virtual friends

Wednesday 10 June 2015

backpackers ke aceh : itinenary ringkas & info

hi u olls!
sementara tengah free, sempat la aku draft sikit-sikit entry ni.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
sekali lagi tanggal 8 hingga 10 mei hari tu aku dan ji hyo telah mengorak langkah untuk next trip.

untuk makluman, tahun ni je aku ade 3 trip dengan ji hyo. semuanya sebab penangan tiket murah dari AA la, laju je jejari runcing ni klik masa nak bayar tu.

so, langkah kaki kami kali ni adalah menuju ke aceh!

aceh? ape ade kat sana? ko nak kena tsunami ke pegi situ?

macam tu la kakak opis aku iaitu kak senah membuat provokasi. hari tu sebelum aku pergi kelantan pon dia tanya soalan yang sama. nak je aku tempeleng kepala dia, haha!

tapi sebab dah biasa dengan mulut laser dia, aku laser dia balik.

akak ni kalo bercuti mesti kepala hotak ingat shopping je kan? ni saya baru cakap pegi aceh, kalo saya cakap saya nak pegi pulau komodo mesti akak kata saya giler kan?

amek ko!

dan beberapa hari sebelum pergi, tiba-tiba kak senah suruh tolong belikan blaus mengandung made in aceh.

aku plak yang rase nak pengsan sebab aku tak suka orang kirim benda-benda yang menyesakkan kepala nak fikir ni. pulak tu, taste tak sama. 

akak, punya la banyak baju mengandung kat malaysia ni, yang akak nak beli sampai ke sana kenape?

biar lah, kat sana kan murah.

mudah jawapannya. terkedu, tak tau nak kata ape dah.

sebenarnya, ade dua sebab aku tak sampai hati nak tolak permintaan kak senah ni. 

pertama - sebab dia sangat-sangat bersemangat dah nak transfer duit ke akaun aku. itu pon aku boleh 'goreng' lagi cakap dah tukar duit tapi dia tetap jugak nak mintak tolong belikan. last-last aku terpaksa mintak tolong ji hyo tukarkan duit dia.

sebab yang kedua plak - aku pernah tolak permintaan dia nak kirim kain masa pergi medan hari tu. jadi kali ni, aku tak boleh nak berkeras sangat. berkat kesungguhan dia dah bagi duit dan cakap tak kesah blaus corak ape pon (as long as baju mengandung), finally kak senah berjaya pujuk aku. congrats!
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
sebelum aku cerita persediaan & drama yang berlaku sepanjang di sana, izinkan aku share serba sedikit itinenary ringkas & info yang aku pernah post dalam BBM dua minggu selepas balik.

mana tau berguna untuk sesape yang nak pergi dalam masa terdekat ni. biasanya bulan puasa ni ramai malaysian suka travel untuk merasa nikmat berpuasa di tempat orang. so, aceh juga merupakan salah satu destinasi yang tak terkecuali. sesuai sangat la dengan gelarannya sebagai bumi serambi mekah di indonesia.
screenshot 1
screenshot 2
screenshot 3
screenshot 4
total damage untuk trip ni lebih kurang rp1.2juta kalo tak silap. nanti aku ringkaskan semula.

dari segi shopping, nak kata over membeli pon tak jugak. tapi ade la juga aku memborong di indomaret & merembat 3 blaus dekat pasar atjeh. itu pon jatuh hukum terpaksa beli sebab baju aku banyak yang dah lusuh. nampak tak cara aku berjimat? pakai selagi boleh, haha.

ok la, tu saje untuk itinenary ringkas & info bagi misi jejak kesan tsunami di aceh.

as usual, ni kira sebagai assignment. insyaallah aku akan cuba siapkan cerita ke aceh paling lewat pon hujung bulan ni jugak. malas nak simpan lama-lama. lagi pon aku rase macam ade hutang je tak setel lagi - hutang dekat blog sendiri, hiks.

nantikan sambungannya.....

2 comments:

  1. ada nombor tak untuk Banda Aceh Tour tu? Saya nak pergi bulan depan (July 2016).... Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat entry summary & expenses saya ade share no

      Delete