virtual friends

Monday 24 November 2014

backpackers medan : day 1 - pulau samosir

anak murid : cikgu, pulau samosir ni kat mana plak?

meh cikgu nak bagitau, pulau samosir terletak kat dalam tasik danau toba. nak senang faham, tasik danau toba dalam tu ade pulau samosir. hebat kan ciptaan Allah. so, ade beza antara parapat, danau toba dan pulau samosir. 

dekat pulau samosir, ade perkampungan. penduduk berketurunan batak dan beragama kristian. 
sebab tu aku tak nak menginap di area pulau samosir. takut susah nak cari makan. waktu malam pon sunyi je. ada rumah makan muslim tapi aku tak berapa yakin.

kalo nak tido di pulau samosir, korang kena naik feri pegi ke tuk tuk. situ banyak tempat penginapan. 
pilihan di tangan anda. faham tak anak-anak murid semua? hihi
ok cikgu nak sambung balik cerita perjalanan cikgu dan kawan-kawan ke pulau samosir
*************************************************************************************************************************************
tepat jam 2.15 petang, kitaorang terus ke jeti tigaraja untuk amek feri ke pulau samosir. perjalanan lebih kurang 5 minit je. tapi kitaorang singgah beli makanan dulu sebagai bekalan. abg abu nampak apam balik masa tengah cari melissa palace tadi, so, dia awai-awai memang dah cakap nak beli. tak silap aku, hari sabtu petang memang ade pasar dekat area jeti tigaraja ni. macam-macam ade. sempat la jugak abg abu beli buah salak dengan kacang sebagai bekalan tambahan.
sedap wei apam balik panas-panas ni
pakciks sedang main chess. tau-tau je kitaorang ni dari malaysia. 
senang nak kenal kan?

dah cukup beli bekalan tenaga, kitaorang terus naik feri. masa tu baru pukul 2.45pm. so, dapat feri awai.
info yang aku dapat, harga tiket feri untuk seorang rp10k. tapi kali ni dapat rp8k. dekat sini ade banyak feri. diorang bese akan tanya nak ke tuk tuk atau tomok. kalo nak pegi pulau samosir yang bukan di kawasan tempat penginapan, kena turun di tomok.
cantik feri sebelah ni
inilah feri kami, ikut suka korang nak duduk belah mana
pekan parapat
ali dengan ahmad duduk kat belah atas tu
perjalanan dari jeti nak ke pulau samosir amek masa 1 jam. 
masa ni memang seronok la menikmati keindahan tasik danau toba. 
cantik, nyaman, tenang. semua perasaan ade. aku je ke yang mood camtu kot, hiks
pekan parapat dari kejauhan
baby dari keturunan batak
aku berani amek gambo ni dari jauh je. takut nak p dekat-dekat. 
aku suruh abg abu pegi amek gambo dekat-dekat plak
tara, ni la hasilnya. sempat depa buat keje, tak buang masa sungguh. 
sambil-sambil tu bergosip kan kan? hihi
mak baby tadi memang peramah orangnya. dia siap bagitau kitaorang feri ni akan berenti kat kawasan kampung dulu barulah ke tomok. tq kakak. kalo tak memang kitaorang ingat dah sampai. 
jeti di kawasan perkampungan
 
sampai kat jeti tomok, adik feri tu bagitau aku feri ni akan bertolak balik  ke parapat 4.30pm. maknanya kalo style kat sini, pegi balik naik feri yang sama ke? entahla, yang ni aku kurang pasti sebab aku ingatkan boleh naik mana-mana feri je.

dekat jeti tomok ni, dah ada orang menunggu untuk bayaran tiket masuk. takde kaunter pon, sape yang sampai kat jeti memang dia tahan. suka tak suka, sila bagi rp2k. aku ni terus bersyak wasangka jahat mesti semua duit tu masuk dalam poket dia, haha! kira dia ni abang kawasan kot.

kitaorang ade 1 jam je untuk cover kampung batak, kursi batu & shopping. 
sempat kot, layan je. dari jeti tomok, jalan je straight, kiri kanan kedai jualan. jangan beli dulu, tengok-tengok je.
info yang aku dapat, kedai yang dekat atas-atas sana lagi murah. kita tengok rezeki sape yang dapat duit kami. kat sini, aku dah pesan dengan ahli jemaah supaya berhati-hati lah sebab depa jenis memaksa. 
korang jangan cakap takpe-takpe, jap lagi datang balik ke. no no! depa ingat janji korang tu. sebab aku pon terkena. masa tu aku tengah borak dengan ahli jemaah nak beli FM kat sini. betul-betul dekat kedai kakak inul ni. gamaknya dia terdengar aku cakap kot. pastu.....jeng jeng, jap g aku sambung.



kat area rumah orang batak ni, kalo kita nak tengok persembahan, kena bayar berapa ntah. kitaorang memang taknak pon. juz amek gambo, selpie selpot pastu belah. tapi pintu rumah depa memang unik la. kecik je. muat ke aku yang spesis istimewa ni nak masuk?

perjalanan diteruskan ke kawasan kubur kristian plak. tiada bayaran dikenakan tapi pekerja kat situ cakap kena bagi derma seikhlas hati dan wajib pakai ulos. ahli jemaah semua setuju nak masuk. jom!
sumber yang aku baca, diorang ni jenis tak tanam mayat. kalo buka tu, mesti nampak tengkorak

entrance ke kawasan kubur
matlamat utama aku ke sini sebab nak tengok dan bergambo dekat kursi batu (huta siallagan). aku tanya pekerja kat situ, dia kata tempat tu kat kawasan ambarita. tak pasti la jauh ke tak. so, matlamat tak tercapai.
dapat tengok yang ni pon jadi la
dah setel suma aktiviti selpie selpot, maka misi shopping bermula.
ade kedai kakak ni dia offer 10 ketul FM dalam rp50k, aku terus beli, share dengan ali.

drama abg abu plak, dia nak cari t shirt takde lengan.
kan banyak sangat kedai jualan, pastu dengan peniaga yang dok suruh masuk kedai depa, last-last kitaorang pakat buat enosmen, sape ade jual t shirt takde lengan? ha amek ko, tak penah orang lain buat, kitaorang buat. pastu ade kakak ni tarik abg abu, last-last dia tunjuk t shirt budak. aiya, tak pasal-pasal kitaorang bantai gelak la.

rupe-rupenya masa ni kitaorang dah sampai dekat area kedai kakak inul. 
tiba-tiba, kakak, tadi kata mau tengok FM?
aku : eh, ko ni dah kenape? bila masa aku cakap nak tengok? dalam hati je la berani. dia ingat aku cakap sini tu kedai dia kot padahal aku maksudkan sini tu kedai-kedai area tomok. 
last-last aku pandang je dia. buat tak tau sudah. baik aku fokus drama abg abu.

lepas ahli jemaah dah dapat apa yang diorang nak, kitaorang terus ke jeti tomok. tak abis-abis dok gelakkan drama abg abu tadi.

sementara nak tunggu feri gerak, ade drama lain plak.
abg abu ni jenis banyak mulut. masa kat atas feri, ada plak orang datang jual kopi panas, kacang dan macam-macam lagi la.
abg abu layan je la. dia kata dia nak kopi panas tapi taknak bayar. 
korang tau dia buat ape? dia buat sistem barter. kakak tu bagi kopi panas, dia bagi 1 sachet kopi 3 in 1 untuk kecantikan dalaman. haha, jahanam. abg abu ni siap promote kopi tu bagus untuk kurus badan, minum tu cepat kenyang dan bla bla. 
apalagi, kitaorang bantai gelak la. finally, taktik dia buat sistem barter tu berjaya. 
artis buat show. lepas abis nyanyi, depa cari kitaorang mintak duit. aku bagi syiling malaysia dia mintak duit kertas ko, aku buat tak layan je
sunset

view from melissa palace guesthouse
sampai kat parapat, kitaorang balik guesthouse dulu. 
janji nak jumpa balik lepas maghrib untuk sesi dinner.

malam tu kitaorang dinner di rumah makan muslim nikmat. sekali lagi masakan padang. okeh, aku dah jemu, tapi kena redha.  kalo tak nanti aku kurus orang lain riso, hiks. kalo dari melissa palace, tak jauh mana, jalan kaki lebih kurang 15minit.

lepas dinner, balik guesthouse. lepaking dengan mak owner sambil layan drama.

cerita tempat penginapan :  lokasi melissa palace ni terletak kat area bukit sket. so, kalo jalan kaki nak ke jeti atau tempat makan, kita akan menurun tapi balik nanti kita mendaki sket. 

aku bagi 6/10 la. semua ok pasal guesthouse ni. cuma bab toilet bilik kami kureng sket. lantai berlumut dan air dalam kolah kotor. spoil mood aku nak basuh rambut.  

kat sini, service iron disediakan kat ruang tamu tempat kitaorang lepak dengan mak owner tadi. jangan risau, baju dengan tudung kita tak akan berkedut. boleh spoil mood tu, hihi

for more info pasal guesthouse sekali dengan gambo, klik SINI

Friday 21 November 2014

backpackers medan : day 1

7 november 2014 (jumaat)
hari ni aku keje macam bese. petang tu sebelum balik umah, aku kena amek aminah dulu kat putrajaya sentral. selain aminah, yang akan turut juin trip ni : abg abu, ali & ahmad. kitaorang sebenarnya takde kata putus lagi samada nak tido kat epot atau tak. kalo tak tido pon takpe. flite pukul 7.40am. memang sempat pon amek ERL paling awal pukul 4.50am.

tapi.......!!! 

semua tak berani jamin boleh bangun awal ke tak termasuk aku, haha.

sebab aku penah lambat bangun masa nak pegi labuan dulu. sudahnya aku tak mandi pagi. selamba badak je nonong naik flite, nasib sempat masuk dalam perut kapalterbang.

aku tanya ahli jemaah ape keputusan. abg abu suruh tido kat epot je. jangan amek risiko & dia yang sebenarnya bagi cadangan pon. aminah dgn ali plak follow je. aku pon taknak mengulangi sejarah silam, so, keputusan rasmi : marilah kita bermalam di epot. jumpa kat putrajaya sentral jam 12 tengah malam. last train dari putrajaya ke KLIA2 jam 12.20am.

8 november 2014 (sabtu)
sesungguhnya, tido kat epot bukan la perkara yang menyeronokkan. lebih-lebih lagi spesis yang macam aku, takleh tido lampu terang-terang ni.

itulah pengalaman. semua backpackers memang kena hadap ujian pertama ni dan wajib lulus. barulah boleh dapat title backpackers sejati, hihi.

kami bangun dalam pukul 5 pagi. siap-siap dah nak gosok gigi, cuci muka dan buang ape yang patut.

kawan kitaorang yang lagi sorang tu, ahmad dah on the way ke epot pon. dia memang tak juin part tido kat epot sebab kawan dia boleh anta pagi-pagi tu.
dah setel suma, kitaorang terus ke balai pelepasan antarabangsa.
sementara menunggu, masa ni staff AA akan check satu per satu boarding pass dan passport penumpang. nanti bila flite dah ready, kita boleh terus q untuk masuk je. see, dah jimat masa kan?
pagi ni cuaca mendung, baru lepas hujan. yeay dapat duduk tepi tingkap. pakai tali pinggang siap-siap, baca doa, perjalanan amek masa 45minit je. bye bye malaysia. 
ni airport baru. cantik. lebih kurang macam KLIA jugak.
sampai airport kualanamu-medan, benda pertama yang kena buat dulu, isi borang. pastu beratur untuk cop imigresen plak. masa kitaorang sampai, kaunter banyak gak yang buka. alhamdulillah takde pegawai imigresen yang kekwat-kekwat. so, semua urusan jadi pantas & episien.

ok, misi #tripredahmedan bermula. 

saspen saspen, bismillah.....

lepas je kitaorang keluar dari arrival hall, ade la dalam 2 3 orang tanya nak pegi mana. ade mamat ni memang betul-betul minat dengan kami. dia follow kitaorang sampai kat lounge room. sampai lounge room, letak beg, aku terus cari toilet dulu. biar la budak-budak laki setel dengan mamat yang dok follow kami tu.

dah setel suma, baru lah kitaorang nak cari shared taxi untuk ke parapat.

dari info yang aku dapat, keluar je dari arrival hall, cari convenient store - alpha mart. depan tu ade kaunter teksi. kat situ la korang boleh dapatkan info pasal shared taxi ke parapat dan juga tempat-tempat lain.

sebelum ke kaunter teksi, aku & aminah masuk alpha mart dulu. beli air mineral untuk bekalan 3 hari. masa tengah bayar, aku tanya adik cashier pasal shared taxi ke parapat. dia tunjuk kaunter teksi tu. ok, memang niat nak p sana pon jap lagi. just nak confirm betul ke tak.

rupe-rupenya lepas je aku bayar, ade pak supir tengah beratur kat belakang aku. terus adik cashier bagitau pak supir tu aku nak ke parapat. lepas je keluar dari alpha mart, kitaorang pon discuss dengan pak supir berapa harga yang dia boleh bagi untuk 5 orang & sebuah kereta. mula-mula dia letak rp600k. sebenarnya memang tu pon harganya. aku try tawar rp550k dapat. aku deal dengan dia siap-siap yang kitaorang nak breakfast dulu sebelum jalan jauh.  
kiri : lontong, kanan : nasi lemak

perjalanan ke parapat sebenarnya dalam 3jam ++ kalo tak jem.

kalo jem, tu yang boleh sampai 6 jam.

ade kawan aku lagi best, dia pegi medan dengan travel agent, 9 jam ko perjalanan nak ke parapat!

fuh, kesat peluh. saket montot wei dok dalam bas lama-lama.

tips travel : kalo pegi medan hari sabtu, sila amek flite awal pagi dan terus ke parapat. kalo lepas lunch atau petang baru nak bertolak, tu yang kena hadap jem. penduduk medan hari sabtu ade yang pegi parapat untuk berlibur sebab ahad tu cuti kan. kalo hari ahad plak, memang ramai penduduk medan berlibur di berastagi.

lepas breakfast, perjalanan ke parapat bermula. tasik danau toba! ang tunggu aku mai!

untuk ke parapat, kitaorang ade melalui beberapa daerah : deliserdang - kota tebing tinggi (atau nama lainnya kota lemang) - permatang siantar & barulah nampak tasik danau toba.

hasil rumusan aku punca-punca yang menyebabkan terjadinya jem sampai 6 - 9jam tu sebab jalannya memang kecik dan kenderaan banyak - ko kena teror bab potong memotong ni. supir aku bab ni dia memang cekap la, aku memang tak takut kalo dia drive.

tapi kalo abg abu yang drive kat sini, aku takut. haha. baru aku tau 1 keistimewaan dia. dia kalo g mana-mana, senang sungguh tido. dalam flite tadi pon, dia duduk dan terus zzzzz. ni dalam keta pon sama, jelesss plak kita tengok dia senang tido.
finally, dalam 12.30pm, nampak tasik danau toba. wah excited ko. apalagi, jom benti jap amek gambo.
jangan konpius ye dengan cite aku. kalo nak ke tasik danau toba, kita akan berenti di parapat
sebelum ke tempat penginapan, kitaorang request dengan pak supir nak lunch dulu. kali ni kita try makan masakan padang. sori takde gambo kedai, lupe nak snap.

pastu terus pak supir bawa kami check in dekat melissa palace guesthouse. FYI, owner dia memang tinggal kat sini. diaorang duduk dekat tingkat 2. bilik-bilik untuk tetamu di tingkat 3 dan 4.

setel semua urusan check in. kitaorang rehat & solat. janji nak jumpa balik dalam pukul 2.15pm sebab nak kejar feri ke pulau samosir pukul 3 petang nanti.

bilik aku & aminah

cerita pak supir : 
masa dalam perjalanan tadi, aku ade saje-saje tanya berapa harga kalo nak guna dia untuk program esok hari. sebab aku saje tanya tu coz aku suke cara dia approach kitaorang. mula-mula dia tak dapat bagi harga. tapi dia cakap dia boleh amek kitaorang esok pagi & dia akan bertolak dari medan lepas subuh. aku dah imagine mesti dia letak harga mahal la kan sebab dia dari medan tu. kitaorang pon memang decide taknak amek la kalo mahal. last-last lepas kitaorang abih lunch tadi, dia bagitau harga rp700k dan deal siap-siap mana tempat yang nak pegi. dia pon ade bagi cadangan rp700k include mandi air panas kat gunung sibayak dan pegi kebun strawberry. entrance fees dan parking tidak termasuk sekali. hasil perbincangan, kami semua setuju nak hire dia untuk hari ke2 based on itinenary yang kitaorang dah plan.

petang tu, lepas balik dari tasik danau toba, baru aku dapat tau dia pon tido kat sini. tu aminah bagitau aku maybe dia dah kautim dengan owner melissa palace untuk 1 bilik dan sebenarnya kitaorang yang bayarkan. erm, betul jugak. memang aku ade baca penginapan supir kita tanggung. patut la tadi masa kami lunch aku nampak dia tengah call someone, tapi takde la aku nak marah ke ape dengan pak supir sebab tak bagitau kitaorang. pada aku, harga rp700k masih lagi berpatutan termasuk penginapan supir. asalkan pak supir tak amek kesempatan. give & take each other. oh ya, rp700k untuk kami berlima, so, harga masih lagi under control.

Wednesday 19 November 2014

backpackers medan : persediaan

serius, semangat menulis sangat berkovar-kovar ni, heeeee ~~

jom, lets cekedaut story mory tentang percutian aku ke medan seminggu yang lepas

PERSEDIAAN (sekitar julai  & ogos 2014)
sebenarnya, untuk percutian kali ni, persediaan yang aku buat memang agak details.

mana tak nya, first time nak ke luar negara dengan membawa title 'backpackers'.

banyak yang kena amek tahu dan juga kena buat-buat sibok nak tau semua benda. hiks

sebenarnya jugak, aku tak plan pon nak g medan ni.

alkisahnya pada satu hari aku langsung takde koje kat opis, aku terbuka la website pakcik tony. aku try la cari tix ke ho chi minh. kunun-kunun nak juin kawan aku yang buat trip solo ke sana betul-betul masa besday aku. aku memang verangan nak sambut besday sendiri kat negara orang, cewah

masa tu tix return ke HCM dalam RM250++, consider ok la. tak mahal sangat. tapi aku try godek pulak tix ke medan. 

mak aih, lagi murah! RM143 return. terus aku decide nak ke sana.

apalagi, operasi pon bermula :
1) aku refer pakcik google ape yang best kat medan. tengok-tengok danau toba & air terjun. ok cantik, menepati syarat-syarat sah untuk pergi bercuti iaitu tengok keindahan alam semulajadi
2) aku whatsapp kawan-kawan tanya nak juin ke tak. aku memang target nak pegi dalam 4 orang je (2 lelaki 2 perempuan). ok tunggu feedback dulu.
3) at the same time, aku whatsapp kawan aku yang nak g HCM tu bagitau tak jadi juin dia. aku cite aku nak ke medan. baru la aku tau, dia dah p sana awal tahun hari tu. lagi gilos, naik bas ko g danau toba tu. dia jugak la yang banyak tolong aku pasal medan ni. ok, setel 1 lagi masalah 
4) then, dapat replied whatsapp, 2 orang kawan lelaki aku nak juin. yang gegirl masih takde jawapan rasmi lagi. ade nak tanya mak dulu. yang ni bagus. ade nak tanya dan ajak pakwe la. adoyai, yang ni tak bagus. sampai esok jugak la aku tunggu feedback diorang. so, aku decide beli kami punya dulu sebab kalo nak tunggu lagi, silap-silap tix mahal plak. ok setelkan dulu part ni.
now, misi mencari 'travelmate' gegirl masih diteruskan. abih la semua orang aku dok whatsapp. aku kan juin group backpackers buddies malaysia (BBM) dalam FB. kat situ pon aku siap post lagi tapi respon tak memberangsangkan. haishh mesti ayah aku tak bagi lepas punya kalo dapat tau aku sorang je gegirl. so, awal bulan ogos ari tu, aku try post lagi sekali dalam BBM. 


assalamualaikum
sy masih mencari sorang lg partner (ladies sahaja) utk trip ke medan awal bln 11 ni
- tiket masih lg murah
- pegi 3hari 2mlm je
- bercuti dgn bajet yg ciput. kitaorg pon baru 1 time nak g sbg backpacker. yg penting cuti ni kita akan blaja bnda baru & boleh dipratikkan bila nak bercuti ke tmpt lain plak especially luar negara. sy xde amek ape2 extra charge ye
sape2 yg teringin nak pegi bercuti tp takde kwn, inilah masanya. jgn riso, kwn sy lg 2 org yg akan juin sekali nnt giler2 (sikit je la) tp still waras lg
for more info, pm jika berminat

kali ni aku try guna ayat membeli jiwa, hihi. memang berkesan. ramai plak yang nak juin. finally, jumpa gak travelmate gegirl. aminah namanya :p alhamdulillah dah boleh tarik napas lega, boleh tido nyenyak. pastu, ade plak kawan pada kawan aku yang laki tu nak juin gak. keputusan rasminya, kami pegi berlima (3 lelaki 2 perempuan).

dari segi persediaan yang lain plak, aku juz google blog-blog untuk dapatkan tips dan info. then, aku bookmarks dulu. nanti bila free baru baca. aminah plak handle part penginapan. yang lelaki tak masuk campur langsung. diorang tau follow je. sampai sana nanti, part korang pulak jaga kitaorang. hiks 

oh ya, aku ade gak survey harga if nak guna supir. majoriti letak harga yang lari bajet jugak la sebab diorang caj harga untuk petrol & pemandu sahaja. entrance fees, parking, makan & penginapan supir tak termasuk. tu belum lagi tips untuk supir. ade yang siap letak harga tips dah. fuh! ini bukan percutian backpackers namanya. keputusan rasmi : untuk transport kat sana, kami akan guna shared taxi untuk ke danau toba - berastagi - medan. dekat area medan, kami naik betor (beca + motor) atau jalan kaki je kalo tempat dekat-dekat tu.

tips : kalo sesape yang berniat nak amek supir sepanjang berada di medan, korang amek sekali dengan pakej penginapan tau. sebabnya harga agak reasonable. kebanyakannya supir ni bekerja dengan travel agent.

kalo juz amek supir sahaja, penginapan korang cari sendiri - harganya lebih kurang je dengan korang amek supir + pakej penginapan. hehe, paham ke maksud aku ni? aku pon tak paham camna nak terangkan sebenarnya.

PERSEDIAAN (seminggu sebelum)
kali nie preparation memang sangat sangat rapi. barulah aku sibuk nak baca semua blog yang aku bookmarks tu. then, baru la aku finalize jadikan 1 itinenary. pastu aku check in web semua tiket flight. suruh aminah confirmkan balik pasal penginapan. perghhhh macam aku plak yang jadi tourist guide. haha!
2 3 minggu sebelum ke medan - banyak sangat yang aku take note sampai aku pon fenin!
bab hati & perasaan sebelum nak bertolak ke medan ni agak takut sebenarnya. bila baca macam-macam versi blogger, aku boleh katakan medan ni tempat yang menakutkan. diorang kat sana buat macam-macam cara lah untuk dapatkan duit sampaikan ade supir yang menipu. sudahnya, tawakal je la.

ok, selesai sudah cerita tentang persediaan, bersambung :)

Monday 17 November 2014

rindu blog

assalamualaikum

november sudah, kejapnya masa berlalu kan?

next month dah disember, pastu welcome 2015, yeah!!

usia pon makin bertambah, huwa!!!

ala, ape ade dengan umur, yang penting jiwa alwizz muda u ollss - ayat nak nyedapkan ati je ni

aku baru je balik dari medan seminggu yang lepas. pastu selasa sampai khamis ade kursus plak. jumaat sambung cuti balik. so, seminggu la tak masuk opis. masa kursus hari tu, dalam kepala otak dok fikir blog ni je, cepat la masuk opis. bukan kemain semangat nak update blog sebab nak kongsi cite panazz kan, haha.  

hutang cerita korea tak habis lagi. dah masuk cerita medan plak. tu blom lagi cerita di taman negara. aiyo, banyak yang tertunggak ni. sebab tu la, kalo cerita yang fresh ni kena cepat-cepat update. kalo tak jadi macam cerita korea, semua benda aku dah tak ingat. nota pon dah tak ingat letak mana.

ok, insyaallah aku akan pelan-pelan update cerita medan ni & janji....aku tak amek masa lama nak update next entry plak, hiks

sebelum tu, belanja 3 4 keping gambo sebagai semangat nak update blog, ahaks!
seoul - 1 mac 2014
taman negara - 1 november 2014
9 november 2014 - pemandangan disebalik tasik danau toba
9 november 2014 - keindahan air terjun sipiso piso