virtual friends

Wednesday 24 June 2015

backpackers ke aceh : 50minit yang menakutkan di atas awan

day 1 (8 may 2015 - jumaat)

pagi-pagi bute kitaorang dah buat larian pecut 100meter tak berpagar.

bayang kan, ERL di stesen putrajaya datang jam 5.51am. kitaorang plak pukul 5.50am baru sampai kat area parking. nasib baik la aku dah biasa dengan putrajaya sentral dan parking banyak kosong pagi tu. nasib kami baik lagi sekali sebab dah beli tiket sehari sebelum. kalo tak memang terlepas la train sebab ramai tengah beratur pagi tu. turun je tangga nak ke platform, on time train sampai. alhamdulillah ade rezeki dapat catch up. fuh, lega.

tips : tiket ERL boleh beli sehari sebelum. don't worry tiket tu valid untuk for one week. kalo tak caye cakap aku, boleh tanya petugas kaunter. sebabnya kak senah tak percaya bila aku bagitau. korang ingat lagi kan sape kak senah tu?

sampai KLIA2, terus lenggang kangkung jalan masuk ke departure hall. macam biasa, kitaorang takde beli luggage dan dah buat check in web. jauh jugak nak menapak sampai ke P ni. takpe, biar lambat asal selamat. lagipon takde rushing mana, banyak lagi masa.

haaa u olls - meh nak gosip jap. ade cerita masa pemeriksaan imigresen kali kedua pagi tu.

ji hyo kena tahan, puncanya sebab bawak liquid lebih 100ml. tak memasal semua botol yang dalam backpack kena keluar satu persatu. apalagi, bengang la ji hyo masa tu. yang first inspection tak kena tahan plak. mujur takde edisi rampas merampas. tambah bengang bila kakak imigresen mati-mati ingat kami orang indon. aku suspect kakak tu rabun. dah terang-terang kami cakap bahasa melayu kan? stering lock nak tak? *matilah mengamuk kat KLIA2, nanti jadi viral.

seperti biasa, bila flite awal pagi, memang kitaorang solat subuh dekat airport.
kitaorang ni sebenarnya antara yang terawal masuk dalam perut kapal terbang. 

we are ready to fly! 

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, semoga dipermudahkan segalanya.

seperti biasa, lepas take off, pilot terus buat announcement.

tapi kali ni dia bagitau semua tak boleh buka tali pinggang & tak boleh pegi toilet termasuk cabin crew even keadaan dah stabil. katanya cuaca tak berapa elok padahal sebelum take off tu ok je. bila dah naik atas, baru nampak awan gelap. flite ni kadang-kadang rileks je bergerak, kang kejap lagi tibe-tiba bergegar plak.

serius, ni pengalaman pertama aku. cuak wei. pandang luar gelap je. masing-masing senyap macam dalam dewan exam. semenjak dah tahu kewujudan awan komulonimbus ni, aku mula la pikir macam-macam benda tak elok. nak borak dengan ji hyo dia duduk jauh. penyudahnya, aku on mp3 terus dengar zikir munajat & surah lazim. nampak! bila susah terus tak dengar lagu rock kan?

lebih kurang 50 minit kitaorang sopan di tempat duduk, baru lah dengar suara pilot lagi sekali : ok, anda sekarang dah bebas nak bergerak ke mana-mana. jangan buka pintu terjun dah la! haha, ni drama queen aku.

9.05 pagi baru sampai turn aku CC serve makanan. asalnya ingat nak suruh diorang tolong bungkuskan sebab 9.30 dah nak landing. entah kenape tak terkata plak. so, aku makan je sehabis pantas.
gambar atas : cuaca dah okey. gambar bawah : aceh dari kejauhan
syukur kami selamat mendarat di bandara sultan iskandar muda. biasa la touch down tak semua smooth kan? kali ni agak kuat jugak la hentakan tu. siap ade makcik ni menjerit : Ya Allah! - maybe 1st time naik flite.

sementara nak tunggu q masing-masing keluar, sempat la borak dengan jiran sebelah. aku nampak dia pegang fins, aku mula dulu.

aku : nak g diving kat pulau weh ke kak?
a'ah, nak g mana ni?
aku : jalan-jalan je dekat aceh dgn pulau weh. tak jalan kat aceh?
diorang cakap last day baru jalan. ni terus gerak ke pulau.
aku : ohhhh, ni yang sekali ramai-ramai tu ye.
a'ah tapi akak tak kenal pon. kalo ikutkan akak sorang je. kat airport tadi baru berkumpul.
aku : ohhhh, selalu ke datang sini?
takde la, baru 1st time.
aku : tu la, ade baca gak ramai malaysian suka datang pulau weh diving. diorang cakap laut kat sana cantik. bla bla bla bla............

*mesra alam sungguh!

pagi tu flite kami je yang dah sampai, jadi urusan di imigresen memang cepat walaupon q panjang. sebelum keluar, akan ade pemeriksaan beg. aku rase sebelum ni macam takde kan? maybe ni rules baru. alhamdulillah semua berjalan lancar. mamat yang merangkap supir kitaorang pon dah standby tunggu dekat luar. dia WhatsApp - lepas keluar belok kanan, yang aku ni pergi belok kiri. memang tak nampak la dia, behngong betul derr.

nampak je mamat tu, tiba-tiba.....

lee byung hun!
sekali pandang memang mamat tu nampak macam lee byung hun!

sape dia ni? 

ala pelakon korea yang berlakon drama iris tu. aku ni kira membesar dengan drama-drama dia jugak la. bila aku bagitau ji hyo, bukan main dia balas dengan jelingan maut. dia kan tak suka k-pop!

tapi bila dua kali pandang, dah takde iras dah. sudah, tak payah nak berangan jauh sangat.

kami terus gerak ke kereta. masa tu sempat jugak buat sesi suai kenal. mamat tu namanya syah - umur 28 tahun tapi masih belajar lagi. tengah buat master sekarang ni kalo tak silap aku. supir ni as a part time job. dia cakap muka ji hyo macam orang aceh, haha.

bila kita jumpa orang aceh, soalan standard yang akan ditanya, pasal tsunami. syah cakap rumah dan family dia takde yang kena. paling teruk terjejas adalah kawasan di sebelah barat. dalam 2 minggu jugak la syah ni tak mandi selepas kejadian tu. lastly, diorang sekeluarga decided pergi ke medan tumpang rumah saudara mara.

part paling seronok bila dia cerita pasal gangguan selepas tsunami tu. waktu malam dengar suara orang mintak tolong tapi bila tengok takde. sesiapa yang amek barang peribadi mayat mangsa tsunami, siap la. memang sengaja cari pasal tu.

jarak dari airport ke kota tak jauh mana, lebih kurang 20 minit. destinasi pertama yang kitaorang start dulu pagi tu adalah masjid baidurrahman.
dengar ye murid-murid, cikgu nak cerita ni.

kota aceh merupakan antara kawasan yang turut terkena badai tsunami. semasa kejadian, air tak masuk ke masjid ni sebab dihalang oleh sampah sarap disekelilingnya. part yang paling aku suka tentang masjid ni adalah rakyatnya sendiri - diorang betul-betul mengimarahkannya. walaupon hanya lepak di luar masjid, tapi cara diorang tu aku suka. syah cakap, kalo petang lagi ramai orang. sebenarnya, ralat jugak la tak dapat solat kat sini. kitaorang nak kejar masa sebab banyak lagi tempat yang nak cover. syah pon kena rehat untuk solat jumaat. takpe la, asal dapat sampai & jejak kaki dah cukup bermakna. 
dalam masjid
usai bergambar, kitaorang terus gerak ke muzium tsunami. sempat aku request singgah indomaret sekejap nak cari air mineral. cuaca di aceh memang panas sekarang - syah pon dah bagitau sebelum kami datang lagi. sekali ji hyo cakap baik singgah minum kopi dulu, eleh dia pon dahaga jugak, haha.
kedai kopi yang famous - dhapukhupi. sedap gak kopi aceh. nama kuih warna kuning tu kuih serabai tau! rase macam kuih seri muka.
dah kenyang kan? jom, destinasi seterusnya.
muzium tsunami ditubuhkan hasil donation dari beberapa buah negara termasuk malaysia yang telah membantu wilayah aceh selepas kejadian tsunami. dekat sini, syah tak juin kitaorang masuk. orang agak ramai masa tu, yuk kita mulakan sesi meng'explore'!

banyak juga gambar yang aku snap, terpaksa la edit dulu sebelum share. kat muzium ni ade juga tayangan video berdurasi 8-10 minit mengenai kejadian tsunami tahun 2004. in case terlepas tayangan tu, jangan give up. ianya sentiasa bersiaran dari semasa ke semasa. *sigh, ayat skema nau!
ini ruang info tentang tsunami. biasanya bila masuk sini, orang akan cari skrin kat bahagian bawah. tips : sila amek skrin bahagian atas seperti dalam gambar. memang tak ramai orang.
saat-saat tsunami 2004
kesan-kesan tsunami. gambar bawah sekali belah kanan tu al-quran
ilustrasi semasa tsunami
reka bentuk muzium seperti bahtera. air tu bukan warna kuning ye. gambar atas belah kiri : bendera negara-negara yang membantu & memberi sumbangan.
dah setel dua tempat. lepas keluar dari muzium, jangan lupa amek gambar plak dekat signboard depan main road. tak rugi pon sebab korang akan nampak kecik molek plus glamer sekejap. mana tak nya, kereta & motor yang lalu lalang semua pandang macam tak pernah tengok orang!
dan.....jangan lupa bayar parking rp5k jugak!

sekarang ni masa untuk syah solat jumaat plak. langsung dia hantar kami ke hotel siwah. bagus hotel ni, boleh check in awal kalo ade bilik kosong.
bilik kami yang berharga RM70 semalam. sepah itu satu kemestian!

kitaorang pon nak berehat & solat. bersambung............

3 comments:

  1. Boleh email numb sya?? Kami nk pegi bdua tak lama lag..tq
    ummi sohaimi@gmai.. Com

    ReplyDelete
  2. suka baca entri u...kelakar pun ada...
    in Sha Allah pulau weh dalam "senarai baldi' i ni....
    tq for sharing....

    ReplyDelete