virtual friends

Wednesday 8 October 2014

entri khas : mt seoraksan & ski world

disebabkan story mory pasal ni sangat panjang, so aku buat entri khas, gitu

DAEMYUNG DEL PINO GOLF & RESORT - MT SEORAKSAN - DAEMYUNG RESORT VIVALDI PARK - SKI WORLD

perjalanan nak ketempat-tempat ni 3 jam ++ dari seoul melalui jalan darat. jom layan dulu gambo-gambo sepanjang perjalanan yang sempat aku amek.
nampak je cuaca macam kering kontang, tapi sejuk, buurrrrrr
hot chocolate, mai secawan
kitaorang hari tu dari seoul pegi pulau nami dulu, pastu baru gerak ke sini plak. selepas puas tido dalam bas, hari pon dah gelap, akhirnya inilah tempat pertama yang kitaorang sampai. check in dulu.
daemyung del pino golf & resort
biliknya memang super duper awesome. tapi macam bese la aku tak amek gambo. haha. even gambo kat atas ni pon aku cilokss dari pakcik aku, google.

malam tu tido dengan nyenyak sebab fenat kan. esoknya, bangun pagi-pagi buka pintu balkoni, terus nampak view nie!!!!!!!!!!!!
cantiknya!!!!

aiii is eksaited sebab cantik sangat, subhanallah. tetibe aiii is nak terus tinggal kat korea, haha.....cantik cantik dan cantik!

aku speechless teruih......................

orang tak penah tengok selji camni la, jakun yang amat, hiks

lepas breakfast dan bergambo lagi dan lagi, kitaorang terus pegi mt seoraksan.

perjalanan tak jauh mana pon, dalam 20minit camtu la. aku masih lagi dalam mood jakun, selji kat merata tempat wei. masa ni korea selatan masih winter lagi tapi kat seoul selji dah takde. sebab tu la sampai area sini aiii is jakun :p
kalo jumpa landmark ni, ok konpem betul anda berada di kawasan mt seoraksan
ok jom! bersedia untuk naik cable car. cable car dia boleh muat 30 orang ++ dalam satu masa. perjalanan nak naik ke mt seoraksan tu dalam 10-15 minit je
view from cable car

akhirnya, sampai dah. gambo-gambo kat bawah ni plak view dari stesen cable car mt seoraksan
dari info yang aku dapat, mt seoraksan ni kalo musim winter memang tak ramai orang. time kitaorang datang juz ade kitaorang dan group dari indonesia. besenya musim bunga dan luruh la paling ramai orang. masa tu mt seoraksan kita boleh hiking sampai ke puncak okeh. tak caya, moh la tengok gambo ni.....jeng jeng
sumber gambar : pakcik google
sumber gambar : pakcik google 
untuk ke mt seoraksan naik public transport, boleh klik SINI

lepas lepak-lepak di mt seoraksan, kitaorang terus bertolak ke daemyung resort vivaldi park & ski resort.

sebenarnya tempat ni di bawah management yang sama. perjalanan dari mt seoraksan nak ke situ pon agak jauh jugak la. adalah dalam 1 1/2 jam kot. okeh aku tak ingat dah, sorry!

setibanya di vivaldi park & ski world tu, aku nampak ni dulu!
maka, mood verangan pon tetibe datang. best kan kalo dapat main ski & expert bab menghuyung hayang kan badan. tapi apakan daya wei, angan-angan mak limah je la.
sumber gambar : pakcik google
sumber gambar : pakcik google
resort kat vivaldi park ni berhadapan dengan ski world. untung la sape dapat bilik menghadap ski. boleh tengok depa main. aku punya bilik ngadap hutan! aku pon berpikiran positif, tido lagi baik kan


kat ski world ni, kalo beginner, sila main di tempat rata sahaja.

kalo main kat tempat yang expert & separuh expert, memang menempah maut. harga untuk main ski for beginner, boleh tahan mahal jugak masa tu. tu belom masuk harga sewa peralatan lagi. malam tu, aku juz jalan-jalan. takde ape yang menarik sangat selain tengok kawan-kawan main ski je. cuaca pulak makin sejuk. sudahnya aku balik bilik masak megi lagi best.
untuk beginner, boleh main ski dekat kawasan yang rata tu je.
view pada waktu malam. tak ramai sangat orang. sejuk.
malam tu tido dengan nyenyak lagi sekali, hiks. kalo pegi korea lagi, aku memang nak repeat mt seoraksan ni. ski world tak dah la. tapi aku plan nak pegi ke tempat ski yang lain plak. kebiasaan, kalo ikut travel agent, tempat ski ni memang diorang akan bawak untuk di skodeng!

pendek kata, jatuh hukum wajib jugak la.

sekian.