virtual friends

Tuesday, 13 October 2015

saya jual vitamin rambut

jangan terkejut tetibe writer tukar topik :)

lama dah nak ceghita pasal bisnes ni tapi kemalasan melanda. aku just share dekat instagram jer. hari ni, entah angin kus-kus mana datang, terasa macam dah bersedia nak share dalam blog plak.

aku buat bisnes kecil-kecilan iaitu jual vitamin rambut. rupa vitamin ni seperti ellips hair vitamin yang dijual dekat watson. cuma bezanya, aku jual dalam kuantiti yang banyak. meh sini dengar cerita selanjut mengenainya.
kandungan vitamin rambut
aloe vera oil - jojoba oil - UV protector - vitamin A - pro vitamin B5 - Vitamin C - vitamin E

fungsi vitamin rambut
#1. dapat melembap dan melembutkan rambut
#2. indirectly, rambut akan mudah terurus dan bersinar
#3. vitamin ni dapat mengelakkan rambut jadi bercabang
#4. ianya juga dapat merawat rambut rosak daripada bahan kimia
#5. bertindak sebagai pelindung rambut dari sinaran UV

siapa yang sesuai menggunakan vitamin rambut
#1. semua orang di atas muka bumi ni tak kira lelaki dan perempuan
#2. adik-adik yang masih lagi sekolah pon takde masalah boleh guna
#3. ibu mengandung dan ibu menyusu - heeiii mereka pon nak vogeh jugak okeh :p 

cara nak guna vitamin rambut
#1. tarik sahaja penghujung vitamin rambut sampai putus
#2. kemudian, picit dan letakkan di atas telapak tangan
#3. seterusnya sapu ke seluruh rambut dan biarkan saje rambut kering dengan sendirinya. secara automatik, rambut akan berbau wangi dan lembut.

lain-lain info mengenai vitamin rambut
#1. hanya guna sekali sehari samada pagi, tengahari atau malam
#2. selepas bersyampoo, biarkan rambut kering terlebih dahulu baru boleh letak vitamin rambut
#3. satu paket ade 100biji dan penggunaan tahan untuk tempoh tiga bulan.
#4. walau bagaimana pon, bergantung kepada cara anda menggunakannya. ada setengah customer jenis rambut lebat dan tidak cukup sebiji untuk sapu di seluruh rambut. 
#5. selain dari tue, contoh lain adalah aku sendiri. biasanya selepas bersyampoo, rambut akan kasar sedikit. so, aku suka guna dua biji. kalo daily use, memadai sebiji sahaja. 
#6. vitamin rambut ni mudah untuk dibawa ke mana-mana. see, kan dah senang nak pergi travel.
#7. terdapat lima pilihan warna dan mempunyai fungsi yang sama. 

harga vitamin rambut
RM35 (semenanjung malaysia)
RM40 (sabah & sarawak)

kos penghantaran adalah percuma. takpe, sekali sekala belanja customer. penghantaran barang pula akan menggunakan perkhidmatan pos laju.

untuk permulaan bisnes, aku nak kasi free gift. bukan la hadiah besar mana pon, hanya wet tissue yang aku beli dekat convenience store indomaret. kira ni sebagai souvenier la yang aku bawa balik dari travel, hehe. 

oh ya, konsep yang digunakan untuk dapat free gift ni ialah konsep sape cepat dia dapat.

sebarang pertanyaan lanjut boleh drop comment kat bawah ni atau email atau WhatsApp. jangan tanya soalan mengarut sudah la. memang pasti dan nyata aku bolayan kan je. 

korang jugak boleh follow IG aku blogger_cakapsempoi. mostly dekat situ semuanya latest info.

hokey la, sehingga bertemu lagi di lain entry, selamat menyambut awal muharram 1437 hijrah. semoga kehidupan kita sebagai hambaNya menuju ke arah yang lagi baik dari sebelum ni. assalamualaikum.
antara gambar-gambar yang customer snap

No comments:

Post a Comment