virtual friends

Friday 29 August 2014

dia mai dah.......

sebelum tu.....jeng jeng!

masih belum terlambat kan aku nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kat korang semua.

aku sebenarnya tak tau sape 'korang' tu, hiks.

aku pon tak pasti ade ke orang baca blog aku ni? mungkin ade, tapi spesis yang silent reader je. takpe, aku pon 2 kali 5 macam korang, kita geng! #clapclap

suka terjah blog orang tapi malu nak komen! ya ka pemalu?
#tangankatbahu #matakatatas

jom layan gambau kat bawah nie
tengok? camna aku tak hangin. punya la dah beristiqamah tahun depan taknak beli tiket.

taknak pegi bercuti kat obersi. nak pegi bercuti dalam negara je. dah semat dalam jiwa nak simpan duit untuk kawen, beli rumah dan bla bla bla. kebetulan plak, passport aku tunggu masa je nak expired

tapi....nan hadonya!

aku berjaya beli dua tiket okeh.

alasan....sebab tiket tu murah.

hati pon berkata-kata, apa salahnya. murah tu wei. free seats kan. beli je la. lagi pon hari ni gaji kan kan kan. finally, aku redha. so, next year, aku dah ade 3 percutian yang menanti. sila lah kumpul duit dari sekarang

part paling lawak tu bila aku whatsapp kawan aku, terus dia sound baik punyer, haha
kitaorang pon terus plan ke mana destinasi seterusnya. sebab tu aku cakap aku redha, hehe.
 
sebenarnya aku memang suka dengan hashtag free seats ni.

sebabnya....

aku dapat pegi kelantan dengan harga RM15.20. ke langkawi pulak dapat harga RM35.20. tu cite 2011. masa tu AA tak caj harga minyak lagi. sekarang? KLIA2 fees pon dia caj kan. tapi harga still reasonable. kalau datang time vengong AA ni, tiket ke korea pon boleh dapat dalam RM400++ tak termasuk luggage, meal & insurance.

dan....kalau datang time vengong MAS, diaorang pon taknak kalah bagi tiket murah jugak! harga biasanya dah include semua.
pendek kata, rajin-rajinkan lah tangan mengetik keyboard cari tiket murah. Fireflyz dengan MalindoAir pon taknak kalah okeh.

so, apalagi korang, masa tiket murah-murah ni la elok pegi bercuti. sekali sekala kena gak berlari ke tempat yang tenang. jauh dari kesibukan kota dan kerja. cewah.

dalam negara pon ok. dah abih redah kat dalam, pegi luar negara pulak.
takpe, pelan-pelan kayuh. selamat mem'booking'.