virtual friends

Friday 21 November 2014

backpackers medan : day 1

7 november 2014 (jumaat)
hari ni aku keje macam bese. petang tu sebelum balik umah, aku kena amek aminah dulu kat putrajaya sentral. selain aminah, yang akan turut juin trip ni : abg abu, ali & ahmad. kitaorang sebenarnya takde kata putus lagi samada nak tido kat epot atau tak. kalo tak tido pon takpe. flite pukul 7.40am. memang sempat pon amek ERL paling awal pukul 4.50am.

tapi.......!!! 

semua tak berani jamin boleh bangun awal ke tak termasuk aku, haha.

sebab aku penah lambat bangun masa nak pegi labuan dulu. sudahnya aku tak mandi pagi. selamba badak je nonong naik flite, nasib sempat masuk dalam perut kapalterbang.

aku tanya ahli jemaah ape keputusan. abg abu suruh tido kat epot je. jangan amek risiko & dia yang sebenarnya bagi cadangan pon. aminah dgn ali plak follow je. aku pon taknak mengulangi sejarah silam, so, keputusan rasmi : marilah kita bermalam di epot. jumpa kat putrajaya sentral jam 12 tengah malam. last train dari putrajaya ke KLIA2 jam 12.20am.

8 november 2014 (sabtu)
sesungguhnya, tido kat epot bukan la perkara yang menyeronokkan. lebih-lebih lagi spesis yang macam aku, takleh tido lampu terang-terang ni.

itulah pengalaman. semua backpackers memang kena hadap ujian pertama ni dan wajib lulus. barulah boleh dapat title backpackers sejati, hihi.

kami bangun dalam pukul 5 pagi. siap-siap dah nak gosok gigi, cuci muka dan buang ape yang patut.

kawan kitaorang yang lagi sorang tu, ahmad dah on the way ke epot pon. dia memang tak juin part tido kat epot sebab kawan dia boleh anta pagi-pagi tu.
dah setel suma, kitaorang terus ke balai pelepasan antarabangsa.
sementara menunggu, masa ni staff AA akan check satu per satu boarding pass dan passport penumpang. nanti bila flite dah ready, kita boleh terus q untuk masuk je. see, dah jimat masa kan?
pagi ni cuaca mendung, baru lepas hujan. yeay dapat duduk tepi tingkap. pakai tali pinggang siap-siap, baca doa, perjalanan amek masa 45minit je. bye bye malaysia. 
ni airport baru. cantik. lebih kurang macam KLIA jugak.
sampai airport kualanamu-medan, benda pertama yang kena buat dulu, isi borang. pastu beratur untuk cop imigresen plak. masa kitaorang sampai, kaunter banyak gak yang buka. alhamdulillah takde pegawai imigresen yang kekwat-kekwat. so, semua urusan jadi pantas & episien.

ok, misi #tripredahmedan bermula. 

saspen saspen, bismillah.....

lepas je kitaorang keluar dari arrival hall, ade la dalam 2 3 orang tanya nak pegi mana. ade mamat ni memang betul-betul minat dengan kami. dia follow kitaorang sampai kat lounge room. sampai lounge room, letak beg, aku terus cari toilet dulu. biar la budak-budak laki setel dengan mamat yang dok follow kami tu.

dah setel suma, baru lah kitaorang nak cari shared taxi untuk ke parapat.

dari info yang aku dapat, keluar je dari arrival hall, cari convenient store - alpha mart. depan tu ade kaunter teksi. kat situ la korang boleh dapatkan info pasal shared taxi ke parapat dan juga tempat-tempat lain.

sebelum ke kaunter teksi, aku & aminah masuk alpha mart dulu. beli air mineral untuk bekalan 3 hari. masa tengah bayar, aku tanya adik cashier pasal shared taxi ke parapat. dia tunjuk kaunter teksi tu. ok, memang niat nak p sana pon jap lagi. just nak confirm betul ke tak.

rupe-rupenya lepas je aku bayar, ade pak supir tengah beratur kat belakang aku. terus adik cashier bagitau pak supir tu aku nak ke parapat. lepas je keluar dari alpha mart, kitaorang pon discuss dengan pak supir berapa harga yang dia boleh bagi untuk 5 orang & sebuah kereta. mula-mula dia letak rp600k. sebenarnya memang tu pon harganya. aku try tawar rp550k dapat. aku deal dengan dia siap-siap yang kitaorang nak breakfast dulu sebelum jalan jauh.  
kiri : lontong, kanan : nasi lemak

perjalanan ke parapat sebenarnya dalam 3jam ++ kalo tak jem.

kalo jem, tu yang boleh sampai 6 jam.

ade kawan aku lagi best, dia pegi medan dengan travel agent, 9 jam ko perjalanan nak ke parapat!

fuh, kesat peluh. saket montot wei dok dalam bas lama-lama.

tips travel : kalo pegi medan hari sabtu, sila amek flite awal pagi dan terus ke parapat. kalo lepas lunch atau petang baru nak bertolak, tu yang kena hadap jem. penduduk medan hari sabtu ade yang pegi parapat untuk berlibur sebab ahad tu cuti kan. kalo hari ahad plak, memang ramai penduduk medan berlibur di berastagi.

lepas breakfast, perjalanan ke parapat bermula. tasik danau toba! ang tunggu aku mai!

untuk ke parapat, kitaorang ade melalui beberapa daerah : deliserdang - kota tebing tinggi (atau nama lainnya kota lemang) - permatang siantar & barulah nampak tasik danau toba.

hasil rumusan aku punca-punca yang menyebabkan terjadinya jem sampai 6 - 9jam tu sebab jalannya memang kecik dan kenderaan banyak - ko kena teror bab potong memotong ni. supir aku bab ni dia memang cekap la, aku memang tak takut kalo dia drive.

tapi kalo abg abu yang drive kat sini, aku takut. haha. baru aku tau 1 keistimewaan dia. dia kalo g mana-mana, senang sungguh tido. dalam flite tadi pon, dia duduk dan terus zzzzz. ni dalam keta pon sama, jelesss plak kita tengok dia senang tido.
finally, dalam 12.30pm, nampak tasik danau toba. wah excited ko. apalagi, jom benti jap amek gambo.
jangan konpius ye dengan cite aku. kalo nak ke tasik danau toba, kita akan berenti di parapat
sebelum ke tempat penginapan, kitaorang request dengan pak supir nak lunch dulu. kali ni kita try makan masakan padang. sori takde gambo kedai, lupe nak snap.

pastu terus pak supir bawa kami check in dekat melissa palace guesthouse. FYI, owner dia memang tinggal kat sini. diaorang duduk dekat tingkat 2. bilik-bilik untuk tetamu di tingkat 3 dan 4.

setel semua urusan check in. kitaorang rehat & solat. janji nak jumpa balik dalam pukul 2.15pm sebab nak kejar feri ke pulau samosir pukul 3 petang nanti.

bilik aku & aminah

cerita pak supir : 
masa dalam perjalanan tadi, aku ade saje-saje tanya berapa harga kalo nak guna dia untuk program esok hari. sebab aku saje tanya tu coz aku suke cara dia approach kitaorang. mula-mula dia tak dapat bagi harga. tapi dia cakap dia boleh amek kitaorang esok pagi & dia akan bertolak dari medan lepas subuh. aku dah imagine mesti dia letak harga mahal la kan sebab dia dari medan tu. kitaorang pon memang decide taknak amek la kalo mahal. last-last lepas kitaorang abih lunch tadi, dia bagitau harga rp700k dan deal siap-siap mana tempat yang nak pegi. dia pon ade bagi cadangan rp700k include mandi air panas kat gunung sibayak dan pegi kebun strawberry. entrance fees dan parking tidak termasuk sekali. hasil perbincangan, kami semua setuju nak hire dia untuk hari ke2 based on itinenary yang kitaorang dah plan.

petang tu, lepas balik dari tasik danau toba, baru aku dapat tau dia pon tido kat sini. tu aminah bagitau aku maybe dia dah kautim dengan owner melissa palace untuk 1 bilik dan sebenarnya kitaorang yang bayarkan. erm, betul jugak. memang aku ade baca penginapan supir kita tanggung. patut la tadi masa kami lunch aku nampak dia tengah call someone, tapi takde la aku nak marah ke ape dengan pak supir sebab tak bagitau kitaorang. pada aku, harga rp700k masih lagi berpatutan termasuk penginapan supir. asalkan pak supir tak amek kesempatan. give & take each other. oh ya, rp700k untuk kami berlima, so, harga masih lagi under control.

4 comments: