mencabar dan ade juga aktiviti yang bermain dengan emosi. cewah.

jadi kat bawah ni aku listkan satu persatu based on my experience. mostly aktiviti ni aku dah buat masa ke sana hujung bulan lima ari tue.

oriental village langkawi
dulu tempat nie dipanggil sebagai langkawi cable car. la nie nama barunya skycab. tak memasal aku blurr. ingatkan tarikan baru di langkawi, rupenya tempat yang sama jer.

dulu setiap kali datang sini, pelancong hanya fokus untuk naik cable car saje. aktiviti lain depa tak pandang mana. now pihak pengurusan telah menambah beberapa aktiviti yang turut menjadi tarikan di oriental village ni. jangan konpius eh, oriental village langkawi adalah gateway to skycab.

antara aktiviti yang terdapat di oriental village ialah ATV fun ride, revo adventure, flying fox dan macam-macam lagi. memang banyak sampai aku pon malas nak taip semua.

di sini jugak letaknya 3D art museum yang baru dibuka awal tahun hari tu. muzium ni merupakan yang terbesar di malaysia dan dikatakan yang terbesar di dunia! wow, menarik.

harga entrance fees setiap tempat di oriental village berbeza.

macam kitaorang just nak naik cable car dan masuk 3D art museum, maka pakej yang bersesuaian ialah combo fare (skycab + skydome + 3D art museum). untuk pemegang mykad, harganya RM47. telan ailioo aku dengar. bukan ape, kesian dengan family besar kena keluar duit banyak semata-mata untuk tiket. that's why orang selalu pikir dua tiga kali kalo nak pegi bercuti.

diingatkan ye, sila sanggup spend time sekiranya masuk 3D art museum. gambar memang banyak, tu belom masuk lagi bab kena queue untuk bergambar. macam-macam gaya ade. 

overall, kitaorang mengabihkan masa lebih kurang 5 jam di oriental village langkawi. paling lama sekali di 3D art museum. semua gambar ade muka kami, haha, memang keje giler.

official website & info mengenai harga tiket panorama langkawi  
kawasan sekitar oriental village langkawi
skycab @ cable car
skybridge. dulu FOC masuk sini, sekarang sedia aje ongkosnya. tak silap aku harga tiket RM5 seorang
view dari second peak
island hoping
average price untuk aktiviti island hoping ialah RM30. maybe boleh dapat lagi murah rasenya. aku ade terbaca dekat ab motel harganya RM25. bila kitaorang tanya, harga sama dengan amzar motel - RM30. lastly kitaorang decide amek pakej dengan amzar motel. senang nak deal in case ade ape-ape hal.

normally island hoping akan start pukul 9.30 sampai 2 petang. tempat yang diaorang cover adalah pulau beras basah, tengok helang makan dan ke tasik dayang bunting.

rata-rata agent akan pick up customer dari tempat penginapan. senang, jimat duit minyak kereta kita. tips yang aku boleh share, sila breakfast dulu sebelum buat aktiviti nie tapi jangan makan banyak sangat, silap-silap mabuk laut.

selain tue, suka aku nak pesan kalo boleh jangan bawa makanan sepanjang ber'island hoping' sebab monyet banyak yang berkeliaran. jadikanlah kisah sepupu aku ni sebagai pengajaran. dia pernah bawa big apple, sampai pulau beras basah monyet berkerumun datang dekat dia. kesudahan, big apple dia selamat dicuri oleh monyet-monyet tersebut. dah tertulis rezeki monyet tu.
destinasi pertama aktiviti island hoping - pulau beras basah. boatman bagi masa satu jam untuk bersuka riang
awas, monyet sedang mencari mangsa!
boleh jugak sewa jet ski untuk aktiviti island hoping
harga paling murah RM250-RM300 untuk tempoh tiga jam. boleh negotiate lagi, biasa malaysian dapat murah sket
area tasik dayang bunting. bot-bot tengah parking
food hunter
aku sebenarnya bukan seorang food hunter. alang-alang ke langkawi, ade juga aku take note beberapa tempat makan yang boleh try. antaranya laksa, ikan bakar, rojak & cendol. 

ade dua lokasi yang popular untuk makan laksa. lokasi pertama, betul-betul terletak bersebelahan/tepi airport. trademark dekat situ laksa power atau laksa kaw ikan sekoq. paling best, sambil makan boleh tengok kapal terbang depart dan landing. ade banyak penjual laksa, pandai-pandai la pilih mana yang best.

lokasi kedua di pantai kok. landmark lokasi - jalan nak ke oriental village langkawi dan berdekatan the danna langkawi hotel. kalo nampak sebuah van lotun bernama hafiz rojak, anda berada di zon yang betul. time ni aku layan cendol dan rojak. sedap, kena dengan selera dan harga lagi murah dari lokasi pertama.

kalo nak makan nasi campur, boleh try ke kedai 'jom ikan bakar' yang terletak di area padang matsirat. aku tak pasti hari ahad memang tutup ke atau timing kitaorang yang tak kena. hari isnin sebelum ke airport, kitaorang cuba nasib sekali lagi. buka! apalagi serbu! semestinya sedap dan banyak pilihan lauk. harga makanan standard macam di Key Ell.

cara nak ke sana : blogger sato - jom ikan bakar
dekat the danna langkawi hotel ade selekoh. selepas selekoh, turn left dan nampak kawasan lapang. dekat situ van lotus hafiz rojak berniaga
pantai kok
hafiz rojak - mendapat pengiktirafan dari program jalan-jalan cari makan. buka setiap hari kecuali hari isnin je yang tutup kot. sorry aku lupa dah
layan sunset
aktiviti ni depends pada minat. macam aku, menyaksikan keindahan sunset tu satu kepuasan, ececeh. maka dengan itu, kitaorang pilih pantai chenang dan pekan kuah untuk menjalankan misi. korang jugak boleh layan sunset di pantai tengah.

aktiviti-aktiviti lain yang boleh dibuat dekat pantai chenang ialah parasailing, main speed boat, main banana boat, berjogging dan mandi manda. kalo just nak lepak sambil layan perasaan pon boleh. sekali sekala tengok gelagat orang seronok derr.
pantai chenang yang sentiasa penuh dengan ragam manusia
mandi manda sambil layan perubahan sunset
finally, sunset yang sebenar muncul
sunset di pekan kuah
skyglide
ini adalah tarikan terbaru di langkawi. tak silap aku baru je dibuka awal bulan hari tue.

kalo nak merasa naik skyglide, jatuh hukum wajib korang kena naik cable car sampai second peak. sebabnya skyglide ni adalah penghubung laluan dari second peak station ke skybridge dan hanya mengambil masa dalam dua minit sahaja. 

sebelum ni kalo nak ke skybridge, kita kena turun naik tangga mengikut jungle trail yang disediakan. masa yang diperlukan lebih kurang 10 minit. kesian dekat pakcik makcik dan budak-budak. jangan kata depa, aku pon semput. itulah tujuan skyglide ni dibina.

harga tiket RM10 (dewasa) dan RM7 (kanak-kanak). tiket dijual secara berasingan dengan tiket skycab. 
skyglide
shopping time!
benda wajib yang perlu dilaksanakan dengan jaya kalo mai langkawi. kalo tak buat, automatik kita jadi parkinson, hehe. part ni aku tak payah ceghita lebih. semua orang expert!
perbelanjaan
seperti biasa, aku pesen bajet ciput bila travel. kali nie, aku bajet RM500 all in kecuali flight ticket. moh tengok over budget atau tidak. 
  
1. flight ticket dari KLIA2 ke langkawi (return) : RM80 seorang
2. accomodation di amzar motel : RM37.50 seorang
3. accomodation di island time motel : RM35 seorang
4. kereta sewa : RM50 seorang
5. minyak kereta sewa : RM10 seorang
6. aktiviti island hoping : RM30 seorang
7. pakej skycab (cable car) - dome - 3D art museum : RM47 seorang
8. lain-lain perbelanjaan : RM131.80

so, jumlah perbelanjaan keseluruhan termasuk flight ticket : RM421.30. 

erm, kira hokey la ni aku spent, kurang dari bajet. syabbas beteh!!

*matik la perasan sendiri

part lain-lain perbelanjaan tue aku guna untuk beli coklat, hadiah untuk diri sendiri dan juga untuk makan minum. nasib masa tu aku tak tergoda nak beli pemanggang ajaib. insyaallah coming soon kalo ke sana aku rase macam nak beli nanti. eh, nak pegi lagi ke????

hehe, biarlah rahsia dulu. konon!

pada pendapat aku, tak perlu pakai pakej kalo first time nak pergi even datang in grouping. the most important things korang tahu macam mana nak urus apa yang patut. perbanyakkan cari info, boleh rujuk dengan pakcik google dan mana-mana blog, insyaallah semuanya akan berjalan lancar.

hokey la, sekian saje kisah travel versi aku selama tiga hari dua malam di langkawi. selamat bercuti kepada yang ade plan nak ke sana.

tq for reading!

No comments:

Post a Comment