virtual friends

Thursday, 10 September 2015

day trip ke pulau weh : kilometer 0 titik permulaan indonesia

9 mei 2015 (sabtu)

hari kedua di bumi aceh. selamat pagi donia!

aktiviti kitaorang hari nie nak jalan-jalan ke pulau weh. bagi local, depa panggil pulau weh ni sabang - destinasi yang sama sahaja.

macam mana nak ke sana? 

jatuh hukum wajibul ghunnah kena naik feri dari pelabuhan ulee lheue (banda aceh) ke pelabuhan balohan (pulau weh). ada 2 jenis feri iaitu feri cepat/ekpress (anggaran perjalanan 1 jam & hanya bawa penumpang) dan feri lambat (anggaran perjalanan 3 jam - boleh bawa  penumpang dan kenderaan).

apa yang best dekat pulau weh? 

ada orang kata pulau weh adalah syurga dunia untuk mereka yang suka buat aktiviti diving & snorkelling. sesuai jugak untuk pecinta laut. kalo putus cinta & nak bawak diri macam drama melayu, kat sini pon sesuai. haha.

selain tu, dekat sini jugak la letaknya kilometer 0 atau nama lainnya titik nol iaitu titik permulaan negara indonesia.

secara ringkasnya pulau weh merupakan pulau gunung berapi yang terletak di barat laut kepulauan sumatera. asalnya, pulau ni terletak dalam kepulauan sumatera tetapi dipisahkan oleh laut selepas gunung berapi yang terakhir pada zaman pleistosen meletus - sumber wikipedia.

amacam? menarik tak history pulau weh ni. 

meh, kumpui ramai-ramai untuk baca pengalaman aku ke sana. ada drama yang takkan ku lupakan sampai bila-bila.
*************************************************************************
sementara tunggu syah datang, kita sarapan dulu. bilik yang kami booking thru agoda ni include breakfast sekali. 

simple je makanannya - nasi gurih boleh pilih samada nak ayam, ikan atau telur. air pulak semestinya aku pilih kopi.

highly recommended kalo nak stay sini. harga yang berpatutan dan sesuai untuk backpacker style.
sorry! lepas makan baru teringat nak amek gambar
tengah santai bersarapan, dapat WhatApp dari syah - dia tak boleh hantar kami ke pelabuhan ulee lheue sebab mak dia ajak pergi pasar. baguih budak ni. ini kalo kat malaysia, syah dikira sebagai colan-colan untuk bakal imam kan?

kitaorang okey je. itu pon dah kira baik syah offer diri nak hantar. so, tak nak buang masa, kitaorang terus keluar tunggu becak depan hotel sebab nak kejar feri ke pulau weh pukul 9.30pagi. mujur tak tunggu lama. dapat je tahan sorang mamat becak ni - ji hyo tanya dulu berapa dia letak harga - rp20k. wow, boleh sangat tu sebab syah bagitau harganya lebih kurang rp25k.

aku & ji hyo ni jenis badan berisi. ces, masing-masing tak mengaku gemukss okeh, hiks.

bila kami naik becak tu, terasa macam berat sebelah. pulak tu mamat becak kurus saje orangnya. agak hazab jugak bila tak dapat duduk sepenuhnya. sorang kena ke depan dan begitulah sebaliknya. terasa bebenor perjalanan nak ke pelabuhan sangat jauh padahal lalu semalam dekat je. 

lagi satu, memang nampak becak tu tak boleh bawak laju lebih-lebih tang kona. mamat tu cuba gak tekan minyak kuat-kuat tapi still slow jugak. lantas terbit satu perasaan dan bermotivasi nak diet bila balik malaysia nanti, insaf ~~

bila dapat jejak tanah di pelabuhan ulee lheue, lega ya amat. kematu punggung aku! sementara tunggu ji hyo setelkan pembayaran, aku siap boleh buat stretching.

sedang elok nak masuk ke dalam, aku nampak syah - syah nampak kitaorang. aik? tadi kata pergi pasar?

rupenya kawan dia call bagitau tiket feri ke pulau weh dah habis. pasal tu la si syah terus datang ke sini. part paling best, dia p tinggal mak dia kat pasar kejap - bertuah punya budak!

walau ape sekalipon, sebenarnya kitaorang sangat bersyukur syah ade kat sini. kalo tak memang kitaorang duduk diam-diam tak tahu nak buat ape bila dengar tiket dah sold out. terpaksa pakai plan B plak. syah ajak kitaorang masuk dalam dulu - tunggu sekejap dekat tempat pelepasan feri. orang memang ramai pagi tu, no wonder tiket cepat habis & hari sabtu kan. jadi, sila take note kalo nak pergi pulau weh hari sabtu. nasihat aku beli tiket awal-awal. semalam syah dah cakap tiket feri boleh beli walk in je. mungkin masa kitaorang datang ni indonesia cuti umum kot - tak pon cuti sekolah - tak pon dekat pulau weh ade festival - dah malas pikir. janji dapat naik feri, itu matlamat kitaorang sekarang ni.

syah try slow talk dengan staff feri ni. memula mamat tu tak berapa layan sangat. dia kata tengok dulu camna. entah ape yang syah pung pang pung pang, lastly dia dapat tinggalkan kami dengan staff feri tu. syah pon tak boleh lama, kesian mak dia. kira ni pertaruhan 50-50, ade rezeki ade la.

dalam 10 minit menunggu, staff feri tu datang dekat kami. katanya nanti bila orang dah nak naik feri, jumpa dia balik kat pintu masuk untuk amek tiket. lepas bagi duit, kitaorang hanya tawakal je la tak kena tipu dan sebagainya. kes darurat.

adoi, punya la ramai orang hari ni sampai berhimpit-himpit nak masuk ke dalam feri. memang tak bernapas. langkah paling selamat, kitaorang berjalan belah kanan sebab nampak staff feri semua berkumpul dekat situ. alhamdulillah, rezeki tu ade. nasib ade tiket lagi dan barulah nampak staff tadi senyum lepas kitaorang say thanks. mahalnya senyuman dia tu!

kitaorang lucky masuk awal. feri dia lebih kurang macam feri langkawi. seat kami dekat bahagian bawah dan boleh pilih nak duduk mana. yang penting kena masuk dock yang betul. tapi disebabkan orang terlampau ramai, keadaan macam tak terkawal sikit. tahukah anda - feri yang kami naik hari ni terlebih muatan?

mana taknya, masing-masing tak sanggup nak menunggu. next ferry pukul 2 petang. dah rugi masa dekat situ. so, sesape yang dah ada tiket, semua berebut nak masuk. tak kisah la dapat seat atau tak. motif utama masuk dalam perut feri dulu dan kalo difikirkan balik, aku sebenarnya takut bila ferry dah overload, tapi memang takde pilihan. staff pon tak dapat nak kawal sangat, pagi ni jutaan manusia di pelabuhan agak luar biasa.

ikut jadual, feri akan bergerak tepat jam 9.30pagi dan sememangnya hari tu memang on time. sebenarnya staff dekat situ amek langkah selamat sebab selagi feri tak bergerak selagi tu la orang nak masuk lagi.
on the way
keadaan dalam feri memang huru hara dengan suara orang berborak sana sini. rasa macam dekat pasar borong pon ya gak. ada sorang kakak ni dari feri mula bergerak sampai la ke pelabuhan tak henti cakap sambil berdiri. kawan-kawan dia pon setia plak mendengar, gaya macam setahun tak jumpa. 
gambar pertama atas sekali belah kiri - kakak tudung pink tu la yang gigih berdiri & berborak non stop
lega bila dah sampai dekat pelabuhan sabang. aku tazzabar nak keluar ni sebab nak pergi toilet. tapi satu hal plak nak keluar dari feri pon amek masa. sila sabar, sila sabar - pujuk hati sendiri.
sempat lagi snap gambar walaupon aku nak terkucil sangat dah tu
nampak budak-budak dekat atas tu? diorang antara jutaan manusia yang bersama-sama menyesakkan pelabuhan pagi tu.
on the way nak ke toilet tu, kitaorang cari jugak mamat a.k.a supir kami (berdasarkan gambar yang syah bagi) sepintas lalu tapi tak jumpa. niatnya tak nak la nanti dia tercari-cari, lagi pon dah deal. mamat ni kira macam kawan bisnes syah kalo dia ke sini bawak pelancong. lama jugak kitaorang amek masa kat toilet tu sebab satu je yang boleh guna. haaa jangan lupa u olls, masuk toilet pon kena charge. jaga-jaga, ade yang memantau.

selepas setel ape yang patut, barulah kitaorang cari mamat ni betul-betul. masa tu la ade sorang laki tanya nama kitaorang. setelah dipastikan, rupe-rupenya dia adalah supir kami. orang lain yang ditunggu, orang lain plak yang datang. nampak riak muka dia macam tengah bengang. apa yang pasti muka dia memang jenis muka bengis.

tak nak keruhkan keadaan, kitaorang explain cerita sebenar dan mintak maap. baru dia cool sket pastu dia pass telefon dekat aku bagitau syah nak cakap.

akak comel, akak pegi mana. syah riso ingatkan akak tak dapat naik feri tadi. syah WhatsApp & SMS akak tak balas.

errr, tetibe aku rase bersalah plak sebab tak inform syah. sebab takde wifi, aku tak dapat berkomunikasi. aku pon tak buat roaming & si syah ni takde nombor ji hyo.

sorry syah, saya takde internet. pastu sampai kat sabang terus cari toilet dulu. tadi kitaorang cari gak kawan syah tapi tak nampak.

kawan syah tu dah marah-marah syah sebab tak jumpa akak.

aku berhangin je dengar. entah kenapa rase macam takde chemistry dengan brader ni. memang salah aku tapi takyah la sampai nak marah-marah orang lain plak. gggggrrrrrr.

kira setel la eksiden kecil ni. ape-ape pon, perkataan maaf adalah penyelesaian terbaik. 

sebelum ke destinasi seterusnya, perkara pertama yang kitaorang buat beli tiket feri untuk petang ni dulu. tengok-tengok kaunter tiket tutup, aiseyman. brader tu cuba dapatkan info, ade yang suggest suruh beli dekat opis. dan-dan tu kitaorang terus gerak, nasib tak jauh mana, cuma dekat luar kawasan pelabuhan.

nasib kami baik lagi sekali, betul-betul dah sampai opis tu, ade sorang ahkak tengah nak kunci pintu. ohoiii ape suma tempat asik tutup ni??? *dalam hati je la berani kalo nak mengamuk pon. 

tak tahu la ape yang depa pung pang. kitaorang tahu kena dapatkan tiket feri petang ni jugak sebab esok pagi dah nak balik. atas pertolongan depa berdua, dapatlah kami buat booking dulu, petang nanti baru amek. tapi agak frust la sebab tiket pukul 5 takde! kalo ade pon jam 2.30petang. ok memang frust tertonggeng-tonggeng! 3 jam je masa yang kami ade untuk cover pulau weh, sempat ke?????
jadual feri
based on jadual yang syah bagi, aku cakap la sepatutnya ade feri yang gerak pukul 5 iaitu KM express cantika 89. jawapan brader tu, feri jam 5petang dah dua minggu tak beroperasi. tak tau ape puncanya & last feri untuk hari ni memang pukul 2.30petang. itu pon nanti pukul 2 dah kena standby dekat pelabuhan sebab kalo ramai penumpang, feri terus jalan.

nampaknya memang takde pilihan. terpaksa la amek jugak feri pukul 2.30 tu. mood teruih merundum 200%.

lepas dah setel bab feri, ji hyo tanya plak berapa harga untuk trip ni. even syah dah bagitau kawan dia memang letak harga rp200k untuk day trip (pagi - petang), kami expect maybe dapat murah sket sebab pakai brader ni untuk 3 jam sahaja.

mulanya brader ni letak harga rp250k, ambboi lagi mahal dari jangkaan kami.

ji hyo try mintak kurang rp150k & aku pon pergi menyampuk bagitau sebab guna 3jam je, muka dia terus berubah macam nak marah. terkejut kitaorang. dengan muka bengis, dia cakap tak boleh, paling kurang pon rp225k.

errr aku memang tak tau nak cakap ape. bengang memang bengang, sudahnya baik diam. silap aku jugak pakai terjah macam tu tapi boleh tak lu jangan buat muka bengis tu brader???? sabar, tempat orang ni wei.

ji hyo try slow talk mintak kurang lagi ke rp200k & brader tu setuju. kesimpulannya, memang takde kurangnya harga yang kami dapat. dia pon pandai bermanipulasi.

ok, belum abih lagi cite pasal brader ni. 

lepas redha dengan harga rp200k, kitaorang tanya plak untuk 3 jam ni, sempat ke nak cover semua tempat. makanya, tugas aku la kena explain mana tempat yang jadi wish list kami. mulanya dia jawab ok lagi :

kita kena pergi titik nol dulu sebab ni paling jauh. ibioh dengan gapang boleh sekali jalan tapi tak tau la sempat ke tak.

erm, camna plak pantai sumurtiga, benteng jepun & anoi itam? sempat tak?
 
boleh plak brader ni jawab balik sambil buat muka :

daripada kita dok bincang ni, baik kita terus gerak. kang tak sempat nak ke titik nol. kang jap lagi nak patah balik jauh la bla bla bla.....

lebih kurang macam tu dialog tegang kami.

ya allah, lu ni dah kenapa brader?? tak boleh ke kitaorang tanya?? kalo kitaorang tahu semua tempat tu jauh ke dekat, tak koserrrr la nak tanya ko! *lagi sekali aku ngamok dalam hati

kesudahannya, kami follow dia. memang muka aku & ji hyo tak puas ati dengan situasi ni. tiga benda je dalam kepala hotak aku masa tu : sabar, ni tempat orang & kitaorang ni perempuan.
masing-masing membawa hati yang bengkek
kondisi becak brader ni diyakini selamat sebab dia guna motor RXZ. untuk makluman, mostly becak dekat aceh guna moto kapcai je. kalo la kat pulau weh ni pakai becak guna moto kapcai, silap haribulan kitaorang yang tergolek sebab kat sini jalanraya banyak yang berbukit.

yang pastinya.........!!

aku & ji hyo tetap kena duduk sorang depan sorang belakang. bergilir tu yang tak tahan. sampai lenguh kaki memasing. 

jom, destinasi pertama.
titik nol @ km 0 dekat hujung sana
anak laut
view depan i love sabang
view dari jalanraya
masa tengah lintas jalan nak ke becak, ade sorang gadis dari padang tegur kitaorang. dia tanya berapa kami dapat harga becak & dia terkejut bila dapat tahu. dia kata kenapa tak amek mobil pastu kongsi ramai-ramai.

kalo la kitaorang tau ade servis macam ni, memang kitaorang amek. masalahnya tak tau.

tapi kalo ikut logik akal, ade ke servis camtu ha? berkumpul dalam 1 mobil pastu bergerak ke destinasi yang telah ditetapkan oleh supir. 

melainkan........

memang itu style kat pulau weh - ikut suka hati supir mana dia nak bawak as long as hot spot. boleh jadi tu. mungkin sebab tu la brader muka bengis ni marah sebab kami yang memandai decide nak ke mana. wallahu'alam.

lupa nak bagitau, masa on the way nak ke mercu tanda I LOVE SABANG, ade orang hon becak kami. ji hyo yang perasan :

eh, tu bukan mamat yang macam dalam gambar syah bagi tu ke? 

ya betul, itulah orangnya. persoalannya kenapa dia tak bawak kami?

dia dah ade customer lain. langsung dia kasi sama saya. itulah jawapan sebenarnya.

masalahnya, kitaorang tak nak ko tau tak? *dialog busuk dalam hati sendiri.

kebetulan plak, kawan syah tu pon berhenti dekat mercu tanda yang sama. senyum & borak lebih kurang je.
baju belang tu kawan syah. yang memusing pandang belakang tu la brader muka bengis yang dimaksudkan. cuba tengok kerusi becak tu? gigih kami duduk kat situ!
macam biasa, trip kali ni trademark nya amek gambar lebih kurang pastu bertolak ke km0 atau nama lainnya titik nol.

sebelum tu, brader ni bawa kami ke monumen ape ntah. monumen ni ade kaitan dengan penjajahan belanda suatu masa dulu. kitaorang just turun bergambar sekeping dua, takde ape pon yang menarik sangat kat sini.
monumen ape ntah
kawasan sekeliling
time ni memasing suma dah cool. malas nak ingat balik insiden tegang tadi. so, kami berborak macam biasa.

ade satu tempat ni aku memang teringin nak bergambar. aku jumpa tempat ni dalam blog poobritney.
cantik kan?

macam aku bagitau tadi, perjalanan nak ke titik nol banyak lalu kawasan berbukit & pemandangan disekeliling memang cantik! cuma tak seronoknya, aku tak dapat amek gambar sebab permukaan jalanraya tak berapa elok.

masa tu mulut aku asyik cakap dengan ji hyo cantik beb view dan bla bla bla.

nanti kat depan tu kita berhenti sekejap amek gambar, jawab brader tu.

sampai je kat kawasan yang dijanjikan, tak sangka plak viewnya sama macam dalam gambar poobritney. memang happy giler la, impian menjadi kenyataan. taraaaa.....
sama tak? tapi gambar dekat kamera poobritney lagi cantik.
baiklah, aku tak tau camna nak explain dekat korang tempat ni dekat mana.

ape yang boleh aku kongsikan, tempat ni ada sebuah kedai makan. sesape nak ke titik nol, ibioh & gapang memang akan lalu tempat ni. nak senang korang copy gambar aku ni pastu tunjuk dekat pak supir. info lanjut korang boleh baca blog poobritney ni.
semakin dekat korang nak sampai titik nol, kawasan sekeliling adalah hutan simpan dan banyak monyet. cuak jugak la tapi seronok. kalo kat malaysia, aku tak rasa akan buat keje gile lalu kawasan hutan dengan motor ni. dan, aku cadangkan sangat-sangat korang baca blog poobritney, sebab dia lagi gamble sewa motor sampai sana. tabik spring!

finally sampai pon. tiada bayaran masuk yang dikenakan. korang hanya perlu bayar parking je dan harga berbeza ikut kenderaan. macam becak roda dua - rp5k.

bila aku tengok balik blog poobritney & supermeng malaya, banyak betul yang dah berubah km 0 ni. ayuh saksikan!
aku tak jumpa tempat ni kat belah mana
sekarang dekat sini dah banyak gerai. tapi still boleh panjat tembok tu lagi. awas, pastikan selipar anda tidak licin!
ini view dari kamera aku.
lepas panjat tembok, korang boleh lepak dekat sini.
ni laut dari lautan hindi
dekat sini, kitaorang jumpa balik budak-budak yang naik feri tadi. nampaknya memang berjodoh.

dekat sini juga, baru kitaorang berpeluang buat sesi ketupat mengumpat brader tu. line baru clear der, haha.

ini plak hasil gambar yang telah diambil oleh brader tu dekat mercu tanda kilometer 0. macam nak sabotaj kami pon ye gak.
berbulu je kalo tengok balik. kalo ye pon bagi la nampak semua kan?
macam ni baru cantik
sempat juga makan sekejap & pekena air kelapa
ade la lebih kurang 20 minit kitaorang spent masa. itu pon acapkali brader ni dok cakap jom, jom nanti tak sempat nak balik. aissshhh memang tension, dia ni jenis pushy la.

sebelum sampai ke titik nol, kita akan lalu area gapang & ibioh. berpegang pada kata-kata brader ni, kalo sempat baru pergi. so, wait & see je la kami dapat pergi atau tidak.

Wednesday, 5 August 2015

backpackers ke aceh : aceh yang mendamaikan

walawei, dah sebulan lebih aku tinggalkan blog ni.

yang paling win sekali - nampaknya janji yang aku taburkan hanya tinggal janji!

kononnya aku nak setelkan cerita pasal aceh dalam blog paling lewat pon hujung bulan jun, nan hadonya! *sekeh kepala sendiri

sebenarnya, lately aku agak bz dengan pelbagai urusan. dah setel urusan A datang plak urusan B. belum setel urusan B, mai plak urusan C, D, E, F, G sampai la Z. memang macam-macam hal. nak buat blogwalking pon tak sempat. sedih kan hidup aku? tapi alhamdulillah hujung bulan 7 ari tu life aku dah stabil balik. so, back to normal routine.

okeh, tak payah cakap banyak, jom sambung baca.
*************************************************************************************************************************************
janji dengan syah nak jumpa balik 2.30petang.

kitaorang saje turun awal sket sebab nak ber'wifi' dekat lobi. hotel siwah ni dalam bilik takde wifi - hanya di lobi sahaja. bagus jugak takde, kalo ade tak jadi keje aku.

turun ke lobi tengok-tengok syah tengah bersantai dekat sofa. dia lagi awal rupenya, LOL.

langkah kaki diteruskan ke pasar atjeh - shopping time!
wajah baru pasar atjeh
ha kat sini aku dah start stress bila mengenangkan order dari kak senah. aku doa banyak-banyak semoga tak jumpa atau tak nampak satu pon baju mengandung, haha, gelak setan!

aku berpecah dengan ji hyo sebab dia nak cari baju koko.  

misi bermula - syah follow aku. kami pergi belah depan takde yang berkenan, belah belakang banyak kedai tutup lagi. FYI, hari jumaat, pasar atjeh akan buka balik pukul 3 petang, semasa solat jumaat tutup.

ape yang aku perhatikan pasar atjeh ni banyak jual blaus, skirt, jubah & tudung. patut la syah cakap dia tak rajin datang sini dan suka beli online. kiranya banyak jual pakaian wanita. kain pasang bersulam dan kain batik macam dekat medan takde. kalo baju lelaki biasanya diaorang jual baju koko macam ji hyo tengah cari ni.
bahagian dalam pasar atjeh - yang ni kawasan belah belakang
baju koko
finally, jumpa jugak baju untuk kak senah tapi bukan baju mengandung. aku tengok blaus tu besar dan stretchable. harga dapat tawar sampai rp100k. aku rembat 2 helai pastu puas pikir nak amek saiz S atau M sebab kak senah kecik orangnya. korang tengok? tak ke saket kepala nak buat keputusan. ini memang pertama & terakhir - aku memang fail bab ni. ade lagi balance duit aku beli blaus labuh dan kopi aceh, itu pon masih ade balance lagi tapi aku decided nak pulang balik dekat tuan punya badan, tutup cerita.
kopi ulee kareng khas untuk kak senah
untuk diri sendiri aku beli 2 helai baju blaus. part ni jatuh hukum wajib sebab aku perasan dah lama tak beli baju baru. mak aku lagi suruh, dia kata baju aku dah banyak lusuh. hiks, bila mak dah sound macam tu maknanya aku kena amek tindakan serta merta. ntah la, ini style aku - pakai selagi boleh. ikut perancangan aku nak shopping baju masa nak ke bandung coming soon tapi kena beli jugak sehelai dua dulu buat back up.

agak lama jugak spent masa kat sini, dalam 1jam setengah.

next, jom pergi ke kawasan bot atas rumah. tak jauh mana dari pasar atjeh, lebih kurang 10-15 minit.
masa kitaorang sampai ni, takde sesiapa pon lagi. line clear bila amek gambar. moh la kita pergi belah atas plak.
ade yang panggil bot ni kapal. aku senang panggil bot ni bot. maka, kapal atas rumah atau bot di atas rumah adalah tempat yang sama. kalo confuse jugak korang pergi la dengar lagu ajai-nurul tajuk keliru. hopefully korang tak keliru dah lepas tu, hiks. *gurau-gurau anje.

bot ini dibawa arus air laut lebih kurang 1 km dari jeti yang berdekatan. kalo ikutkan takde ape yang menarik kecuali kesan peninggalan sahaja. kawasan disekeliling adalah kawasan kampung. tapi walau ape pon, kalo ke aceh memang kena tinggalkan kesan tapak kaki di sini.
belah atas - kawasan kampung yang pernah musnah satu ketika dulu
pandangan dari jarak dekat. dikatakan beberapa tahun selepas tsunami masih ade lagi mayat dalam bot ni. aku tanya syah untuk kepastian. dia kata sekarang dah takde - depa dah kasi clear suma sekali. al fatihah
tempat ni masih lagi tengah renovate, diorang tengah buat pathway untuk naik ke atas. bila baca balik history bot atas rumah ni, katanya diorang jumpa buaya tersangkut semasa tsunami. memula aku tak percaya sebab takde dengar cerita ni. syah pon terkejut bila aku cakap. untuk kepastian, aku baca lagi sekali dan betul. nanti kalo sesape ke sana boleh update kat aku balik tak? *amboi, bajet selebriti ke ko ni nak mintak orang update kan? *ketuk kepala sendiri lagi sekali.

selepas ini ke mana kita? kapal PLTD apung. entry kali ni memang banyak belajar subjek sejarah tsunami di aceh tau. cikgu sejarah in da house!

masa nak keluar parking, ade seorang makcik ni datang ke arah kami. aku ingatkan dia nak mintak derma. rupe-rupenya dia nak mintak duit parking padahal syah dah park dekat kawasan lapang dan tak kacau rumah orang pon. so, take note kepada sesiapa yang baru first time ke indonesia, ini perkara biasa bagi mereka. korang parking la macam mana sekalipon, tetap kena bagi tips. kadang-kadang kita lepas je nak keluar masa reverse kereta, tapi tetap ade orang guide walhal tak perlu pon.
kapal PLTD apung ni adalah kapal yang membekalkan solar tenaga elektrik bagi seluruh kawasan jajahan aceh. waktu tsunami, kapal ini diheret dari laut sejauh 5km. aku masuk larian milo 3km pon dah rase jauh, bayangkan la 5km - hebat sungguh kuasa Allah swt.

boleh naik kapal ni untuk tengok dengan lebih dekat kawasan sekeliling, nampak laut dari jauh dan view gunung-ganang. ha aku nak remind pasal pathway nak naik ke kapal ni, agak bersimpang siur ye. mula-mula naik tangga, lepas tu jalan kaki sket, kemudian turun tangga pastu naik balik. lebih kurang macam tu la & memang mencabar.

bila dah sampai atas tetibe aku rase gayat, tinggi rupanya kapal ni. pada aku tangga nak turun dari kapal ni pon menakutkan. salah satu tips yang aku boleh bagi, sila pakai seluar kalo nak datang sini. jangan gatai pakai kain!
monumen tsunami
pandangan depan
pandangan sisi
nak naik tangga pon kena queue. berhenti sekejap amek napas snap pic
kat sini tak terasa gayat lagi
gunung ganang
dari sini boleh nampak muzium tsunami. nampak tak puncak gunung tu? aku lupa namanya, heeeeee
boleh main teropong-teropong. nampak ke dik ape yang ko nak tengok tu? nak cite sket ni, cuba korang tengok lantai kapal - dari rata pastu serong ke bawah. tu la salah satu sebab tiba-tiba aku rasa gayat. tapi tetap jugak nak pergi kat pagar tu, saje-saje gatal mata nak tengok bawah. ahaks.
kat area gunung tu adalah laut. bayangkan 5km, maha suci Allah
as usual, tak boleh lama-lama sangat. masih ade beberapa tempat lagi yang perlu di terjah. kali ni nak bawak korang keluar dari kota plak. ade ape di lhok seudu, lhok nga & lampu'uk?

yang pastinya, ketiga-tiga kawasan ni berhampiran dengan pantai dan inilah kawasan barat yang terkena badai tsunami macam syah bagitau pagi tadi. aku excited.

come, lhok seudu first.

sebelum nak sampai ke lhok seudu, kitaorang memang lalu lhok nga & lampu'uk, lalu saje. nanti sat lagi baru jejak kaki.

sebenarnya di lhok seudu takde tempat wisata yang menarik pon. kitaorang just park kereta tepi jalan, pastu amek gambar macam kat bawah ni. kalo drive ke depan lagi tu dah masuk kawasan pedalaman aceh. sekejap je kitaorang kat sini. janji jejak kaki kan?
antara jalanraya di kawasan pedalaman
bagus budak syah ni, dia bawak kereta rileks je, takde rushing bagai. ji hyo berbulu je tengok. kita geng syah!

now dah sampai lhok nga. jom turun. macam biasa, trademark hari ni, amek gambar lebih kurang.
lhok nga
sape sangka pantai yang tenang ni telah mengorbankan beribu nyawa. ombak kat pantai ni cantik, siap keluar side effect macam asap.
aiseyman, tak nampak plak side effect asap ni. sorry la kamera handphone aku cap keldai je. tapi serius aku tak tipu pasal asap tu. kalo tak percaya boleh pergi tanya ji hyo!
tadi view dari belah kanan. ni view dari belah kiri - penghujung pantai
syah sedang berjalan ke arah mobilnya. syah kata kilang kat belakang tu milik orang malaysia. tumpang bangga :)
sudah? moh la kita ke lampu'uk. sebut betul-betul, bukan lempuk eh!

macam biasa, nak keluar je dari parking, ade orang datang mintak bayaran. tadi masa sampai takde orang jaga, alih-alih masa balik ade plak. paling best sekali, lepas pakcik tu dah dapat duit, dia pon terus blah. eeeeiiii sakit plak hati bila ingat balik. hendak tak nak kita kena follow cara mereka.

pantai di lampu'uk kalo dari jalan besar memang tak nampak. kena masuk dalam kawasan kampung baru jumpa. lagi sekali, kami kena tahan - kali ni dengan orang kampung. boleh tahan ramai gak yang berkumpul masa tu, dalam 7-8 orang.

seorang lelaki menghampiri kami.

mula-mula dia bagitau bayaran tiket masuk rp5k. ji hyo dahulukan duit dia rp20k. entah camna spontan je aku cakap pakai duit aku dulu. cari-cari dalam beg ade rp10k. sepatutnya bakinya rp5 la kan? tidak okeh. si lelaki itu hanya pulangkan rp1k. sebagai seorang manusia yang dari kecik hidupnya dah diajar tentang ilmu matematik, aku tanya la syah nape seribu je bakinya? terpaksa la syah tanya. konpiden je si lelaki tu jawab : lima ribu untuk seorang.

fine. aku memang tak suka dengan orang camni. ya betul aku sekarang di tempat orang. tak boleh nak berkeras sangat. ade yang kita boleh bagi & ade yang tak boleh. tapi si lelaki tu kena bagitau secara jelas la kan? let say ji hyo bagi rp20k, boleh jadi dia akan pulangkan baki yang kurang dari sepatutnya. lesson learned. korang lepas ni bagi duit cukup-cukup. tak kesah dekat negara mana sekalipon. bukan berkira tapi macam-macam cara diorang boleh menipu. sentiasa beringat, pasai duit manusia boleh buat ape sahaja.

dah, aku tak nak spoil kan mood sendiri. tengok keindahan pantai lampu'uk, hati relax balik.
pantai di lampu'uk
sebelum sunset menjelma
dulu tv pernah tunjuk video budak-budak tengah bermain di pantai sebelum tsunami. mungkinkah pantai ini?
mereka yang bermandi manda
tengah asyik melayan perasaan sambil tengok keindahan alam, ade orang datang tanya nak air kelapa tak - harga rp10k sebiji. syah cadangkan kami makan kat sini. okeh no problem. lagipon lunch tadi tak makan ape-ape. perut memang mintak diisi time camni. terus kitaorang pergi pilih ikan fresh - dapat 2 ekor untuk dibakar.
deretan kedai di kawasan pantai
disinilah kami melepek & dinner
deretan kedai belah sana
ini mobil syah yang punya
dan ini plak tangan syah. sado tak? hiks. orang sana minum air kelapak tambah gula (dalam cawan), air batu & sedikit perahan limau. aku minum yang pior je sebab masa tu tengah pantang minum ais. baru baik dari takde suara.
salah satu perangai buruk aku - bila nampak makanan, aku dah tak pikir ape - ingat nak makan je. jadi, lauk dinner memang takde gambar. kebetulan plak, dinner kitaorang betui-betui waktu senja. hanya berbekalkan cahaya yang tak berapa nak hado, kami makan sambil menikmati panorama matahari terbenam. memang asyik la even simple sahaja menunya - nasi putih, ikan bakar, telur dadar cicah kicap yang dah ditambah dengan bawang & cili padi.
sunset
jumlah keseluruhan dinner untuk 3 orang termasuk rokok dan air kelapak rp172k. pesen aku kan, dari rp172k mintak tawar lagi rp170k. bundar terus, senang kira.

mujur la kali ni takde orang mintak upah even orang kedai makan tadi siap guide masa keluar parking. iya la, kami dah menyumbang rp170k dalam bisnes ko pastu mintak upah memang cari pasal la namanya tu.

final destination for today adalah masjid rahmatullah.

masihkan kalian ingat lagi satu-satunya masjid yang terselamat masa tsunami dulu? tak ingat? it's ok. meh cikgu sejarah belanja gambar sekeping.

taraaaa....
masjid rahmatullah
dah ingat kan? alhamdulillah. ni antara wish list kami. korang kalo ke aceh datang la sini. kesan tsunami di masjid ini dikekalkan sehingga sekarang. diorang memang tak nak betulkan.
dari luar
kesan tsunami
kesan yang masih dikekalkan
lepas solat & amek gambar, aku terus bertegur sapa dengan makcik-makcik yang tengah tunggu azan isyak. dari kami masuk ke masjid tadi diorang dah pandang memandang. ye la, orang pakai tudung paridah datang aceh u olls! konpem diorang terpukau. ok, ni cerita melalut yang dah ke laut.
bahagian dalam masjid
diorang memang dapat agak kami dari malaysia. itu standard. salah seorang makcik ni suaminya salah seorang mangsa tsunami. kalo ikutkan aku memang banyak nak tanya tapi keadaan tidak mengizinkan. borak & bertanya khabar lebih kurang aku mintak diri. sesungguhnya sejarah tsunami ni betul-betul menginsafkan aku sendiri.

masa nak datang ke kawasan ni rase jauh - bila balik kejap plak. on the way aku mintak syah singgah indomaret sebab takde lagi bekalan air mineral. benda sampingan yang dibeli of cos la tisu & wet tissue (travel pack). konpius syah bila nampak aku beli banyak. aku cakap sini murah!

tengah nak bayar, ade brader ni tegur ji hyo.

dari malaysia?
ji hyo : a'ah
oohhh saya ade sedara dekat sana. orang kedah
ji hyo : ya ka, saya memang orang kedah.

amek ko. ji hyo jumpa geng seangkatan dengannya. brader tu memang fasih cakap utagha. apalagi, dengan aku sekali borak guna bahasa utagha. nampak tak sebenarnya memang wujud hubungan antara malaysia & wilayah aceh sejak dulu lagi.

orang perempuan malaysia cantik - ni brader tu cakap.

aku bangga dengar walaupon dia tak kata aku cantik! tapi jangan nampak sangat bangga tu, senyum sudah!

lebih kurang pukul 9 malam, baru kami sampai hotel balik. seperti yang kitaorang bincang, niat di hati memang nak bagi tips lebih sket dekat syah sebab dia bawak kami lebih dari waktu. lagi pon, dia ni tak berkira macam jugak supir aku dekat medan dulu. ade masanya bila orang mintak upah parking dia yang bayar. 

syah tolak extra money tu. dia kata ape yang kami bagi dah cukup. plus makan semua tadi kami yang belanja. memang aku dengan ji hyo segan la. pulak tu, esok ke pelabuhan dia offer diri nak hantar. aku hulur dia tolak. akhirnya memang aku yang mengalah. thanks a lot syah. aku tak anggap dia sebagai supir tapi lebih kepada kenalan. betul, FB backpackers buddies malaysia memperkenalkan kami. kalo zaman dulu kita berhubung dengan kenalan dari negara luar melalui penpal tapi sekarang dah tak lagi - sekarang zaman teknologi.

kami lepak di lobi dalam setengah jam pastu barulah naik ke bilik. free wifi kan, haruslah menjeleskan mereka dalam FB & instagram - 'we are here' :)

overall, kami puas hati dengan trip hari ni bermula dengan sesi berlari kejar train pagi tadi. percayalah, benda camni akan aku kenang sampai bila-bila. ternyata, aceh sememangnya mendamaikan.

good night.