virtual friends

Monday 24 November 2014

backpackers medan : day 1 - pulau samosir

anak murid : cikgu, pulau samosir ni kat mana plak?

meh cikgu nak bagitau, pulau samosir terletak kat dalam tasik danau toba. nak senang faham, tasik danau toba dalam tu ade pulau samosir. hebat kan ciptaan Allah. so, ade beza antara parapat, danau toba dan pulau samosir. 

dekat pulau samosir, ade perkampungan. penduduk berketurunan batak dan beragama kristian. 
sebab tu aku tak nak menginap di area pulau samosir. takut susah nak cari makan. waktu malam pon sunyi je. ada rumah makan muslim tapi aku tak berapa yakin.

kalo nak tido di pulau samosir, korang kena naik feri pegi ke tuk tuk. situ banyak tempat penginapan. 
pilihan di tangan anda. faham tak anak-anak murid semua? hihi
ok cikgu nak sambung balik cerita perjalanan cikgu dan kawan-kawan ke pulau samosir
*************************************************************************************************************************************
tepat jam 2.15 petang, kitaorang terus ke jeti tigaraja untuk amek feri ke pulau samosir. perjalanan lebih kurang 5 minit je. tapi kitaorang singgah beli makanan dulu sebagai bekalan. abg abu nampak apam balik masa tengah cari melissa palace tadi, so, dia awai-awai memang dah cakap nak beli. tak silap aku, hari sabtu petang memang ade pasar dekat area jeti tigaraja ni. macam-macam ade. sempat la jugak abg abu beli buah salak dengan kacang sebagai bekalan tambahan.
sedap wei apam balik panas-panas ni
pakciks sedang main chess. tau-tau je kitaorang ni dari malaysia. 
senang nak kenal kan?

dah cukup beli bekalan tenaga, kitaorang terus naik feri. masa tu baru pukul 2.45pm. so, dapat feri awai.
info yang aku dapat, harga tiket feri untuk seorang rp10k. tapi kali ni dapat rp8k. dekat sini ade banyak feri. diorang bese akan tanya nak ke tuk tuk atau tomok. kalo nak pegi pulau samosir yang bukan di kawasan tempat penginapan, kena turun di tomok.
cantik feri sebelah ni
inilah feri kami, ikut suka korang nak duduk belah mana
pekan parapat
ali dengan ahmad duduk kat belah atas tu
perjalanan dari jeti nak ke pulau samosir amek masa 1 jam. 
masa ni memang seronok la menikmati keindahan tasik danau toba. 
cantik, nyaman, tenang. semua perasaan ade. aku je ke yang mood camtu kot, hiks
pekan parapat dari kejauhan
baby dari keturunan batak
aku berani amek gambo ni dari jauh je. takut nak p dekat-dekat. 
aku suruh abg abu pegi amek gambo dekat-dekat plak
tara, ni la hasilnya. sempat depa buat keje, tak buang masa sungguh. 
sambil-sambil tu bergosip kan kan? hihi
mak baby tadi memang peramah orangnya. dia siap bagitau kitaorang feri ni akan berenti kat kawasan kampung dulu barulah ke tomok. tq kakak. kalo tak memang kitaorang ingat dah sampai. 
jeti di kawasan perkampungan
 
sampai kat jeti tomok, adik feri tu bagitau aku feri ni akan bertolak balik  ke parapat 4.30pm. maknanya kalo style kat sini, pegi balik naik feri yang sama ke? entahla, yang ni aku kurang pasti sebab aku ingatkan boleh naik mana-mana feri je.

dekat jeti tomok ni, dah ada orang menunggu untuk bayaran tiket masuk. takde kaunter pon, sape yang sampai kat jeti memang dia tahan. suka tak suka, sila bagi rp2k. aku ni terus bersyak wasangka jahat mesti semua duit tu masuk dalam poket dia, haha! kira dia ni abang kawasan kot.

kitaorang ade 1 jam je untuk cover kampung batak, kursi batu & shopping. 
sempat kot, layan je. dari jeti tomok, jalan je straight, kiri kanan kedai jualan. jangan beli dulu, tengok-tengok je.
info yang aku dapat, kedai yang dekat atas-atas sana lagi murah. kita tengok rezeki sape yang dapat duit kami. kat sini, aku dah pesan dengan ahli jemaah supaya berhati-hati lah sebab depa jenis memaksa. 
korang jangan cakap takpe-takpe, jap lagi datang balik ke. no no! depa ingat janji korang tu. sebab aku pon terkena. masa tu aku tengah borak dengan ahli jemaah nak beli FM kat sini. betul-betul dekat kedai kakak inul ni. gamaknya dia terdengar aku cakap kot. pastu.....jeng jeng, jap g aku sambung.



kat area rumah orang batak ni, kalo kita nak tengok persembahan, kena bayar berapa ntah. kitaorang memang taknak pon. juz amek gambo, selpie selpot pastu belah. tapi pintu rumah depa memang unik la. kecik je. muat ke aku yang spesis istimewa ni nak masuk?

perjalanan diteruskan ke kawasan kubur kristian plak. tiada bayaran dikenakan tapi pekerja kat situ cakap kena bagi derma seikhlas hati dan wajib pakai ulos. ahli jemaah semua setuju nak masuk. jom!
sumber yang aku baca, diorang ni jenis tak tanam mayat. kalo buka tu, mesti nampak tengkorak

entrance ke kawasan kubur
matlamat utama aku ke sini sebab nak tengok dan bergambo dekat kursi batu (huta siallagan). aku tanya pekerja kat situ, dia kata tempat tu kat kawasan ambarita. tak pasti la jauh ke tak. so, matlamat tak tercapai.
dapat tengok yang ni pon jadi la
dah setel suma aktiviti selpie selpot, maka misi shopping bermula.
ade kedai kakak ni dia offer 10 ketul FM dalam rp50k, aku terus beli, share dengan ali.

drama abg abu plak, dia nak cari t shirt takde lengan.
kan banyak sangat kedai jualan, pastu dengan peniaga yang dok suruh masuk kedai depa, last-last kitaorang pakat buat enosmen, sape ade jual t shirt takde lengan? ha amek ko, tak penah orang lain buat, kitaorang buat. pastu ade kakak ni tarik abg abu, last-last dia tunjuk t shirt budak. aiya, tak pasal-pasal kitaorang bantai gelak la.

rupe-rupenya masa ni kitaorang dah sampai dekat area kedai kakak inul. 
tiba-tiba, kakak, tadi kata mau tengok FM?
aku : eh, ko ni dah kenape? bila masa aku cakap nak tengok? dalam hati je la berani. dia ingat aku cakap sini tu kedai dia kot padahal aku maksudkan sini tu kedai-kedai area tomok. 
last-last aku pandang je dia. buat tak tau sudah. baik aku fokus drama abg abu.

lepas ahli jemaah dah dapat apa yang diorang nak, kitaorang terus ke jeti tomok. tak abis-abis dok gelakkan drama abg abu tadi.

sementara nak tunggu feri gerak, ade drama lain plak.
abg abu ni jenis banyak mulut. masa kat atas feri, ada plak orang datang jual kopi panas, kacang dan macam-macam lagi la.
abg abu layan je la. dia kata dia nak kopi panas tapi taknak bayar. 
korang tau dia buat ape? dia buat sistem barter. kakak tu bagi kopi panas, dia bagi 1 sachet kopi 3 in 1 untuk kecantikan dalaman. haha, jahanam. abg abu ni siap promote kopi tu bagus untuk kurus badan, minum tu cepat kenyang dan bla bla. 
apalagi, kitaorang bantai gelak la. finally, taktik dia buat sistem barter tu berjaya. 
artis buat show. lepas abis nyanyi, depa cari kitaorang mintak duit. aku bagi syiling malaysia dia mintak duit kertas ko, aku buat tak layan je
sunset

view from melissa palace guesthouse
sampai kat parapat, kitaorang balik guesthouse dulu. 
janji nak jumpa balik lepas maghrib untuk sesi dinner.

malam tu kitaorang dinner di rumah makan muslim nikmat. sekali lagi masakan padang. okeh, aku dah jemu, tapi kena redha.  kalo tak nanti aku kurus orang lain riso, hiks. kalo dari melissa palace, tak jauh mana, jalan kaki lebih kurang 15minit.

lepas dinner, balik guesthouse. lepaking dengan mak owner sambil layan drama.

cerita tempat penginapan :  lokasi melissa palace ni terletak kat area bukit sket. so, kalo jalan kaki nak ke jeti atau tempat makan, kita akan menurun tapi balik nanti kita mendaki sket. 

aku bagi 6/10 la. semua ok pasal guesthouse ni. cuma bab toilet bilik kami kureng sket. lantai berlumut dan air dalam kolah kotor. spoil mood aku nak basuh rambut.  

kat sini, service iron disediakan kat ruang tamu tempat kitaorang lepak dengan mak owner tadi. jangan risau, baju dengan tudung kita tak akan berkedut. boleh spoil mood tu, hihi

for more info pasal guesthouse sekali dengan gambo, klik SINI

1 comment: