assalamualaikum
hello september!
first of all, aku nak ucapkan mekasih bebanyak kat kakak JARIMANIS sebab jadi orang pertama yang follow blog aku. mekasih lagi sekali kak sebab sudi baca saya membebelsss & tinggalkan komen. terharu aiiii, hiks
korang yang lain jangan lupa follow aku jugak eh, promot jap.
oh ya, jangan lupa follow blog akak ni. banyak tips, petua pasal travel yang dia kongsi. aku suka trip kak JM pegi hatyai. dan....
automatiknya, aku dah masukkan dalam list travel aku nak ke hatyai next year.
tengok, ni la bahananya suka skodeng blog orang, haha
insyaallah bulan ni aku nak bercuti. tak jauh mana pon, langkawi je.
untuk 2 malam aku tido kat RPP langkawi & satu malam tido kat area pekan kuah.
jadinya aku nak kongsi sket cite pasal RPP ni.
untuk 2 malam aku tido kat RPP langkawi & satu malam tido kat area pekan kuah.
jadinya aku nak kongsi sket cite pasal RPP ni.
rumah peranginan persekutuan (RPP) dan rumah penginapan persekutuan (RP) diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri. tujuannya untuk bagi kemudahan penginapan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan berdasarkan T&C yg telah ditetapkan. Kadar sewa yang dikenakan pon berpatutan berdasarkan kelayakan jawatan masing-masing.
dan yang paling penting....pemohonnya mestilah kakitangan kerajaan atau pesara kerajaan!
so, sape-sape kakitangan swasta yang teringin nak mohon boleh la melalui adik-beradik atau sedara mara yang keje gomen. cuma aku tak pastilah boleh ke tak booking atas nama orang lain, yang pegi orang lain. pandai-pandai korang la nak kelentong camna nanti. tak pon nak senang cite, korang ajak penama yg booking tu pegi bercuti sekali. sponsor dia tiket kapaltebang atau feri, hiks

setakat ni, aku penah duduk kat RP cameron (2006) dengan RPP langkawi (2010).
korang kalo tiba-tiba datang putrajaya, KL, labuan atau tanjung kupang, johor pon boleh duduk kat rumah transit (RT) under BPH. takyah susah-susah check in hotel.
untuk maklumat lanjut, korang boleh tekan SINI
untuk pemohon baru, sila masukkan no ic anda
nanti akan keluar camni plak
pastu, pilih RPP atau RP mana yang korang nak.
lepas tu lagi, korang isi la maklumat yang diperlukan. buat step by step. jangan risau, tak susah pon.
gambar kat bawah ni plak aku print screen contoh permohonan RPP morib
tips yg aku dapat dari kawan aku : contoh : nak pegi bercuti hujung bulan oktober ni. so, kena booking online awal bulan 8. 1hb tu terus booking. tu dia, kena pantas dan episien.
untuk trip ke langkawi aku buat macam tips yang kawan aku bagi ni. itu pon terpaksa bertukar bilik. 1 malam tido bilik deluxe. 1 malam lagi bilik standard. memang betul-betul fully booked ni. padahal aku pegi bukan time cuti sekolah. terima je.
dari info yang aku dapat RPP langkawi ni selalu je fully booked. kalo time cuti sekolah jangan cakap la.
No comments:
Post a Comment