virtual friends

Thursday, 10 September 2015

day trip ke pulau weh : kilometer 0 titik permulaan indonesia

9 mei 2015 (sabtu)

hari kedua di bumi aceh. selamat pagi donia!

aktiviti kitaorang hari nie nak jalan-jalan ke pulau weh. bagi local, depa panggil pulau weh ni sabang - destinasi yang sama sahaja.

macam mana nak ke sana? 

jatuh hukum wajibul ghunnah kena naik feri dari pelabuhan ulee lheue (banda aceh) ke pelabuhan balohan (pulau weh). ada 2 jenis feri iaitu feri cepat/ekpress (anggaran perjalanan 1 jam & hanya bawa penumpang) dan feri lambat (anggaran perjalanan 3 jam - boleh bawa  penumpang dan kenderaan).

apa yang best dekat pulau weh? 

ada orang kata pulau weh adalah syurga dunia untuk mereka yang suka buat aktiviti diving & snorkelling. sesuai jugak untuk pecinta laut. kalo putus cinta & nak bawak diri macam drama melayu, kat sini pon sesuai. haha.

selain tu, dekat sini jugak la letaknya kilometer 0 atau nama lainnya titik nol iaitu titik permulaan negara indonesia.

secara ringkasnya pulau weh merupakan pulau gunung berapi yang terletak di barat laut kepulauan sumatera. asalnya, pulau ni terletak dalam kepulauan sumatera tetapi dipisahkan oleh laut selepas gunung berapi yang terakhir pada zaman pleistosen meletus - sumber wikipedia.

amacam? menarik tak history pulau weh ni. 

meh, kumpui ramai-ramai untuk baca pengalaman aku ke sana. ada drama yang takkan ku lupakan sampai bila-bila.
*************************************************************************
sementara tunggu syah datang, kita sarapan dulu. bilik yang kami booking thru agoda ni include breakfast sekali. 

simple je makanannya - nasi gurih boleh pilih samada nak ayam, ikan atau telur. air pulak semestinya aku pilih kopi.

highly recommended kalo nak stay sini. harga yang berpatutan dan sesuai untuk backpacker style.
sorry! lepas makan baru teringat nak amek gambar
tengah santai bersarapan, dapat WhatApp dari syah - dia tak boleh hantar kami ke pelabuhan ulee lheue sebab mak dia ajak pergi pasar. baguih budak ni. ini kalo kat malaysia, syah dikira sebagai colan-colan untuk bakal imam kan?

kitaorang okey je. itu pon dah kira baik syah offer diri nak hantar. so, tak nak buang masa, kitaorang terus keluar tunggu becak depan hotel sebab nak kejar feri ke pulau weh pukul 9.30pagi. mujur tak tunggu lama. dapat je tahan sorang mamat becak ni - ji hyo tanya dulu berapa dia letak harga - rp20k. wow, boleh sangat tu sebab syah bagitau harganya lebih kurang rp25k.

aku & ji hyo ni jenis badan berisi. ces, masing-masing tak mengaku gemukss okeh, hiks.

bila kami naik becak tu, terasa macam berat sebelah. pulak tu mamat becak kurus saje orangnya. agak hazab jugak bila tak dapat duduk sepenuhnya. sorang kena ke depan dan begitulah sebaliknya. terasa bebenor perjalanan nak ke pelabuhan sangat jauh padahal lalu semalam dekat je. 

lagi satu, memang nampak becak tu tak boleh bawak laju lebih-lebih tang kona. mamat tu cuba gak tekan minyak kuat-kuat tapi still slow jugak. lantas terbit satu perasaan dan bermotivasi nak diet bila balik malaysia nanti, insaf ~~

bila dapat jejak tanah di pelabuhan ulee lheue, lega ya amat. kematu punggung aku! sementara tunggu ji hyo setelkan pembayaran, aku siap boleh buat stretching.

sedang elok nak masuk ke dalam, aku nampak syah - syah nampak kitaorang. aik? tadi kata pergi pasar?

rupenya kawan dia call bagitau tiket feri ke pulau weh dah habis. pasal tu la si syah terus datang ke sini. part paling best, dia p tinggal mak dia kat pasar kejap - bertuah punya budak!

walau ape sekalipon, sebenarnya kitaorang sangat bersyukur syah ade kat sini. kalo tak memang kitaorang duduk diam-diam tak tahu nak buat ape bila dengar tiket dah sold out. terpaksa pakai plan B plak. syah ajak kitaorang masuk dalam dulu - tunggu sekejap dekat tempat pelepasan feri. orang memang ramai pagi tu, no wonder tiket cepat habis & hari sabtu kan. jadi, sila take note kalo nak pergi pulau weh hari sabtu. nasihat aku beli tiket awal-awal. semalam syah dah cakap tiket feri boleh beli walk in je. mungkin masa kitaorang datang ni indonesia cuti umum kot - tak pon cuti sekolah - tak pon dekat pulau weh ade festival - dah malas pikir. janji dapat naik feri, itu matlamat kitaorang sekarang ni.

syah try slow talk dengan staff feri ni. memula mamat tu tak berapa layan sangat. dia kata tengok dulu camna. entah ape yang syah pung pang pung pang, lastly dia dapat tinggalkan kami dengan staff feri tu. syah pon tak boleh lama, kesian mak dia. kira ni pertaruhan 50-50, ade rezeki ade la.

dalam 10 minit menunggu, staff feri tu datang dekat kami. katanya nanti bila orang dah nak naik feri, jumpa dia balik kat pintu masuk untuk amek tiket. lepas bagi duit, kitaorang hanya tawakal je la tak kena tipu dan sebagainya. kes darurat.

adoi, punya la ramai orang hari ni sampai berhimpit-himpit nak masuk ke dalam feri. memang tak bernapas. langkah paling selamat, kitaorang berjalan belah kanan sebab nampak staff feri semua berkumpul dekat situ. alhamdulillah, rezeki tu ade. nasib ade tiket lagi dan barulah nampak staff tadi senyum lepas kitaorang say thanks. mahalnya senyuman dia tu!

kitaorang lucky masuk awal. feri dia lebih kurang macam feri langkawi. seat kami dekat bahagian bawah dan boleh pilih nak duduk mana. yang penting kena masuk dock yang betul. tapi disebabkan orang terlampau ramai, keadaan macam tak terkawal sikit. tahukah anda - feri yang kami naik hari ni terlebih muatan?

mana taknya, masing-masing tak sanggup nak menunggu. next ferry pukul 2 petang. dah rugi masa dekat situ. so, sesape yang dah ada tiket, semua berebut nak masuk. tak kisah la dapat seat atau tak. motif utama masuk dalam perut feri dulu dan kalo difikirkan balik, aku sebenarnya takut bila ferry dah overload, tapi memang takde pilihan. staff pon tak dapat nak kawal sangat, pagi ni jutaan manusia di pelabuhan agak luar biasa.

ikut jadual, feri akan bergerak tepat jam 9.30pagi dan sememangnya hari tu memang on time. sebenarnya staff dekat situ amek langkah selamat sebab selagi feri tak bergerak selagi tu la orang nak masuk lagi.
on the way
keadaan dalam feri memang huru hara dengan suara orang berborak sana sini. rasa macam dekat pasar borong pon ya gak. ada sorang kakak ni dari feri mula bergerak sampai la ke pelabuhan tak henti cakap sambil berdiri. kawan-kawan dia pon setia plak mendengar, gaya macam setahun tak jumpa. 
gambar pertama atas sekali belah kiri - kakak tudung pink tu la yang gigih berdiri & berborak non stop
lega bila dah sampai dekat pelabuhan sabang. aku tazzabar nak keluar ni sebab nak pergi toilet. tapi satu hal plak nak keluar dari feri pon amek masa. sila sabar, sila sabar - pujuk hati sendiri.
sempat lagi snap gambar walaupon aku nak terkucil sangat dah tu
nampak budak-budak dekat atas tu? diorang antara jutaan manusia yang bersama-sama menyesakkan pelabuhan pagi tu.
on the way nak ke toilet tu, kitaorang cari jugak mamat a.k.a supir kami (berdasarkan gambar yang syah bagi) sepintas lalu tapi tak jumpa. niatnya tak nak la nanti dia tercari-cari, lagi pon dah deal. mamat ni kira macam kawan bisnes syah kalo dia ke sini bawak pelancong. lama jugak kitaorang amek masa kat toilet tu sebab satu je yang boleh guna. haaa jangan lupa u olls, masuk toilet pon kena charge. jaga-jaga, ade yang memantau.

selepas setel ape yang patut, barulah kitaorang cari mamat ni betul-betul. masa tu la ade sorang laki tanya nama kitaorang. setelah dipastikan, rupe-rupenya dia adalah supir kami. orang lain yang ditunggu, orang lain plak yang datang. nampak riak muka dia macam tengah bengang. apa yang pasti muka dia memang jenis muka bengis.

tak nak keruhkan keadaan, kitaorang explain cerita sebenar dan mintak maap. baru dia cool sket pastu dia pass telefon dekat aku bagitau syah nak cakap.

akak comel, akak pegi mana. syah riso ingatkan akak tak dapat naik feri tadi. syah WhatsApp & SMS akak tak balas.

errr, tetibe aku rase bersalah plak sebab tak inform syah. sebab takde wifi, aku tak dapat berkomunikasi. aku pon tak buat roaming & si syah ni takde nombor ji hyo.

sorry syah, saya takde internet. pastu sampai kat sabang terus cari toilet dulu. tadi kitaorang cari gak kawan syah tapi tak nampak.

kawan syah tu dah marah-marah syah sebab tak jumpa akak.

aku berhangin je dengar. entah kenapa rase macam takde chemistry dengan brader ni. memang salah aku tapi takyah la sampai nak marah-marah orang lain plak. gggggrrrrrr.

kira setel la eksiden kecil ni. ape-ape pon, perkataan maaf adalah penyelesaian terbaik. 

sebelum ke destinasi seterusnya, perkara pertama yang kitaorang buat beli tiket feri untuk petang ni dulu. tengok-tengok kaunter tiket tutup, aiseyman. brader tu cuba dapatkan info, ade yang suggest suruh beli dekat opis. dan-dan tu kitaorang terus gerak, nasib tak jauh mana, cuma dekat luar kawasan pelabuhan.

nasib kami baik lagi sekali, betul-betul dah sampai opis tu, ade sorang ahkak tengah nak kunci pintu. ohoiii ape suma tempat asik tutup ni??? *dalam hati je la berani kalo nak mengamuk pon. 

tak tahu la ape yang depa pung pang. kitaorang tahu kena dapatkan tiket feri petang ni jugak sebab esok pagi dah nak balik. atas pertolongan depa berdua, dapatlah kami buat booking dulu, petang nanti baru amek. tapi agak frust la sebab tiket pukul 5 takde! kalo ade pon jam 2.30petang. ok memang frust tertonggeng-tonggeng! 3 jam je masa yang kami ade untuk cover pulau weh, sempat ke?????
jadual feri
based on jadual yang syah bagi, aku cakap la sepatutnya ade feri yang gerak pukul 5 iaitu KM express cantika 89. jawapan brader tu, feri jam 5petang dah dua minggu tak beroperasi. tak tau ape puncanya & last feri untuk hari ni memang pukul 2.30petang. itu pon nanti pukul 2 dah kena standby dekat pelabuhan sebab kalo ramai penumpang, feri terus jalan.

nampaknya memang takde pilihan. terpaksa la amek jugak feri pukul 2.30 tu. mood teruih merundum 200%.

lepas dah setel bab feri, ji hyo tanya plak berapa harga untuk trip ni. even syah dah bagitau kawan dia memang letak harga rp200k untuk day trip (pagi - petang), kami expect maybe dapat murah sket sebab pakai brader ni untuk 3 jam sahaja.

mulanya brader ni letak harga rp250k, ambboi lagi mahal dari jangkaan kami.

ji hyo try mintak kurang rp150k & aku pon pergi menyampuk bagitau sebab guna 3jam je, muka dia terus berubah macam nak marah. terkejut kitaorang. dengan muka bengis, dia cakap tak boleh, paling kurang pon rp225k.

errr aku memang tak tau nak cakap ape. bengang memang bengang, sudahnya baik diam. silap aku jugak pakai terjah macam tu tapi boleh tak lu jangan buat muka bengis tu brader???? sabar, tempat orang ni wei.

ji hyo try slow talk mintak kurang lagi ke rp200k & brader tu setuju. kesimpulannya, memang takde kurangnya harga yang kami dapat. dia pon pandai bermanipulasi.

ok, belum abih lagi cite pasal brader ni. 

lepas redha dengan harga rp200k, kitaorang tanya plak untuk 3 jam ni, sempat ke nak cover semua tempat. makanya, tugas aku la kena explain mana tempat yang jadi wish list kami. mulanya dia jawab ok lagi :

kita kena pergi titik nol dulu sebab ni paling jauh. ibioh dengan gapang boleh sekali jalan tapi tak tau la sempat ke tak.

erm, camna plak pantai sumurtiga, benteng jepun & anoi itam? sempat tak?
 
boleh plak brader ni jawab balik sambil buat muka :

daripada kita dok bincang ni, baik kita terus gerak. kang tak sempat nak ke titik nol. kang jap lagi nak patah balik jauh la bla bla bla.....

lebih kurang macam tu dialog tegang kami.

ya allah, lu ni dah kenapa brader?? tak boleh ke kitaorang tanya?? kalo kitaorang tahu semua tempat tu jauh ke dekat, tak koserrrr la nak tanya ko! *lagi sekali aku ngamok dalam hati

kesudahannya, kami follow dia. memang muka aku & ji hyo tak puas ati dengan situasi ni. tiga benda je dalam kepala hotak aku masa tu : sabar, ni tempat orang & kitaorang ni perempuan.
masing-masing membawa hati yang bengkek
kondisi becak brader ni diyakini selamat sebab dia guna motor RXZ. untuk makluman, mostly becak dekat aceh guna moto kapcai je. kalo la kat pulau weh ni pakai becak guna moto kapcai, silap haribulan kitaorang yang tergolek sebab kat sini jalanraya banyak yang berbukit.

yang pastinya.........!!

aku & ji hyo tetap kena duduk sorang depan sorang belakang. bergilir tu yang tak tahan. sampai lenguh kaki memasing. 

jom, destinasi pertama.
titik nol @ km 0 dekat hujung sana
anak laut
view depan i love sabang
view dari jalanraya
masa tengah lintas jalan nak ke becak, ade sorang gadis dari padang tegur kitaorang. dia tanya berapa kami dapat harga becak & dia terkejut bila dapat tahu. dia kata kenapa tak amek mobil pastu kongsi ramai-ramai.

kalo la kitaorang tau ade servis macam ni, memang kitaorang amek. masalahnya tak tau.

tapi kalo ikut logik akal, ade ke servis camtu ha? berkumpul dalam 1 mobil pastu bergerak ke destinasi yang telah ditetapkan oleh supir. 

melainkan........

memang itu style kat pulau weh - ikut suka hati supir mana dia nak bawak as long as hot spot. boleh jadi tu. mungkin sebab tu la brader muka bengis ni marah sebab kami yang memandai decide nak ke mana. wallahu'alam.

lupa nak bagitau, masa on the way nak ke mercu tanda I LOVE SABANG, ade orang hon becak kami. ji hyo yang perasan :

eh, tu bukan mamat yang macam dalam gambar syah bagi tu ke? 

ya betul, itulah orangnya. persoalannya kenapa dia tak bawak kami?

dia dah ade customer lain. langsung dia kasi sama saya. itulah jawapan sebenarnya.

masalahnya, kitaorang tak nak ko tau tak? *dialog busuk dalam hati sendiri.

kebetulan plak, kawan syah tu pon berhenti dekat mercu tanda yang sama. senyum & borak lebih kurang je.
baju belang tu kawan syah. yang memusing pandang belakang tu la brader muka bengis yang dimaksudkan. cuba tengok kerusi becak tu? gigih kami duduk kat situ!
macam biasa, trip kali ni trademark nya amek gambar lebih kurang pastu bertolak ke km0 atau nama lainnya titik nol.

sebelum tu, brader ni bawa kami ke monumen ape ntah. monumen ni ade kaitan dengan penjajahan belanda suatu masa dulu. kitaorang just turun bergambar sekeping dua, takde ape pon yang menarik sangat kat sini.
monumen ape ntah
kawasan sekeliling
time ni memasing suma dah cool. malas nak ingat balik insiden tegang tadi. so, kami berborak macam biasa.

ade satu tempat ni aku memang teringin nak bergambar. aku jumpa tempat ni dalam blog poobritney.
cantik kan?

macam aku bagitau tadi, perjalanan nak ke titik nol banyak lalu kawasan berbukit & pemandangan disekeliling memang cantik! cuma tak seronoknya, aku tak dapat amek gambar sebab permukaan jalanraya tak berapa elok.

masa tu mulut aku asyik cakap dengan ji hyo cantik beb view dan bla bla bla.

nanti kat depan tu kita berhenti sekejap amek gambar, jawab brader tu.

sampai je kat kawasan yang dijanjikan, tak sangka plak viewnya sama macam dalam gambar poobritney. memang happy giler la, impian menjadi kenyataan. taraaaa.....
sama tak? tapi gambar dekat kamera poobritney lagi cantik.
baiklah, aku tak tau camna nak explain dekat korang tempat ni dekat mana.

ape yang boleh aku kongsikan, tempat ni ada sebuah kedai makan. sesape nak ke titik nol, ibioh & gapang memang akan lalu tempat ni. nak senang korang copy gambar aku ni pastu tunjuk dekat pak supir. info lanjut korang boleh baca blog poobritney ni.
semakin dekat korang nak sampai titik nol, kawasan sekeliling adalah hutan simpan dan banyak monyet. cuak jugak la tapi seronok. kalo kat malaysia, aku tak rasa akan buat keje gile lalu kawasan hutan dengan motor ni. dan, aku cadangkan sangat-sangat korang baca blog poobritney, sebab dia lagi gamble sewa motor sampai sana. tabik spring!

finally sampai pon. tiada bayaran masuk yang dikenakan. korang hanya perlu bayar parking je dan harga berbeza ikut kenderaan. macam becak roda dua - rp5k.

bila aku tengok balik blog poobritney & supermeng malaya, banyak betul yang dah berubah km 0 ni. ayuh saksikan!
aku tak jumpa tempat ni kat belah mana
sekarang dekat sini dah banyak gerai. tapi still boleh panjat tembok tu lagi. awas, pastikan selipar anda tidak licin!
ini view dari kamera aku.
lepas panjat tembok, korang boleh lepak dekat sini.
ni laut dari lautan hindi
dekat sini, kitaorang jumpa balik budak-budak yang naik feri tadi. nampaknya memang berjodoh.

dekat sini juga, baru kitaorang berpeluang buat sesi ketupat mengumpat brader tu. line baru clear der, haha.

ini plak hasil gambar yang telah diambil oleh brader tu dekat mercu tanda kilometer 0. macam nak sabotaj kami pon ye gak.
berbulu je kalo tengok balik. kalo ye pon bagi la nampak semua kan?
macam ni baru cantik
sempat juga makan sekejap & pekena air kelapa
ade la lebih kurang 20 minit kitaorang spent masa. itu pon acapkali brader ni dok cakap jom, jom nanti tak sempat nak balik. aissshhh memang tension, dia ni jenis pushy la.

sebelum sampai ke titik nol, kita akan lalu area gapang & ibioh. berpegang pada kata-kata brader ni, kalo sempat baru pergi. so, wait & see je la kami dapat pergi atau tidak.

2 comments:

  1. dah lain kot km 0 ni dari masa aku pegi. dulu semak samun je ...

    ReplyDelete