virtual friends

Friday 24 April 2015

panggilan pulau perhentian : roller coaster di tengah lautan : day 1 - part 2

tiba-tiba........????
bunyi macam saspen je, padahal takde ape pon. gimik yang lebih.

tiba-tiba, drebar bas bersuara dengan slangnya tanya kitaorang nak turun mana. aku la tukang bagi jawapan.
aku : turun kat kuala besut la bang
drebar : tahu doh situ, tapi awak nak turung kat jeti ke atau kat tempat laeng?
aku : errrr jeti jeti. garang aihhh pakcik ni. 

pada masa yang sama, aku pon terus la bangun bawak sekali backpack. ajak ji hyo g depan sebab dapat rase memang dah nak sampai ni. baru la perasan belakang drebar tu ade sorang kakak tengah pangku anaknya tido.  

maybe wife dia kot. aku senyum je la bila kakak tu pandang. sempat la aku borak dengan drebar.

aku : lama lagi ke nak sampai bang?
drebar : ni sampe dah le. cis terkena lagi!
aku : bang, petang-petang camni, bese bas ke kb pukul berapa?
drebar : kol 4 ade, kol 5 pon ade. bila nak balik?
aku : errr isnin ni.  

fine. personally drebar bas ni ok je orangnya. tapi cara dia jawab memang tegas + garang + suara dia memang kuat nak #$%^&*. dah pas tu aku taknak tanya ape-ape. diam sudah.

drebar : ok, sampe doh
aku : mana jeti nya bang? lagi sekali aku tanya, haha. ye la, melilau aku cari jeti sebab aku bayangkan jeti tu boleh nampak dari luar terus.

drebar : tu ha, jale kaki dale sket
oooohhh patut la tak nampak. then, kami pon get ready nak turun.
aku : errr bang, nanti kalo balik kitaorang kena amek bas kat mana? lorrr, ade soalan lagi ke aku ni?
drebar : nampok dok pokok tu, tunggu situ deh. nasib baik masa dia jawab tu, intonasi bese je.
aku & ji hyo : ok, mekasih bang.

sambil jalan kaki nak ke jeti, sempat la kami ngumpat pasal drebar bas tu. baik aku atau ji hyo, kami memang mengaku yang dia tu garang. ji hyo terkena masa nak bayar tiket bas. dia ade tanya something, drebar bas jawab abih suma yang dalam bas dengar. pendek kata, dia tak kena dengan jiwa kami yang halus mulus ni, hiks

sampai jeti, aku call abe ha lagi sekali. dia suruh cari brader nama zahar. sebelum nak masuk jumpa zahar, ade brader suruh kami beli tiket caj pemuliharaan taman laut, RM5. ni jatuh hukum wajib beli. lepas dah jumpa zahar dan confirm ape suma, kami kena tunggu sekejap pastu ade budak lain plak datang mintak bayaran dan dia pon bagi tiket. hebat nau, aku rase ari ni dekat jeti kuala besut tu je aku dah jumpa ramai orang dalam satu masa.

selesai je budak yang bagi tiket tu briefing pasal boat, aku terus tanya dia pasal bas ke kota bharu. sebenarnya aku just nak reconfirm betui ke tak timing yang driver bas tu bagitau sebab dekat jadual yang aku print tu tak sama. budak tu kata memang ade bas ke kota bharu tapi dia sendiri pon tak berapa pasti pukul berapa yang sebetul-betulnya akan jalan. dia pon terus tanya kitaorang bila nak balik & flite pukul berapa. sekali tu dia bagi cadangan suruh naik mini van terus sampai ke airport. harga dalam RM25 seorang. dia kata kalo ramai naik dapat la RM20. aku dan ji hyo macam ok je dengar suggestion dia. pastu aku pujuk, kami dapat la RM20. yes, berjaya!

macam biasa, sebelum nak naik boat, kena tunggu cukup orang baru boleh jalan. jadi, bila ade masa ni, aku suruh ji hyo amek gambar guna phone dia. handphone aku dan-dan tu la nak abih bateri. nak amek powerbank dalam beg malas plak. ni je la yang mampu ji hyo snap.
dalam 15 minit pas tu, diorang pon panggil. aku bayangkan even kitaorang naik speed boat, rasenya perjalanan nak ke pulau tu mesti smooth je. sekali tu, amek ko. perjalanan jadi tak berapa smooth sebab boat melambung-lambung. dengan kitaorang sekali terlambung. minah salleh yang duduk sebelah aku tu jerit memanjang bila kami melambung. kadang-kadang, dia pon tak sengaja terpegang tangan aku. aku nak cover gelak tengok dia pon tak boleh. last-last aku selamba je gelak depan dia.

overall, perjalanan kami selama setengah jam tu macam naik roller coaster. bukan setakat sekali dua je kena lambung, berkali-kali. aku seronok je sebab aku suka. tapi sila berhati-hati especially yang bawak budak kecik.

dari jauh, dah nampak macam satu kawasan di sebuah pulau. aku assume itulah long beach.
dari ape yang aku baca, speed boat akan benti di long beach pastu kena tukar naik taxi boat plak untuk ke pesisiran pantai. harga taxi boat RM2. salah satu sebab speed boat takleh sampai ke sana pasai ombak kuat.

sampai je dekat jeti yang aku assume sebagai 'long beach', drebar boat pon buat enosmen.
aur bay! aur bay!
dalam hati, eh? ni bukan long beach ke?
aku : bang, ni coral bay ke?
drebar boat angguk je. ok pasti, moh la angkat backpack. mekasih la bang coz we got new experience naik roller coaster di tengah lautan. daebak!

FYI, pulau perhentian ade perhentian besar & perhentian kecil. di perhentian kecil, ade tiga hotspot iaitu kawasan kampung, long beach dan coral bay. macam aur bay chalet, lokasinya dekat coral bay. jangan fenin ye. nanti dekat summary aku share info ni lagi sekali dengan terperinci.
area coral bay dari jeti
air yang tenang. senja bay resort dari jauh
suasana petang di coral bay tenang je. ramai gak yang tengah melepak dekat jeti. seolah-olah menyambut kedatangan kami, welcome drink gitew. tak susah mana pon nak cari aur bay chalet ni. ade signboard. ownernya memang tengah melepak kat luar opis, bila kitaorang lalu terus dia panggil nama ji hyo. nampak sangat tengah tunggu kami datang. alhamdulillah dapat bilik depan pantai. RM90 per nite fan room with bathroom.
bilik kami yang belah kiri tu
buka je pintu bilik, keadaannya tak sama macam dalam WhatsApp yang aku dapat. standard la sent gambar bukan main cantik tapi bila tengok live kodi giler. aku macam bese layan je la. dari 10 bintang, aku bagi 4. yang paling aku suke buka je pintu nampak laut. tang tu lulus. aku tak rekemen la korang amek bilik jenis camni. jiran sebelah buang hingus dalam bilik air pon boleh dengar. privacy takde. maybe boleh amek bilik yang belah belakang sana tapi tak mengadap laut la.
room @ aur bay chalet. bilik yang camni dekat belah belakang.
lepas dah solat, kitaorang terus keluar. kononnya nak memburu sunset tapi sayangnya, petang tu mendung.
untuk aktiviti malam, kitaorang juz santai dan rileks di kedai makan. kalo ikut review yang aku baca, antara kedai paling murah di coral bay ialah mama's kitchen. katanya kalo local, dia akan bagi harga murah sket. kitaorang pon decide nak makan situ. lagipon lokasi mama's kitchen dengan aur bay chalet ni sebelah menyebelah. memang strategik & haruslah ade wifi.

lama jugak lepak kat mama's kitchen ni. oh kami dapat berita kureng baik sket la. rupanya petang semalam (jumaat-10 april 2015), ade budak laki dari gombak mati lemas dekat long beach. katenya nak menyelamatkan kawan perempuan dia, tapi lain plak jadinya. al fatihah ~

aku dengan ji hyo ni jarang jumpa. sorang keje kat utara, aku plak keje kat bandar metropolitan. amboi tak agak-agak ayat aku ni, haha. so, macam-macam la kitaorang borak sampai lebam. tu belum kira bz bebenor update IG dan FB. macam biasa, asal aku update aku pegi berjalan, kang ade la yang komen banyak duit ko. nape ek diorang selalu pikir camtu? my opinion, boleh je duit ciput g berjalan. ikut la kemampuan sendiri. aku ni lagi la cheapskate. ngeeeee~~ kedekut bertempat ye bukan kedekut taik idung masin!

lepas makan, kitaorang merayau kejap di sepanjang coral bay tu. pantainya tak besar mana, tak sampai 1km pon. dah boring, patah balik ke chalet. jom masuk tidur. esok ade banyak aktiviti laut nak buat ni. selamat malam.

10 comments:

  1. Assalam, camne nak contact aur bay chalet tu? or nak book?
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, ni no dia : 014-5378059 @ 013-9950817. kami booking bayar dep RM20

      Delete
  2. Assalam. Ok x Aur Bay tu? Lagi 2 minggu kitaorg satu famili besar akan stay chalet tu. dgn kanak2 skali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, aur bay tu ok utk backpacker mcm kami. layan je bilik dia tu

      kalo bwk family, saya suggestkan better duduk dekat perhentian besar. situ mmg sesuai utk family. antara chalet yg murah kat sana sy perasan abdul chalet :)

      Delete
  3. Bos bilik air and kipas dia okay tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay je untuk jenis yang tak kisah tapi jangan expect lelebih, hehe

      Delete
  4. Hi boleh tak saya nk dptkan nombor telefon org yg in charge van mini tu?

    ReplyDelete
  5. Salam sejahtera..
    Saya ada menyediakan khidmat nasihat/jururunding untuk...
    1. Bercuti ke pulau redang/ kapas/perhentian (3hari 2malam/2hari 1malam/1hari)
    2. Memancing/candat sotong
    3. Memancing/bermalam di tasik kenyir (rumah bot)
    4. Tiket bot laju ke pulau(sehala/2hala)
    5. Melawat tempat2 menarik di terengganu(town/state tour)
    6. Pengangkutan ke seluruh malaysia (teksi/van/mpv/bas persiaran)
    Untuk pertanyaan/keterangan lanjut sila hubungi/whatsaap saya.0179799773
    Atau lawat blog saya di.. blackyellowservices.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. hye . kat aurbay tu boleh guna seterika or heater tak ??

    ReplyDelete