virtual friends

Tuesday, 1 December 2015

alahai taman lagenda langkawi dan taman CHOGM

hari ketiga di bumi langkawi.

bukan main semangat kitaorang bangun awal pagi ni. ade misi yang perlu diselesaikan iaitu pegi jogging!

eh, korang ingat masa travel tak yah jogging ke?

kenaaaaaa. 

demi kelangsingan tubuh badan walaupon tak berapa nak langsing sangat, haha.

sebenarnya kitaorang memang suka pergi jogging. cuma biasa la, on off. jadi bila dapat tau ade taman cantik kat langkawi, itu yang nak buat aktiviti lain dari lain. semangat nau-nau kitaorang bawa kasut sukan sampai langkawi ni hokey. let's go!

sampai jer dekat lobi motel, tengok-tengok main door kena rantai dan dimangga dari dalam. kitaorang perasan ade orang tengah tido dekat sofa lobby, tapi malas nak kejutkan. so, kitaorang try cari kunci kat atas meja dan jumpa. dah moh gerak. 

taman yang kitaorang nak pegi jogging ni namanya taman lagenda langkawi. of cos aku teruja, maklum la baru first time nak jejak kaki ke sana. taman ni terletak di antara dataran lang dan taman CHOGM. perjalanan dari motel pon tak jauh mana, dalam lima minit sajorrkk.

sebelum tu, kitaorang ke dataran lang dulu. tempat ni jatuh hukum wajib diterjah kalo datang ke langkawi.
pandangan tepi
pandangan belakang
ala-ala kapal pedagang china zaman dulu
dataran lang
dekat dataran lang ni la letaknya patung helang gergasi yang menjadi mercu tanda pulau langkawi dan tumpuan pelancong. rupa bentuk seperti sayap sedang mengepak dan bersedia untuk terbang ke udara menjadikan pemandangan kat situ cantik menarik tertarik ko memang deboom!

amek, macam tu sekali perumpamaannya :p

lebih kurang 15 minit lepak-lepak dan bergambar sakan, kitaorang terus gerak ke taman lagenda langkawi. 

lupa nak bagitau, kalo ke sini, korang boleh parking kereta dalam kawasan dataran lang. dari situ nak ke taman lagenda langkawi dan taman CHOGM just walking distance. 

parking kereta percuma, masuk ke taman-taman yang aku bagitau tadi pon percuma.   

taman lagenda langkawi
kewujudan taman lagenda langkawi adalah idea dari tun mahathir dan mula dibuka secara rasmi pada tahun 1996. dulu taman ni adalah pantai dan lautan lepas tue ditambak seluas 50 ekar. 

tujuan taman lagenda langkawi dibina adalah untuk 'menghidupkan semula' cerita-cerita lagenda dan mitos pulau langkawi. sesuai bebenor dengan gelarannya sebagai pulau lagenda.

taman ni mempunyai empat buah tasik buatan, sebuah lagun dan pantai. selain tue, taman ni memang popular di kalangan mereka yang suka beriadah. ade pathway untuk korang berbasikal atau berjogging. kalo terasa nak bersantai-santai sambil makan coklat pon boleh, sebab ade disediakan tempat rehat.

di sini juga ade bukit tinjau setinggi 20 kaki. menariknya, korang boleh nampak keindahan selat kuah dan seluruh lagenda langkawi. tak silap aku taman ni buka dari 7 pagi sampai 7 petang. jom layan gambar-gambar yang sempat aku snap. 
kawasan persekitaran sebelum masuk ke taman lagenda langkawi. malam mesti cantik, ade lampu warna warni
pintu masuk
sambut mesra ke lagenda langkawi
pathway untuk berbasikal, berjogging dan berjale-jale
tengah sedap kitaorang berjogging, tiba-tiba nampak biawak ntah dari mana datang. apalagi, terus buka langkah seribu. belum tentu lagi kat depan sana selamat.
tak pasal-pasal mood berjogging teruih merundum.

tengok keadaan taman yang tak terurus dan sunyi, kitaorang takde keberanian nak explore bukit tinjau, lagun dan tasik-tasik lain. ade juga barang-barang lagenda dan mitos pulau langkawi yang dah pecah. 

cakap pasal cerita lagenda dan mitos, taman ni ade 17 monumen. wah, banyak tu. dalam banyak-banyak cerita, aku tertarik dengan kisah buaya putih. 

telani dan telanai mengisahkan mengenai percintaan di antara seorang dayang istana bernama telani dengan kekasihnya, telanai - seorang pahlawan. selepas mengalami malapetaka berturut-turut, sultan yang mendapat tahu mengenai hubungan tersebut telah menyalahkan telani sebagai punca. sultan kemudian telah memerintahkan telani dibuang daerah ke sebuah pulau yang sunyi iaitu pulau dayang bunting. di situ telani telah melahirkan seorang anak lelaki. tidak lama kemudian, telanai pon belayar ke pulau tersebut bagi mengubati rindunya

semasa belayar, tiba-tiba kilat sambar menyambar berserta guruh gemuruh. anak telani yang tengah nyenyak tidur di pinggir tasik terjaga ketakutan lalu terjatuh ke dalam tasik. setelah kabus hilang, telanai telah bertukar rupa menjadi sebuah pulau yang kini dikenali sebagai pulau tajai, sementara telani pula menjelma sebagai batu besar di tempat dia menangis. menurut cerita, seekor buaya putih kerap cerita muncul berenang di antara pulau tajai dan batu besar itu dan dikatakan buaya itu adalah jelmaan anak pasangan kekasih tersebut.

sedih betol ending kisah hidup depa. sorang jadi pulau, sorang jadi batu dan sorang lagi jadi buaya. nasib tak jadi hantu.
tasik yang tidak terjaga
buaya putih. kalo tengok betul-betul macam real crocodile pon ye jugak
dek kerana dah takde hala tuju, kitaorang teruskan berjalan ikut pathway. instinct aku kuat bagitau dari sini macam boleh tembus ke taman CHOGM.

yes, tepat seperti yang dijangkakan. memang betol boleh tembus, jom teruskan ekspedisi.

taman CHOGM
CHOGM ni stand for Commonwealth Heads Of Government Meeting. dalam BM plak maksudnya Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel.

CHOGM adalah sidang kemuncak dwi tahunan yang diadakan dua tahun sekali dan akan disertai oleh ketua kerajaan samada PM atau presiden dari negara-negara komanwel. kebiasaannya, mesyuarat ini dikendalikan dari negara yang berbeza based on giliran.

pada Oktober 1989, malaysia telah menjadi tuan rumah dan mesyuarat ni telah diadakan di langkawi. sebagai kenangan, delegasi dari negara yang terlibat telah menanam pelbagai jenis pokok kat taman ni. mostly pokok tanjung yang depa tanam masa tue dan setiap pokok ditandakan nama dan negara asal penanamnya. itulah tujuan utama taman ni dibina.

sekarang, dah lebih dua dekad berlalu, pokok-pokok yang ditanam ada yang membesar dengan sihat dan ada juga yang dah mati.

bila tengok area sini macam haru biru, kitaorang tak berani jugak nak explore lebih-lebih. takut jumpa lagi makhluk yang tak sepatutnya. maka dengan itu, musnah harapanku nak tengok pokok-pokok yang ditanam oleh ketua-ketua kerajaan negara komanwel.

seterusnya, kitaorang meneruskan perjalanan ke kawasan pantai dalam taman lagenda langkawi.
view taman CHOGM dari kejauhan
laluan pejalan kaki dari taman lagenda langkawi ke taman CHOGM
sekali pandang macam kawasan kubur
bunga-bungaan yang layu di hujung mekar
pintu gerbang ke kawasan pantai dalam taman lagenda langkawi
bersih dan terjaga
view dari belah kiri - pulau dayang bunting. bentuk pulau macam wanita mengandung yang tengah baring sambil merehatkan diri
view dari belah kanan
tabik spring aku dengan brader yang tengah menyapu tu. memang bersih kawasan sekitar pantai ni. dia sorang je pekerja yang aku jumpa sepanjang kitaorang berjogging hari nie.

pastu kitaorang jalan lagi kat belah lain tapi takde ape yang menarik. aku tak nafikan bila datang tempat macam hidup segan mati tak mau ni indirectly akan bagi kesan yang tak gempak mana.

dah la banyak nyamuk. heiiii mentang-mentang darah aku sedap dimakan begitu saje kannnn.

jalan punya jalan ikut rentak kaki, akhirnya kitaorang sampai balik dekat pintu masuk taman lagenda langkawi. tamat sudah ekpedisi kami menjelajah tiga tempat sekaligus.
jalan punya jalan, nampak view ni - kombinasi patung helang gergasi dan pulau dayang bunting
kembali ke sini semula
sekali lagi snap gambar yang sama
apa yang aku boleh katakan, taman-taman dekat sini dah takde seri dan takde ummmppph. sorry kalo komen aku kasar, tapi inilah hakikat yang perlu diterima. 

kalo tengok dalam peta langkawi, taman-taman yang kami terjah nie disenaraikan sebagai tempat menarik. cuma sayang tak terjaga mana. tak tau ape sebab dan puncanya. maybe pihak pengurusan takde peruntukan untuk buat keje-keje baik pulih kot. 

kalo kena cara, tak mustahil satu hari nanti taman ni boleh glamer balik. then perbanyakkan buat aktiviti sihat seperti berkelah, aerobik, fun run, berbasikal dan treasure hunt. insyaallah, nanti aku cuba usulkan perkara nie kat majlis perbandaran langkawi.

ok la, itu saje nak story pasal taman-taman di langkawi ni. sehingga berjumpa lagi di lain entry, tq for reading :)

notakaki : sumber rujukan info dari blog dedaun alam, terima kasih.





Friday, 30 October 2015

tempat penginapan murah di langkawi : island time motel


suasana di pekan kuah jauh berbeza dengan pantai chenang. seperti yang diketahui, pantai chenang lebih happening pada waktu malam. silap-silap boleh fenin tengok.

kawasan pekan kuah ni nak kata sunyi sangat pon tak even kedai-kedai cokelat dan pinggan mangkuk tutup awal. ye ke tutup awal? 

kalau dulu, 5-10 tahun lepas, ya depa tutup awal. sekarang aku tak sure. kebetulan petang tu kitaorang dah cari makanan kat pasar malam. so, malam malas nak keluar lagi. just lepak dalam bilik.

nama tempat penginapan kitaorang di pekan kuah ialah island time motel. saje je aku book thru agoda atas keinginan nak try guna website ni. sebelum ni kalo travel aku tak pernah amek port pasal tempahan accomodation. biasanya ji hyo punya keje. macam ari tu aku ke medan, aminah yang handle.

island time motel takde la betul-betul terletak di area shop lot pekan kuah tu. motel ni dekat kawasan kompleks pekan rabu langkawi dan berhampiran dengan de baron resort langkawi.

selepas melalui pengalaman stay kat sini, jom baca ulasan versi aku.

#1. merupakan lokasi yang strategik untuk kaki shopping & kaki perabih duit. kedudukannya betul-betul berhadapan dengan rams home decor iaitu salah satu duty free shopping centre di langkawi. kiranya rams (nama glamer) ni sama taraf dengan haji ismail group.

#2. harga bilik yang murah iaitu RM70 per nite include breakfast dan agoda service charge. kalo walk in, mahal plak depa ketuk. harga sebuah bilik boleh mencecah sampai RM120++. terkejut aku dengar. kalo camtu baiklah duduk de baron resort - lagi puas hati. tak silap aku dekat sini ade juga bilik style dormitory.

#3. as usual, breakfast sama macam hostel/guesthouse yang lain dan self service. kitaorang tak makan pon sebab pagi-pagi bute dah keluar jogging. semangat kan? :p

#4. wifi service provided dan paling best, laju giler ko. makin galak aku layan race start running man sampai dua pagi. itu pon akhirnya paksa diri sendiri suruh masuk tido.

#5. now, masuk point yang tak best tentang motel nie. pertama sekali nak bagitau, aircond bilik kitaorang bocor. nak pindah bilik lain malas dah. takpe boleh dimaafkan lagi.

#6. paling aku tak boleh terima, bab keselamatan yang tak berapa selamat. 

begini ceritanya, aku pendekkan. 

masa dapat bilik, baru aku perasan takde sliding lock dari dalam. hanya boleh lock tombol pintu sahaja. sudah, mula la macam-macam perkara negatip kitaorang pikir. kebetulan hari tu guest tak berapa ramai kecuali sorang minah salleh yang kitaorang terserempak masa check in tadi. 

motel ni hak milik orang pakistan. staff ade dua orang sahaja dan kedua-duanya lelaki. sorang tu pioorr orang pakistan dan sorang lagi asal dari terengganu. nak dijadikan cerita, anak sedara owner pon ada sama. dia kata saje datang jalan-jalan ke langkawi. tengah-tengah borak sempat lagi dia kutuk airasia.

I don't want take airasia flight again. very dangerous

what do u mean very dangerous?

very dangerous, very dangerous. landing time

aku buat-buat paham ape yang dia nak sampaikan. mesti masa touch down dia dapat pengalaman yang tak best tu. malas nak panjang cite aku diam sudah. adat la, ade masanya touch down ni smooth, kadang-kadang terhentak. aku marah gak bila dia kutuk kapai terbang kesayangan aku ni. 

marah ni marah!

punca aku jadi sembang dengan dia sebab aku turun awal dekat lobi. masa ni tengah tunggu kawan aku bersiap. tiba-tiba dia hulur handphone kat aku.

give me your number. I'm just want to be friend with you

aku macam terkedu kejap. tengah pikir ape ayat yang sesuai tak nak bagi no. phone dekat dia. masalahnya dia pushy bila aku tak amek handphone tu. 

give me your number. do u have whatsapp right? don't get me wrong, just friends.

hello bro, macam ni ke cara ko mintak no phone orang? 

ni dalam hati jer aku berani. time tu aku try cool. tak nak mewujudkan situasi tak elok sebab personal details kita semua dia ade. last-last aku dapat satu idea, ting!

aku amek handphone tu dan taip nombor celcom. no celcom ni sebenarnya aku just guna untuk call dan main games je. kalo free wifi baru aku buka whatsapp. nasib ko la labu. 

malam tu, dia sibuk kacau aku. tanya dah makan ke belom. bro, ini mengorat cara lama der. memang aku tak layan pon. entah la, dalam keadaan guest tak ramai dan sliding lock takde, tiba-tiba rase tak berapa safe nak stay sini. penyudahnya kitaorang tawakal saje semoga takde benda-benda tak elok terjadi.
receptionist counter
area untuk melepek. staff terengganu tu jadikan sofa hitam tu tempat tido dia
lorong untuk ke bilik
sorry, lagi sekali aku lupa nak snap gambar bilik. bilik okey, standard macam bilik-bilik di motel lain dan tak sempit sangat. ade space untuk solat dan letak barang.

dari segi design dan susun atur di lobi, aku suka. simple dan sedap mata memandang. 

kesimpulannya, apa yang boleh aku katakan, motel ini sesuai untuk solo & male backpacker. selain itu, budak-budak lelaki yang datang bercuti dalam kelompok yang ramai pon sesuai stay sini.

yang tak sesuai adalah golongan kaum hawa samada datang secara solo atau berdua lebih-lebih lagi kalo berada dalam situasi macam kitaorang. bagi family, susah aku nak cakap, terpulang pada komen-komen yang korang boleh baca di agoda.

rata-rata review yang aku baca ramai cakap dari segi location depa menang. komen-komen lain seperti bilik berbau, tuala kotor dan sebagainya itu perkara biasa di mana-mana motel/guesthouse sekalipon. macam aku pernah cakap, kalo bangsa tak kesah just ignore as long as tidak memudaratkan diri sendiri.

ada juga komen yang mengatakan staff depa rude dan tak sesuai tidur dekat sofa lobby. betul, kebajikan staff perlu dijaga. kesian aku tengok budak terengganu tu. manakala staff lagi sorang dan anak sedara owner boleh plak sedap tidur dalam bilik. lagi satu, aku belajar tentang perangai orang pakistan ni, diorang jenis kasar. no wonder depa rude, pushy dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

sekiranya owner atau staff terbaca review aku ni, belajar la cara beradab dengan orang. kalau tak suka dengan malaysia, bak kata pak-pak menteri sila lah keluar dari malaysia, kannnn. 

anyway, island time motel ni memang value for money dan kena dengan bajet aku. rasenya lepas ni kalo ke langkawi, aku takkan stay sini dah. hopefully pihak pengurusan dapat buat perubahan ke arah yang lebih baik pada masa akan datang. 

skema sangat ayat last tu. ape-ape pon, tq for reading!