assalamualaikum :)
hari ni aku nak berkongsi pengalaman beli tiket keretapi secara online dekat tiket.com
this website lebih kurang sama dengan expedia. bukan saje train ticket - waima flight ticket, kereta sewa & hotel di seluruh jajahan dalam indonesia boleh beli dekat sini.
sometimes ade jugak depa buat promo. rajin-rajin la survey selalu, mana tau korang bernasib baik dapat booking dengan harga murah.
laman web tiket.com - nak senang beli, dekat column atas sebelah kanan boleh tukar dari USD ke MYR |
services & info |
cuma ade beberapa perkara tips yang aku take note semasa beli tiket hari tue. semoga dapat membantu sesape yang tengah plan nak ke sana dalam masa terdekat ni. let's cekedaut!
#1. first of all, register dulu sebagai member. coming soon senang bila nak beli lagi, automatik rekod dah ade. menariknya, rekod ji hyo pon depa save jugak.
#2. kalo engkau adalah ketua rombongan yang kena beli tiket untuk penumpang lain, sila dapatkan nama penuh, identity number i.e passport number & phone number mereka untuk dimasukkan dalam butiran. that's it.
#4. sila ambil maklum keretapi indonesia takde sleeper bed.
#5. hari tu kitaorang amek executive class - itu jer yang ada. nasihat aku if korang amek business class pon dah okey. so, ape beza antara economy, business & executive class?
economy class - harga tiket paling murah & boleh duduk dimana-mana. temanya first come first serve.
business class - harga tiket sederhana iaitu tak murah & tak mahal mana. tempat duduk ade no seat.
executive class - harga mahal, tempat duduk ade no seat, ade plug untuk caj handphone, tv dan semestinya selesa. ari tu dekat koc kitaorang ade penjaga. maybe orang luar tak boleh masuk sesuka hati. selain tu, setiap penumpang juga akan dibekalkan selimut dan sebuah bantal kecil. awas, jangan rembat ye :p
#6. suka aku nak nasihatkan korang supaya beli tiket awal-awal, just nice dua tiga bulan before depart. kebiasaannya, tiket keretapi indonesia selalu cepat habis. tambahan plak website camni mesti ade kouta tertentu.
#7. merujuk kepada point #6, antara kelebihannya : korang mempunyai banyak pilihan untuk memilih seat/class mengikut citarasa masing-masing.
#8. maaf, aku takde info pasal pembelian tiket on the spot. macam di indonesia sendiri, mereka juga digalakkan membeli tiket secara online. sebagai contoh, ade mesin khas disediakan dekat convenience store indomaret - hari tu sempat jugak aku godek. apa-apa pon, takde masalah kalo korang nak cuba beli on the spot, just get ready with risk and back up plan.
#9. tricky juga masa nak beli tiket hari tu. aku confuse mana main station. penyelesaiannya aku post kat BBM, baik tanya pada yang pakar. so, untuk jajahan jakarta, boleh naik/turun di stasiun gambir. jajahan jogjakarta boleh naik/turun di stasiun tugu yogyakarta manakala jajahan bandung boleh naik/turun di stasiun bandung. boleh baca blog ni juga sebagai rujukan : 10 stasiun paling besar di indonesia
#10. pembayaran hanya boleh dibuat dengan kad kredit sahaja. aku rase boleh juga bayar dengan kad debit (rase je la). asalkan kad tu adalah mastercard. ji hyo kalo booking accomodation dekat agoda memang pakai debit card je. cer korang cube :)
#11. selepas pembayaran, nanti depa akan email voucher. jangan lupa datang awal ke stesen kereta api, seeloknya dua jam sebelum. nanti cari sajork ticket printing machine untuk redeem ticket. hanya masukkan booking code selepas tu tiket korang berjaya dicetak.
maklumat penumpang yang perlu diisi |
kelas eksekutif |
kelas bisnes |
contoh tiket 30 oktober 2015. hanya tinggal untuk kelas eksekutif |
contoh tiket 31 disember 2015. kelas bisnes dan eksekutif masih available |
pembayaran hanya melalui kad kredit. jangan tertipu dengan logo cimb clicks tue - valid for cimb clicks indonesia |
contoh voucher dari jakarta ke jogjakarta. booking code : 48FLHR |
lagi contoh voucher kami dari jogjakarta ke bandung. booking code : RXR133 |
terms & conditions yang perlu tahu selepas beli tiket |
terpulang pada korang samada nak naik train siang atau malam. bergantung pada itinerary masing-masing. pada aku, apa yang penting, merancang perjalanan dengan berhemah. ha, gitewww. kita yang travel, kita berhak menentukan yang terbaik untuk trip sendiri. barulah mencabar!
sekian sahaja cerita untuk entry kali ni. tq for reading!
sonoknyer naek ketapi indon tuu ;p
ReplyDelete