virtual friends

Monday, 20 April 2015

panggilan pulau perhentian : kisah di kota bharu : day 1 - part 1

finally 11 april hari tu aku sekali lagi menggalas backpack untuk ke destinasi seterusnya. tak jauh mana pon aku pegi. ke kota bharu sajorkkk

kota bharu????? ade ape kat situ??? begitu la mereka bertanya. nak je aku jawab ade orang la, takkan ade alien plak kan? haha, memang tak berani la aku jawab camtu. mau merajuk orang yang bertanya tu nanti.

trip kali ni aku pegi bersama seorang kawan yang suka bercuti style backpack gak. aku kenalkan dia kepada korang dengan nama ji hyo. jadi, sila bayangkan ji hyo pegi bercuti bersama aku ok? mati la perasan dan ini adalah trip aku yang pertama untuk tahun 2015. 

aku ke kota bharu sebagai tempat persinggahan je. sebenar-benarnya aku nak pegi pulau perhentian.
ya, panggilan pulau sudah melambai-lambai.

untuk makluman korang yang baru 1st time nak ke pulau perhentian naik belon, make sure turun di airport kelantan bukan airport terengganu. jarak dari airport kelantan ke jeti kuala besut hanya 1jam. kalo dari airport terengganu 1jam setengah.

tapi kami hari tu dari bandar kota bharu ke jeti makan masa 2jam jugak la. nanti aku bagitau kemudian pasai ape jadi lagu tu.

kalo ikutkan, percutian kitaorang selama 3hari 2malam ni aku nak buat dalam satu entry je. tapi disebabkan ade drama yang terjadi masa hari pertama, so, akan ada la lebih dari satu entry. aku ucapkan selamat membaca & semoga bermanfaat serba sedikit tips yang aku share.
sampai je dekat airport di kelantan, kawan lama aku, suzy dah tunggu. ikut plan aku dengan ji hyo, kami nak ronda kota bharu dulu sebelum memulakan perjalanan ke jeti kuala besut. lagi pon, flite kami ke kelantan awal pagi. masa pon banyak lagi. si ji hyo plak memang nak cari tudung bawal kat pasar siti khadijah. kebetulan nak menyedapkan cerita, suzy pon ade barang nak beli kat pasar. ha sedang elok sangat. sebelum tu, moh la kita sarapan dulu.

sebelum ke kelantan, aku memang dah bagitau suzy nak sarapan dekat kopitiam kita. ala, kedai yang pemes sampai masuk majalah 3 tu. memang hajat aku termakbul. aku pon sebenarnya takde la review bagai pasal harga makanan kat kedai ni. jadi, dengan penuh konpiden aku siap war-warkan kat diorang, korang nak makan ape makan la. aku belanja. aku bajet paling cikai kami makan harga mesti tak lebih dari RM20. kelantan kan, makanan murah-murah wooooo
disebabkan roti titab ni sedap, aku siap pesan lagi satu. pas ni sape yang datang makan sini, jangan buat perangai macam aku eh. nanti orang kata ko kuat makan. aku takpe, hiks.
roti titab tu makanan sampingan je ye. main course kitaorang mestilah nasi. pada korang yang tak tau, konsep kopitiam ni diorang jual macam-macam jenis nasi dari beberapa tempat di kelantan. yang paling pemes nasi berlauk atau nasi dagang air dingin. itulah kelainannya. memang banyak pilihan. aku nak amek gambo pon malu sebab orang ramai sangat pagi tu. hari sabtu, biasa la. dah makan takkan tak order air plak kan? aku dengan suzy order nescafe tarik, ji hyo plak order kopi susu.

seperti yang dijanjikan, aku pon pegi la bayar. amoi kedai bagitau suma sekali RM44.20 termasuk GST. aku terkejut. macam nak tak nak je aku keluarkan duit RM50. apa tak nya, aku bawak duit tak banyak pon. bila dah over bajet ni, memang terpaksa cari ATM la jawabnya. 

kuar je dari kopitiam tu, terus suzy cakap, mahainya. memang pon. roti titab satu RM5. kami mati-mati ingat paling koman pon RM3. dah la order sampai 4, ha sila kira sendiri. minuman saje untuk 3 orang dah RM8.50. nasi-nasi tu suma RM11.50. fuh memang mahai. aku tak salahkan sesape pon dalam hal ni. dah memang teringin sangat nak makan kat sini. inilah rezeki yang aku dapat. 

dah kenyang, suzy pon bawak kitaorang ke pasar siti khadijah. dalam 1 jam jugak kat sini. si ji hyo banyak nau memborong tudung. tu belum lagi masuk part kawan kirim. aku sambar sehelai je tudung bawal. tu pon sebab aku tak penah ade tudung bawal dua tone. harga makcik tu letak RM35, lepas kurang dapat la RM22.
true colors of pasar siti khadijah
selesai urusan shopping menyopping di pasar, suzy bawak kitaorang ke pasaraya pantai timur. tak jauh pon, jalan kaki dalam 5 minit sampai la. tapi sekarang kelantan tengah panas ye. lagi panas dari KL. berpeluh-peluh aku. tujuan utama kitaorang ke situ sebab aku yang request nak beli makanan & minuman sebagai bekalan tambahan. sedikit info untuk korang, makanan, minuman & lain-lain barang di pulau perhentian mahai ok. sila lah standby ape yang patut sebelum ke sana. ATM machine pon nan hado!   

destinasi seterusnya ke stesen bas kota bharu. masa tu baru pukul 12++ tengahari. pakcik kat kaunter tu bagitau bas baru je bertolak, pukul 2ptg plak baru ade. ikut plan, aku dengan ji hyo memang nak amek bas pukul 2 pon sebab aku memang dah print out siap-siap jadual bas dari group BBM di FB. cuma nak double confirm samada kena beli tiket dulu ke atau camna. pakcik tu cakap naik bas baru beli. ok setel. 

sementara banyak masa lagi sebelum naik bas, aku mintak suzy carikan mana-mana kedai sebab nak top up. hai, dan-dan la nak pegi travel ni data internet aku abih limit. lari lagi bajet. inilah padahnya kalo tak berapa prepare. suzy cakap top up dekat 7E je sebab kat situ tak kena GST. sekali masa nak bayar kena jugak. bertabah je la. 

lepas tu, kitaorang dah tak tau nak g mana. last-last ji hyo bagi cadangan g makan. walaupon masing-masing kenyang lagi, tu je pilihan yang ade. jom!

jam 1.30 ptg, suzy hantar balik kitaorang ke stesen bas. kebetulan masa tu aku nampak pintu bas no. 639 baru je buka. orang pon dah sibuk beratur. dah say hai-hai bye-bye kat suzy, kitaorang pon terus naik bas dan amek seat belah belakang. dalam bas tu, terjumpa dengan couple mat salleh bawak dua beg tarik yang besar gedabak. diorang sibuk tanya kat sorang adik ni samada betul ke tak bas ni ke jeti kuala besut. adik tu nampak nak tolong tapi tak terjawab. bese la, masalah komunikasi. last-last aku menyampuk je cakap diorang bagitau bas ni ke sana. aku ni takde la fluent mana pon, janji maksud tu sampai. hentam saje la labu.

take note ye, bas ke jeti kuala besut adalah bas benti-benti bernombor 639. harga tiket RM6. jenis bas cityliner.
jadual bas
bas start bergerak 1.50 petang walaupon dalam jadual tulis pukul 2. nasib baik, kalo tak kami terlepas. dah nama pon bas benti-benti kan, ramai la penumpang turun naik bas. dari kota bharu bas lalu kawasan kubang kerian, pastu depan KB mall, tiba-tiba bas benti balik kat stesen bas kota bharu. la, pulak!

ji hyo yang baru terjaga dari tido pon terkejut. wei, ni bukan tempat tadi ke? 
aku : tu la pasal, dia round 1 kb dulu ke

couple mat salleh tu rase macam tertipu, then diaorang pon nak turun la. 
driver bas siap panggil : hello, hello! where are u going? 
bila mat salleh bagitau nak naik taxi, driver bas pon malas nak cakap banyak, terus dia mintak balik tiket & duit pon diorang dapat balik. sabo je la. first time sepanjang aku naik bas inter-city kat mana-mana sekalipon, takde lagi yang buat sesi tawaf macam ni. memang rare la!

pukul 2.25 petang (memang aku ingat sampai bila-bila time ni), baru lah bas bergerak. aku siap berdoa jangan la dia tawaf lagi satu pusingan plak. alhamdulillah, kali ni bas betul-betul ke destinasi yang betul. sepanjang perjalanan, nak tido pon susah sebab bila duduk dekat belah belakang ni, kondisi bas tak berapa ok. bergegar memanjang. ji hyo plak senang sungguh terlelap, bila bas bergegar, dia terjaga pastu tido balik. jeles aku tengok. dah takde ape nak buat, aku dengar mp3, layan perasaan sambil tengok pemandangan.

take note lagi sekali ye, kalo bas ni terlepas, korang pegi check kat kaunter. mana tau, bas tengah buat sesi tawaf. so, ade harapan korang naik kan? pastu, elakkan duduk belah belakang. sakit bontot wei bila bas bergegar.

sepanjang perjalanan, ade dua tempat yang aku noticed. first aku nampak signboard pantai bisikan bayu, tak tau la pantainya cantik ke tak. pada aku, nama pantai tu indah dan sedap didengar. keduanya, tok aman bali beach resort. wah cantik tempat ni. tu aku baru tengok view dari belakang. nah, aku belanja sekeping gambar dari pakcik google.
tok aman bali beach resort - view from main road
tengah cari gambar tok aman bali beach resort, aku terjumpa satu lagi resort yang tak kurang cantiknya iaitu villa danialla beach resort. untuk maklumat lanjut, klik website ni. harga biliknya terang-terang aku bagitau memang bukan mampu milik la. baru je tadi kawan opis aku berasal dari kelantan bagitau yang pantai bisikan bayu ni memang cantik. jangan risau, ade je chalet murah di sekitar tu. so, ade harapan backpacker macam kita nak datang sini kan. sila masukkan dalam wish list anda ok?  nah, lagi sekeping gambar aku belanja.
pool at villa danialla beach resort
bila aku nampak je view kat atas tu, aku dapat rasakan yang dalam beberapa minit lagi kami akan sampai di jeti kuala besut. tak sabar wei sebab tak larat dok dalam bas lama-lama. dah la tinggal kami berdua je. nampak sangat kami yang eksaited nak ke pulau, hiks. 

dalam masa yang sama, aku terus aku call abe ha, someone yang uruskan boat kami untuk ke pulau perhentian. ha salin cepat-cepat no ni : 012 9999321. sila call sehari sebelum nak datang untuk booking. aku dapat harga RM50 per person return. tapi jangan terkejut la kalo tengok dekat tiket harganya RM70. kata abe ha, beza RM20 tu sebagai extra charge untuk travel agent. standard lettew.

tiba-tiba..............??????

bersambung.......

26 comments:

  1. Sambung laa lagi entry kedua. Nak pegi cuti wesak ni tapi tak tau mcm mane nak g dari kota bharu ke jeti tu. tgok akak cite mcm susah je 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru je post tadi :) naik la bas, ok je. cuma makan masa sket la

      Delete
  2. Assalamualaikum,

    Dari airport, ada ke bas awam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam,

      ade, tapi tunggu dekat luar airport. depan deretan kedai kalo tak silap

      Delete
    2. So dari airport boleh terus ke jeti kuala besut ke?

      Delete
    3. boleh bc dekat sini. tq

      http://cakapsempoi.blogspot.my/2015/05/panggilan-pulau-perhentian-last-day.html

      Delete
  3. Bas city liner tu amik dari bus stop kb eh?

    ReplyDelete
  4. dari airport nak ke stesen bas kb naik ape eh?

    ReplyDelete
  5. amik msa brapa lama kalau naik bas nk ke kuala besut dr kb ? stesen bas kb dgn airport dkt tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang 2 jam kot sebab bas buat sesi tawaf dan tunggu penumpang lagi. dari airport ke bandar kb dalam 20 minit

      Delete
  6. Dari airport ke kuala besut ade bus or teksi tak..harga?

    ReplyDelete
  7. saya dah naik bas 639 tu . bas pertama jam 6.15 am . brader drebar tu ok je , suaranya agak kuat skit sebab hari - hari kene bercakap dalam bunyi bising bas . akak bawak anak tu kawan dia , dia hantar ke rumah maknya di kawasan jeti kuala besut utk dijaga semasa dia bekerja .

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa naik ari tu drebar buat sessi tawaf tak?

      Delete
    2. tak . terus ke jeti kuala besut .pagi jadual ok tapi petang problem skit jam 6.30 baru ada dan kadangkala tak masuk ke dalam tapi di stesen bas baru 2km di jalan besar luar.

      Delete
    3. tu la, ikut nasib jugak kan.

      ohhh tetibe rindu perhentian :)

      Delete
    4. nak tanye, bas dr kota bharu ke kuala besut tu memang ada la yer awal pagi 6.15am?

      Delete
  8. saya baru plan nak ke perhentian..tak tahu nak buat ape..baru balik dari tioman. cuti masih banyak lagi.

    ReplyDelete
  9. Salam. Hi! Tumpang tanya stesen bas kb ni yang mana satu? Dekat dengan kb mall or tesco?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, hari tu sy naik kat stesen bas yg dekat dgn shopping complex yg ade parkson

      KB mall tu dah tempat lain. dekat tesco kalo tak silap stesen bas antara negeri

      Delete
  10. bas mmg berhenti tepat tepat kat jeti kualabesut ker ?

    ReplyDelete
  11. nak tanya sikit ni sbb kalau jd saya nak ke tok aman bali resort 22-23/10 ni.naik flight dari kl.ade ke bas nak ke resort ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik je bas ke jeti kuala besut ni.

      bas ni memang jenis berhenti-henti dan memang akan berhenti kat tok aman bali resort gak

      Delete
  12. Salam kalau naik bas dari jetty Kuala Besut tu nak tunggu kat mana?? tq.

    ReplyDelete