virtual friends

Wednesday 20 May 2015

panggilan pulau perhentian : last day - summary

huwa! suka tak suka aku kena siapkan entry ni dalam minggu ni gak.
malas nak simpan lama-lama. nanti dah tak ingat ape yang aku buat masa kat perhentian hari tu.
think positive - ni kira KPI aku. 
aku anggap aku taip suma cerita dalam blog ni sebagai assignment pastu deadline nak kena post minggu ni dan yang tukang bagi markah korang, hiks! 
at least aku ade sifat rajin *silalah tepuk tangan*

untuk hari ketiga, summary & perbelanjaan, aku akan cuba taip dalam entry ni. lagi pon, takde drama hebat macam 1st day sampai hari tu. aku nak bagitau awai-awai berkemungkinan entry ni panjang berjela. bertabah la baca ape yang aku membebel ni. ayuh! kita mulakan sekarang.
*************************************************************************************************************************************
hari ni bangun lambat. bukan setakat subuh gajah, solat subuh memang tak buat terus.
ini kalo papa & mak aku tahu, konpem!
dapat tazkirah percuma. jangan ikut perangai buruk aku ni. mood insaf.

plan hari ni nak ke kincir angin. 

pagi semalam masa aku tengah jalan-jalan kat coral bay, ade terserempak dengan owner amelia cafe. sempat aku tanya pasal taxi boat ke kincir angin. ade dia buat service tu. harga RM20 return untuk seorang.

petang semalam plak ade tanya kat sorang adik dekat long beach, dia kata dalam 45 minit jugak kalo nak hiking. cuma aku agak was-was selamat atau tak kami berdua perempuan nak jalan dalam hutan ni. adik tu cakap better pergi berkumpulan.

kesimpulannya, ade 2 option. tapi nak pilih salah satu tu kena tengok dulu keadaan pagi ni macam mana.
dah dua-dua bangun lambat kan, nampaknya kena guna pilihan yang kedua. naik taxi boat la!

pukul 10.30 pagi, baru kami terkedek-kedek keluar bilik. terus cari owner amelia cafe. malangnya dia hesitate nak bawa kitaorang ke sana. alasannya risau sebab kami berdua je perempuan. aku tak pasti alasan ni logik ke tak. berdasarkan imaginasi aku, kalo naik taxi boat lagi senang & selamat. stop dekat area tangga yang boleh terus naik ke windmill. tapi aku tak boleh cakap lebih-lebih sangat. diorang orang pulau, diorang lagi arif tentang persekitaran di sekeliling mereka. sudahnya, owner tu suruh kami tanya dekat kedai sebelah ombak chalet. mana tau dia boleh tolong.

dekat kedai tu lain plak ceritanya. adik tu bagitau ombak sekarang tengah kuat. memang tak sesuai nak guna taxi boat. adik tu kata lagi kalo nak pergi jugak boleh trekking lebih kurang dalam 2jam. kalo fit dalam 1jam++ boleh sampai. itu pergi sahaja. dia boleh guidekan tapi tak sampai atas. nanti sampai dekat satu kawasan, dia akan tinggalkan. pandai-pandai la nak naik ke atas tu sebab pathway senang je. eh boleh plak camtu ye?

sempat ke nak pegi ni? pegi balik dah 4 jam. nak check out 3.30ptg. boat ke tanah besar pukul 4 ptg.
sempat ke? sempat ke? sempat ke? macam tu sekali aku memberontak

bincang punya bincang, soalannya satu je. sempat ke tak? ji hyo tak kisah kalo nak pegi sebab dia jenis asal boleh. aku kesah sebab risau kami tak sempat nak kejar boat pukul 4 tu. masa tu jugak la perut aku berbunyi kelaparan. then aku cakap dengan ji hyo kalo nak pergi jugak, sebelum tu better kita breakfast + lunch. bahaya tu nak hiking trekking bagai tapi perut kosong. kalo body tahap orang bersukan takpe la. ni memang tak fit langsung. hasil persetujuan bersama, ape-ape hal kitaorang pergi makan dulu. tu wajib!

ewan's cafe masih lagi menjadi pilihan kami untuk menjamu selera. kalo dah duduk makan, mesti berborak kan? ade free wifi lagi. lastly, kitaorang decide tak payah pergi windmill pon ok. baik kita bersantai, wat lek wat peace dan bertenang. esok dah start keje tak berapa nak tenang. lepaklah lama-lama kitaorang dekat ewan's cafe tu sampai aku pon repeat order nescafe susu lagi sekali.
penat melepek, kami pon terus balik chalet. kemas beg & buatlah ape yang patut. nak tunggu 2jam sebelum pukul 4 memang bosan. aku pandang ji hyo, ji hyo pandang aku. dah la panas duduk dalam bilik ni. korang take note ye, mostly chalet dekat perhentian siang hari memang takde elektrik. elektrik hanya akan on pada pukul 6ptg. itu style depa. maknanya diorang tak bagi korang duduk dalam bilik la tu. haaaa ~ pandai-pandai la cari outdoor activity yang kena dengan jiwa.

finally, pukul 4 ptg pon tiba. lupa nak bagitau, kami dapat late check out without charge. tu pon dikira sebagai rezeki jugak kan?

selamat tinggal perhentian, adakah aku akan repeat? last nanti aku bagitau jawapannya.
last pic di coral bay. shari-la dari kejauhan
bagi perjalananan balik ke tanah besar ni, aku memang dah standby mental & fizikal untuk main roller coaster di tengah lautan. at least aku tak terkejut beruk bila boat melambung. tapi alhamdulillah, perjalanan balik sangat-sangat smooth. adalah 2 3 kali je boat melambung. sebab ape jadi lagu tu?

secara logiknya sebab kita lawan arus ombak. masa pergi perhentian hari tu kita ikut arus ombak. tu yang sama naik main lambung-lambung tu. okeh sudah cukup cukup sudah! jangan tanya aku details plak pasal subjek hukum alam ni. ini hanya jawapan aku secara logik sahaja.

setibanya di jeti kuala besut, aku terus call yoe (014 5122254) - budak yang aku dah janji nak amek service shuttle van ke airport. terus dia bawa kami beli tiket kat opis. tunggu punya tunggu lebih kurang dalam 20 minit, barulah van jalan.

selain aku & ji hyo, dalam van ni ade couple chinese ladies, foreigner dari switzerland dan sorang ahkak yang keje di opis tempat kami beli tiket tadi. drebar memang konpem la hado. kalo tak sape nak bawak van kan kan kan?

ahkak tu tanya sorang-sorang flite pukul berapa. chinese ladies tu flite depa pukul 8++ malam. kami plak pukul 9.55 malam. cuma foreigner tu je flite dia esok pagi. kira malam ni dia stay dekat kb dulu. on the way tu, drebar stop dekat area pasir puteh. barulah kami mengerti ahkak just tumpang balik sebab sekali jalan. siap wish have a nice day lagi. bye ahkak.

6 ptg, drebar hantar kitaorang ke airport dulu. masa nak keluar tu, drebar cakap takyah turun lagi.
la, why????? tell me why????? ok yang ni memang gimik eh!

drebar offer bawak kitaorang jalan-jalan dekat kb. lagi pon flite lambat lagi kan. pucuk dicita ulam plak yang datang. kitaorang setuju la sebab nak tunggu 2jam lebih dekat airport ni mesti bosan.

jadi, destinasi yang dituju adalah bandar kb sebab nak hantar foreigner tu ke guesthouse. sempat la ji hyo beramas mesra. she's solo traveller - cover singapore & malaysia kalo tak silap aku. see? aku lupe dah cerita sebulan lepas. dekat sini dia hanya cover hot spot start dari penang - cameron highlands pastu naik shuttle van ke perhentian. tu pon dekat perhentian dia hanya diving je. wow, menarik! aku meme tabik spring la yang berani travel solo ni.

dipendekkan cerita, dah hantar ape suma, drebar bawak kami pegi makan di area UMK (universiti malaysia kelantan). makan & borak lebih kurang, dia hantar kami balik semula ke airport. ada dalam 1 jam setengah sebelum depart, kami duduk diam-diam dekat KFC. seperti biasa, handphone la sebagai peneman, zaman sekarang. mujur la sampai je KLIA2 aku sempat catch up ERL. kalo tak buang masa setengah jam untuk next train. tepat jam 12 tengah malam baru sampai rumah. arghhh penat, esok keje!
*************************************************************************************************************************************
summary & perbelanjaan

serba sedikit perbelanjaan aku untuk trip panggilan pulau ni.
day 1
1. ERL transit = RM6.20
2. bas ke jeti kuala besut = RM6
3. tiket caj pemuliharaan taman laut = RM5
4. speed boat ke perhentian (return) = RM50
5. accomodation for 2 days = RM90 seorang
6. dinner at mama's kitchen = RM23

day 2
1. snorkelling trip = RM30
2. lunch di kampung nelayan = RM12
3. minum petang di ewan's cafe = RM7.50
4. dinner at shari-la = RM25

day 3
1. breakfast + lunch at ewan's cafe = RM19.50
2. shuttle van ke airport = RM20
3. ERL transit = RM6.20
4. parking kereta = RM10

jumlah = RM310.40
tambah dengan lain-lain perbelanjaan = RM102.95
jumlah keseluruhan = RM413.35

sejujurnya trip ni memang over bajet. so, gagal dan kandas dengan jayanya!

pergi aku bawak RM350 tapi terpaksa keluarkan duit kecemasan lebih kurang dalam seratus plak.
puncanya : kisah dekat kopitiam kita, pastu reload top up dan kalo ikutkan aku tak plan pon nak beli tudung bawal tu. nama pon perempuan kan, napsu membeli tetap hado!

dari airport kb, ade banyak cara nak pergi ke jeti kuala besut. antara yang aku tahu naik taxi RM70. boleh share dalam 3 orang kalo muat. shuttle van pon ade dalam RM25 seorang. try tanya dekat kaunter perhentian trans holiday S/B - lokasi sebelum keluar dari balai ketibaan (aku tak ingat). last choice ni orang tegar macam kami je yang mampu buat - dari airport naik bas ke bandar kb (yang ni tak jadi sebab suzy datang amik) pastu naik la bas cityliner seperti yang aku share.

kalo aku tengok pakej perhentian, harga lebih kurang dalam RM299 untuk 3hari 2malam. mana yang ok antara pakej atau redah sendiri? aku - memang saje tak nak pilih pakej. lagi pon ji hyo cukup anti pakej memakej ni. walaupon over bajet, aku puas hati sebab RM310.40 tu jumlah keseluruhan untuk trip ni. aku juga sebenarnya boleh dapat kurang lagi dari RM310.40 tu kalo aku dapat control part makan. nasihat aku, silalah bawak roti, nutella, jajan, cokelat dan air mineral banyak-banyak. 

sebut pasal air mineral, korang tak payah la bawak berbotol-botol. nanti pergi refill dekat fatimah chalet & cafe. lokasi bersebelahan mama's kitchen. RM1.50 sajorkk.

sedikit tips kalo nak amek pakej based on my survey : cuba cari pakej bawah RM250. tak tau la ade ke tak. aku penah jumpa pakej RM199. tapi tak memuaskan hati sebab exclude makan. sila clear betul-betul ape yang diorang boleh bagi dengan harga pakej sebanyak tu. pakej biasanya akan include speed boat (return), accomodation, F&B dan snorkelling trip. setengah tu ade tambah bbq lagi for last night. lagi satu, tanya siap-siap mana tempat penginapan korang. dapat tengah hutan antara pathway coral bay ke long beach tu memang sakit hati la. kita datang perhentian of cos la nak duduk dekat pantai bukan?

iklan : boleh contact joe (017 7007214) kalo nak tanya harga pakej. aku tak tau berapa tapi dia mintak tolong war-war kan. aku tolong mana yang mampu.
untuk family, aku suggest korang stay dekat perhentian besar. situ memang privacy dan bersesuaian. lain la korang mampu nak jawab soalan anak kecik umur 5 tahun - papa mama, kenapa aunty (minah salleh) tu tak pakai baju? kenapa aunty tu bogel? haha, soalan maut tu.

now masuk bab booking plak. tak kira la amek pakej atau tak, pertama sekali kena tengok date yang korang pergi tu peak season atau low season. kalo cuti sekolah atau cuti berturut-turut macam 1 mei, elok sangat buat booking seawal yang boleh. macam kami, seminggu sebelum tu try booking untuk accomodation - suma fully booked termasuk aur bay chalet. time tu aku yang call. yang kelako nya, bila ji hyo call ade kosong plak. pelik bin ajaib sungguh. kalo walk in, nasib baik takpe. nasib kureng baik, pepandai korang la pacak khemah.
gigih sangat aku print out
hati-hati jugak ye kalo nak snorkelling, mandi dan berendam kat laut. baru-baru ni sedih sangat seorang ibu mati lemas semasa snorkelling. percutian jadi tragedi. aku cakap terus terang, tak suma boatman akan ajar korang snorkelling. sebab tu aku tak yakin nak snorkelling walaupon ji hyo pandai berenang. cadangan : korang cakap terus terang je kat boatman mintak diorang tolong guide.

trip kali ni dari 5 bintang aku bagi 3 bintang! dua tempat tak dapat cover - windmill & perkampungan nelayan. hari tu kami hanya singgah makan & isi minyak boat. masjid baru, suasana kampung, lepak & makan kepok dekat kampung nelayan tu aku tak cover pon. kesimpulannya aku akan repeat perhentian ni cuma method tu berbeza. maybe lepas ni aku akan datang dengan geng-geng dari #tripredahmedan. maybe jugak aku akan stay di kampung nelayan atau perhentian besar. dan boleh jadi aku try amek pakej.

tapi????? jeng jeng jeng, mood saspen
lepas aku balik dari pulau weh hari tu, aku ubah keputusan.
mungkin aku tak kan repeat perhentian sebab aku dah jatuh cinta dengan gapang.
gapang? mana tu? ok belanja gambar sket! kbai *senyum kambing*

16 comments:

  1. awak nak tanya shuttle van rm20 tu perhead ke mcmana?

    ReplyDelete
  2. salam. nak tanya yang van tu rm20 per head ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga asal RM25 per head. kami try mintak kurang dpt RM20. so, depends eh

      Delete
  3. boleh share number phone shuttle?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm entry ni ade, boleh baca. yoe nama budak tu

      Delete
  4. salam. nak tanya boleh ? ada ke bas dari airport kota bharu to terus ke jetty kuala busut ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, takde. kena amek dr kb jugak

      Delete
    2. berapa minit ke kb ? dan satu lagi dari airport nak ke kb stesen to naik apa ? ada bas ke ?? bas dari airport mmg terus ke kb stesen ke ?

      Delete
  5. Salam. Aur bay chalet tu oke tak biliknye?

    ReplyDelete
  6. Salam, I love your story pasal perhentian. I will travel solo to Perhentian this month. So your blog memang sangat useful. Hopefully the price pun tak berubah. Keep it up. ***** (tu 5 bintang saya bagi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ernieroxx :)

      good luck & enjoy your solo trip!

      Delete
  7. Terbaik ! Syok baca dari mula episod sampai akhir. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa rajin abih suma benda nak cite. la ni malas dah hehe

      Delete
  8. sonok baca entry awk. lepas raya haji ni nak pegi ngan kawan2. tak sabar lak rasanya. tapi sayang awak tak gi windmill. baru nak tengok2 gambar awk kat sana. btw. nice entry. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu tandanya saya akan repeat perhentian lagi sekali haha.

      ni dah lepas raya haji, dah pegi ke blom?

      happy holiday ye :)

      Delete
  9. perlukan bantuan utk ke pulau redang dan kapas..juga tasik kenyir..boleh call/wasap 0179799773

    ReplyDelete