virtual friends

Thursday 11 September 2014

korea selatan : tempat menarik yang wajib terjah

awal tahun hari tu aku pegi bercuti ke korea selatan. jadinya, mari lah kita ber'oppa gangnam style'

oppa! oppa!

subuh shapie di bumi korea
ingat lagi, masa keluar je dari airport incheon, time tu cuaca memang sejuk la. first time datang dan merasa cuaca sejuk camtu kan, memang eksaited abih ni. bercakap pon keluar asap. apalagi, sampai buat macam-macam aksi la, fuh sana fuh sini. *lol*

kalo aku nak cite balik trip korea ni memang tak boleh dah. aku dah lupa semua nama tempat yang aku pegi. itinenary pon aku taktau mana aku dah buang, hehe.

cuma......

aku nak summarize kan je beberapa tempat yang pada pendapat aku korang patut pegi.

FYI, trip nie aku pegi dengan travel agent. maybe itinenary aku jauh beza dengan kawan-kawan backpack yang penah sampai ke sini. jom, cekedaut!

1. RESTORAN MENTARI
bese la kalo dah pesen makan sambal belacan hari-hari, duduk kat obersi mesti tekak melayu jugak kan. so, inilah tempatnya. kitaorang hari tu 2 kali jugak makan kat sini. lokasi, errr....aku tak ingat. tapi yang pasti restoran ni bukan kat area itaewon. lupa plak nak amek gambar belah dalam. lapar bebenor. jangan risau, restoran ni ade bilik untuk solat.

sila klik SINI untuk info camna nak pegi restoran ni

2. SEOUL WORLD CUP STADIUM
view dari dinding

nak kata worth it to visit or not, terpulang pada korang. kalo situasi aku datang korea style backpack, kebarangkalian nak masuk tu tak la. tengok dari luar je. tapi masa ni, situasinya aku agak eksaited jugak nak masuk. konon-konon feeling menjerit lepaskan tensen. tapi tak buat pon. hanya mampu tinggalkan kesan tapak kaki jek #drama

camna nak pegi, serius aku tak tau. aku ade gak skodeng blog lain, kot-kot depa tinggalkan jejak kat sini. takde pon. so, aku assume kitaorg je orang malaysia yang datang sini.

3. EVERLAND THEME PARK
tempat ni, memang layan. kalo nak pegi, sila spent time 1 day sebab banyak permainan yang nak cover. kitaorang pegi dalam 4 - 5 jam sahaja. memang tak cukup. memang banyak game tak dapat main. sebabnya, ya ampun punya la ramai warga tempatan, q pon panjang gilerrr. rupenya kitaorang pegi hari sabtu, time weekend. malam pon kalo tak silap aku ade firework. jangan lupa datang sini bawa bekal siap-siap. nak makan agak was-was jugak la.

ada bilik khas untuk solat. sorry sangat-sangat aku dah tak ingat arah nak ke bilik tu. yang aku ingat korang kena naik 'benda alah' ni sampai bawah. nanti tanya pekerja kat situ mana prayer room. diorang sangat helpful. nanti diorang buka kan pintu. bilik tu berkunci maaa.

sila klik SINI untuk more info camna nak pegi theme park ni dengan public transport
ini lah 'benda alah' nya. nampak tak roller coaster kat depan tu?
T-express namanya. tersenarai sebagai salah satu roller coaster terlaju di dunia.
ada berani mau naik? aku 50-50 masa nak naik hari tu


layan je show puppies ni





kenangan : hari pertama sampai, petang tu bas kitaorang accident. aku pon tak tau bila jadi sebab aku tido. sedar-sedar bas berenti kat tengah jalan dan tak jalan-jalan lagi. aku bangun tido tu aku ingatkan jalan jammed, tapi ghupe-ghupenya eksiden dengan kereta. tak teruk pon. ape-ape kena tunggu polis sampai dulu. lama gileeerrr tunggu, dalam 30 - 45 minit, memang hazabedah la.

polis akan tanda tempat kejadian dan tulis no plate pakai spray ape ntah atas jalan raya pastu baru boleh jalan. la gitu jeeee, punya la lama nak tunggu polis datang, camtu je ke???? maybe nanti drebar bas dengan kereta akan setel kat balai kot. tapi memang lain dari lain la cara diorang ni.
dalam bas sementara tunggu polis sampai. kalo ikut hati, nak je aku lepak kat MCD tu. masa ni tak boikot lagi, hiks
bersambung.....

No comments:

Post a Comment