virtual friends

Thursday 14 January 2016

trip bajet ciput ke tanah jawa : day 1 : kota tua @ old batavia

selepas merenggangkan urat-urat yang tersimpul, kitaorang terus bergerak ke kota tua atau nama lainnya ialah old batavia.

menurut kata staff hostel, kalo nak jalan kaki memang tak jauh mana. dalam 20 minit but depends pada ketahanan body masing-masing. terpulang, ape yang penting kita selamat sampai ke destinasi yang dituju.

paling comel sekali, depa siap kasi peta yang dilukis sendiri. alahai cute nau!
berdasarkan pengalaman yang kitaorang lalui, walking distance ke old batavia sangat tidak sesuai. asalnya permulaan perjalanan kitaorang berjalan lancar. namun langit tak selalu cerah. time tu adalah peak hour dimana orang tengah balik kerja. so, jalan agak macet ditambah dengan bunyi hon sana sini.

for your info, dekat jakarta ni korang harus mempunyai high level confidence untuk melintas. diorang pesen takde bagi signal bila nak masuk simpang, bawak laju dan suka mencelah especially motor. seboleh-boleh depa tak bagi chance langsung. yup memang bahaya, silap haribulan kita stress tengok.

dipendekkan cerita masa separuh perjalanan, ji hyo nampak angkutan dan dia ajak naik. alhamdulillah, baru lega sket dan tambang dalam rp3k jer.

now kita masuk subjek sejarah kejap. meh rapat-rapat cikgu nak explain sket.

secara ringkasnya, kota tua adalah sebuah wilayah kecil yang berkeluasan dalam 1.3 km persegi. pernah menjadi bandar pertama jakarta pada era penjajahan belanda. ada jugak sumber lain yang mengatakan kota tua adalah pusat perdagangan benua asia suatu ketika dulu kerana kedudukan lokasi yang strategik. that' s why some people call this area as a jakarta lama.

kalo anda bukan peminat sejarah, maybe anda rasa kota tua takde ape yang menarik. dekat sini yang ade hanya bangunan-bangunan lama yang telah dibaikpulih menjadi muzium, bank, library, cafe dan hak milik persendirian. reka bentuk pula asli dari architecture belanda dan masih dikekalkan sehingga kini.

jom layan gambar-gambar yang mana aku sempat snap. picca! 
jakarta history museum
tak tau nama ape building ni. aku rase cantik pastu aku snap, hehe
mereka yang sedang melepak dekat building yang ade bank. gambar gelap sebab sunset
jakarta history museum dari jarak dekat. tempat melepak paling ramai orang
from other view - building yang ade library dan puppet museum
banyak aktiviti yang korang boleh buat di kota tua. get ready ongkos je. peniaga jalanan sentiasa ada di mana-mana. kalo tak minat melepak, korang boleh berbasikal atau bergambar dengan macam-macam jenis manusia. ada jadi macam kesatria baja hitam la, bayangkan depa pakai satu suit complete. nak lebih ekstrem ade yang siap buat magic. sekali lagi diingatkan, even nak bergambar dengan depa, tetap kena bayar.

aktiviti kitaorang cuma berjalan-jalan dan bergambar sesuka hati. sambil tue kitaorang ralit melayan ragam dan gelagat local people. sometimes kitaorang terpikir ape diorang buat kat sini sebenarnya. kalo tengok, majoriti duduk melepak je. ohhh tidak dilupakan mereka juga kuat berselpie okeh, hehe.
jakarta museum history. manusia dengan pelbagai ragam dan gelagat
nama dataran ni ialah taman fahiliah. landmark ada batang pokok dan waterfall. nampak tak kat batang pokok tu ade orang-orang pelik? nak amek gambar kena bayar ye
aku berjaya snap secara haram. sampai la ni aku curious dengan magic ni. ji hyo lagi best, siap kuar formula saintifik dia
next kitaorang round plak dekat belah lain sampai ke hujung. tup-tup nampak uptown. cuma tak pasti samada dibuka setiap hari atau sebaliknya. ntah ape angin kus-kus aku hari ni, aku terbeli monopod tanpa sengaja. maybe sebab design yang simple then ade dua function yang berguna, tak memasal aku berkenan. tapi sayang handphone aku takleh detect dengan monopod tu. handphone ji hyo pon sama. at the end aku beli gak. dengan ji hyo sekali terpengaruh, hiks. 

apart from this, kota tua jugak terkenal dengan street food. pandai-pandai la korang pilih mana yang terbaik untuk dicuba. kitaorang just makan bakso. first time aku try, not bad. lepas makan kitaorang kembali semula ke dataran. amek ko, makin malam makin ramai orang.
bangi kopitiam spotted. tetibe rindu tanah air tercinta
ada dua option nak sewa basikal. pertama - bawak sendiri tapi sape spesis tak cukup ketinggian, jangan cari pasal nak cuba. sila pergi ke second option iaitu hire sekali pak supir. harga aku tak tau berapa
sambung round kat belah lain
round sampai hujung, tup-tup nampak uptown. jom singgah sebentar
inilah monopod yang aku beli. kat holder tu ade button. once handphone detected, just press the button and selca!
dari uptown tadi, boleh terus tembus kat area street food. jom kita makan plak
jemput. semua sekali kitaorang makan dalam rp23k (RM6.90)
kembali semula ke dataran. orang makin ramai lepak depan jakarta museum history
bangunan klasik tu adalah cafe batavia - one of the most popular cafe in kota tua
waterfall
kantor pos indonesia. tak ramai yang lepak dekat sini
rase dah takde ape nak buat kat sini. moh la berangkat pulang ke tempat persinggahan. plan memang nak naik angkutan. malam-malam ni lagi bahaya jalan kaki.

see, bila travel ade jugak perkara-perkara yang perlu lebih kurang. even bajet agak limited, keselamatan diri kena dititikberat. let say kat area tu ade pengangkutan awam then harga tambang reasonable, please use it. takpe kena bayar lebih sket.

sebelum sampai hostel, sempat lagi kitaorang singgah indomaret. aku kan peminat tegar kedai serbaneka ni, haha.

syukur alhamdulillah, hari pertama di jakarta dipermudahkan. kat bawah ni aku nak kongsikan beberapa tips sebagai panduan sejagat :p

#1. masa aku tengah siapkan entry ni, baru aku noticed ade beberapa tempat di kota tua yang kitaorang tak terjah. inilah bahana kalo tak research betul-betul sebelum pergi. rupanya tempat-tempat ni terletak kat belah belakang. antara yang ade di situ ialah bangunan toko merah dan historic dutch bridge. kalo sewa basikal sekali pakej dengan pak supir, tempat ni depa akan bawak.

#2. my personal opinion, kota tua ni worth it to visit. at the same time kita dapat tengok real life orang tempatan. jangan datang sini time tengahari ye, panas terik.

#3. dari the packer lodge better amek terus angkutan ke kota tua. takyah nak jalan kaki sangat la! harga tambang pon tak mahal - rp6k return. 

that's it. selamat malam jakarta :)

Tuesday 12 January 2016

trip bajet ciput ke tanah jawa : day 1 : dari sepang ke jakarta

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt

- my first entry for 2016 -

harapnya aku semakin beristiqomah untuk terus menaip dan menaip sampai la jari jemari ni jadi runcing. kali ni kita buat exercise tangan plak ye, hiks.

terima kasih kerana entry sebelum ni ade jugak orang yang sesat barat tengah cari info baca walaupon followers aku baru sorang, haha. terima kasih diucapkan. itulah visi utama blog sempoi diwujudkan - menyampaikan maklumat konsepnya :p

baiklah murid-murid. hari ni cikgu nak sambung cerita trip ke tanah jawa yang sekian lama tertunggak. sebenarnya draft dah ade, tinggal nak touch up gambar dan semak lebih kurang then publish. bukan ape, biarlah info dan tips yang dikongsikan untuk tatapan umum ni betul dan tepat. kalo ade sedikit perubahan, itu perkara biasa. sebab pengalaman korang yang baru nak pergi ni takkan sama dengan pengalaman yang aku lalui.

ape-ape pon, selamat membaca. mana tau ade yang berhajat nak ke sana dalam masa terdekat ni, at least korang dapat seciput info yang boleh diguna pakai. check it out!

untuk makluman, aku pernah post dua entry berkaitan trip ni bulan oktober hari tue. boleh click link di bawah sebagai rujukan tambahan.


4 september 2015 (jumaat)
pagi tu aku keluar rumah awal dari kebiasaan. tengok-tengok dah jammed. nak buat macam mana, itulah satu-satunya jalan keluar ke main road, suka atau tidak hadap je la.

selalunya kalo travel, aku akan parking kereta dekat putrajaya sentral. mujur parking kat area dalam tak penuh dan dapat kejar train pukul 7.41pagi. syukur, berjaya jugak melepasi cabaran pertama. 

kitaorang set nak jumpa terus di KLIA2. flight ke jakarta pukul 9.50pagi. for the first time ever kitaorang naik airasia indonesia. ade sedikit kelainan dari segi menu seperti nasi minyak palembang, nasi kuning manado dan nasi padang. aku macam nak try tapi risau tekak tak boleh terima. takut pedas sangat tu satu hal. finally aku order roast chicken with dijon creamy mushroom sauce. sedap, healthy food u ollss. 

alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan penerbangan ikut masa yang ditetapkan.
#ke indonesia ke kita
isi tangki dulu. sampai jakarta tak payah lunch dah
sebelum pergi hari tu, aku ade tengok maps jakarta secara keseluruhan.


nak senang faham, jakarta ni ade lima daerah iaitu jakarta utara, jakarta pusat, jakarta barat, jakarta timur dan jakarta selatan. trip kitaorang ke sini just cover main attraction places dan majoriti semua tempat tersebut berada di jakarta pusat. maka dengan itu, fokus aku akan terarah pada jakarta pusat manakala daerah lain aku tak amek port. ji hyo just ngekor, dia awal-awal dah bagitau tak sempat study langsung pasal jakarta. no problem partner. tak tau nanti kita bertanya, chill.

seperti biasa, info yang kita baca takkan sama dengan apa yang akan kita lalui dalam dunia realiti.

masa kitaorang datang, soekarno-hatta international airport under renovation. after the plane landed, we just follow instruction staff suruh naik bas yang disediakan dan dibawa ke terminal. dah setel urusan passport, la ni misi mencari bas damri untuk ke mangga dua. kitaorang plan nak check in hostel dan letak backpack dulu kemudian baru explore jakarta. masalahnya aku blur tak tau kat mana nak cari bas damri coz situasi dah jadi lain. penyudahnya kitaorang refer dengan kaunter informasi, setel.

bas damri ni macam airport shuttle bus. mostly seluruh provinsi besar di indonesia ade menyediakan perkhidmatan bas damri. so, sesape yang jenis travel bajet ciput, ini merupakan salah satu pengangkutan awam yang menjadi pilihan. harga dan tambang ke sesebuah tempat berbeda.

bas damri di airport jakarta ade 21 destinasi. kalo rase tak pasti bas mana nak naik, nanti tunjuk je dekat staff alamat tempat penginapan masa nak beli tiket. setiap bas ade dinyatakan destinasi yang dituju, boleh tengok di bahagian depan bas. memang sebesar-besar tulisan dan senang nak cam. kondisi bas sama macam bas lain. free wifi provided.
tiket bas damri ke mangga dua. harga rp40k
21 destinasi
perjalanan dari airport ke mangga dua amek masa dalam 30 minit. walau bagaimana pon, bergantung jugak pada keadaan traffic semasa. macam korang tak tau, jakarta dan macet berpisah tiada kan?

dari ape yang aku baca dalam BBM, rata-rata orang kita suka cari tempat penginapan di sekitar mangga dua. menurut depa, area sini senang nak cari tempat makan.

dari ape yang aku perhatikan plak, kawasan mangga dua ni besar. banyak business hub sepanjang jalan seperti ITC, WTC, mangga dua mall dan mangga dua square. no wonder malaysian suka. 

kalo ikutkan, info yang aku take note cara nak ke hostel sepatutnya turun di stesen jakartakota. ape pasal entah baik aku atau ji hyo, masing-masing tak nak turun padahal dah perasan tadi bas lalu di stesen jakartakota. instinct kitaorang rase lagi dekat turun di mangga dua square yang merupakan stesen terakhir. haha, boleh gitu ye.

turun je dari bas, terasa bahang kepanasan bumi jakarta. kitaorang decide nak minum dulu lepas tu terus cari simcard indon. alang-alang buat sekali.
last stesen - mangga dua square. dekat sini senang dapat bajaj
pemandangan berhadapan mangga dua square. yang satu lorong tu adalah laluan bas (busway)
ni suma ji hyo punya pasal. aku tengok dia makan nasi bakar ayam sampai aku terjebak pergi order, hehe. air kat sebelah tu sumpah sedap!
kitaorang pilih simcard indosat. harga mampu milik dan berbaloi tapi line kureenngg. macam chipsmore sekejap ade sekejap takde
dah selesai semua, kitaorang keluar balik dari mangga square dua. tujuan utama nak cari bajaj untuk ke hostel. saje nak merasa naik bajaj yang mana rekabentuknya sama macam tuk tuk. kalo kat indon, hanya di jakarta saje yang ade perkhidmatan bajaj. now, aku serahkan dekat ji hyo tugas nego harga sebab dia lagi pakar. driver tu letak rp40k. aku tak pasti mahal atau murah, hopefully berpatutan dengan jarak perjalanan. 
view dari dalam bajaj. time ni jalan lengang lagi
time ni sudah macet bah
nama hostel kitaorang ialah the packer lodge yang terletak di glodok. glodok pula dalam kawasan mangga dua, ha camtu. memula agak tricky jugak nak cari hostel ni. ntah mana-mana shortcut driver bajaj masuk sebab nak mengelak dari macet. last-last dia pegi tanya orang, haha lantak.

alasan aku pilih the packer lodge sebab berkenan dengan konsep ala-ala guesthouse yang diketengahkan. selain tue, ramai bagi good review dan kedudukan hostel ni juga di antara area yang senang untuk dapatkan public transport. kebetulan masa aku booking di agoda harga twin room with private bathroom tak jauh beza dengan harga dorm. apalagi, cepat-cepat sambar.
the packer lodge
this is our room. tq ji hyo kena mengalah tidur kat atas, aku awal-awal surrender
okey, kitaorang nak berehat sebentar bersama kit kat. kejap lagi banyak nak pakai tenaga untuk berjalan kaki ke destinasi seterusnya iaitu kota tua.

stay tune!