virtual friends

Wednesday, 9 July 2014

seronok ke jalan-jalan ikut travel agent?

tu dia, tajuk entry kali nie terus dah bagi soalan, siap ade tanda soal gitu, hehe

assalamualaikum wbt,

first time aku ke luar negara tahun 2013. negara pertama yang dilawati - indonesia. hanya cover jogjakarta &  solo sahaja. trip kali ni aku follow group opis. setiap tahun, memang diorang akan bercuti ke luar negara.

konsep bayaran untuk bercuti ni pon unik sebenarnya

setiap kali nak bercuti, diorang akan war-warkan melalui emel kepada semua staf. kiranya style first come first serve. kalo berminat nak juin, bayar deposit yang telah ditetapkan. bakinya boleh dibayar secara bulanan selepas pulang bercuti ikut tempoh yang telah ditetapkan. biasanya paling lama pon setahun la.
kenangan februari 2013 - jogja dari udara

Hujung bulan feb sampai awal mac 2014, aku ke korea plak. trip yang ni pon aku follow group opis.

kalo kita follow group, automatiknya trip tu akan pergi dengan tour agent.

kebaikan pegi bercuti via tour agent :
# tak payah nak survey kat pakcik google tempat-tempat yang korang nak pegi tu. besenya diorang dah tetapkan mana tempat untuk bawa korang. kita juz bawa kaki, badan dan duit. duit ni maksudnya duit belanja korang la. mana tau nanti ternampak yang berkenan, wajib beli. kalo entrance fee untuk sesuatu tempat tu, kita tak payah bayar sebab yang tu dah termasuk dalam pakej tour agent.

# tak payah fikir pasal tempat makan & tido. yang ni pon dah termasuk dalam pakej. so, memang kita akan makan di tempat yang best dan tido atas katil yang hempuk. ha yang ni nikmat, penat-penat berjalan, makan sodap tido pon nyenyak, hiks

# tiket kapal terbang pon korang tak yah pikir. bawa passport, pakaian, makanan & barang peribadi sahaja. masa ni beg troli memang dialu-alukan. kalo nak bawa bantal busuk pon tak salah sebab sampai kat destinasi percutian tu, bas dah tunggu. diorang yg akan susun beg kita kat tempat simpan beg. risiko untuk hilang beg tu memang takde la.

# korang takyah banyak berjalan bila ikut travel agent ni. sebabnya, kalo kita nak pegi kat sesebuah tempat tu, bas memang betul-betul akan berhenti dekat dengan pintu masuk. kalau la bas tu boleh masuk, memang dia masuk, hehe...mudah kan?

# bila bercuti ikut tour agent ni, korang dah takyah bawa duit belanja banyak-banyak. kad kredit, kad ATM, kad debit - tak perlu diaktifkan untuk sebarang transaksi ke luar negara. pendek kata takyah bawa terus la, bunyi macam kejam kan? tapi tu la realiti yang aku buat. masa p korea ari tu, aku juz tukar RM600 je sebagai duit belanja. alhamdulillah mencukupi, siap ade balance lagi. sampai malaysia, bila aku tukar balik duit balance, aku dapat RM60. kiranya aku belanja RM540 sahaja untuk beli souvenier dan barang-barang lain. tapi bab ni ikut keperluan masing-masing. suma ade bajet sendiri. yang ni style aku, sebab aku ikut tour agent kan, so, pada aku takyah la nak bawa duit belanja banyak-banyak. memadai untuk aku beli ape yang patut sahaja.

keburukan pegi bercuti via tour agent :
# tak suma tempat dia cover - masa aku pegi jogja ari tu, dia tak cover suma tempat. sana banyak candi kan, so, diorang hanya cover candi borobudur sahaja. pegi korea pon sama, aku tak naik pon subway, hangang river pon tak pegi. nak buat camna, tu pakej yang telah ditetapkan. mungkin orang lain ok aje, tapi aku tak ok, sob sob. aku kan sebelum pegi suka review blog orang pasal tempat tu. jadinya, bila aku terbaca diorang pegi tempat yang pelik-pelik ni, lagi la keinginan aku nak pegi semakin membuak-buak, cewah.

# selalu bertukar tempat penginapan. yang ni cite masa kat korea. 3 hotel jugak kitaorang kena pindah. sebabnya kitaorang ade pegi area ski dan mount seorak. perjalanan 3 jam dari seoul. part ni memang dah tau awal-awal dari malaysia lagi. cuma agak leceh je la, kita kalo boleh nak duduk satu hotel tu dari datang sampai la balik kan, haha.. ape-ape pon, ade bestnya jugak. alang-alang dah pegi tempat orang, seronok gak duduk banyak tempat kan?

# diorang selalu bawa kita pegi shopping tempat yang mahal-mahal. part ni paling ketara masa kat jogja dengan solo la. diorang bawa kitaorang pegi shopping kat kedai batik yang ala-ala spesis arfa batik tu. harga memang mahal la. dan....jeng jeng....diorang bawa kitaorang pegi shopping kat tempat murah-murah masa hari terakhir kitaorang nak balik! sedih kan?

# masa yang tak mencukupi. hari tu masa pegi nandaemun market dan myeongdong, dia bagi 2 jam je, sob sob... mana la cukup, myengdong tu besar okeh. yang bestnya nandaemun market masa tu banyak kedai yang dah tutup. jadi, bertabah la. fikir positif - duit pon tak banyak mengalir kan? hiks

# pegi dengan tour agent, konpem harga pakej pon mahal. kalo pegi sendiri, memang jauh bezanya. lagipon, kalo pergi sendiri ni, kita free & easy. ape-ape pon, bergantung pada diri masing-masing. ada yang suka ikut tour agent, senang takyah pikir ape dah. suma dah get ready

so, kalo pendapat korang la kan, berbaloi tak pergi bercuti via tour agent ni?

pendapat aku, ada baik & buruknya based on my experience.

secara peribadi, aku tak suka pegi dengan tour agent.

tapi untuk permulaan bercuti ke luar negara ni, aku kena follow sebab kalo pegi as a backpacker memang ayah aku konpem tak lepaskan.

aku suka explore sendiri, suka buat sesuatu yang baru. kiranya ni kes cabar diri sendiri la, haha

insyaallah akan datang memang aku nak pegi sendiri plak. lagi pon, aku dah jatuh cinta dengan dunia backpacker ni.

2 comments:

  1. Akak pun sama dulu ksli pertama pgi obersea juga join travel agent pei beijing. Balik je dari sana hobi nk melancong makin menjadi jadi until now tp pegisendiri or bagpack je sbb lgi murah dan ikut suka kia nk ke mana x terikat dgn masa travel agent tu. Mmg best tetapi byk cabaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. betui tu akak, pegi sendiri lg best & challenging!

      ari tu baca cite akak pegi USJ plg sedih, takleh main tgk kawan2 main je :(

      Delete