virtual friends

Monday 14 September 2015

day trip ke pulau weh : pantai di ibioh & gapang yang memukau

nampaknya rezeki tu ade untuk kami.

walaupon hanya 10 minit menjejakkan kaki & amek gambar lebih kurang, at least sampai jugak di ibioh & gapang.

bersyukur la dari tak datang langsung, boleh merana hati, jiwa dan perasaan.

tak jauh dah dari kilometer 0 nak ke ibioh. 

kiranya akan patah balik jalan tadi. kalo dari luar, kawasan ibioh ni nampak macam takde ape-ape. as usual, sediakan rp5k untuk bayaran parking kenderaan - no entrance fee.
pantai di ibioh
cantik kan pantai dia? cuaca pon cantik hari tu, lagi menambahkan kecantikan air laut.

ibioh adalah salah satu kawasan yang popular untuk aktiviti diving dan snorkeling. aku rase memang para diver fokus area sini je.

berhadapan dengan kawasan persisiran pantai di ibioh, korang boleh nampak pulau rubia. ade aku baca boleh berenang sajorrkkk kalo nak ke sana, menarik. so, kepada sesiapa yang bercita-cita nak torai, simpan je la hasrat murni tu. sebabnya - memang dilarang sama sekali untuk melakukannya. 
sebelum ke sini ade gak aku google chalet dekat ibioh tapi tak banyak sangat info. hanya sebuah je yang tripadvisor recommend iaitu ibioh inn. nak ke sana kena naik bot sebab tempatnya dekat area lain.

pasal hari ni aku disini, ape yang aku dapat rumuskan banyak je chalet bajet betul-betul berhadapan dengan pantai. sorry aku tak sempat survey harga. mari la melayan gambar yang dipinjam dari pakcik google.
pulau rubia berhadapan dengan jeti yang nak ke ibioh inn
budget chalet yang betul-betul depan pantai ibioh
jumpa di fb - fina bungalow
zoom out - salah satu kedai di ibioh
sempat jugak kitaorang survey kedai cenderamata yang ade. itu pon kena mintak izin!

riak muka brader tu macam tak nak bagi, aku cakap 5 minit baru dia angguk. wow, kali ni kitaorang kena ikut arahan supir ye. kalo dia cakap jom gerak tu maknanya memang kena gerak. jangan terhegeh-hegeh.

niat dihati nak cari fridge magnet. kalo di pulau weh, hasil pembacaan katanya kat ibioh ni je yang murah. dapat la seketui rp10k. cepat-cepat buat pilihan, itu pon dah terlebih 5 minit - haha, lantak!

seterusnya, jom ke gapang beach. 

laluan nak masuk ke pantai memang kena ikut gapang resort. seingat aku resort ni kepunyaan orang malaysia (sorry kalo salah info, aku dah lupa). harga untuk one night boleh tahan - backpacker macam aku konpem tak mampu kecuali bakal suami sponsor. poyo sangat kan statement ko?

hebat tak kitaorang datang tempat mahal dengan becak. hiks. kali ni, tiada bayaran untuk parking dan juga entrance fee. environment di gapang resort ni agak sunyi sket, al maklum la private area. orang pon aku nampak dalam berapa kerat je, mostly mat salleh.

sampai-sampai je, walawei cantik dohhh pantai dia! 
air yang jernih
best kat sini sebab takde orang tu satu hal. plus sekali pakej tempat ni memang nyaman & tenang.
 
argghhh memang frust takleh berlama-lama. konpem aku repeat!

now, dah sampai masa untuk balik semula ke pelabuhan balohan. jadi memang pasti & nyata, benteng jepun, pantai sumur tiga & anoi itam kitaorang tak akan pergi.

F R U S T ! ! !

suka atau tak, itulah hakikat yang kena terima. sejujurnya memang kecewa, tapi sebagai muslim, kena redha dengan rezekiNya untuk hari ini.
part 1 - tiga motor sedang merempit
part 2 - motor yang bawak kakak baju hijau dah hilang entah ke mana
part 3 - motor kakak si baju pink tu pulak makin jauh ke depan. keputusannnya kami kalah. punca kekalahan sebab kami sangat sado & becak tetibe berat nanang!
sampai je di pelabuhan, brader tu terus ke kaunter ekspress bahari untuk collect tiket yang telah ditempah pagi tadi.

semasa tunggu ji hyo buat payment......

nah amek no handphone saya. lepas ni kalo ke mari atau kawan-kawan ade yang nak datang boleh cari saya lagi dan bla bla bla......

aku pon keluarkanlah handphone & amek no dia. lepas tu aku tak save pon. ha, aku boleh dapat award pelakon handalan kan? hiks.

ade banyak masa lagi, kitaorang pergi cari toilet dulu di luar kawasan pelabuhan. dekat area situ ade deretan kedai & salah satunya ialah motel bajet. makcik yang keje situ pon baik hati, takde kenakan charge masa kami tumpang toilet, terima kasih.

bila masuk dalam kawasan pelabuhan, kitaorang pusing cari benda yang boleh dimakan pulak - last-last aku order kopi. baru perasan rupenya kat sini ade free wifi. sempat lagi la berWhatsApp dengan syah.
seram aku tengok susu dia banyak tu. tak sedap kopi kat sini
suasana sekitar
feri yang kami naik - ekspress bahari
kali ni perjalanan balik ke tanah besar, feri tak jalan on time. sepatutnya 2.30 tapi jam 3petang baru gerak. orang pon tak ramai mana. sepanjang perjalanan, aku & ji hyo tidur. sedar-sedar dah sampai. capek bangat!

perancangannya, kami nak naik becak ke kota. ramai je yang datang serbu bila kami keluar. tanya harga tinggi pulak diorang letak dari harga asal. masa tu juga la kami nampak angkutan. driver cakap memang lalu pasar atjeh. okeh cantek.
dalam angkutan
rupa angkutan di aceh - cari van warna hitam
pintu angkutan memang always open
disebabkan kitaorang sampai awal daripada jangkaan, so, memang plan nak jalan-jalan kat pasar atjeh lagi sekali. semalam nak kejar masa punya pasal - hari ni balas dendam balik. barulah nampak suasana sebenar pasar sebab banyak kedai buka.

ada satu cerita, masa kitaorang tengah jale-jale cuci mata, ada sorang abang ni tegur.

kakak-kakak, mari tengok fridge magnet. murah je lima ribu

automatik aku masuk kedai dia. saje nak intai cemana rupa FM lima ribu tue. gaya mak jemah sangat kan?

tengok-tengok sejibik macam dekat ibioh punya. if sesape memang mencari, my opinion lagi berbaloi beli di sini. cumanya, aku dah lupa kat mana kedainya. maafin ya, tips yang ni tak membantu sangat. pepandai la korang carik.

ha, lagi satu, don't imagine FM dekat aceh lebih-lebih ek. kerana - bentuknya tak sama dengan macam yang kita biasa beli. aku layan kan je, janji dapat la grab seketui dua.
ada gerai jual makanan sampingan. stall ni kalo di malaysia lebih kurang macam stall hot & roll
macam pasar baru di bandung
selepas pasar atjeh, kami jalan kaki ke masjid baidurrahman - tak jauh pon, 5 minit jeerrrr. 
seperti yang diketahui, memang kitaorang frust bila tak dapat cover banyak tempat di pulau weh, tapi alhamdulillah kitaorang ade rezeki solat dekat sini padahal semalam frust jugak la seposen tak dapat solat. apa-apa pon, perancangan Allah swt memang terbaik dan setiap yang terjadi tu pasti ada hikmahnya.
nice - ji hyo snap sementara tunggu aku solat
sekarang, masa untuk makan. kedai mie razali jadi pilihan kitaorang sebab ramai cakap sedap. presiden indonesia, bapak jokowi pon pernah singgah makan masa datang aceh bulan lepas. haruslah kena cuba.

kitaorang perasan kedai mie razali ni dekat area sini cuma berlainan kawasan. kalo nak jalan kaki memang jauh. apalagi deal dengan bapak becak, dapatlah harga dalam rp15k. dari masjid nak ke sana lebih kurang 10 - 15 minit.
kebetulan kami sampai tu dah masuk waktu maghrib, pekerja bagitau kedai akan tutup sekejap untuk solat. take note ye - sekalipon mereka tutup sekejap, kita boleh je duduk dalam kedai. tutup maknanya bukan tutup kedai. kedai masih buka - mereka hanya berehat sekejap bagi menghormati waktu & melaksanakan tanggungjawab.
suasana dalam kedai mie razali
mie cumi. indonesian panggil sotong tu cumi. cute je bunyinya
tak dinafikan, makanan dekat sini memang sedap. aku puas hati dapat makan sotong banyak-banyak. feveret tu der. rupa mie razali ni macam mee goreng basah & menunya banyak pilihan.

tapi..........kopi susunya kurang enak. 

apa yang aku perhatikan - depa ni tak pandai sangat buat kopi susu. kebanyakannya semua buat mesti manis-manis. maaf cakap la, tak kena dengan taste aku. sepanjang di sana, dua tempat je yang aku suka minum kopi - first, dekat dhapukupi (syah yang bawak & dia cakap kopi di sini yang terbaik di aceh) dan yang keduanya, dekat hotel siwah.  

burrppp!

perut pon dah kenyang, marilah kita balik ke hotel. tanya pekerja situ, depa kata kalo nak amek becak, kena lintas jalan. bila dah jumpa becak - tanya harga ke hotel siwah - dia plak tanya kita balik berapa nak bagi. eh macam pelik jugak la kenapa dia tanya. bila ji hyo letak rp10k & cakap siap-siap nak singgah indomaret, dia pon setuju.

pukul 10 malam, kitaorang keluar balik dengan syah. plan nak belanja dia makan. takde makan sangat pon, masing-masing dah kenyang. just order yang simple-simple je. sebenarnya kitaorang lebih kepada nak berborak & melepak.

si syah ni dia park kereta kat bahu jalan - macam standard kita buat kalo kat malaysia.

dah setel melepak, masa nak masuk kereta, tiba-tiba ade orang datang mintak bayaran parking. WTH????

bahu jalan je kan? nak tak nak dia bagi saje. kata syah, kalo ikutkan tak kena bayar pon. macam tu la mentaliti diorang. semuanya duit.

sekali lagi kami lalu depan kedai mie razali masa on the way nak ke hotel.

masa tu aku perasan syah bagi signal masuk kiri - pastu lalu dekat rumah kedai belah belakang kedai mie razali. lepas tu eh sampai?????

haha......

rupenya hotel siwah & kedai mie razali dekat sangat-sangat. boleh jalan kaki!

patut la abang becak tu tak tau nak letak harga. kalo betul dia jujur, mesti dia bagitau arah jalan kan? silap kitaorang jugak tak tanya pekerja kedai mie razali, yang kitaorang tanya mana nak dapat becak, haha. kami terkena lagi.

mujur la kitaorang mintak singgah indomaret tadi. so, berbaloi la rp10k yang abang becak tu dapat. rezeki dia :)

esoknya selepas sarapan syah hantar kitaorang ke airport - flite pukul 8.55 pagi. kitaorang sebenarnya nak bagi dia upah tapi dari semalam dia tolak. sudahnya aku paksa jugak dia amek. paling tak boleh blah aku siap ugut kalo tak nak terima, aku tak nak promote dia dalam blog. haha.

terpaksa wei buat camtu, ye la naik segan kitaorang sebab dia banyak tolong sepanjang 2 hari 2 malam nie.
nasi gurih
menu
makanan aku dalam flite. sedap, jangan lupa cari dekat indomaret!
memasuki awan
hujan
alhamdulillah perjalanan balik berjalan lancar. cuma lambat sket landing sebab hujan lebat dekat KLIA2. maka, berlegar-legar la kami di udara.

entry seterusnya, rumusan & perbelanjaan

No comments:

Post a Comment